Pemuda kurang upaya ini sanggup merangkak hanya untuk selamatkan sesuatu ini.Tak sangka pemuda ini sanggup lakukan.

Haiwan kucing Viral

Orang kata bermacam-macam cara untuk kita kumpul pahala kan? Dengan bersedekah, menolong mereka yang memerlukan, menyampaikan ilmu yang bermanfaat dan banyak lagi lah. Macam apa yang dilakukan Abu Fathiyyaturahma Menk AbdunMujtahid ini, walaupun dia merupakan Orang Kelainan Upaya, namun itu tidak menghalangnya untuk menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap di longkang besar.

Video berdurasi 2 minit 09 saat itu jelas menunjukkan kegigihan Abu yang turun dari kerusi rodanya dan berjalan menggunakan tangannya menuju ke longkang besar demi menyelamatkan anak kucing yang tersangkut…allahu baiknya. Meskipun tidak mempunyai anggota yang sempurna, warganet cukup bangga dengan apa yang dilakukan Abu kerana tak semua mempunyai rasa tanggungjawab dan perikemanusiaan sepertinya.

Semoga allah membalas jasa baik Abu! 

Sumber :Lobak Merah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Gadis Ini Berani Tampil Hanya Untuk Selamatkan Haiwan Ini. Sekali Dia Dapat Perasan Sesuatu Ini Pula.

Sifat berani Nur Syahira yang membantu seekor biawak pada Khamis menerima pujian warganet. Keberanian seorang gadis membantu seekor biawak yang dijerat dengan tali ternyata menerima pujian ramai. Kisah mengenai Nur Syahira Natasya Abd Hamid, 21, tular selepas ia dikongsi di laman TikTok oleh majikannya, Nur Atiqah Mohd Fadzil, 23, yang juga seorang peniaga pakaian pada Khamis. Nur Atiqah yang mesra disapa Eiqa berkata dia amat kagum dengan sifat berani yang ditunjukkan oleh kakitangannya itu.

Eiqa (kanan) berkongsi video mengenai Nur Syahira (kiri) menerusi TikTok miliknya sehingga meraih hampir 500,000 tontonan.

“Gadis dalam video viral itu merupakan staf saya. Tapi dia sudah dianggap seperti adik saya sendiri. Kami satu team pada masa tu baru sahaja selesai makan tengah hari. Ketika nak naik kereta untuk balik sambung kerja, dia nampak ada biawak yang diikat pada bahagian bawah kereta. Mula-mula saya ingatkan dia bergurau. Rupa-rupanya memang ada biawak. Nampak macam ada orang ikat pada bahagian kepala dan tubuhnya, seperti jerat. Ia diikat dengan ketat sekali,” ujarnya wanita yang berasal dari Sungai Petani, Kedah ini. Menurut Eiqa, Nur Syahira tanpa berlengah terus menghampiri haiwan itu dan cuba membuka tali yang diikat pada badannya.

Dia seorang yang sangat rajin dan berani. Malah, kucing saya yang sakit pun dia tolong jaga dan rawat.

“Mujurlah dia ada sifat berani. Kami yang tengok pun rasa kesian. Kami boleh je biarkan, biawak je pun. Tapi kami tak sampai hati. Jadi staf saya itu cuba buka tali, tapi tak berjaya. Mujur ada seorang lagi staf saya pergi beli gunting di kedai berhampiran. “Nur Syahira pegang badan biawak tu dan dia potong tali berkenaan. Kalau tengok tali tu, saya rasa memang ada orang aniaya, bukannya ia terbelit sendiri,” jelasnya lagi.

EIqa bangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh pekerjanya itu.

Menurut Eiqa, dia juga bangga apabila ramai warganet memuji sikap berani kakitangannya itu setelah video yang dikongsinya di TikTok meraih hampir 500,000 tontonan.

Paparan skrin video viral itu.

“Saya sangat terharu, pada masa sama saya rasa bangga. Dia seorang yang sangat rajin dan berani. Malah, kucing saya yang sakit pun dia tolong jaga dan rawat. Saya pun tak ada niat nak viralkan video itu, saya cuma kongsi. Tapi mungkin dengan video itu juga, ia jadi pembuka rezeki untuk perniagaan saya. Sumpah terharu bila viral macam ni walaupun bukan saya yang ada dalam video tu. Sebab kita sendiri pun tak berani nak pegang biawak seperti apa yang dilakukannya,” ujar Eiqa lagi.

Dalam pada itu, video kejadian yang dirakam di Kampung Baru, Kuala Lumpur itu tidak henti-henti dihujani dengan pelbagai komen warganet. Selain memuji sikap berani Nur Syahira, ada warganet yang turut memperkatakan mengenai kejelitaan wajahnya.

“Dah la cantik, tak takut pula tu. Untung dapat jadikan isteri. Terbaiklah sis. Aku yang lelaki ni pun takut dengan biawak. Terima kasih sis. Alhamdulillah masih ada insan yang berhati perut. Awak memang berani, semoga awak dimurahkan rezeki dan sihat selalu,” tulis beberapa warganet.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Siapa Sangka Si Bulus Ini Dah Setaraf Pendaki Gunung Yang Lain. Dah Tawan Lebih 30 Gunung Di Seluruh Negara Dan Ini Yang Dilakukannya.

Jibek setia menemani Azhan setiap kali dia melakukan aktiviti mendaki gunung. Jika di luar negara membawa haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung barangkali adalah senario biasa.

Namun di Malaysia, jarang sekali kita mendengar ada pendaki yang membawa haiwan peliharaan mereka melakukan aktiviti lasak apatah lagi mendaki gunung, flying fox atau pun paragliding. Tetapi tidak bagi Azhan Dziaruddin yang gemar membawa kucing kesayangannya, Jibek setiap kali dia mendaki gunung sejak usia si bulus itu enam bulan dan sehingga kini Jibek sudah menakluk lebih 30 gunung di seluruh Malaysia.

Jibek sudah menawan tujuh gunung paling tinggi di Semenanjung Malaysia.

Jangan terkejut, Jibek juga sudah menawan tujuh gunung paling tinggi di Semenanjung Malaysia (G7) iaitu Gunung Chamah, Gunung Ulut Sepat, Gunung Yong Yap, Gunung Korbu, Gunung Gayong, Gunung Yong Belar dan paling tinggi Gunung Tahan iaitu setinggi 2,190 meter. Berkesempatan bertemu sendiri dengan Jibek yang pertama kali melakukan aktiviti Flying Fox di Skytrex Sungai Congkak di Hutan Lipur Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor baru-baru ini pasti ramai tidak akan menyangka Jibek seekor kucing yang lasak. Jika dilihat daripada tingkah lakunya yang manja dan sesekali cuba menyorokkan wajah dibelakang bahu tuannya membuatkan ramai yang bertemu dengannya berasa jatuh hati.

Berehat… Jibek sudah biasa dengan suasana dalam hutan.

“Pertama kali Jibek berjinak-jinak dalam dunia pendakian saya bawanya panjat Gunung Nuang di Hulu Langat ketika usianya baru enam bulan. Pada awalnya saya skeptikal juga bimbang kalau dia akan meragam tetapi saya memang terkejut apabila dia begitu menyukainya sehingga ia tidak mahu diletakkan di dalam beg galasnya. Biasanya Jibek akan bertenggek di atas bahu saya sepanjang perjalanan dan dia akan turun apabila ia mahu berjalan sendiri tapi saya akan ikat tali keselamatan di badannya,” katanya. Sejak daripada itu kata Azhan, Jibek adalah peneman setianya setiap kali dia keluar mendaki gunung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *