Disebabkan perasaan tak sabar nak makan itu. Si oyen terpaksa jalani operasi atas sebab ini sehinggakan pemiliknya terpaksa ambil keputusan ini.

Haiwan KESIHATAN kucing

Oyen terpaksa dioperasi bagi membuang gumpalan makanan di dalam perutnya. Sebut sahaja Oyen, sudah pasti terlintas di minda masing-masing mengenai gelagat si bulus berwarna oren yang nakal. Ibarat seperti ‘tidak sah’ jika si bulus Oyen tidak memeningkan kepala pemiliknya, sebagaimana perkongsian wanita ini mengenai haiwan peliharaannya. Menerusi satu thread di Twitter, wanita berkenaan berkongsi kejadian yang menimpa si bulus kesayangannya sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di klinik, baru-baru ini. Menurut Maliah Md Noor, kucing peliharaannya yang diberi nama Muhammad Oyen Danial Adam Mukris yang turut dijaga bersama teman serumah pada mulanya muntah secara tiba-tiba, namun mereka menganggap ia adalah muntah biasa.

Oyen sudah selamat dibedah dan dibenarkan keluar dari klinik selepas dua hari dirawat.

“Tapi pada satu malam tu, nampak Oyen macam lain… dia kejung saja. Ajak main atau makan semua tak mahu. Saya dan housemate, Jaja, ambil keputusan untuk bawa Oyen pergi klinik keesokannya. Bila dah dibawa ke klinik, doktor buat x-ray dan nampak ada seperti benda keras dalam perutnya. Doktor veterinar beritahu kemungkinan Oyen tertelan mainan. Rupa-rupanya bukan mainan, tapi makanan sendiri. Gelojoh benar agaknya si Oyen. Doktor pun jelaskan prosedur dan sebagainya dan keseluruhan kos rawatan dianggarkan dalam RM700 macam tu,” kata wanita berusia 28 tahun yang senang disapa sebagai Maya ini. Bukan satu jumlah yang kecil ditambah pula ia memerlukan kos untuk rawatan selepas pembedahan, Maya dan rakannya bersetuju membuat hebahan di media sosial bagi mengumpul dana untuk rawatan Oyen.

Oyen dipelihara oleh Maya dan rakannya sejak November tahun lalu.

“Alhamdulillah dalam masa kurang daripada lima jam, jumlah dana terkumpul kira-kira RM1,000. Betapa pemurahnya warga Twitter. Sebenarnya kalau buat crowdfunding untuk benda baik, insyaAllah ramai yang tolong. Jangan buat yang bukan-bukan saja. Alhamdulillah memang rezeki Oyen. Saya dah pun memadam nombor akaun dan akan kemas kini jumlah bil rawatan Oyen selepas dia dibenarkan pulang. Buat masa ini doktor masih pantau dulu keadaannya sebab baru lepas jalankan operasi,” katanya yang merupakan ejen jualan kereta. Menurut Maya lagi, sepanjang dua hari ketiadaan Oyen kerana dirawat, suasana rumah mereka sunyi dengan gelagat nakal si bulus itu.

Pernah je dia buat aksi jenguk kepala dekat balkoni ala-ala nak terjun. Dahlah rumah tingkat 12.

“Sunyi pulak bila dua hari dia tak ada. Selalu kalau balik kerja je jerit nama Oyen. Rindu gelagat-gelagat dia… ada je nak buat kita pening kepala. Oyen ni kami adopt sejak November tahun lepas. Dia satu-satunya penghibur dan dimanjakan kami berdua. Tapi memang cukup buat orang pening kepala. Pernah je dia buat aksi jenguk kepala dekat balkoni ala-ala nak terjun. Dahlah rumah tingkat 12. Selain tu dia suka sepahkan meja, suka masuk dalam beg tangan saya… dia fikir dia masih kecil agaknya. Kalau orang buka pintu bilik, dialah serbu dulu dan berdesup lompat atas katil,” katanya bercerita mengenai satu-satunya haiwan peliharaannya itu.

Gelagat nakal Oyen yang sering membuatkan Maya geli hati.

Tambah Maya lagi, bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang, mereka dinasihatkan oleh doktor veterinar untuk menukar makanan Oyen. “Lepas ni kena beri wetfood dulu dalam beberapa bulan… kemudian baru boleh beri dia makan kibble. Saya tak sangka tweet jadi viral dan mengundang perhatian ramai. Di kesempatan ini, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang retweet dan yang bermurah hati sumbang dana untuk Oyen,” katanya lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Oyen Sentiasa Ke Tempat Ini Hanya Untuk Melawat Abah. Sekali Menantu Dedahkan Apa Yang Abah Buat Selama Ini.

Kucing berwarna oren yang dinamakan Nana ini setia menziarahi tanah persemadian tuannya sejak dua tahun lalu. Sebut sahaja kucing oyen (oren), pasti rata-rata warganet tidak dapat menahan rasa lucu dek kerana banyak kisah mencuit hati yang dipaparkan di media sosial melibatkan haiwan bulus ini.

Namun kisah seekor kucing oren yang mulai tular baru-baru ini pasti membuatkan warganet sebak dan tersentuh. Menerusi perkongsian pelayar bernama Hazlynn Nozi di Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia, kucing jantan yang diberi nama Nana membuktikan betapa sifat kasih dan setia seekor haiwan kepada manusia sememangnya wujud.

“Dua tahun lebih abah pergi, masih setia. Dari tanah kubur merah dan basah sehingga hari ini. Al-fatihah buat Abah. Tempat ni belakang masjid, dan masjid tu sebelah rumah kami. Tiap pagi balik rumah untuk minta makanan kaki basah-basah kena embun, baru balik dari sana. Semoga terus menjadi pengajaran buat kita semua, berbuat baiklah walau pada seekor kucing,” tulisnya pada perkongsian tersebut.

Menurut wanita berkenaan, Nur Hazlynn Mohamat Nordin, sudah menjadi rutin Nana untuk menziarahi tempat persemadian bapa mentuanya, Abd Aziz Ismail setiap hari sejak dia telah pergi, dua tahun lalu.

“Sebenarnya si oyen ni saya yang bawa ke rumah abah sebab masa itu dekat rumah saya, dah ada beberapa ekor kucing. Kebetulan ketika itu abah baru saja pencen sebagai guru, anak-anak pula tinggal berasingan, jadi dengan oyen ni la abah hilangkan rasa bosan. Nama Nana pun abah yang pilih. Dia memang rajin mengekor abah pergi masjid yang terletak di sebelah rumah. Waktu Subuh kalau abah nak keluar rumah, dia siap tunggu dekat tangga sebab abah akan berinya makanan. Abah pelihara Nana ni style kampung saja… tak ada bawak pergi grooming atau salun kucing pun. Makanan pun beri yang biasa-biasa, tak mahal. Abah tak manjakan Nana macam tu. Tapi memang abah yang selalu layan Nana berinya makanan. Sebab itu Nana rapat dengan abah, lagi pula dah enam tahun duduk bersama di kampung di Tanah Merah, Kelantan,” kata wanita berusia 25 tahun ini kepada mStar. Bercerita lebih lanjut, Nur Hazlynn berkata bapa mentuanya pergi pada Ogos 2018 kerana komplikasi pelbagai penyakit teruk.

Orang masjid pun tahu tabiat Nana. Dia akan lompat pagar menyeberang dari rumah ke masjid. Nana akan balik bila lapar.

“Pada hari pertama selepas abah pergi, Nana pun ikut kami ziarah tempat persemadian. Ingatkan dia saja-saja ikut sekali sebab ramai-ramai pergi. Tapi selepas itu pun, Nana pergi sendiri. Adik beradik kami mana yang tinggal berdekatan memang akan pulang rumah umi sebab setiap pagi Jumaat selepas sarapan, kami ziarah tempat persemadian abah. Bila sampai saja di sana, nampak Nana dah ada di sana… dia sampai lagi awal. Selalu siapa-siapa yang ziarah, memang akan share gambar dekat group WhatsApp. Port kegemarannya di bahagian kepala abah. Sampai sekarang asal hilang saja, mesti tahu dah Nana pergi mana. Orang masjid pun tahu tabiat Nana. Dia akan lompat pagar menyeberang dari rumah ke masjid. Nana akan balik bila lapar,” ceritanya lagi.

Kucing berwarna oren yang diberi nama Nana ini tinggal bersama bapa mentua Nur Hazlynn sejak 6 tahun lalu.

Tambah Nur Hazlynn, dia berkongsi mengenai Nana di group Facebook sekadar untuk suka-suka. “Selalu ramai share pasal oyen mereka yang lucu, kemudian saya teringat kami juga ada seekor oyen. Tapi oyen yang ini sentimental sikit. Kami sekeluarga pun tak sangka boleh jadi tular namun bersyukur, asbab daripada perkongsian mengenai si oyen ni, ramai yang tahu pasal abah. Mudah-mudahan apabila ramai yang membaca kisah ini, dalam masa yang sama dapat sedekahkan Al-Fatihah buat abah. Tiada apa yang kami harapkan… semoga kisah Nana jadi manfaat untuk semua,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Demi 32 Ekor Kucing Kesayangan. Adik Beradik Ini Sanggup Utamakan Kucing Berbanding Selamatkan Benda Lain

Jika diberi pilihan antara 32 ekor kucing atau peralatan rumah bernilai hampir RM10k, yang mana jadi pilihan anda. Terdahulu rumah dua beradik ini menjadi antara 30 rumah di Bukit Kecil yang dilna banjir kilat buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun susulan hujan lebat.

Kejadian yang berlaku pada jam 10 malam. Azila dan adiknya, Azmi segera pulang sebaik sahaja dapat tahu rumah mereka dilanda banjir kerana terlalu risaukan dengan keselamatan 32 ekor kucing mereka. Difahamkan ketika itu mereka sedang dalam perjalanan pulang dari pasaraya.

Dapat dilihat kucing peliharaan mereka kebanyakkannya oyen.Sebaik sahaja tiba, dua beradik tersebut mencari di sekeliling rumah mengalihkan haiwan comel ini ke atas tempat yang lebih tinggi. Ada juga beberapa kucingnya berada dalam air.

Dilaporkan 95 peratus perkakasan rumah rosak.Kata Azila kepada sumber, disebabkan busy sangat tolong kucing, dorang sampai tak sempat nak selamatkan perabot dan perkakas elektrik dalam rumah.Nilai kerugian keseluruhannya lebih kurang RM10,000 tapi tak mengapa ujarnya.

Barang-barang itu boleh diganti jika ada rezeki lebih nanti, yang penting nyawa kucing-kucing kesayangan kami.”Mereka juga membuat keputusan untuk tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana jika pindah ke sana mereka tak boleh bawa kesemua kucingnya itu.Oleh kerana itu, mereka rela tinggal di rumah yang dinaiki air. Mereka juga meyakini air akan surut tak lama lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *