Pemuda ini tidak menyangka ini yang dibalas dengan tindakannya yang memberi sesuatu ini pada kucing itu. Rupanya ini yang berlaku sebelum ini.

Haiwan kucing Viral

Rezeki adalah rahsia Allah dan ia selalunya datang tanpa diduga. Tambahan pula kalau kita lakukan sesuatu perkara yang mulia tanpa meminta apa-apa balasan dari-NYA. Baru-baru ni, viral di Twitter kisah seorang lelaki yang beroleh rezeki yang hebat selepas memberi kucing jalanan makan dengan hanya membelanjakan RM4.50 sahaja. Wahhh syukur alhamdulillah! 

“Dua bulan takde kerja sana sini hantar resume diam saja! Tiba-tiba…”  Menurut perkongsian Mohd Fikri di Twitter, dia yang sudah dua bulan menganggur itu tidak menyangka perbuatannya memberi makanan kepada beberapa ekor kucing membawa kepada rezeki yang berganda-ganda kepada dirinya. Pada keesokan harinya, Fikri telah menerima dua tawaran kerja yang bagus dan dia menganggap ia merupakan berkat ‘sedekah’ yang dilakukannya kepada kucing-kucing jalanan semalam. 

The power of kucing. 2 bulan xde kerja sana sini hantar resume diam saja! Satu hari tu hati lembut nk sedekah. Belikan makanan kucing RM 1.50 x 3. Esoknya pagi ada company call utk iv dan dapat kerja. Pagi yg sama juga dapat job buat coaching bola sabtu ahad.

“Tak kisah haiwan apa pun kalau kita buat baik dengan dia, dia doakan kita” . Tweet yang telah mendapat hampir 14,000 retweet ini telah mendapat perhatian positif warganet yang juga mengakui pernah melalui pengalaman yang sama. Kebanyakannya juga setuju, kalau kita berbuat baik dengan haiwan, mereka pasti akan doakan kita kembali. Insya-Allah.

Rezeki dapat mengerjakan umrah

Menurut mStar, Fikri juga bukan saja mendapat pekerjaan tetapi dia juga dikejutkan dengan pengesahan untuk mengerjakan umrah tidak lama lepas tu. Dia yang bakal berlepas ke Tanah Suci Mekah pada Selasa ini menyifatkan rezeki tersebut merupakan bukti ‘the power of sedekah’.

“Semua benda baik datang bertimpa-timpa. Sebelum kejadian kucing tu saya belum confirm lagi ke sana (Mekah). Saya juga dapat lagi tawaran temu duga kerja dari syarikat lain.  Syukur Alhamdulillah, dengan beberapa ringgit makanan kucing, mungkin punca dari situ, saya dapat pembalasan berganda-ganda,” katanya lagi. Harap kisah ini dapat memberi inspirasi kepada kita semua kat luar sana untuk sentiasa membantu dan menyayangi haiwan. Insya-Allah rezeki yang baik pasti akan datang kepada kita.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Hampir 2 Tahun Kahwin Akhirnya Isteri Disahkan Hamil. Rupanya Dalam Diam Suami Selalu Minta Si Bulusnya Doakan Supaya Isteri Cepat Hamil.

Heera dan Shidee syukur diberi rezeki setelah memelihara seekor kucing. dikurniakan zuriat selepas memelihara seekor kucing. Tidak dinafikan anak pelengkap ikatan perkahwinan namun bukan semua pasangan yang berkahwin dimurahkan rezeki dengan kehadiran cahaya mata.

Jika minggu lalu kisah seorang pemuda beri kucing makan dikejutkan dengan tawaran pekerjaan, minggu ini kisah seorang wanita dikurniakan zuriat pula kerana perbuatan sama dan ia menghangatkan timeline media sosial.

Tampil berkongsi detik indah itu, wanita menggunakan Tweethandle @heerawahab atau nama sebenarnya Nurul Thahira Abd Wahab memaklumkan dia berjaya hamil selepas sebulan memelihara haiwan itu.

Heera dan suaminya Shidee memelihara seekor kucing berwarna hitam diberi nama Le Que.

“Saya dan suami sudah dua tahun berkahwin namun belum dikurniakan zuriat. Sebelum ini saya pernah hamil tapi keguguran. Akibat terlalu sunyi, saya dan suami bersepakat untuk bela kucing dan kami beli daripada salah seorang rakan kami. Alhamdulillah, sebulan selepas itu saya disahkan mengandung, ujarnya.

Menurut wanita berusia 24 tahun ini, pelbagai usaha dan kaedah telah dilakukan untuk mendapatkan zuriat termasuk mencuba perubatan secara tradisional namun ia tidak berhasil.

“Sebutlah apa sahaja, semuanya sudah kami lakukan. Saya ada berjumpa doktor ambil ubat kuatkan rahim, malah berurut pun kami buat sehingga terpaksa berulang-alik dari Pulau Pinang ke Kedah, namun tak berjaya. Saya dan suami juga cuba ubah cara kehidupan. Kami berhenti ambil minuman berkafein, makan makanan yang sihat, makan vitamin, tapi semua seperti tidak menjadi.

Setiap kali beri makan pada kucing, suami akan cakap dengan kucing minta doakan supaya kami juga dikurniakan zuriat. Memang itulah satu-satunya perkara dia akan kata pada kucing.

“Benarlah kata orang, kalau bela kucing rezeki semakin bertambah dan ia memang terbukti,” katanya yang tinggal di Gelugor, Pulau Pinang. Bercerita lanjut, Thahira atau lebih mesra disapa Herra yang kini sudah 11 minggu hamil memberitahu suaminya, Mohd Shidee Jahli, 31, seorang yang penyayang dan sangat sukakan kucing.

“Setiap kali ke kedai makan, dia mesti akan order ikan untuk diberi pada kucing. Even dalam bakul motor, kereta dia akan ada bekalan makanan untuk diberi pada kucing. Setiap kali beri makan pada kucing, suami akan cakap dengan kucing minta doakan supaya kami juga dikurniakan zuriat. Memang itulah satu-satunya perkara dia akan kata pada kucing,” ujarnya yang tidak menyangka perkongsian itu akan menjadi viral.

Heera memberitahu suaminya, Shidee seorang yang penyayang dan pencinta haiwan.

Menurut anak jati Pokok Sena, Kedah ini lagi, beberapa individu lain turut tampil berkongsi nasib sama dengannya. “Selepas share pengalaman itu ramai pula yang tampil berkongsi masalah. Ada yang sudah 11 tahun kahwin tetapi tidak dikurniakan cahaya mata,” katanya. Selain itu Heera mendedahkan dia pernah mengalami tekanan yang teruk gara-gara terlalu inginkan zuriat sehingga terpaksa menjalani beberapa sesi terapi. Rakan-rakan yang berkahwin masing-masing dah ada anak dan besar. Kita dekat sini terasa apabila orang tanya bila nak ada anak, tak teringin ke nak ada anak.

“Saya asyik menangis sehingga tak lalu makan. Sampai satu tahap saya berasa amat tertekan dan berputus asa. Kalau berjalan ke mall dan lalu depan kedai baby saya akan rasa terlampau sedih. Dah macam tak betul. Sehingga saya tidak mahu berjumpa dengan sesiapa dan memilih untuk menjauhkan diri, ujarnya.

Heera memberitahu dia tidak percaya dan terpaksa melakukan sehingga lima kali ujian kehamilan.

Heera bagaimanapun menasihati wanita khusunya mereka yang belum dikurniakan zuriat untuk tidak tertekan dan berputus asa dan sentiasa percaya akan dikurniakan ganjaran jika berbakti sesama makhluk tuhan.

“Saya tak sangka akhirnya saya mengandung kerana sebelum ini setiap kali lewat datang bulan saya teruja buat ujian kehamilan namun keputusannya selalu menghampakan. Tapi kali ini suami perasan kelakuan saya berbeza. Saya sering mengadu ubat gigi tak sedap, dah expired ke? Kemudian dia suruh saya buat ujian kehamilan dan betul saya mengandung. Saya buat ujian itu sehingga lima kali sebab saya betul-betul tak sangka. Yang penting kita usaha, selebihnya berserah kepada Allah, ujarnya.

Pada 7 Februari lalu, kisah pemuda berusia 22 tahun iaitu Mihd. Fikri Iman Ridwan yang dua bulan menganggur mendapat tawaran kerja sehari selepas dia memberi makanan kepada beberapa ekor kucing.

Perkongsian kisah itu mendapat respons positif daripada orang ramai yang berpendapat ia merupakan ganjaran Allah kerana berbuat baik terhadap haiwan terutamanya kucing, haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW.

Bawa Empat Ekor Kucing. Remaja Ini Cerita Pengalaman Tentang Pencinta Kucing Yang Sanggup Buat Macamni

Perkongsiannya pernah mendapar perhatian di Twitter sejurus sahaja reaja ini berkongsikan tentang seorang lelaki warga emas yang begitu menyayangi haiwan peliharaannya. Admin nak tanya, apa yang bermain di minda anda sekiranya terlihat seseorang membawa kucing menaiki motosikal?

Mesti ada yang berfikir mungkin tuannya ingin membawa kucingnya bersiar siar kerana ha itu jarang dibuat orang. Dan nak dijadikan cerita, remaja ini terserempak dengan warga emas lelaki yang membawa kucingnya bersiar sambil menaiki motosikal.

Ingatkan seekor rupa rupanya empat ekor sekaligus. Kemudian, remaja tersebut turut membuat perkongsian di Twitter dan memuat naik gambar kucing-kucing yang dibawa oleh warga emas itu yang diletakkan dalam sangkar yang d1ikat kemas pada bahagian belakang motosikalnya.

Remaja yang bernama Zukhijjaz Fikri ini menjelaskan pada mualnya dia merasa pelik bila melihat situasi tersebut malah menyangka lelaki warga emas itu mahu membuang kucing kucingnya.

“Masa itu motor kami sebelah menyebelah ketika sedang berhenti di lampu isyarat dekat Bukit Gambir, Johor. Mak yang bawa, saya pula membonceng. Bila tengok kucing-kucing ni, saya ingat pakcik tu nak pergi buang.”Saya ni pula jenis ramah, jadi saya pun tanya pakcik tu ‘kenapa bawa kucing?’ Tapi jawapan yang diberi terus buatkan saya tersentuh.

“Dia kata dia saja je bawak sebab bosan duduk seorang dekat rumah. Saya nak tanya lebih lanjut tapi tak sempat sebab lampu dah hijau,” cerita remaja berusia 16 tahun ini.Terkesan dengan situasi yang dilihatnya itu, remaja yang senang disapa Hijjaz ini berkata dia kemudian membuat perkongsian di Twitter untuk berkongsi cerita dengan pengikutnya.

“Apa yang terlintas di hati pada ketika itu adalah merasakan pakcik ini sangat-sangat baik. Dalam masa yang sama, timbul juga perasaan kasihan sebab pakcik ni kata dia tinggal sorang dekat rumah.”Jadi mungkin dia tinggal sebatang kara saja. Tapi lepas perkongsian tu, ada beberapa kawan yang respon cakap mereka pun biasa nampak pakcik ni sekitar Tangkak.

“Saya hanya doakan agar pakcik ni dikurniakan kesihatan yang baik dan diberkati sebab sifatnya yang sayangkan haiwan. Lagipun kucing ni binatang kesayangan Nabi kita,” Jelas anak ketiga daripada empat adik beradik ini.

Remaja ini juga ada menyimpan keinginan untuk bertemu semula dengan lelaki warga emas berkenaan kerana ingin mencari jawapan bagi beberapa persoalan yang bermain di mindanya.”Kalau ada peluang berjumpa, pertama sekali saya nak minta maaf sebab muat naik gambarnya tanpa kaburkan apa yang tak sepatutnya.”Keduanya, saya teringin sangat nak tahu tentang kisah hidup lelaki yang bersifat penyayang ini,” ujarnya mengakihir bicara.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *