Wanita ini sanggup beri sesuatu ini sekiranya kucingnya dipulangkan. Tak sangka ianya sampai beri kesan sebegini.

Haiwan Kehidupan Keluarga kucing Viral

Anak Affirah bersama kucing itu yang hilang sejak dua minggu lalu. Dua minggu sudah pun berlalu. Namun, ibu kepada tiga cahaya mata ini tetap tidak berputus asa untuk menanti kepulangan si bulus tersayangnya itu. Menurut Affirah Naquiyah Suboh, 31, dia akui perasaan sedih dan sebak setelah kucing betina baka british shorthair ini yang disedari hilang secara tiba-tiba dari kediamannya di Semenyih, Selangor. Mesra disapa Affirah, dia mengakui terkesan apabila kucing yang diberi nama Gedik itu masih belum pulang sehingga ke hari ini.

“Dah nak masuk dua minggu, kucing saya hilang pada 18 Mac lalu. Saya beli tahun lepas dan ia kini berusia enam bulan. Masa zaman sekolah dulu saya pernah bela kucing kampung. Selepas berbelas tahun barulah saya bela Gedik pada tahun lepas. Tujuannya untuk hilangkan sunyi. Kadang-kadang bosan bila bekerja dari rumah sewaktu pandemik. Ada masanya anak-anak saya dihantar ke rumah penjaga,” ujar Affirah.

Affirah mula membela kucing itu sejak tahun lepas.

Menurut Affirah, dia mengakui kehilangan kucing itu mungkin berpunca daripada kecuaiannya sendiri kerana terlupa menutup tingkap pada malam kejadian. “Pada malam tu, Gedik teman saya lipat kain sehingga pukul 3 pagi. Malam tu hujan, tapi saya rasa panas. Saya tak buka pendingin hawa dalam bilik, sebaliknya saya buka tingkap. Tak tahu macam mana, saya terlupa tutup pintu bilik.

Mereka buat solat hajat untuk doakan kucing saya pulang semula.

“Mungkin Gedik keluar pada masa tu. Tapi ini bukan kali pertama Gedik keluar. Sebelum ni, Gedik mesti balik esoknya. Tapi kali ini dah berlarutan sampai dua minggu,” ujarnya sebak. Kata Affirah, dia sukar untuk menggambarkan kesedihan yang dialami dan turut risau seandainya kucing itu kini berada dalam jagaan pihak lain.

Affirah memohon mana-mana individu tampil menyalurkan maklumat mengenai kucingnya.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Memang sedih. Kalau teringat mesti akan menangis. Kadang-kadang 3 pagi saya ajak suami keluar cari kucing. Suami kata saya macam kehilangan ahli keluarga. Tapi betul apa dia kata, saya dah macam orang hilang anak. Saya dah bela dia dari kecil, memang terasa. Saya tak tahu ia sesat atau diambil orang. Bila saya post, ada warganet kata kalau kucing baka ini, ia memang digemari ramai. Harapan memang tipis, memang orang tak lepaskan,” ujarnya yang bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam.

Selain membuat hebahan menerusi group komuniti di Facebook, kisah kehilangan Gedik turut ditularkan di laman Twitter. Malah katanya, dia juga membuat solat hajat kerana cukup berharap agar kucing berkenaan pulang ke pangkuan keluarganya.

Gedik hilang sejak 18 Mac lalu dari kediaman Affirah di Semenyih, Selangor.

“Saya terharu bila ramai warganet yang tolong hebahkan mengenai kes ini. Saya pun tak henti berdoa dan buat solat hajat. Lagi terharu bila bila ayah dan mak turut membantu. Ayah ada kenalan iaitu ustaz di Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor. Mereka buat solat hajat untuk doakan kucing saya pulang semula,” ujarnya sebak.

Kata Affirah, dia berharap mana-mana individu yang mempunyai maklumat tampil menghubunginya. “Saya cuma berharap, kalau betul ada sesiapa yang simpan, minta sangat-sangat pulangkan. Gedik dah macam ahli keluarga saya. Saya tak marah kalau individu itu pulangkan, kalau betul ia diambil orang. Malah, jika Gedik bunting dan beranak nanti, saya sanggup bagi anaknya secara percuma kepada individu itu,” jelasnya lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Aksi Kucing Ini Membuatkan Warganet Sebak. Rupanya Ini Yang Berlaku.

Siapa yang ada membela kucing di rumah, pasti sudah cukup ‘kenal’ dengan ragam dan perangainya dari pagi hingga ke malam. Tapi sekiranya si comel itu pergi,insan pertama yang pasti akan menangis kesedihan ialah tuannya sendiri. Mana tidaknya, mereka sudah hidup bersama seperti anak kandung sendiri sejak sekian lamanya, tiba-tiba sakit dan akhirnya telah pergi tinggalkan tuannya seorang diri.

Namun apa yang dirakam dalam video ini memang menyentuh hati kita semua. Berdasarkan video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok Im Penny ini, seekor kucing dipercayai telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Bagaimanapun apa yang membuatkan situasi itu sebak adalah terdapat seekor lagi kucing yang mengiau sedih meratapi kematiannya. Jika dilihat pada riak matanya, besar kemungkinan kucing ini terlalu sedih melihat rakannya kaku dan ‘pergi’ di depan matanya sendiri. Mari tonton video ini.

“Dia meratap dan berharap temannya itu kembali, anda rasa apa yang dia fikirkan?” Rakaman sebak ini tular dan mendapat maklum balas hiba daripada kalangan warganet. Ramai yang turut bersedih atas kehilangannya itu.

Sumber: TikTok

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pasti Ada Si Bulus Anda Yang Kurang Gemar Makanan Khas Untuknya. Ini 11 Makanan Manusia Yang Dibolehkan Buat Kucing Anda.

Walaupun berbagai jenis makanan kucing di pasaran, pasti ada sesetengah kucing yang lebih gemar untuk makan makanan manusia. Hal ini pun sudah lumrah dan tidak ada masalah untuk kesihatan kucing. Kucing memang karnivor, yang ertinya ia memerlukan daging dan protein dalam jumlah banyak agar sentiasa. Bahan yang penting untuk kesihatan kucing adalah taurin, yang terdapat dalam protein haiwan. Meskipun kucing anda harus mengambil daging, namun anda boleh memperkenalkan banyak variasi makanan lainnya dalam pengambilan nutrien sehari-hari. Namun, selalu ingat bahawa beri makanan bukan daging dalam jumlah perlu saja. Berikut beberapa makanan manusia yang selamat untuk diberikan pada kucing.

1. Brokoli

Brokoli dianggap tidak membahayakan dan boleh disajikan dengan kukus dan disejukkan sebelum diberi kepada kucing. Brokoli kaya dengan antioksidan yang sihat. Ingatlah bahawa snek brokoli hanya perlu diberi sekali-sekala dan dalam jumlah yang kecil. Menambah apa-apa dalam diet kucing anda, walaupun makanan kecil, boleh menyebabkan sakit perut jika tidak dilakukan dengan teliti.

2. Lobak

Kucing pasti boleh memakan lobak yang terlebih dahulu dikukus. Lobak tinggi dengan serat dan disaluti dengan banyak nutrien yang baik dan lazat. Sekali lagi, seperti semua sayur-sayuran, kucing harus diberi makan lobak sekurang-kurangnya selang satu hari. Penting untuk mengelakkan memberi lobak mentah. Pastikan memotong lobak menjadi kepingan kecil agar kucing anda tidak tersedak.

3. Labu

Labu adalah sumber serat dan vitamin yang bagus untuk kucing anda. Labu juga dapat membantu mengatasi masalah sembelit atau bahkan komplikasi mengenai kesan bola rambut. Pastikan untuk hanya menawarkan labu asli pada kucing anda, ertinya tidak boleh mengandungi rempah-rempah atau perasa.

4. Bayam

Kucing secara semula jadi amat menyukai sayuran hijau, dan bayam mengandungi banyak vitamin yang memberi manfaat pada kucing anda.   Meskipun demikian, elakkan dari memberi makan bayam pada kucing yang mempnyai masalah ginjal atau pundi kencing kerana kandungan kalsium dalam bayam dan vitamin tahap tinggi lain.

5. Epal

Jika anda ingin memberikan epal kepada kucing, pastikan epal tersebut organik dan diberikan tanpa kulit. Selain itu, buang semua bijinya (mengandung sianida dan membahayakan). Kucing sebenarnya tidak mengesan rasa manis, jadi kucing anda mungkin menyukai atau tidak memakan potongan epal yang kecil.

6. Pisang

Pisang tidak membahayakan untuk kucing tetapi sukar dicerna kerana kandungan seratnya yang tinggi. Pisang juga mengandungi potasium dalam jumlah besar. Pisang pun tinggi gula, jadi jika anda menawarkan pisang, minimumkan dan dalam jumlah yang kecil.

7. Tembikai

Tembikai tanpa biji boleh diberikan pada kucing dan kebanyakan kucing pada umumnya menggemari untuk memakannya. Ini adalah snek yang baik untuk kucing yang kesulitan penghidratan. Namun, kucing yang menghidap diabetes atau sensitif terhadap gula dalam jumlah yang banyak sebaiknya tidak diberikan makanan manis seperti tembikai kerana kandungan gulanya yang tinggi.

A basket of sweet corn, three ears partially husked

8. Jagung

Jagung sering digunakan dalam makanan haiwan dan tidak mengapa semasa dimasak dan digiling. Banyak pembekal makanan haiwan menggunakan jagung sebagai mengisi dan secara berkala dalam makanan anjing dan kucing. Beberapa kucing cenderung menikmati potongan kecil jagung.

9. Ikan

Beberapa jenis ikan yang bagus untuk kucing antara lain salmon, trout, herring, makarel, tuna dan whitefish.

10. Daging

Ayam, ayam belanda, burung dan daging lembu dibolehkan. Itik mungkin boleh diberikan sekali-sekala, tetapi kerana kandungan lemaknya yang tinggi, akan memberi risiko.

11. Telur

Telur adalah sumber makanan kaya protein dan dapat memberi manfaat pada kucing anda. Jika anda memberi makan telur kepada kucing , berikan dalam jumlah yang kecil dan elakkan memberi telur mentah kerana boleh menyebabkan risiko salmonella atau E. coli.

Sumber- Pet Helpful

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *