Pemuda ini berani tampil untuk uruskan urusan kucing ini. Rupanya ianya sudah dilakukan sejak 13 tahun lalu.

Haiwan kucing Viral

Meskipun sering diperlekeh, ia tidak menghalang Mohd Amin Fuad Ramli dari Kampung Solok Dekat, Pengkalan Balak, Melaka ini untuk terus menerus melakukan apa yang dianggap tidak membawa faedah oleh penduduk setempat. Pemuda berusia 25 tahun yang bekerja sebagai seorang nelayan ini melakukan kebaikan dengan ‘menguruskan setiap kucing yang telah tiada nyawa dijumpainya di tepi jalan mahupun di mana sahaja. Ya Allah mulianya hati dia. Amin yang juga anak kelima daripada lapan beradik itu telah membuat amal kebaikan ini sejak 13 tahun yang lalu. Secara keseluruhannya, dia telah menguruskan 500 ekor kucing!

Menurut Amin lagi, pada mulanya dia sering berasa loya dan hilang selera makan selepas menguruskan kucing kerana ada yang berulat dan isi perut terburai. Namun kini, dia tidak lagi berasa geli atau loya ketika mengendalikan kucing berulat meskipun berbau busuk. Malah, dia melakukan perkara itu tanpa memakan sarung tangan atau apa-apa alas.

Amalan itu bermula sejak saya berusia 12 tahun lalu, kalau nampak kucing saya akan uruskan tak sanggup tengok ia begitu saja.” Kalau lah ramai orang seperti Amin dalam dunia ini… Baginya, setiap makhluk yang bernyawa perlu ditanam dan tidak dibiarkan begitu sahaja sehinga mereput. Kadang kala ada juga kucing yang dibiarkan begitu sahaja berminggu-minggu di atas jalan dan akhirnya hancur digilis kenderaan.

Kucing juga makhluk Allah yang mempunyai nyawa, jadi kita sebagai manusia perlu jalankan tanggungjawab uruskannya.” Kebanyakkan kucing yang ditanam pemuda ini telah tiada dek kerana terlibat dengan kejadian melibatkan kenderaan. Selain itu ada juga yang telah tiada kerana faktor usia, uzur dan sakit.

Menurut Amin, dia akan tetap memegang prinsip yang sama meskipun orang ramai menganggap ia tidak memberi sebarang faedah. InsyaAllah selagi hayat dikandung badan, saya akan terus menguruskan kucing. Tidak sanggup membiarkannya mereput hingga tinggal tulang tanpa disemadikan.” Semestinya usaha pemuda berhati mulia ini memberi syafaat kepadanya di akhirat. Semoga Amin sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan kebaikan. Harap-harap lebih ramai terbuka hati untuk melakukan kebaikan sepertinya.

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Aksi Kucing Ini Membuatkan Warganet Sebak. Rupanya Ini Yang Berlaku.

Siapa yang ada membela kucing di rumah, pasti sudah cukup ‘kenal’ dengan ragam dan perangainya dari pagi hingga ke malam. Tapi sekiranya si comel itu pergi,insan pertama yang pasti akan menangis kesedihan ialah tuannya sendiri. Mana tidaknya, mereka sudah hidup bersama seperti anak kandung sendiri sejak sekian lamanya, tiba-tiba sakit dan akhirnya telah pergi tinggalkan tuannya seorang diri.

Namun apa yang dirakam dalam video ini memang menyentuh hati kita semua. Berdasarkan video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok Im Penny ini, seekor kucing dipercayai telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Bagaimanapun apa yang membuatkan situasi itu sebak adalah terdapat seekor lagi kucing yang mengiau sedih meratapi kematiannya. Jika dilihat pada riak matanya, besar kemungkinan kucing ini terlalu sedih melihat rakannya kaku dan ‘pergi’ di depan matanya sendiri. Mari tonton video ini.

“Dia meratap dan berharap temannya itu kembali, anda rasa apa yang dia fikirkan?” Rakaman sebak ini tular dan mendapat maklum balas hiba daripada kalangan warganet. Ramai yang turut bersedih atas kehilangannya itu.

Sumber: TikTok

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pasti Ada Si Bulus Anda Yang Kurang Gemar Makanan Khas Untuknya. Ini 11 Makanan Manusia Yang Dibolehkan Buat Kucing Anda.

Walaupun berbagai jenis makanan kucing di pasaran, pasti ada sesetengah kucing yang lebih gemar untuk makan makanan manusia. Hal ini pun sudah lumrah dan tidak ada masalah untuk kesihatan kucing. Kucing memang karnivor, yang ertinya ia memerlukan daging dan protein dalam jumlah banyak agar sentiasa. Bahan yang penting untuk kesihatan kucing adalah taurin, yang terdapat dalam protein haiwan. Meskipun kucing anda harus mengambil daging, namun anda boleh memperkenalkan banyak variasi makanan lainnya dalam pengambilan nutrien sehari-hari. Namun, selalu ingat bahawa beri makanan bukan daging dalam jumlah perlu saja. Berikut beberapa makanan manusia yang selamat untuk diberikan pada kucing.

1. Brokoli

Brokoli dianggap tidak membahayakan dan boleh disajikan dengan kukus dan disejukkan sebelum diberi kepada kucing. Brokoli kaya dengan antioksidan yang sihat. Ingatlah bahawa snek brokoli hanya perlu diberi sekali-sekala dan dalam jumlah yang kecil. Menambah apa-apa dalam diet kucing anda, walaupun makanan kecil, boleh menyebabkan sakit perut jika tidak dilakukan dengan teliti.

2. Lobak

Kucing pasti boleh memakan lobak yang terlebih dahulu dikukus. Lobak tinggi dengan serat dan disaluti dengan banyak nutrien yang baik dan lazat. Sekali lagi, seperti semua sayur-sayuran, kucing harus diberi makan lobak sekurang-kurangnya selang satu hari. Penting untuk mengelakkan memberi lobak mentah. Pastikan memotong lobak menjadi kepingan kecil agar kucing anda tidak tersedak.

3. Labu

Labu adalah sumber serat dan vitamin yang bagus untuk kucing anda. Labu juga dapat membantu mengatasi masalah sembelit atau bahkan komplikasi mengenai kesan bola rambut. Pastikan untuk hanya menawarkan labu asli pada kucing anda, ertinya tidak boleh mengandungi rempah-rempah atau perasa.

4. Bayam

Kucing secara semula jadi amat menyukai sayuran hijau, dan bayam mengandungi banyak vitamin yang memberi manfaat pada kucing anda.   Meskipun demikian, elakkan dari memberi makan bayam pada kucing yang mempnyai masalah ginjal atau pundi kencing kerana kandungan kalsium dalam bayam dan vitamin tahap tinggi lain.

5. Epal

Jika anda ingin memberikan epal kepada kucing, pastikan epal tersebut organik dan diberikan tanpa kulit. Selain itu, buang semua bijinya (mengandung sianida dan membahayakan). Kucing sebenarnya tidak mengesan rasa manis, jadi kucing anda mungkin menyukai atau tidak memakan potongan epal yang kecil.

6. Pisang

Pisang tidak membahayakan untuk kucing tetapi sukar dicerna kerana kandungan seratnya yang tinggi. Pisang juga mengandungi potasium dalam jumlah besar. Pisang pun tinggi gula, jadi jika anda menawarkan pisang, minimumkan dan dalam jumlah yang kecil.

7. Tembikai

Tembikai tanpa biji boleh diberikan pada kucing dan kebanyakan kucing pada umumnya menggemari untuk memakannya. Ini adalah snek yang baik untuk kucing yang kesulitan penghidratan. Namun, kucing yang menghidap diabetes atau sensitif terhadap gula dalam jumlah yang banyak sebaiknya tidak diberikan makanan manis seperti tembikai kerana kandungan gulanya yang tinggi.

A basket of sweet corn, three ears partially husked

8. Jagung

Jagung sering digunakan dalam makanan haiwan dan tidak mengapa semasa dimasak dan digiling. Banyak pembekal makanan haiwan menggunakan jagung sebagai mengisi dan secara berkala dalam makanan anjing dan kucing. Beberapa kucing cenderung menikmati potongan kecil jagung.

9. Ikan

Beberapa jenis ikan yang bagus untuk kucing antara lain salmon, trout, herring, makarel, tuna dan whitefish.

10. Daging

Ayam, ayam belanda, burung dan daging lembu dibolehkan. Itik mungkin boleh diberikan sekali-sekala, tetapi kerana kandungan lemaknya yang tinggi, akan memberi risiko.

11. Telur

Telur adalah sumber makanan kaya protein dan dapat memberi manfaat pada kucing anda. Jika anda memberi makan telur kepada kucing , berikan dalam jumlah yang kecil dan elakkan memberi telur mentah kerana boleh menyebabkan risiko salmonella atau E. coli.

Sumber- Pet Helpful

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai Tak Tahu Banyak Makanan Tak Digalakkan Bagi Kucing.

Kucing adalah haiwan piliha untuk dijadikan haiwan peliharaan gara gara telatahnya yang membuatkan ramai cair. Kucing juga dikatkan boleh mengurangkan rasa stres pemiliknya dengan hanya membelainya. Bagi seorang pemilik kucing, kesihatan kucing mereka mestilah dititikberatkan .

Sebenarnya pemilik kucing perlu titikberatkan dari segi pemakanan kucing korang.Sistem penghadaman kucing amat tidak fleksibel, jadi ada sesetangah makanan manusia yang boleh menggangu kesihatan mereka tanpa sedar. Berikut antara bahan makanan manusia yang sebenarnya berbahaya buat kucing

Pertama, susu dan produk tenusu lembu. Ada sesetengah pemilik kucing sanggup memberi susu sebagai minuman buat kucing mereka. Tapi ramai yang tak sedar perbuatan ini akan mendatangkan kesan buat kucing kesayangan korang

Bahkan engambilan produk tenusu lembu  ini boleh menyebabkan si kucing mengalami muntah-muntah dan cirt birit kerana mengandungi kandungan laktosa yang tidak sesuai dengan sistem penghadaman kucing.Minum yang terbaik untuk kucing sebenarnya hanyalah air biasa.

Kedua ialah telur, ikan dan daging mentah. Buat pengetahuan anda memberi makanan mentah juga boleh menjejaskan kesihatan mereka. Tiga makanan ini mengandungi bakteria dan par4sit yang boleh menjejaskan usus kucing. Kalau nak bagi juga, masak dulu.

Ketiga, tak perlu diberikan kekacang. Semua sedia tahu yang kacang sangat kaya dengan lemak. Walaupun mengandungi protein dan lemak yang sihat, tetapi ia sesuai untuk manusia sahaja.Kacang boleh menyebabkan kenaikan berat badan yang cepat bagi kucing. Tahap lemak yang ada pada kacang ini boleh menyebabkan kucing mengalami masalah perut dan muntah-muntah.

Akhir sekali, anggur dan kismis sememangnya tak sesuai buat kucing. Tak dinafikan,Buah anggur dan snek berkhasiat kismis mungkin bagus untuk manusia namun ia beri kesan buruk kepada si kucing.Dua bahan ini mampu memberikan masalah serius kepada kucing kerana boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang disebabkan kandungan toksiknya.

Teringin Nak Buat Makanan Kucing Yang Boleh Jimatkan Wang. Ternyata Ini Cara Mudah

Buat pencinta kucing dan pemilik kucing, anda sudah semestinya inginkan yang terbaik buat kucing peliharaan mereka. Macam yang kita tahu, kucing kita perlu diberikan perhatian. Terutama sekali harus diberi makanan secukupnya dan makanan yang sihat bagi elak sakit perut atau jatuh sakit.

Kalau nak tahu, makanan kucing sebenarnya boleh buat sendiri dengan gunakan ikan sardin, lobak merah dan sayur bayam. Malah ia lebih menjimatkan. Berikut adalah cara cara yang anda boleh guna.

Mula mula, rebus sardin yang telah dibersihkan dan simpan air rebusan itu. Kemudian, rebus lobak merah dan bayam bersama air rebusan tadi. Selepas itu, masukkan semua bahan rebusan tadi dan k1sar. Jangan lupa letak lebih.

Seterusnya, letakkan kesemua bahan yang telah dikisar ke dalam plastik ikut kuantiti yang anda mahukan untuk diberikan kepada kucing anda. Kalau nak tahu makanan kucing homemade bukan sahaja mempunyai khasiat tetapi dapat berjimat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *