Tak Sangka Hampir 12 Tahun Terpisah. Kini Si Bulus Ini Dijumpai Semula Setelah Lebih Sedekad.

Haiwan kucing Viral

Ketika seekor kucing berusia tiga tahun bernama Georgie hilang di tapak perkhemahan Scotland pada tahun 2008, pemiliknya yang bernama Amy Davies menyangkakan bahawa kucingnya itu telah hilang selama-lamanya.

Namun apa yang membuatkannya hairan, kucingnya itu telah ditemui masih berada di kawasan tersebut 12 tahun kemudiannya. Georgie telah dibawa mengikuti keluarga tuannya berkhemah di tapak perkhemahan Rowardennan sebelum didapati hilang.

Walaupun pencarian di sekitar tapak perkhemahan itu telah dilakukan, namun mereka masih tidak menemuinya. Susulan daripada itu, keluarga tersebut terus mengharapkan agar kucingnya itu ditemui oleh seseorang dan mereka akan segera menghubungi keluarganya. Sepanjang Georgie berada di Queen Elizabeth Forest Park itu, dia telah diberi makan dan dijaga oleh kakitangan tapak perkhemahan dan pengunjung yang mengunjungi kawasan itu.

Ketika perintah berkurung kerana wabak COVID-19 dikuatkuasakan di kawasan itu, seorang kakitangan tapak perkhemahan tersebut telah menjumpai kucing berkenaan dan mendapati bahawa kucing tersebut kepunyaan seseorang dan berasal dari utara England selepas mikrocip yang terdapat pada kucing berkenaan diimbas oleh persatuan kebajikan haiwan.

“Kami sangat sedih apabila Georgie tidak pulang pada hari terakhir kami berada di sana. Ianya adalah suatu berita yang amat gembira buat kami untuk mendapati bahawa dia bukan sahaja sihat tetapi telah menikmati saat yang menggembirakan dalam hidupnya bertemu dengan pengunjung-pengunjung di sana,” kata Amy.

Lynsey Anderson, seorang petugas di pusat pengambilan Cats Protection Glasgow menyatakan: “Kami terkejut apabila melihat alamat Rochdale di mikrocip yang terdapat pada Georgie. Kejadian ini benar-benar membuktikan betapa pentingnya untuk memastikan butiran pada cip itu sentiasa dikemas kini. Tanpa maklumat itu, pastinya kami tidak dapat mengetahui berkenaan latar belakang Georgie serta menenangkan fikiran Amy untuk sekian lama.”

Walaupun nombor telefon dalam cip itu sudah tidak aktif lagi, e-mel serta surat telah diutuskan dengan harapan dapat menyatukan kembali kucing itu dengan tuannya. Sementara menunggu tuannya itu untuk datang mengambil kucingnya kembali, Georgie dilaporkan akan terus tinggal dan dijaga di pusat perlindungan tersebut.

Sumber: Daily Mail

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Kenakalan Kucing Kelabu Ini Yang Memang Menarik Perhatian Warganet. Tak Sangka Sampai Jadi Macam Ni Sekali Pada Dirinya.

Kucing pasti mempunyai kenakalan mereka sendiri yang kadang-kadang membawa pelbagai perasaan buat kita. Sebelum ini tular dengan kenakalan si oyen yang sememangnya menarik perhatian ramai dan sering menghiburkan hati pecintanya. Walaupun begitu ‘kucing paling nakal’ nampaknya bakal menjadi milik kucing bewarna kelabu ini.

Walaupun tubuhnya kecil sahaja namun ia sangat aktif sehingga tersangkut di jaring besi. Menerusi video yang dimuatnaik oleh Emr_rfiqi di TikTok, kucing itu dilihat bagaikan sudah ‘pasrah’ dengan nasib kepalanya yang tersangkut itu.

Lebih ‘menggeramkan’, ia tidak memberikan sebarang reaksi dan hanya melarikan diri apabila berjaya dikeluarkan dari jaring itu. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dan ‘geram’ melihat kucing kelabu itu.

Sumber: emr_rfiqi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Si Oyen Sering Tunggu Di Sinki Dapur Untuk Minta Sesuatu Ini Pada Tuannya. Gelagat Dan Keberanian Si Bulus Ini Menarik Perhatian Warganet.

Memelihara haiwan comel ini sememangnya memerlukan seseorang itu menjaganya dengan rapi namun apabila tibanya waktu mandi pasti ramai yang merasa kecewa kerana kebanyakan kucing takut dengan air malah akan lari sepantas mungkin jika ingin dimandikan. Walau bagaimanapun, lain pula kisah seekor kucing berwarna oren ini apabila telatahnya ini menarik perhatian warganet sehingga dikatakan unik.

Ini kerana menurut pemilik akaun TikTok atas nama Fellyliline Seruba berkongsikan kisah kucing si Oyen yang tidak takut air malah cukup suka dan sering menantikan untuk dibukakan air jika berada di singki dapur rumahnya. Melalui ruangan kapsyen, dia memberitahu disaat pulang dari kedai disangkakan si oyen miliknya ingin menyambutnya namun terus berlari ke arah dapur dan memanjat singki kerana mahu dibukakan air.

“Balik dari kedai, ingat dia sambut kita pulang. Tengok-tengok terus lari pergi dapur panjat singki. Ha, nak suruh buka air la tu,” tulisnya. Dalam pada itu, dia juga ditanya warganet cara untuk membuat kucing tidak takut air namun ujarnya diruangan komen juga, si comelnya ini sudah diajar sejak berumur 3 bulan. “Dari umur dia 3 bulan suruh dia belajar mandi, mula tu takut. Lama-lama makin suka”

“Uniknya awak”

“Kucing kami kena air sikit lari tak cukup tanah”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Disebabkan Mempunyai Tubuh Badan Yang Agak Gemuk. Kucing Ini Terpaksa Dikawal Untuk Turunkannya Dan Ianya Berjaya.

Seekor kucing yang memiliki sebuah tubuh badan agak besar berbanding yang sepatutnya ini kini mendapat perhatian di laman instagramnya. Kucing ini memiliki berat badan yang sebanyak 33 paun atau 15kg. Kucing itu juga digelar sebagai Bronson dan ianya juga telah mendapat pemilik yang baru iaitu Mike Wilson dan tean wanitanya. Pemiliknya yang asal telah pergi buat selamanya iaitu Megan Hanneman.

Menurut doktor haiwan yang merawat Bronson, memiliki berat badan seperti ini perlu dikawal dan dirawat kerana dia mungkin akan mendapat penyakit yang boleh menyebabkan m4ti. Kini Mike dan Megan mempunyai misi terbaru untuk menurunkan berat badan Bronson supaya dia dapat menjalani kehidupan yang sihat selepas ini.

Bronson hanya diberi makanan yang berkhasiat dan rendah lemak sahaja. Jumlah kalori makanannya juga dihadkan kepada 375 kalori sehari sahaja. Bronson juga sering diajak bermain untuk memastikannya melakukan sedikit aktiviti supaya boleh menurunkan berat badan selain daripada kawalan makanan yang diberikan.

Matlamat kini tuannya adalah untuk Bronson turunkan beratnya sebanyak satu paun (0.5 kg) dalam masa sebulan. Hal ini supaya Bronson memiliki kesihatan yang baik dalam kehidupannya. Sehingga kini, Bronson telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 5kg. Kini beratnya 10kg sahaja. Sumber: instagram, boredpanda.com Kredit: SIAKAP KELI

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jadikan Kucing Sebagai Hantaran. Sekali Telatah Kucing Ini Yang Meraih Perhatian Ramai

Gara gara tunangnya menhadiahkan seekor kucing sebagai salah satu hantaran, tak semena mena majlis pertunangan Yusmadiella raih perhatian. Sebelum ini, dikhabarkan ramai juga menjadikan kucing sebagai salah satu barang hantaran .

Namun begitu, ia masih dianggap unik bagi sesetengah orang. Malahan erkara itu tidak menjadi penghalang buat pasangan ini. Jelas Yusmadiella, tunangnya iaitu Abdul Qaiyum dan dirinya senidri meminati haiwan itu. Selepas sahaja dikongsi di FB, posting terbut meraih perhatian ramai.

Yusmadiella menceritakan kucing kacukn Parsi dan British Shorthair adalah pemberian tunangnya keran tahu dirinya sangat suka haiwan tersebut.”Memang plan dari awal dah sebenarnya. Memang dia nak bagi hantaran kucing tapi susah juga nak dapat. Seminggu sebelum majlis baru jumpa kucing yang dia nak bagi.”Dari kecil lagi minat dengan kucing, tak tahu nak cakap macam mana. Kadang-kadang rasa macam ada satu chemistry yang kuat dengan kucing. Ia boleh buat kita happy dan hilangkan stres, pencinta kucing yang lain mesti faham apa yang saya maksudkan,” cerita wanita berusia 24 tahun dari Sarawak ini.

Dia namakan kucing istimewa itu sebagai Bijibu Ashley, Yusmadiella memberitahu setakat ini dia memiliki tiga ekor kucing kesemuanya.Tambah wanita ini lagi, sebagai balasan, dia menghadiahkan set barang memancing kepada tunangnya itu.

“Sebenarnya kami berbalas hantaran berdasarkan minat masing-masning. Bakal suami minat memancing, dia bagi saya Bijibu, saya balas bagi mesin pancing Abu Garcia. Jadi di sini kami sama-sama menghormati minat masing-masing,” ujarnya lagi.Bercerita mengenai majlis pertunangan yang berlangsung pada 2 Ogos lalu,

Jelasnya lagi, “Ia tak behave pun sebab asyik nak keluar dari dulang je. Mungkin dia rasa pelik sebab jadi tumpuan. Tetamu pun tengok macam pelik je hantaran bagi kucing kan, jarang tengok orang buat.”Memang haru biru sebab Bijibu tahu nak main je. Tak nak duduk diam-diam satu tempat. Banyak shot yang jurugambar ambil, siap pakej dia keluar dari dulang lagi. Boleh pula dia buat tak tahu je.

“Mujur tak lompat keluar… kalau lompat keluar rumah, mahu menangis tengok. Tapi pujian pada jurufoto sebab bertungkus lumus berusaha untuk ambil shot yang terbaik,” ceritanya.Tidak keberatan berkongsi cerita detik perkenalan bersama tunangnya, Yusmadiella mendedahkan mereka sebenarnya pernah menuntut di sekolah menengah yang sama di Sarawak.

“Tapi masa sekolah kami memang tak kenal dan tak berkawan langsung, sebab kelas lain-lain. Baru berkenalan awal tahun lepas.”Cuma yang bestnya bila dia sebenarnya dah menyimpan hati sejak dari sekolah dulu lagi tapi baru sekarang berani nak luah. Tak lama lepas tu kami terus buat keputusan untuk bertunang.”InsyaAllah majlis kahwin kami tahun depan nanti nak buat photoshoot sekali dengan si Bijibu Ashley,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *