Setiap pecinta haiwan pasti mudah untuk mengenali perwatakan haiwan. Kali ini ada pula pekerja pusat hidupan liar nilai perwatakan haiwan ini.

Haiwan kucing Viral

Bagi mereka yang gemarkan haiwan, sudah pasti ada yang memilih kerjaya sebagai veterinar, penjaga zoo dan apa sahaja pekerjaan yang melibatkan penjagaan haiwan. Untuk mendekatkan diri dan lebih mengenali ‘perlakuan’ dan ragam haiwan-haiwan yang dijaga ini, sudah semestinya kita perlu melatihnya atau sering berhubungan dengannya.

Seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, pekerja di sebuah pusat hidupan liar ini telah memuat naik satu klip video yang memaparkan ‘ragam’ dan keletah kucing-kucing liar yang dijaganya. Klip video ini pada awalnya telah dimuat naik oleh pusat hidupan liar Wildcat Ridge di laman TikTok mereka dan akhirnya tular pula sehingga ke Twitter dan berjaya menarik perhatian warganet yang terhibur dengan gelagat kucing-kucing liar ini.

Bagi ‘rating’ 1 hingga 10 ikut ‘akhlak’

Dalam klip video tersebut, penjaga pusat hidupan liar ini dilihat sedang bertugas untuk memberi makan kepada kucing-kucing liar di bawah jagaannya. Bukan setakat hanya memberi makan, dia malah sempat pula memberi ‘rating’ dari 1 hingga 10 untuk kesemua kucing-kucing liar itu berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. Apa yang menggelikan hati, kucing-kucing tersebut telah diberikan ‘rating’ berdasarkan kepada ‘akhlak’ dan ‘ketertiban’ mereka sewaktu diberi makan!

Kesemua kucing itu telah dinilai dan diberikan markah berdasarkan kepada sikap masing-masing sama ada menunjukkan kesopanan dan kesabaran, gelojoh atau langsung tidak ‘berterima kasih’ kepada si pemberi makanan. Bagi kucing liar yang mempunyai perilaku ‘bersopan-santun’ sewaktu diberi makan, maka ‘rating’ yang diberikan adalah tinggi. Sekiranya kucing liar tersebut menunjukkan ‘akhlak’ yang tidak memuaskan hati pula, maka ‘rating’ yang diberikan adalah lebih rendah.

Kalau ‘gelojoh’, markah rendah 

Contohnya, bagi kucing liar yang bernama Sassy ini, ia telah diberikan ‘rating’ sebanyak 3 per 10 sahaja disebabkan agak gelojoh ketika menerima makanan dan terus ‘menonong’ pergi tanpa mengucapkan terima kasih.

Bagi Si Ziva pula, ia telah diberikan ‘rating’ yang terlebih pula iaitu sebanyak 15 per 10 gara-gara terlampau ‘bersopan-santun’ ketika menerima ‘habuan’.

Aduhai, kalau markah rendah tu, maknanya kucing tu enggak punya akhlak lah ye?  

Ditonton sebanyak 26 juta kali

Rakaman comel ini telah berjaya meraih perhatian warganet yang rata-ratanya terhibur dengan aksi lucu kucing-kucing ini. Di Tiktok sahaja, klip video ini berjaya meraih lebih daripada 26 juta views. Timeline cleanse! I love this sanctuary’s feeding tiktoks. Bukan itu sahaja, ada juga di antara mereka yang berseloroh dan cuba memadankan personaliti kucing-kucing liar ini dengan diri mereka sendiri. “Ziva macam saya” – Warganet. Tugas menjaga haiwan yang sepatutnya mencabar ni pun boleh jadi menyeronokkan tau. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Wanita Ini Sanggup Beri Sesuatu Ini Sekiranya Kucingnya Dipulangkan. Tak Sangka Ianya Sampai Beri Kesan Sebegini.

Anak Affirah bersama kucing itu yang hilang sejak dua minggu lalu. Dua minggu sudah pun berlalu. Namun, ibu kepada tiga cahaya mata ini tetap tidak berputus asa untuk menanti kepulangan si bulus tersayangnya itu. Menurut Affirah Naquiyah Suboh, 31, dia akui perasaan sedih dan sebak setelah kucing betina baka british shorthair ini yang disedari hilang secara tiba-tiba dari kediamannya di Semenyih, Selangor. Mesra disapa Affirah, dia mengakui terkesan apabila kucing yang diberi nama Gedik itu masih belum pulang sehingga ke hari ini.

“Dah nak masuk dua minggu, kucing saya hilang pada 18 Mac lalu. Saya beli tahun lepas dan ia kini berusia enam bulan. Masa zaman sekolah dulu saya pernah bela kucing kampung. Selepas berbelas tahun barulah saya bela Gedik pada tahun lepas. Tujuannya untuk hilangkan sunyi. Kadang-kadang bosan bila bekerja dari rumah sewaktu pandemik. Ada masanya anak-anak saya dihantar ke rumah penjaga,” ujar Affirah.

Affirah mula membela kucing itu sejak tahun lepas.

Menurut Affirah, dia mengakui kehilangan kucing itu mungkin berpunca daripada kecuaiannya sendiri kerana terlupa menutup tingkap pada malam kejadian. “Pada malam tu, Gedik teman saya lipat kain sehingga pukul 3 pagi. Malam tu hujan, tapi saya rasa panas. Saya tak buka pendingin hawa dalam bilik, sebaliknya saya buka tingkap. Tak tahu macam mana, saya terlupa tutup pintu bilik.

Mereka buat solat hajat untuk doakan kucing saya pulang semula.

“Mungkin Gedik keluar pada masa tu. Tapi ini bukan kali pertama Gedik keluar. Sebelum ni, Gedik mesti balik esoknya. Tapi kali ini dah berlarutan sampai dua minggu,” ujarnya sebak. Kata Affirah, dia sukar untuk menggambarkan kesedihan yang dialami dan turut risau seandainya kucing itu kini berada dalam jagaan pihak lain.

Affirah memohon mana-mana individu tampil menyalurkan maklumat mengenai kucingnya.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Memang sedih. Kalau teringat mesti akan menangis. Kadang-kadang 3 pagi saya ajak suami keluar cari kucing. Suami kata saya macam kehilangan ahli keluarga. Tapi betul apa dia kata, saya dah macam orang hilang anak. Saya dah bela dia dari kecil, memang terasa. Saya tak tahu ia sesat atau diambil orang. Bila saya post, ada warganet kata kalau kucing baka ini, ia memang digemari ramai. Harapan memang tipis, memang orang tak lepaskan,” ujarnya yang bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam.

Selain membuat hebahan menerusi group komuniti di Facebook, kisah kehilangan Gedik turut ditularkan di laman Twitter. Malah katanya, dia juga membuat solat hajat kerana cukup berharap agar kucing berkenaan pulang ke pangkuan keluarganya.

Gedik hilang sejak 18 Mac lalu dari kediaman Affirah di Semenyih, Selangor.

“Saya terharu bila ramai warganet yang tolong hebahkan mengenai kes ini. Saya pun tak henti berdoa dan buat solat hajat. Lagi terharu bila bila ayah dan mak turut membantu. Ayah ada kenalan iaitu ustaz di Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor. Mereka buat solat hajat untuk doakan kucing saya pulang semula,” ujarnya sebak.

Kata Affirah, dia berharap mana-mana individu yang mempunyai maklumat tampil menghubunginya. “Saya cuma berharap, kalau betul ada sesiapa yang simpan, minta sangat-sangat pulangkan. Gedik dah macam ahli keluarga saya. Saya tak marah kalau individu itu pulangkan, kalau betul ia diambil orang. Malah, jika Gedik bunting dan beranak nanti, saya sanggup bagi anaknya secara percuma kepada individu itu,” jelasnya lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Aksi Kucing Ini Membuatkan Warganet Sebak. Rupanya Ini Yang Berlaku.

Siapa yang ada membela kucing di rumah, pasti sudah cukup ‘kenal’ dengan ragam dan perangainya dari pagi hingga ke malam. Tapi sekiranya si comel itu pergi,insan pertama yang pasti akan menangis kesedihan ialah tuannya sendiri. Mana tidaknya, mereka sudah hidup bersama seperti anak kandung sendiri sejak sekian lamanya, tiba-tiba sakit dan akhirnya telah pergi tinggalkan tuannya seorang diri.

Namun apa yang dirakam dalam video ini memang menyentuh hati kita semua. Berdasarkan video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok Im Penny ini, seekor kucing dipercayai telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Bagaimanapun apa yang membuatkan situasi itu sebak adalah terdapat seekor lagi kucing yang mengiau sedih meratapi kematiannya. Jika dilihat pada riak matanya, besar kemungkinan kucing ini terlalu sedih melihat rakannya kaku dan ‘pergi’ di depan matanya sendiri. Mari tonton video ini.

“Dia meratap dan berharap temannya itu kembali, anda rasa apa yang dia fikirkan?” Rakaman sebak ini tular dan mendapat maklum balas hiba daripada kalangan warganet. Ramai yang turut bersedih atas kehilangannya itu.

Sumber: TikTok

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *