Tular pemuda ini menangis teruk bila dapat tahu sesuatu ini berlaku pada kucingnya. Tak sangka ini reaksinya.

Haiwan kucing Viral

Mungkin korang pernah ada pengalaman kehilangan suatu benda yang menjadi kesayangan sehingga hampir tidak boleh terima kenyataan akan kehilangannya. Baru-baru ni tular dekat Twitter mengenai seorang lelaki yang kelihatan sedang menangis teresak-esak apabila mendapati kucing kesayangannya telah tiada akibat terlibat dengan kejadian dengan kenderaan.

Perkongsian lelaki itu kini mencecah lebih 24 ribu retweet. Ramai warganet menjadi hiba apabila melihat lelaki ini meraung meratapi kehilangan kucing kesayangan yang diberi nama Amy itu. Menurut perkongsiannya itu, pada mulanya tiada siapa tahu bahawa kucing itu telah tiada. Namun setelah beberapa jam kehilangannya, barulah salah seorang dari ahli keluarga lelaki ini menjumpainya dan terus memberitahu dia akan perkara ini.

Tidak mampu untuk menahan rasa sebak dan sedih, dia terus meratapi kucing tersebut sambil membersihkan kotoran yang berada di kawasan sekitar. Tambahnya lagi, dia telah membela Amy selama hampir 5 tahun sejak dari usia kucing itu kecil lagi sehinga sekarang.

Bukan itu sahaja, lelaki ini turut berkongsi bahawa dia sempat memandikan kucing itu sebelum menguruskannya. Amy kemudiannya di uruskan di kawasan sekitar rumah.

Kalau korang tengok video masa dia menangis tu, memang betul-betul nampak dia sedih dan sayang sangat dekat kucing tu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Gadis Ini Berniat Untuk Merakamkan Kawad Onlinenya. Sekali Ini Pula Yang Si Bulusnya Lakukan.

Semenjak pandemik Covid-19 melanda dunia, banyak norma baharu yang perlu kita adaptasi. Sebagai contoh, sesi pembelajaran kini menggunakan kaedah secara dalam talian atau Open and Distance Learning (ODL).

Lebih unik, aktiviti fizikal dalam kokurikulum juga kini menggunakan kaedah yang lain memandangkan Prosedur Standard Operasi (SOP) tidak membenarkan pelajar untuk berkumpul secara beramai-ramai. Bercerita tentang aktiviti kokurikulum, seorang gadis ada berkongsikan video latihan kawad yang dirakamnya ‘diceroboh’ oleh kucing sendiri. Video yang mendapat hampir 300,000 jumlah tontonan ini dikongsikan sendiri oleh gadis itu di laman Twitter.

Gadis yang dikenali sebagai Izati ini berkata rakaman video ini adalah untuk aktiviti kokurikulum Kesatria, yang mewajibkan pelajar untuk belajar kawad kaki. Pada mulanya, Izati meletakkan telefon di lantai perkarangan rumah untuk merakam dirinya berkawad. Dalam video yang dimuat naik, kelihatan seekor kucing sedang duduk menemani tuannya di sisi.

Beberapa saat selepas itu, kucing itu mula menyedari ada telefon yang merakam mereka berdua di perkarangan rumah. Dia bertindak bangun dan memeriksa kamera itu, sehingga menutup ruangan kamera yang sepatutnya merakam aktiviti kawad kaki. Comel betul!

Video ini mendapat perhatian ramai yang terhibur dengan photobomb yang dilakukan oleh kucing itu. Di akhir ciapan gadis itu, dia ada berkongsikan kisah kucingnya. “Her name is Layer and she used to be an ugly skinny stray cat before she came to our house. Dia dah nak masuk 10 tahun and dah tua pls doakan umur dia panjang. Tea srs takleh hidup without Layer”

Meskipun video photobomb ini dimuat naik dengan tujuan suka-suka, Izati ada menerima beberapa komen negatif daripada warganet yang mengkritik dirinya kerana tidak mahir melakukan kawad kaki. Terkilan dengan sikap beberapa pihak yang kurang senang dengan dirinya, pelajar UiTM Puncak Alam ini sempat memberi nasihat kepada mereka di luar sana agar sentiasa kekal positif dan berbuat baik kepada orang lain.

“Saya takde lah marah tapi benda macamni sentiasa boleh belajar kan untuk timba ilmu baharu tak perlu merendah rendah kan orang lain. Nasihat saya, instead or belittling other people why would you guys try to put yourself in their shoes, all of us are struggling so be kind”. Semoga Izati teruskan berlatih kawad kaki sehingga mahir dan buat kucing tersebut, tolong jangan kacau tuan anda lagi selepas ini!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terpaksa Panggil Pasukan Ini Disebabkan Beg Yang Mencurigakan Ini. Sekali Ternyata Hanyalah Perkara Ini Didalamnya.

Sepasukan skuad penyahaktifan b0m yang dipanggil susulan penemuan satu beg yang mencurigakan mendapati bahawa beg tersebut mengandungi anak kucing yang baru dilahirkan, lapor Lad Bible. Unit itu daripada Pejabat Syerif Butler County di Ohio telah bergegas keluar bagi bertindak balas berkenaan laporan penemuan beg mencurigakan yang ditinggalkan di luar sebuah gereja.

Namun begitu, apabila mereka melihat isi kandungan beg tersebut, mereka telah mendapati bahawa terdapat enam ekor anak kucing di dalamnya. Dalam satu perkongsian di Facebook, pejabat syerif menyatakan: “Unit itu Butler County telah dimaklumkan dengan penemuan satu beg yang mencurigakan di gereja di New Miami.

“Ketika Pakar Mige Grimes dan Det. Detherage tiba, mereka tidak mendengar bunyi berdetik sebaliknya terdengar bunyi kucing tersebut! Terdapat ibu kucing bersama enam ekor anaknya yang berusia sehari di dalam beg tersebut. Terdapat juga satu nota yang tertulis “Sprinkles” telah melahirkan anak pada semalam (17/2). Ibu kucing dan anaknya itu tidak kesejukan, selesa dan telah diberikan makan di Animal Friends Shelter!”

The Animal Friends Humane Society telah memuat naik kemas kini berkenaan kucing itu dan anak kucing tersebut di Facebook: “Kami akan memulakan Feline Friday dengan tambahan ahli keluarga baharu untuk keluarga haiwan kami – Sprinkles dan enam ekor anaknya yang baru dilahirkan! Ketika beg tersebut ditemui ditinggalkan di luar pintu gereja, Unit County Butler telah dipanggil untuk menyiasat. Di dalamnya, mereka mendapati bahawa seekor ibu kucing sedang menjaga enam ekor anaknya yang baru lahir. Catatan nota di dalam beg itu menyebut nama ibu ekor kucing iaitu Sprinkles, dan dia mula melahirkan anaknya pada pukul 2:00 pm pada hari Rabu. Sprinkles dan anaknya yang baru lahir segera dibawa ke Animal Friends untuk dirawat pada petang Khamis. Mereka semua diselaputi dengan air kencing dan memerlukan mandian ketika mereka tiba. Sprinkles telah diberikan vaksin dan telah membuat ujian darah dan kini berada dalam keadaan baik.

Sumber: Lad Bible

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *