Tular ibu kucing ini sanggup selamatkan anaknya walaupun dengan situasi ini.

Haiwan kucing Viral

Jika anda terlihat haiwan yang telah tiada nyawa depan rumah, ia sebenarnya hadiah kecil dari kucing anda untuk menunjukkan anda adalah manusia kegemarannya! Pernahkan anda mendengar tentang kisah kucing bernama Scarlett, si ibu kucing yang membahayakan dirinya sendiri dalam usaha menyelamatkan anak-anak dari api ?

Kisah menyayat hati ini mengingatkan kita yang kasih sayang itu sebenarnya wujud bukan pada manusia sahaja, malah pada makhluk haiwan. Walaupun kisah ini berlaku beberapa tahun dahulu, namun terdapat beberapa pengajaran yang boleh diambil dari Scarlett, kucing yang kental dalam membesarkan anak-anaknya.

Kisah Kucing: Ibu Kucing Terbakar Semasa Menyelamatkan Anak-anaknya

Pada 30 Mac 1996, ibu kucing dan 5 anaknya ini berada di garaj yang terbengkalai yang digunakan secara haram sebagai rumah di Brooklyn semasa kebakaran berlaku. Apabila kebakaran akhirnya terkawal dengan bantuan bomba, David Giannelli, salah seorang pemadam kebakaran di tempat kejadian telah menyedari seekor ibu kucing membawa anak-anak keluar dari garaj tersebut satu demi satu!

Kelihatan ibu kucing tersebut yang diberi nama Scarlett telah terlibat dengan api dengan teruk dalam cubaan menyelamatkan anak-anak akibat berlari ke dalam api. Matanya kelihatan tertutup rapat, telinganya dan tapak kakinya melecur teruk, dan bulunya juga sudah terkena api. Paling menyedihkan, majoriti bulu di wajahnya juga turutsama terkena api.

Setelah menyelamatkan semua anak-anak kesayangannya, si ibu menyentuh setiap anak kucingnya dengan hidungnya untuk memastikan mereka berada di sana dan masih hidup. Ini kerana lepuh di matanya yang menyebabkan matanya tertutup menjadikannya mustahil untuk melihat mereka pada masa itu. Apabila dia sudah memastikan semua anak-anaknya itu selamat dan dalam keadaan baik, Scarlett terus jatuh rebah akibat sudah lemah dan dalam kesakitan! Betapa besarnya usaha ibu kucing ini!

Kisah Kucing: Ibu Kucing dan Anak-Anaknya Mendapat Rawatan Veterinar

Selepas kejadian tersebut, Scarlett dan seluruh keluarganya comelnya segera dibawa ke klinik veterinar di North Animal Animal League di Port Washington, New York untuk dirawat dengan segera. Walau bagaimanapun, salah seekor dari 4  anak kucing yang tidak dapat diselamatkan akibat virus yang dihidapinya, 1 bulan selepas kes kebakaran berlaku. Selepas melalui 3 bulan rawatan dan pemulihan, Scarlett dan anak-anaknya yang masih hidupnya disahkan sihat dan menjalani hidup seperti biasa.

Kucing heroine tersebut yang telah melalui banyak kesulitan untuk anak-anaknya kini telah tiada lagi selepas bertempur dengan pelbagai penyakit setelah 12 tahun tinggal bersama keluarga angkatnya.  Tanggal 15 Oktober 2008, merupakan hari terakhir Scarlett di dunia, namun dia mengajar kita erti keberanian dan kasih sayang tanpa kompromi.

Kisah Kucing: 10 Tanda Kucing Anda Sayangkan Anda

Kucing sememangnya antara haiwan yang selalu dijadikan peneman manusia, salah satunya kerana sifat manja dan penyayang yang dimiliki mereka. Selain wajah kucing yang comel, beberapa sifat mereka juga menunjukkan betapa mereka menyayangi tuan mereka.

Apakah tanda-tanda kucing menyayangi kita? Jom semak senarai ini:

  • Mengusap kening atau dahi kepada kita.
  • Sentiasa duduk di ribaan dan kerap tertidur berdekatan.
  • Angkat ekor sambil memandangnya tuannya.
  • Berbunyi manja (purring) apabila berdekatan.
  • Menggeselkan pipi kepada kita.
  • Memandang kita tepat dengan matanya, dengan kerdipan.
  • Menjilat atau mengigit dengan perlahan.
  • Suka mengurut tuannya!
  • Memberi anda hadiah yang berupa hasil buruannya.

Sumber: Purrworld

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Ini Mempunyai Sakit Ini Sehingga Mengubah Wajahnya. Ini Kisah Derita Kucing Berwajah Seperti Ini.

Seekor kucing yang menghidap satu sakit aneh mempunyai wajah seakan ‘dimamah usia’ ekoran penyakitnya pernah menjadi perhatian ramai orang. Kucing yang dipanggil Toby itu menarik perhatian ramai dengan mimik mukanya yang sentiasa tampak menyedihkan dan lebih tua dari umurnya yang sebenar.

Bagi yang masih lagi tidak mengetahui, Toby sebenarnya menghidap Ehlers-Danlos Syndrome atau feline cutaneous asthenia (FCA) yang merupakan gangguan genetik yang boleh menyebabkan kulit menjadi tegang secara luar biasa, longgar dan rapuh kerana kekurangan kolagen. Menurut Boredpanda, kucing yang dimiliki oleh Georgina Price dan Christopher Lardner itu ditemui di sebuah laman web. Mereka bagaikan jatuh ‘cinta pandang pertama’ pada kucing itu dan seekor lagi kucing yang bernama Quinton.

“Kami menemui mereka di laman web RSPCA. Mereka pasangan yang terikat. RSCPA mengiklankan mereka bersama dan kami fikir adalah lebih baik jika kami dapat membantu dua kucing yang comel itu,” kata Georgina.

Georgina dan Christopher melawat dua ekor kucing itu di RSPCA di mana mereka diletakkan di dalam unit khas. Mereka kedua-duanya ketakutan dan menyorok di belakang. Toby hanya bersembunyi di belakang Quinton sepanjang masa, dia gementar. Georgina juga pada awalnya tidak dapat menyentuh Toby kerana ia terlalu takut. Kedua-dua kucing itu mengambil masa untuk menyesuaikan diri di rumah itu.

Disebabkan oleh sindrom yang dihadapi, Toby yang kini berusia 7 tahun mengalami perut yang tergantung hingga ke lutut. Kami sangat bernasib baik kerana keadaan hipermobilitinya agak ringan dan kami menguruskannya dengan mudah. Mengurangkan tekanan pada sendi, Georgina juga berusaha menghalangnya daripada melompat ke atas atau ke bawah dari tempat tinggi.

Wanita itu berharap bahawa kisah Toby yang dikongsikannya itu bukan sahaja dapat meningkatkan kesedaran mengenai keadaannya yang jarang berlaku namun juga akan mendorong lebih banyak orang mempertimbangkan untuk mengambil kucing berkeperluan khas ke dalam hidup mereka. Georgina juga mencipta akaun Instagram tummyandgummy khusus untuk berkongsikan mengenai kucing-kucingnya.

Sumber: Boredpanda

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Rupanya Ada Sebab Kucing Makan Rumput. Tak Sangka Ia Beri Kebaikan Ini Pada Si Bulus.

Kucing makan rumput disebabkan ia mengalami masalah penghadaman atau berada dalam keadaan tertekan. Kita pasti berasa pelik apabila melihat kucing kesayangan makan rumput, kenapa agaknya ya Jadi, makan rumput adalah cara bagi kucing untuk melegakan masalah pencernaan yang sedang dialaminya. Rumput kata Dr. Pete memiliki kandungan serat yang tinggi dalam membantu masalah sembelit pada kucing.

Tabiat kucing suka makan rumput boleh jadi bahaya.

“Kucing terkenal dengan tabiat tidak gemar minum air dan makan rumput dapat membantu mereka membuang air besar dengan lebih mudah,” katanya. Jelasnya lagi, faktor pemakanan yang diberikan pemiliknya juga boleh menjadi sebab mengapa kucing makan rumput. “Jika makanan mereka kurang vitamin, mineral atau nutrisi tertentu, mereka mungkin cuba mencarinya di tempat lain termasuk rumput,” jelasnya lagi.

Tidak hanya masalah penghadaman, tekanan juga adalah punca mengapa kucing makan rumput dan ia mampu memberikan ketenangan kepadanya. Bagaimanapun, tabiat itu boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan kucing dan rumput boleh tersangkut di dalam perut sekiranya si bulus makan terlalu banyak. Operasi juga mungkin perlu dilakukan bagi mengeluarkan rumput di dalam perut mereka.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *