Gadis ini berniat untuk merakamkan kawad onlinenya. Sekali ini pula yang si bulusnya lakukan.

Haiwan kucing Viral

Semenjak pandemik Covid-19 melanda dunia, banyak norma baharu yang perlu kita adaptasi. Sebagai contoh, sesi pembelajaran kini menggunakan kaedah secara dalam talian atau Open and Distance Learning (ODL).

Lebih unik, aktiviti fizikal dalam kokurikulum juga kini menggunakan kaedah yang lain memandangkan Prosedur Standard Operasi (SOP) tidak membenarkan pelajar untuk berkumpul secara beramai-ramai. Bercerita tentang aktiviti kokurikulum, seorang gadis ada berkongsikan video latihan kawad yang dirakamnya ‘diceroboh’ oleh kucing sendiri. Video yang mendapat hampir 300,000 jumlah tontonan ini dikongsikan sendiri oleh gadis itu di laman Twitter.

Gadis yang dikenali sebagai Izati ini berkata rakaman video ini adalah untuk aktiviti kokurikulum Kesatria, yang mewajibkan pelajar untuk belajar kawad kaki. Pada mulanya, Izati meletakkan telefon di lantai perkarangan rumah untuk merakam dirinya berkawad. Dalam video yang dimuat naik, kelihatan seekor kucing sedang duduk menemani tuannya di sisi.

Beberapa saat selepas itu, kucing itu mula menyedari ada telefon yang merakam mereka berdua di perkarangan rumah. Dia bertindak bangun dan memeriksa kamera itu, sehingga menutup ruangan kamera yang sepatutnya merakam aktiviti kawad kaki. Comel betul!

Video ini mendapat perhatian ramai yang terhibur dengan photobomb yang dilakukan oleh kucing itu. Di akhir ciapan gadis itu, dia ada berkongsikan kisah kucingnya. “Her name is Layer and she used to be an ugly skinny stray cat before she came to our house. Dia dah nak masuk 10 tahun and dah tua pls doakan umur dia panjang. Tea srs takleh hidup without Layer”

Meskipun video photobomb ini dimuat naik dengan tujuan suka-suka, Izati ada menerima beberapa komen negatif daripada warganet yang mengkritik dirinya kerana tidak mahir melakukan kawad kaki. Terkilan dengan sikap beberapa pihak yang kurang senang dengan dirinya, pelajar UiTM Puncak Alam ini sempat memberi nasihat kepada mereka di luar sana agar sentiasa kekal positif dan berbuat baik kepada orang lain.

“Saya takde lah marah tapi benda macamni sentiasa boleh belajar kan untuk timba ilmu baharu tak perlu merendah rendah kan orang lain. Nasihat saya, instead or belittling other people why would you guys try to put yourself in their shoes, all of us are struggling so be kind”. Semoga Izati teruskan berlatih kawad kaki sehingga mahir dan buat kucing tersebut, tolong jangan kacau tuan anda lagi selepas ini!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terpaksa Panggil Pasukan Ini Disebabkan Beg Yang Mencurigakan Ini. Sekali Ternyata Hanyalah Perkara Ini Didalamnya.

Sepasukan skuad penyahaktifan b0m yang dipanggil susulan penemuan satu beg yang mencurigakan mendapati bahawa beg tersebut mengandungi anak kucing yang baru dilahirkan, lapor Lad Bible. Unit itu daripada Pejabat Syerif Butler County di Ohio telah bergegas keluar bagi bertindak balas berkenaan laporan penemuan beg mencurigakan yang ditinggalkan di luar sebuah gereja.

Namun begitu, apabila mereka melihat isi kandungan beg tersebut, mereka telah mendapati bahawa terdapat enam ekor anak kucing di dalamnya. Dalam satu perkongsian di Facebook, pejabat syerif menyatakan: “Unit itu Butler County telah dimaklumkan dengan penemuan satu beg yang mencurigakan di gereja di New Miami.

“Ketika Pakar Mige Grimes dan Det. Detherage tiba, mereka tidak mendengar bunyi berdetik sebaliknya terdengar bunyi kucing tersebut! Terdapat ibu kucing bersama enam ekor anaknya yang berusia sehari di dalam beg tersebut. Terdapat juga satu nota yang tertulis “Sprinkles” telah melahirkan anak pada semalam (17/2). Ibu kucing dan anaknya itu tidak kesejukan, selesa dan telah diberikan makan di Animal Friends Shelter!”

The Animal Friends Humane Society telah memuat naik kemas kini berkenaan kucing itu dan anak kucing tersebut di Facebook: “Kami akan memulakan Feline Friday dengan tambahan ahli keluarga baharu untuk keluarga haiwan kami – Sprinkles dan enam ekor anaknya yang baru dilahirkan! Ketika beg tersebut ditemui ditinggalkan di luar pintu gereja, Unit County Butler telah dipanggil untuk menyiasat. Di dalamnya, mereka mendapati bahawa seekor ibu kucing sedang menjaga enam ekor anaknya yang baru lahir. Catatan nota di dalam beg itu menyebut nama ibu ekor kucing iaitu Sprinkles, dan dia mula melahirkan anaknya pada pukul 2:00 pm pada hari Rabu. Sprinkles dan anaknya yang baru lahir segera dibawa ke Animal Friends untuk dirawat pada petang Khamis. Mereka semua diselaputi dengan air kencing dan memerlukan mandian ketika mereka tiba. Sprinkles telah diberikan vaksin dan telah membuat ujian darah dan kini berada dalam keadaan baik.

Sumber: Lad Bible

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Juga Berpeluh Dan Tak Ramai Yang Tak Tahu. Berikut 15 Fakta Yang Bakal Mengejutkan Anda

Macam yang kita tahu kucing adalah antara haiwan peliharaan yang manja sama seperti anjing. Namun begitu, kucing sebenarnya ada fakta yang terkait pada nya dan ramai yang tak tahu termasuklah pemilik kucing mahupun pencinta kucing. Tak dinafikan kucing bukan sahaja menjadi tempat untuk bermain bersama malaham ia juga mampu menghilangkan tekanan pada manusia.

Kucing juga antara haiwan yang boleh beri ketenangan kepada pemiliknya di samping menghilangkan tknn yang dilalui manusia. Justeru itu, kami ingin berkongsikan 15 fakta yang anda perlu tahu tentang si bulus ini agar segala persoalan yang berada di minda anda sudah terjawab.

Pertama, percaya atau tidak kucing boleh mengesn gmpa bumi. Bila fikir balik dan ya ia boleh masuk akal. Tapi menurut teori, ia masih belum dipastika kesahihannya. Berdasarkan penulisan Readers DIgest,, tapak kaki kucing mampu kesan sekiranya ia akan berlaku. Tambahan pula, tapak kaki kucing adalah satu bahagian tubuh yang snsitif dan sangat peka pada ggrn bumi.

Kucing boleh mengesan gempa bumi. Secara logik, ianya juga boleh masuk akal. Tetapi dari segi teori, ia masih belum dipastikan kesahihannya. Menurut sumber Reader’s Digest, tapak kaki kucing mampu mengesan gempa bumi yang bakal berlaku. Tapak kaki kucing adalah satu bahagian tubuhnya yang sensitif dan peka pada gegaran bumi.

Kedua, menarik sekali kucing juga boleh menelan dan mencerna makanan tanpa perlu mengunyah. Kalau boleh cuba perhatikan kucing anda ketika makan. Anda akan melihat perkara sebegini akan berlaku. Ketiga, kucing juga mengalami alam mimpi. Kita semua pasti tahu bahawa kucing suka terlena walaupun sekejap. Dan di saat kucing anda sedang tidur nyenyak, ia juga akan menghasilkan gelombang deria dalam otak mereka seperti kita sedang yang dibuai mimpi.

Fakta seterusnya, kucing sememangnya tidak memahami sebab mereka dihkm sekiranya mereka melakukan kesalahan. Sebenarnya mereka harus diberi pujian dan beri ganjaran kerana kita sedia tahu haiwan tiada akal untuk berfikir. Terkadang kucing juga menghidu masing masing tatkala bertemu. Kemungkinan ia salah satu cara mereka mengenali dengan lebih mendalam antara satu sama lain. Bahkan tak semua kucing buat perkara ini.

Besar kemungkinan hanya kucing yang sudah mengenali antara satu sama lain yang berani untuk berbuat sedemikian. Seterusnya, difahamkan saintis juga masih tidak dapat mengenal pasti aoakah punca kucing purring. Dan kucing akan menghasilkan purring ketika hela nafas dan juga menghembus karbon dioksida. Untuk pengetahuan, kucing muda akan mempunyai nada purring secara monoton berbanding kucing yang sudah tua.

Difahamkan merek juga mengekalkan kadar vokal anak kucing untuk berkomunikasi dengan pemilik. Seterusnya amatlah berbahaya sekiranya anjing dan kucing diberikan coklat. Selain itu, jika terlihat kucing anda memejam dan mengedip mata secrara tak senaga ia mempunyai hubungan mata dengan manusia. Jika anda berniat untuk jinakkan kucing yang agak l1ar, cuba kedip mata dan pandang arah lain kala merenung matanya.

Kalau boleh, berkan kucing daging metah tiap ari demi memastikan gusi dan giinya sentiasa kuat dan sihat. Kita teruskan fakta seterusnya, kucing boleh terima haba dengan baik atas sebab keturunan kucing dahuku kala adalah haiwan yang menetap di gurun. Nadi sekor kucing juga berdegup sekitar 160-240 denyutan seminit. Tengok juga pada faktor umur seekor kucing. Makin lanjut usia kucing, maka makin lambatlah kadar nadinya.

Akhir sekali, kucing juga berpeluh seperti manusia dan bukan pada bulu atau kulitnya. Malah mereka berpeluh melalui tapak kakinya. Kalau korang rasa lempabapan pada sekitar tapak kaki kucing, maka berikan mereka sedikit rendaman pada air agar si comel boleh kekal hidrat

Dikenali Sebagai Oyen. Ternyata Ini Beberapa Fakta Menarik Tentang Oyen Yang Ramai Tak Tahu

Macam yang kita semua tahu, kucing yang berwarna oren atau lebih dikenali dengan gelaran si oyen terkenal dengan sifatnya yang suka buat hal dan secara tak langsung raih perhatian ramai. Mungkin bagi pencinta kucing, sudah mengetahui beberapa fakta tentang si oyen dan ada sesetengah yang masih belum tahu sepenuhnya. Oleh itu, ini antara fakta yang anda perlu tahu

Pertama, satu daripada lima kucing berwaran oren adalah betina.Berdasarkan portal litter robot, para saintis dangat yakin bahawa waran oren itu muncul daripada gen yang berkaitan dengan jantina,, dengan kromosom X bertanggungjawab bagi pewarnaan oren. Demikanlah kerana betina memiliki dua X manakala jantan memiliki XY, kucing jantan hanya perlukan gen oren daripada ibunya untuk jadi warna oren

Kedua, Tabby oren bukan keturunan. Bahkan pencinta kucing sendiri tidak tahu bahawa “tabby” merujuk kepada tanda corak tertentu, bukan jenis (dan tanpa mengira warna). Menurut litter-robot, perkataan itu sendiri diambil dari fabrik sutera yang dibuat berhampiran Baghdad. Kucing tabby mempunyai jalur kerana gen agouti. Semua kucing oren adalah tabby, tetapi tidak semua tabby berwarna oren.

Ketiga, warna oren lebih cenderung dijumpai pada baka kucing tertentu.Menurut litter-robot, warna oren pada kucing biasanya terdapat pada baka kucing parsi, Munchkin, American Bobtail, British Shorthair, Bengal, Maine Coon, Abyssinian, dan Egyptian Mau.

Terakhir sekali. ia cenderung mempunyai bintik hitam. Berdasarkan litter-robot, bintik-bintik ini akan tumbuh di sepanjang muka tabby, terutamanya di sekitar gusi, bibir atau hidung. Mereka kebiasannya tidak berbahaya, namun jika terdapat sebarang perubahan pigmentasi haruslah dibawa periksa oleh doktor haiwan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *