Kebiasaannya kucing sangat takut dengan air. Tapi lain pula pada si bulus ini dan sampai ini yang berlaku.

Haiwan kucing Viral

Setiap pecinta kucing pasti akan mudah memahami tingkah laku nakal kucing mereka. Setiap kucing peliharaan anda pasti mempunyai kerenahnya yang tersendiri yang kadang-kadang memeningkan kepala setiap pemiliknya.

Tak boleh ‘brain’, si kucing duduk dalam longkang mengalir sampai tersangkut air tu

Kebiasaannya kucing takut air, kan? Tapi kucing peliharaan pemilik Tiktok bernama @syuhadaryzal98 siap berendam dalam longkang dah macam bersantai mandi sungai. Berendam satu hal, muka menikmati pun satu. Sampai jammed longkang tu dibuatnya…Kenapa comel sangat ni Kitty?

“Maybe dulu masa kecik dorang pernah jatuh longkang masa hujan tu punca suka main air.” Ada segelintir yang mendakwa kucingnya kepanasan dan mahu menyejukkan badan namun jelasnya, kucing yang dinamakan Kitty ini memang suka main air.

Memang sejenis suka main air, pantang nampak air. Hujan pun pi main lopak air hujan pi rendam dalam tu sampai tuan pun malas nak mandikan kotor badan.” Ini video lain yang dirakam pemilik. Korang ada tak kucing kerenah macam ni? Penulis telah mendapat kebenaran pemilik posting untuk berkongsi di Lobak Merah.

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Saintis Dedahkan Si Bulus Anda Juga Mudah Terdedah Dengan Covid 19. Pemilik Tetap Kena Lakukan Ini Sekiranya Ia Berlaku.

Saintis sebelum ini mengatakan bahawa kucing mampu menjadi pembawa dan menyebarkan Covid-19. Terbaharu, para saintis di Amerika Syarikat (AS) kini secara terbuka menyatakan bahawa si bulus juga harus menjalani kuarantin sekiranya tinggal dengan individu yang disahkan positif Covid-19. Para penyelidik dari Colorado State University di AS mengatakan bahawa sekiranya pemilik kucing terpaksa dimasukkan ke hospital, maka individu yang ditugaskan menjaga haiwan berkenaan harus mengamalkan penjarakkan sosial.

“Kucing peliharaan yang dijangkiti tidak boleh dibiarkan berkeliaran di luar rumah secara bebas untuk mencegah risiko kemungkinan ia menyebarkan jangkitan ke kucing atau haiwan liar lain,” kata para saintis.Oleh itu, jika manusia yang mengalami gejala mengikuti prosedur kuarantin dan tinggal di rumah bersama haiwan peliharaannya, maka risiko ia menjangkiti manusia lain adalah rendah,” demikian kata para saintis berkenaan. Sebelum ini pasukan penyelidik di Institut Penyelidikan Veterinar Harbin di China mengatakan kucing ‘sangat mudah terdedah’ kepada Covid-19 di mana virus itu dapat disebarkan dengan mudah di antara kucing. – Metro.co.uk

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ada Kucing Pecah Rekod Dunia Menjadi Kucing Paling Tua Di Dunia. Berikut 5 Kucing Yang Disenaraipendekkan

Buat pencinta kucing, anda mesti tertanya tanya setakat mana jangka hayat kucing boleh bertahan. Kalau nak tahu, jangka hayat seekor kucing domestik adalah sama seperti tempoh jangka hayat maksimum seseorang boleh hidup iaitu sekitar 30 tahun.

Namun begitu, ini tak bermaksud kucing tersebut boleh hidup selama tempoh itu kerana ia dipengaruhi oleh genetik, persekitaran dan cara hidup selain luka serta sakit. Dan secara puratanya, kucing boleh hidup sehingga 15 tahun. Seperti juga manusia, kucing betina cenderung hidup lebih lama berbanding kucing jantan.

Difahamkan Kucing yang dimndulkan juga berkemungkinan hidup lebih lama manakala kucing baka asli cenderung untuk hidup selagi berlaku penyilangan baka.Berikut adalah 5 kucing tertua di dunia.

1. Creme Puff berusia 38 tahun tiga hari.(3 Ogos 1967 – 6 Ogos 2005).Guinness World Records menyenaraikan Crème Puff, kucing belang campuran sebagai kucing tertua yang pernah hidup. Kucing betina ini dimiliki oleh Jake Perry dari Austin, Texas.

2. Baby berusia 38 tahun.(1970 – Mac 2008).Di tempat kedua ialah kucing domestik bulu pendek berwarna hitam, Baby yang tinggal bersama tuannya di Amerika Syarikat dan berusia 38 tahun.

3. Puss berusia 36 tahun sehari.(28 November 1903 – 29 November 1939).Guinness Book of World Records edisi 1990 menyenaraikan Puss sebagai kucing tertua yang pernah direkodkan. Kucing belang ini dimiliki oleh T Holway dari Devon, England dan ia mati selepas menyambut hari jadi yang ke-36.

4. Ma berusia 34 tahun 5 bulan.(Mei-Jun 1923 – 5 November 1957).alam edisi sama, Guinness menyenaraikan Ma sebagai kucing belang betina dimiliki oleh Alice St George Moore yang juga berasal dari Devon.

5. Granpa Rexs Allen berusia 34 tahun, 2 bulan.Kucing ini juga dimiliki oleh Jake Perry dan ia adalah baka Sphynx-Devon Rex yang pernah hidup sehingga usia 34 tahun. Kata Perry, diet kucingnya adalah rahsia kepada jangka hayat yang panjang iaitu terdiri daripada telur, brocoli, bacon serta kopi dicampur krim.

Buntu Nak Beli Makanan Kucing Terbaik. Ternyata Produk Ini Boleh Membantu Anda

Macam yang kita semua sedia tahu, zaman sekarang kalau nak beli sesuatu hanya perlukan telefon dan membuat pesanan melalui app yang ada. Almaklum beli secara atas talian lebih mudah dan dapat jimatkan masa dan duit.

Lazimnya ramai membeli barang keperluan, pakaian atau barangan elektrik secara tas talian. Tapi tahukah anda, pencinta kucing juga boleh membuat pesanan atas talian berkenaan dengan makanan kucing. YA pasti ada yang ragu ragu tapi ada juga yang kedai yang boleh dipercayai.

Usah risau, korang boleh je buat pesanan kat kedai rasmi atas talian SmartHeart, dan lebih menarik sekali pesanan korang akan dihantar terus dari kilang. Justeru ianya 100 peratus asli dari Smartheart. Tambahan pula Smartheart ini menggunakan perkhidmatan kurier yang boleh dipercayai dan telah didaftarkan.

Ia terkenak dengan produknya yang pelbagai dan untuk pengetahuan pilihan yang ada secara talian sama seperti pilihan yang ada di pasaraya. Tapi lagi mudah dan senang untuk pilih.Ambillah berapa masa yang diperlukan untuk memilih produk yang sesuai untuk Si Comel korang. Bila dah selesai membuat pilihan, boleh terus checkout dan bayar. Dapatlah korang kurangkan masa untuk keluar rumah, lagi-lagi ketika pandemik ni.

Jikalau Si Comel tak suka makan wet food, korang boleh cuba Dry Cat Food atau yang paling digemari oleh Si comel iaitu Creamy Cat Licks. Memang tak senang duduk kucing korang kalau dapat rasa Creamy Cat Licks ni. 

Mudah je dengan gunakan Shopee dan Lazada, korang juga boleh tengok rating dan track bungkusan korang ada di mana. Takdelah korang tertanya-tanya bila bungkusan nak sampai!Jadi, kalau nampak makanan Si Comel dah nak habis boleh la cepat-cepat topup ya! Nanti merajuk pulak Si Comel kesayangan tu.

Jualan Kurang Dapat Sambutan Semasa Awal Perniagaan. Wanita Ini Daripada Bukan Peminat Kucing Terus Jadi Ibu Angkat Kepada Si Bulus Jalanan

Wanita bernama Siti Rabiyatul tidak pernah lokek menjamu kucing jalanan dengan sup ayam, setiap hari.BUKAN seorang peminat atau pencinta kucing pada awalnya, namun siapa sangka wanita ini akhirnya menjadi ‘ibu angkat’ kepada berbelas-belas ekor anak bulus jalanan.

Malah, wanita ini juga langsung tidak lokek atau merasa rugi mengeluarkan belanja bagi menyediakan makanan untuk si bulus setiap hari.Sebagaimana perkongsian yang dimuat naik di Facebook, wanita ini berkongsi rutinnya menyediakan hidangan istimewa berupa sup ayam buat haiwan berkenaan setiap hari sebelum keluar berniaga.

“Rutin seorang mak angkat kucing, setiap hari sebelum pergi niaga Bubur Ayam Malique mesti mak bersilat dekat dapur dulu buatkan sup anak-anak untuk pastikan anak-anak dalam dan belakang rumah tak kelaparan,” demikian tulisnya pada perkongsian yang dimuat naik di halaman Kucing Sepahkan Apa Hari Ini.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang dikenali sebagai Siti Rabiyatul berkata, dia mula ‘konsisten’ menyediakan hidangan buat kucing jalanan di sekitar rumahnya sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lalu.”Saya mula konsisten bagi mereka makan sup ayam semenjak saya mulakan perniagaan makanan ketika awal PKP. Awalnya saya hanya beri sisa makanan dan biskut.

“Semenjak niaga saya merasakan satu kerugian untuk saya buang segala sisa selepas mencuci ayam. Jadi saya rebus organ dalaman ayam dan berikan kepada stray cat di belakang rumah,” katanya kepada mStar.Siti Rabiyatul akan menyediakan sup ayam untuk ‘anak-anak angkatnya’ sebelum dia keluar berniaga.

Bermula dengan hanya beberapa ekor kucing, lama kelamaan jumlah haiwan itu makin bertambah dan kini Siti Rabiyatul sudah menjadi ‘ibu angkat’ kepada 16 ekor anak bulus jalanan.”Portion makanan yang saya hidangkan juga bertambah dari satu kilogram hingga empat kilogram organ ayam termasuk hati, kaki, pedal, leher, perut, jantung serta satu kilogram isi ayam.

“Sup ayam direbus kosong dengan tambahan seketul kiub ayam sahaja. Mereka sangat gemar dengan kuah sup tersebut. Kucing kucing itu akan berkumpul di belakang rumah seawal 10 pagi, kalau lambat semua tenung macam nak telan,” katanya berseloroh.Mengusahakan perniagaan Bubur Ayam Malique di Kebayan Taman Cendana, Pasir Gudang, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata rutin yang dilakukan sejak sembilan bulan lalu itu ternyata memberikannya kepuasan kerana dapat berkongsi rezeki sesama makhluk.

Kucing-kucing jalanan ini akan menunggu di rumah Siti Rabiyatul seawal pukul 10 pagi setiap hari.“Semasa awal perniagaan, jualan saya agak kurang sambutan. Saya selalu berikan sisa ayam goreng yang tak terjual kepada kucing dan anjing jalanan.

“Dari situ perniagaan saya mula mendapat sambutan dan mampu bertahan sehingga kini. Alhamdulillah, saya yakin rezeki yang saya terima, ada terselit rezeki untuk mereka juga,” katanya.Menurut wanita berusia 26 tahun ini, dia bukanlah seorang peminat kucing namun ia bertukar sebaliknya sejak melahirkan anak pertama.

“Waktu saya mengandungkan anak pertama pada 2015, saya mula minat dengan kucing. Saya mula bagi makan dan bermain dengan kucing.”Sehingga sekarang, anak saya dah berusia empat tahun dan dia sentiasa ada bekalan makanan kucing seperti biskut. Ke mana mana saja kami pergi, anak saya akan bagi makan pada setiap kucing jalanan yang dia jumpa.

“Sekarang kami ada 10 ekor kucing belaan berbaka British Short Hair dan Domestic Long Hair. Sejak mula berniaga, saya hantar pulang ke kampung untuk jaga kualiti dan kebersihan dalam pengurusan makanan yang saya jual.Siti Rabiyatul meniaga bubur ayam dan ayam goreng sejak PKP, Mac lalu.“Sehingga sekarang hanya ada dua ekor saja kucing belaan di rumah iaitu kucing kesayangan anak saya,” katanya.

Tidak menyangka mendapat reaksi dan maklum balas positif warganet sejak memuat naik perkongsian berkenaan, Siti Rabiyatul turut menitipkan nasihat kepada masyarakat agar tidak lupa berbagi rezeki sesama mahkluk.”Bersedekahlah kepada manusia mahupun haiwan mengikut kemampuan. Mungkin takkan kaya tapi InsyaAllah rezeki itu akan sentiasa ada untuk kita,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *