Lakaran Menunjukkan Seekor Kucing Terbesar Rupanya Sudah Berusia Ini. Sekali Dijumpai Di Peru.

Haiwan kucing Semasa

Satu lakaran besar yang menunjukkan seekor kucing telah ditemui diukir di lereng bukit di Gurun Nazca Peru. Lakaran Nazca Lines tersebut yang baru yang dikenali sebagai geoglyph itu menunjukkan kucing sepanjang 120 kaki yang ditemui terbentang selama hampir 2, 000 tahun di atas bukit Lebuhraya Pan-American iaitu dari Alaska dan Argentina.

Garis Nazca di selatan Peru adalah sekumpulan geoglyph yang terukir di pasir gurun dan terdapat sekitar 300 tokoh yang berbeza termasuk haiwan dan tumbuhan. Ahli arkeologi, Jhonny Isla mengatakan bahawa reka bentuk terbaru itu telah dijumpai semasa kerja-kerja untuk meningkatkan akses ke tempat visitor-look-out yang membolehkan orang ramai untuk melihat pemandangan ukiran tersebut.

“Akses itu sangat rumit dan kami ingin menjadikannya lebih selamat. Semasa proses itu, kami menyedari ada garisan yang tidak semulajadi. Mungkin kelihatan mengejutkan bahawa reka bentuk baharu masih ditemukan namun kami tahu masih banyak lagi yang berada di luar sana,” katanya.

Kementerian Kebudayaan Peru di dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa corak ukiran tersebut hampir tidak terlihat ketika pertama kali dikenal pasti dan hampir hilang kerana bukit dengan lereng curam dan terkena kesan hakisan semulajadi.

Memetik laporan Daily Mail, garisan geoglyph tersebut mempunyai lebar sekitar 12 hingga 15 inci pada sesetengah bahagian. Isla mengatakan kucing itu berasal dari akhir era Paracas yang bermula dari 500 sebelum Masihi hingga 200 Masihi. Pada November lalu, muncul lebih 140 garis Nazca yang dipercayai berusia 2, 100 tahun ditemyi di padang pasir Peru.

Sumber: Daily Mail

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai Yang Luah Rasa Bosan Apabila Covid 19 Melanda Dunia. Kenali 4 Haiwan Yang Sesuai Untuk Jadikan Peneman.

Sejak pandemik Covid-19 mengejutkan dunia, ramai daripada kita yang lebih banyak menghabiskan masa di rumah terutamanya kanak-kanak dan golongan warga emas bagi mengelak terkena jangkitan. Pasti setiap dari anda sudah buntu apa lagi yang boleh dilakukan ketika berada di rumah.

Kanak-kanak pasti berasa bosan apabila terperap di dalam rumah kerana tidak banyak aktiviti dapat dilakukan selain menghadiri kelas secara dalam talian atau menonton televisyen dan menonton YouTube. Sebenarnya ada cara lain untuk mengalih perhatian anak-anak iaitu dengan membenarkan mereka membela haiwan peliharaan. Ini kerana kebanyakan kanak-kanak cenderung menunjukkan kasih sayang kepada haiwan apabila sudah memilikinya.

Sayangnya, tak semua ibu bapa suka dengan idea memelihara haiwan kerana bimbang masalah seperti elergi atau mereka sendiri tidak dapat memberikan komitmen menjaga haiwan itu nanti. Namun sebenarnya, memiliki haiwan peliharaan mempunyai banyak manfaat untuk anak-anak dan berikut adalah lima haiwan peliharaan yang boleh menjadi pertimbangan ibu bapa.

1. Kucing

Kucing adalah seekor haiwan yang penyayang dan akan sering meminta perhatian. Kucing juga lebih mudah diuruskan dan dijaga berbanding haiwan lain seperti anjing. Menerusi si bulus ini, kanak-kanak boleh mempelajari tentang nilai kasih sayang serta bertanggungjawab terhadap apa diamanahkan kepada mereka. Sesuai dengan situasi masa ketika ini, kehadiran seekor anak kucing boleh membuatkan mereka sentiasa aktif dan tidak hanya membuang masa dengan gajet.

2. Ikan

Memelihara ikan juga boleh menjadi pilihan kerana ia adalah haiwan yang ideal untuk kanak-kanak memandangkan ia tidak memerlukan perhatian setiap masa. Ikan kebiasaannya sangat tenang namun memerlukan akuarium yang sesuai bagi memastikan ia selesa dan dapat berenang dengan bebas. Namun, harus diingat memberi makan kepada ikan perlu mengikut jadual termasuk membersihkan akuarium. Ibu bapa juga boleh melibatkan anak-anak dengan aktiviti menghias akuarium agar terbit rasa sayang dan tanggungjawab terhadap ikan peliharaan mereka.

3. Hamster

Hamster bukan sahaja comel tetapi mudah dijaga dan dilatih. Cuma, ia memerlukan kandang yang luas serta sarang sebagai tempat tidurnya. Bagaimanapun terdapat sesetengah jenis hamster mudah bersikap agresif sehingga sukar untuk mengawalnya. Oleh sebab itu, penting bagi ibu bapa memilih hamster yang sesuai dengan anak-anak mereka.

4. Kura-kura

Kura-kura adalah haiwan yang mempunyai perwatakan pendiam dan memerlukan penjagaan minimum. Ia mampu menjadi pendamping yang baik bagi anak jika mereka ingin berkongsi cerita dengan makhluk hidup selain ibu bapa mereka. Penjagaan kura-kura juga tidak sukar hanya perlu menyiapkan kandang khusus buat mereka termasuk peralatan seperti filter dan lampu pemanas.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ada Sebab Punca Kucing Gerakkan Telinganya Secara Tiba Tiba. Ketahui 4 Maksud Di Sebalik Gerakan Telinga Tersebut

Ada sebab mengapa kucing menggerakkan telinganya. Kucing dikenali sebagai salah satu haiwan peliharaan yang bijak meluahkan perasaannya melalui komunikasi bukan lisan namun ramai tidak menyedarinya.Memelihara seekor kucing akan memberikan anda pengalaman untuk memahami emosi dan perasaan kucing dengan lebih mendalam.

Kemungkinan besar ramai yang perasan kucing suka mengerakkan telinganya tetapi tidak ramai yang tahu apa maksud tersirat di sebalik gerakan itu.Berikut merupakan empat maksud gerakan telinga kucing yang perlu anda ketahui seperti dikongi The Source Pets.

1. Ingin tahu.Apabila seekor kucing itu mengerakkan telinganya ke hadapan ia menunjukkan suatu daya tarikan.Gerakan itu dilakukan untuk mencari sumber suara yang menarik perhatian kucing selain ia sedang mengumpulkan sebanyak informasi dalam sesuatu situasi.

2. Gelisah.Jika seekor kucing itu berasa tidak tenteram atau rasa terncam, si bulus akan menggerakkan telinganya ke bahagian tepi.Anda akan melihat telinga kucing seperti kapal terbang yang menonjol daripada setiap sisi kepala kucing. Maksudnya, kucing itu sedang menahan suara yang mengganggunya.

Tindakannya itu juga merupakan satu tanda perlindungan terhadap dirinya. Jika terdapat kucing lain turut melakukan perkara sama, isyarat itu akan dapat dikesan sesama mereka agar menjauhkan diri atau menghentikan apa-apa aksi yang mungkin membuatkan mereka berasa terancam.

3. Terganggu.Telinga si bulus yang bergerak-gerak pula bermaksud adanya sesuatu yang dirasai kucing itu seperti terganggu.Sementara itu, jika ia menggetarkan telinganya, maka itu bermaksud ia sedang berhadapan dengan stimulasi yang tinggi. Jika berada dalam situasi ini, ia akan menyebabkan kucing boleh mengncam atau menyrang orang lain.4. Takut.Pegerakan telinga dekat dengan arah kepala pula bermaksud mereka ini dalam ketakutan atau marah. Ini juga tanda mereka dalam keadaan bersedia sekiranya mereka diserang, dicakar oleh kucing lain.

Siap Letak Bedak Sebelum Dipakaikan Pampers. Ternyata Ini Kisah Di Sebalik Perkongsian Video Puan Hidayah Memakaikan Lampin Pakai Buang Untuk Oyen Yang Meraih Perhatian Ramai

Untuk makluman, artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal. Menjaga haiwan yang sakit memerlukan perhatian yang penuh agar keselamatan dan kesihatannya terjamin, apatah lagi jika mengalami masalah lmpuh.Seperti kucing misalnya, ada saja tuan yang sanggup menghabiskan wang berpuluh ringgit semata-mata untuk kos perubatan agar kucingnya sihat seperti sediakala.

Baru-baru ini, Siti Nur Hidayah ada berkongsi satu rakaman video dia memakaikan lampin pakai buang untuk kucingnya yang bernama Oyen.Jika dilihati betul-betul video ini, boleh dikatakan mata si Oyen sentiasa memandang tepat ke arah Puan Hidayah sepanjang dia dikemaskan.Seolah-olah tersimpan 1001 luahan yang terbungkam dalam hati dan tidak mampu dilafaz – betapa terima kasihnya dia pada tuannya itu atas kasih sayang yang diberikan sepenuh hati.

Detik pertemuan dengan Oyen

Jelas Puan Hidayah, dia ditakdirkan bertemu dengan Oyen ketika awal bulan lalu di sebuah kedai makan dalam keadaan yang menyedihkan.“Saya dengar suara kucing terjerit-jerit. Saya pun cari-cari rupanya di bawah sinki tempat cuci tangan. Lepas tu saya tanya dengan akak gerai tu, ‘kenapa dengan kucing ni?’

“Akak tu kata, tak tahu dari semalam dia kat situ tak boleh jalan. Saya pun call suami kata saya jumpa kucing lumpuh kat gerai bawah rumah ni, boleh ke saya ambil bawa balik. Mujur suami saya izinkan,” katanya ketika dihubungi Siakap Keli, baru-baru ini.

Pada waktu, Puan Hidayah meluahkan pada suaminya bahawa dia betul-betul berasa kasihan dengan kucing itu.Mana tidaknya, penat sudah Si Oyen tu menjerit-jerit bersendirian, dalam masa sama tiada seorang pun yang sudi menjenguknya, apatah lagi bertindak.

“Kalau nak diikutkan suami saya tak bagi kutip kucing masa tu, sebab saya tengah dalam rawatan chemotherapy.“Tapi saya kesian tengok mata Oyen tu sebab dia berharap sangat ada orang tolong,” luahnya, bernada emosi.Difahamkan pada waktu itu, Oyen berada dalam keadaan yang sangat tidak stabil kesihatannya.Selain lumph di kedua-dua kaki belakangnya, punggungnya juga didakwa kotor dan dijangkiti kuman.

Kencing berdarh, luka dalam badan

Oyen dibawa ke sebuah klinik veterinar di Batu Caves bagi mendapatkan rawatan lanjut.Menurutnya doktor, Oyen mengalami luka di dalam badan kerana pada waktu itu, air kncingnya bercampur darh pekat.“Doktor kata dia patah (tulang) dari paras pinggang ke bawah. Saraf dia pun tak berfungsi. Jadi kalau buat operasi pun tak guna,” jelasnya.

Pada waktu itu, Puan Hidayah diberi dua pilihan untuk nasib si Oyen tersebut.Agak menyentuh hati, kedua-dua pilihan itu akan memberi gambaran masa depan yang belum tentu untuk Oyen, melainkan jika dihadapi dengan hati yang penuh tekad.“Jadi doktor bagi saya pilihan; kalau boleh jaga dia sebab kucing lmpuh ni kencing berak dia kita kena tekan, kalau tak boleh jaga boleh tamatkankan nyawa dia (suntik /pts).

“Takpa doktor, saya boleh jaga. Lagipun saya suri rumah je. Bolehlah saya jaga dia,” jawabnya penuh tekad di hati.Maka doktor pun bersetuju untuk ‘memulangkan’ semula Oyen ke pangkuan Puan Hidayah.Maka bermula pada itu, kehidupan Oyen yang dulunya sakit kini sedikit-sedikit sudah bertukar ceria.

Keadaan kesihatannya juga agak bertambah baik walaupun terpaksa menerima hakikat bahawa dia lumph untuk selama-lamanya.“Itu yang saya jaga Oyen sampai sekarang. Alhamdulillah..banyak kemajuan.“Daripada tak boleh duduk tak boleh kencing berak sendiri, sekarang semu dia boleh (sendiri) dah,” jelasnya lagi.

Kelihatan dalam gambar di atas, keluarga besar Si Bulus yang dibela dalam jagaan Puan Hidayah di rumahnya.Boleh nampak Oyen turut makan bersama-sama dengan ahli keluargnya yang lain.Mesti dalam hati Oyen, dia nak saja ucap terima kasih dan syukur banyak-banyak sebab kerana kesudian Puan Hidayah, dia kini menjalani kehidupan yang lebih baik.

Lihatlah saja matanya ketika dia dimandikan, dikemaskan dan dipakaikan lampin dalam video tadi, kita boleh tahu itu pandangan yang penuh rasa terharu kepada tuannya.Terima kasih Puan Hidayah kerana menyelamatkan nyawa Oyen. Semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik daripada-Nya. Ameen.Sumber: Siti Nur Hidayah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *