Rupanya Penglihatan Haiwan Tidak Sama Apa Yang Kita Lihat. Ketahui Bagaimana Pandangan Haiwan Peliharaan Anda.

Haiwan kucing tips

Pernah terfikir tak, macam mana haiwan peliharaan kita melihat dunia? Adakah pandangan mereka sama seperti mata kita ataupun berbeza? Jika dilihat pada rekabentuk mata mereka dengan kita, besar bezanya dengan manusia. Jadi, jika anda ingin tahu bagaimana penglihatan mereka yang sebenarnya, teruskan pembacaan di bawah. Sebuah platform pasaran digital berpangkalan di Amerika Syarikat, HomeAdvisor telah berkongsi bagaimana haiwan-haiwan melihat dunia, tulis Daily Mail. Perkongsian itu adalah untuk memahami bagaimana penglihatan haiwan berfungsi, supaya pemilik dapat memilih kelengkapan yang sesuai warnanya bagi menarik perhatian haiwan peliharaan mereka, tulis portal itu.

“Anda sayangkan haiwan peliharaan anda. Tapi, anda juga sayangkan rumah anda. Apa yang menarik ialah ‘ahli keluarga’ anda itu melihat rumah anda berbeza dari pandangan anda.

“Ia bukan kerana selera, tetapi bagaimana mata mereka dicipta,” tulis HomeAdvisor seperti dikongsikan portal berkenaan. Justeru, tanpa membuang masa, mari kita lihat gambaran pandangan haiwan ini berbanding manusia.

Anjing

Menurut Daily Mail, haiwan seperti anjing dan kucing mampu melihat warna yang lebih sedikit berbanding kebanyakan manusia. Oleh itu, spesies ini khususnya anjing bergantung kepada bau dan ingatan untuk meneroka rumah. Jadi, tindakan mengubah kedudukan perabot atau dalaman rumah secara drastik mungkin akan menjejaskan pengalamannya di rumah. Selain itu, anjing dipercayai hanya mempunyai dua jenis sel kon yang membolehkan ia melihat warna biru, kuning serta kombinasi dua warna berkenaan sahaja. Bagaimanapun, ia dikatakan mempunyai sudut pandangan yang lebih besar sehingga 240° berbanding manusia (180°), membuatkan ia dapat melihat ruang dengan lebih luas.

Penglihatan manusia (kiri) vs anjing (kanan).

Kucing

Bagi kucing pula, ia dapat melihat lebih sedikit warna berbanding manusia, iaitu kuning, biru, hijau dan sedikit merah. Justeru, bagi membantu penglihatan haiwan ini, penting bagi kita memilih permainan atau peralatan dalam warna tersebut untuk kegunaan si bulus, tulis Daily Mail memetik kenyataan Home Advisor. Kucing juga mempunyai skop penglihatan yang lebih luas berbanding manusia di mana ia mampu melihat sudut seluas 200°. Malah bagi kucing, jumlah sel photoreceptor yang banyak di dalam mata mereka membolehkan ia melihat dalam gelap atau kekurangan cahaya berbanding kita.

Penglihatan manusia (kiri), kucing (kanan).

Ikan emas

Skop pandangan ikan emas adalah lebih luas berbanding manusia dengan kemampuan kornea matanya mengumpul cahaya dari sudut hampir 360°, tulis Home Advisor. Selain itu, ia dipercayai boleh melihat spektrum elektromagnetik yang lebih luas termasuk sinar ultraviolet berbanding manusia yang hanya boleh melihat sinar nampak (visible light). Dengan kebolehan ini beserta ketumpatan mata yang sama dengan ketumpatan air, matanya dapat berfungsi dengan baik di dalam medium berkenaan.

Penglihatan manusia (kiri), ikan emas (kanan)

Ular

Bagi penggemar reptilia, ular merupakan salah satu haiwan yang boleh dijadikan teman. Bagaimanapun, teman yang satu ini rupanya tidak dapat melihat wajah anda dengan jelas biarpun pada waktu siang. Berbekalkan penglihatan inframerah dan rangsangan deria pada lapisan membran antara hidung dengan matanya, ular menghasilkan imej berpandukan haba. Haiwan ini juga dikatakan tidak mempunyai kelopak mata, sebaliknya mempunyai lapisan perlindungan yang seakan kanta lekap yang diperbaharui ketika mereka bersalin kulit. Unik bukan?

Penglihatan manusia (kiri) vs ular (kanan).

Sumber: Daily Mail, My Health

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap Pecinta Kucing Pasti Akan Berasa Tenang Bila Melihat Gelagat Si Bulus Ini. Kenali 8 Lokasi Si Bulus Yang Popular Di Seluruh Dunia.

Jika ke Jepun jangan lupa melawat Aoshima Island, Jepun. Setiap negara mempunyai tarikan tersendiri untuk menarik pelancong datang ke lokasi tersebut. Tidak kira pelusuk mana sekali pun, asalkan ada tempat menarik, ia akan dimasukkan dalam ‘bucket list’ untuk dilawati kemudian hari. Bagi kaki travel yang juga pecinta kucing, pastinya anda tidak akan ketinggalan untuk menambah pengalaman atau ‘berkenalan’ dengan si manja yang terdapat di negara lain. Lebih menarik, mereka akan dilayan secara istimewa. Jadi, sekiranya anda pergi ke lokasi-lokasi ini, jangan lupa melawat dan merakam aksi comel si bulus.

1. Aoshima Island, Jepun

Pulau keempat terbesar di Jepun yang dinamakan ‘Cat Island’. Bermula dengan beberapa ekor kucing ditempatkan di situ, akhirnya bertambah dari masa ke semasa. Kucing-kucing yang ada di sini tidak sombong dan kelihatan gembira sekiranya pelancong ingin merakam gambar bersama.

2. Mann Cat Santuary

Menjadi salah satu lokasi tumpuan di Santon, Isle Of Mann yang ditemui pada tahun 1996. Kucing-kucing yang terbiar atau kurang upaya diletakkan disini. Paling menarik biarpun tidak bertuan, mereka dijaga dengan baik dan mempunyai lokasi sendiri seluas 6 ekar untuk mereka tinggal di situ.

3. KattenKabinet, Amsterdam

Diasaskan pada tahun 1990 apabila seorang lelaki kaya mahu menjadikan tempat ini sebagai memori buat kucingnya bernama Tom. Muzium ini dipenuhi dengan gambar kucing, poster, lukisan dan koleksi kucing sebenar. Di sini juga terdapat kedai-kedai cenderamata untuk peminat si bulus.

4. Largo di Torre Argentina, Rom

Dataran kuno Rom telah menjadi rumah bagi banyak kucing liar, yang bertindak sebagai tempat perlindungan tempatan yang dikendalikan oleh sukarelawan.

5.Ernest Hemingway Home and Meseum, Florida

Ramai peminat sastera dan sejarah tiba di Old Town Key West untuk mengetahui tentang kehidupan Ernest Hemingway, tetapi anda juga dapat menggunakannya sebagai peluang untuk bertemu dengan beberapa kucing yang suka dipeluk! Lokasi ini mempunyai sekitar 50 kucing dan semuanya mempunyai enam jari kaki! Sebenarnya, Hemingway adalah nama seekor kucing berkaki enam, berwarna putih yang digelar seorang kapten kapal yang berlabuh di sini malah terdapat juga beberapa ekor kucing yang tinggal di perkarangan muzium adalah keturunan kucing asli itu, bernama Snow White.

6. Kafe Kucing, Jepun

Jepun mempunyai lebih dari 150 kafe kucing di seluruh bandar. Kafe-kafe ini, yang disebut kafe Neko, adalah kedai kopi biasa dan boleh menikmatinya bersama sekeping kek di samping kucing-kucing yang melepak di situ. Kebanyakan lokasi utamanya di Tokyo atau Kyoto, dan selalunya anda perlu menempah lebih awal kerana terlalu ramai pengunjung.

7. Lady Dinah Cat Emporium, London

Kafe Lady Dinah Cat Emporium perlu berada dalam senarai anda. Dalam masa sama anda boleh berinteraksi dengan kucing-kucing yang ada di situ sambil menjamu selera dengan pemandangan ruang teh menarik gaya Alice in Wonderland.

8. The Greek Island of Syros

Kepulauan Yunani ini berfungsi sebagai tempat perlindungan untuk kira-kira 65 kucing dijaga oleh penduduk tempatan. Kucing itu sendiri juga bersedia sekiranya anda berminat untuk menjadikan mereka ‘anak angkat’. Pun begitu percayalah mereka lebih selesa tinggal di situ kerana mempunyai ruang yang luas dan bebas berkeliaran.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *