Ada 4 sakit yang kerap dihadapi oleh si bulus anda pada musim hujan. Tak sangka ianya boleh melarat sampai macam ni.

Haiwan kucing tips

Seperti manusia, cuaca yang tidak menentu boleh membuatkan kucing mudah jatuh sakit. Musim hujan bukan sahaja boleh mendatangkan sakit kepada manusia tetapi juga haiwan dan terdapat empat sakit yang kerap menyerang binatang peliharaan ketika musim hujan. Haiwan seperti kucing mudah sakit ketika musim hujan kerana kelembapan yang tinggi dan meningkatkan risiko sakit kepada mereka. Oleh sebab itu, pemilik kucing harus menjaga kebersihan haiwan peliharaan agar bulunya tetap kering. Berikut adalah empat jenis penyakit yang biasa dialami kucing kesayangan anda ketika musim hujan.

1. Feline Infectious Peritonis (FIP)

FIP merupakan penyakit yang disebabkan oleh feline coronavirus yang menular daripada perkongsian makanan, najis, cecair tubuh serta bersin. Sekiranya kucing dijangkiti FIP ia akan menyebabkan si bulus mengalami kekejangan, kegagalan organ, penurunan berat badan serta gangguan penglihatan. Malangnya, FIP belum mempunyai ubat tertentu untuk merawatnya namun pemilik kucing boleh mendapatkan suntikan vaksin untuk menurunkan risiko penularannya. Penyakit ini sangat berbahaya kepada kucing kerana risiko kehilangan nyawa mencecah 95 peratus.

2. Panleukopenia

Panleukopenia atau parvo adalah keadaan di mana sel darah putih kucing berada pada tahap rendah dan ia berbahaya jika berlaku terutamanya pada anak kucing. Penyakit ini disebabkan oleh virus dan dapat tersebar melalui air liur, air kencing, najis dan air mata. Kucing jalanan atau kucing peliharaan yang bebas berkeliaran sangat berisiko dengan penyakit ini. Parvo boleh menyebabkan kehilangan nyawa terutamanya bagi kucing yang berusia setahun ke bawah.

3. Feline Respiratory Disease Complex

Penyakit ini merupakan demam selesema dengan tiga jenis yang berbeza iaitu Feline Calivirus (FCV), Feline Harpesvirus Type-1, dan Chlamydiosis. Ketiga-tiganya mampu tersebar melalui bersin kucing atau sentuhan langsung pada benda yang terkena cecair daripada kucing yang dijangkiti. Pemilik kucing disarankan untuk lebih kerap membersihkan cecair yang keluar daripada hidung dan mata kucing yang sedang sakit agar ia tidak menjangkiti kucing lain.

4. Cirit-birit

Cirit birit bukan sahaja menyerang manusia tetapi juga kucing. Gejalanya paling umum adalah najisnya berbentuk cecair dan ia boleh disebabkan cuaca tidak menentu, pemakanan tidak sihat serta tabiat kucing yang menjilat air kotor di dalam longkang atau tempat kotor. Kucing biasanya kelihatan lesu sehingga menyebabkan malnutrisi dan dehidrasi. Oleh sebab itu, pemilik kucing harus rajin membersihkan kotoran kucing kerana ia boleh menjadi sarang penyakit.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pasti Ada Antara Anda Yang Pernah Terjumpa Anak Kucing Di Tepi Jalan. Kini Ketahui 5 Perkara Utama Yang Perlu Lakukan.

Sebenarnya, langkah-langkah selamatkan kucing ni mudah je. Meh admin ajar. Yang penting, korang ikhlas nak tolong kucing tu.

Cari ibu dorang

At least check dulu ibu dorang ada ke tak. Kadang-kadang ibu nya sesat, kadang dah tiada (selalunya terlibat dengan kejadian kenderaan lah), kadang kena culik (ada yang ambil, maybe tak tau kucing tu ada anak) dan sebab-sebab lain yang tak dijangka. Haa, macam mana nak check kucing-kucing tu ber-ibu? Meh admin bagitahu. PENTING YA. Puting ibu nya boleh membengkak kalau takda yang minum susu. So before ambil, tolong check dulu.

Tengok tidur diorang selesa atau tak, dorang selesa menunjukkan yang dorang dijaga ibu nya. Selalu tidur, anak kucing lumrahnya kuat tidur sebab yang dorang tahu minum susu sampai kenyang lepastu tidur. Lagi-lagi yang baru lahir.

Tiba-tiba hilang seekor. Kalau rasa tak selamat, ibu dia akan gonggong seekor demi seekor pindahkan kat tempat lain. Rajinkan sikit berjalan tengok-tengok sebab biasanya tak jauh ibu dia bawa. Cakap cat lover! OK apa nak buat kalau dorang dah confirm tak ada ibu?

Ambillah, bawa balik anak kucing tu

Korang dah baca posting ni bermaksud korang dah ada niat nak selamatkan anak-anak bulus tu. Teruskanlah niat murni korang ni. Nak kurung sangkar boleh, taknak kurung pun boleh. Tapi senang korang kurung lah biar tak hilang budak tu tiba-tiba. Dahlah kecik kang terselit celah mana-mana.

Kenalpasti Umur Dorang

Nak senang korang bawa kat vet je, doktor boleh check kan. Untuk consultation, bayaran ikut klinik masing-masing tapi ada yang semurah RM20. Boleh survey kat facebook, tanya kat page klinik yang korang nak pergi. Umur ni penting sebab kang korang tersalah bagi makan sakit kucing tu. Kalau korang plan nak bela pula, kena tahu tahu 2 benda ni:

Susu sangat penting untuk dorang

Anak kucing sangat-sangat bergantung dengan susu nak dapatkan nutrisi. Untuk yang baru lahir, jangan terus bagi makanan kering mahupun basah. Sekurang-kurangnya tunggu dorang umur 4 minggu.

Bagi susu khas buat kucing peliharaan. Jangan kita sesekali beri susu lembu atau susu yang kita minum. Kat shopee tak mahal pun, ada yang belas-belas ringgit je.

Kucing minum susu botol. Botol susu ni korang boleh beli kat shopee atau kedai jual barangan haiwan. Harga kat shopee boleh dapat dalam RM4 hingga RM8. Guna botol untuk yang baru lahir sebab dorang minum pun tak pandai, so kena ajar dulu. Kejap je guna botol ni,

Guna mangkuk pun boleh untuk bagi susu. Ni admin suggest kalau anak kucing tu banyak sebab senang nak tengok banyak mana dorang minum. Memudahkan korang untuk buat pemantauan. Rekod kat buku pun bagus juga.

NEXT! Ajar guna tandas kucing

Untuk yang baru lahir, jangan guna bentonite clay sebab nanti dorang cepat kotor. Bentonite clay ni sifat dia melekat lagi-lagi kena air. Takkan korang nak jilat bulu dorang ganti mak dia kan. Nak mandikan pun tak boleh sebab kecik lagi.

Admin suggest guna Tofu litter. Mahal sikitlah dari bentonite tapi tahan lama. Guna untuk anak kucing je kan. Nak lagi jimat, letak kertas surat khabar je kat bekas, tapi ni kena rajin sikit (banyak) sebab lepas dah guna je korang kena tukar.

Bawa pergi vet

Jumpa anak kucing sakit, bawa lah ke klinik haiwan sebab anak kucing ni lemah, senang dijangkiti bakteria, untuk dia dah tiada pun senang. Jangan takut bawa ke vet, kalau tak mampu korang boleh minta anggaran @ quotation harga dari vet yang korang hantar then boleh minta derma kilat kat mana-mana page kucing. Ramai yang sudi bantu asalkan jelas niat nak membantu.

Buka adoption di mana-mana page berkaitan

Perlu ke? Perlu. Untuk yang berniat nak selamatkan anak kucing tu tapi tak nak bela korang boleh buat macam ni. Cari je mesti korang akan jumpa. Tapi pastikan orang yang korang nak serahkan kucing tu dipercayai! Admin biasa cari kat facebook je. Itu saja perkongsian admin, ni admin dah buat seringkas yang mungkin dah. Panjang-panjang kang takut pula korang nak ambil tahu. Lepasni, nampak anak kucing terbiar, janganlah biarkan. Kesian dorang.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Rupanya Ada Sebab Kucing Makan Rumput. Tak Sangka Ia Beri Kebaikan Ini Pada Si Bulus.

Kucing makan rumput disebabkan ia mengalami masalah penghadaman atau berada dalam keadaan tertekan. Kita pasti berasa pelik apabila melihat kucing kesayangan makan rumput, kenapa agaknya ya Jadi, makan rumput adalah cara bagi kucing untuk melegakan masalah pencernaan yang sedang dialaminya. Rumput kata Dr. Pete memiliki kandungan serat yang tinggi dalam membantu masalah sembelit pada kucing.

Tabiat kucing suka makan rumput boleh jadi bahaya.

“Kucing terkenal dengan tabiat tidak gemar minum air dan makan rumput dapat membantu mereka membuang air besar dengan lebih mudah,” katanya. Jelasnya lagi, faktor pemakanan yang diberikan pemiliknya juga boleh menjadi sebab mengapa kucing makan rumput. “Jika makanan mereka kurang vitamin, mineral atau nutrisi tertentu, mereka mungkin cuba mencarinya di tempat lain termasuk rumput,” jelasnya lagi.

Tidak hanya masalah penghadaman, tekanan juga adalah punca mengapa kucing makan rumput dan ia mampu memberikan ketenangan kepadanya. Bagaimanapun, tabiat itu boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan kucing dan rumput boleh tersangkut di dalam perut sekiranya si bulus makan terlalu banyak. Operasi juga mungkin perlu dilakukan bagi mengeluarkan rumput di dalam perut mereka.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *