Siapa sangka si bulus ini dah setaraf pendaki gunung yang lain. Dah tawan lebih 30 gunung di seluruh negara dan ini yang dilakukannya.

Haiwan kucing Viral

Jibek setia menemani Azhan setiap kali dia melakukan aktiviti mendaki gunung. Jika di luar negara membawa haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung barangkali adalah senario biasa.

Namun di Malaysia, jarang sekali kita mendengar ada pendaki yang membawa haiwan peliharaan mereka melakukan aktiviti lasak apatah lagi mendaki gunung, flying fox atau pun paragliding. Tetapi tidak bagi Azhan Dziaruddin yang gemar membawa kucing kesayangannya, Jibek setiap kali dia mendaki gunung sejak usia si bulus itu enam bulan dan sehingga kini Jibek sudah menakluk lebih 30 gunung di seluruh Malaysia.

Jibek sudah menawan tujuh gunung paling tinggi di Semenanjung Malaysia.

Jangan terkejut, Jibek juga sudah menawan tujuh gunung paling tinggi di Semenanjung Malaysia (G7) iaitu Gunung Chamah, Gunung Ulut Sepat, Gunung Yong Yap, Gunung Korbu, Gunung Gayong, Gunung Yong Belar dan paling tinggi Gunung Tahan iaitu setinggi 2,190 meter. Berkesempatan bertemu sendiri dengan Jibek yang pertama kali melakukan aktiviti Flying Fox di Skytrex Sungai Congkak di Hutan Lipur Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor baru-baru ini pasti ramai tidak akan menyangka Jibek seekor kucing yang lasak. Jika dilihat daripada tingkah lakunya yang manja dan sesekali cuba menyorokkan wajah dibelakang bahu tuannya membuatkan ramai yang bertemu dengannya berasa jatuh hati.

Berehat… Jibek sudah biasa dengan suasana dalam hutan.

“Pertama kali Jibek berjinak-jinak dalam dunia pendakian saya bawanya panjat Gunung Nuang di Hulu Langat ketika usianya baru enam bulan. Pada awalnya saya skeptikal juga bimbang kalau dia akan meragam tetapi saya memang terkejut apabila dia begitu menyukainya sehingga ia tidak mahu diletakkan di dalam beg galasnya. Biasanya Jibek akan bertenggek di atas bahu saya sepanjang perjalanan dan dia akan turun apabila ia mahu berjalan sendiri tapi saya akan ikat tali keselamatan di badannya,” katanya. Sejak daripada itu kata Azhan, Jibek adalah peneman setianya setiap kali dia keluar mendaki gunung.

Paling lama saya bawa Jibek menggembara adalah empat hari tiga malam dan Alhamdulillah setakat ini ia memang jarang buat perangai dan seronok setiap kali kami lakukan aktiviti lasak.

Bercerita mengenai Jibek, Azhan, 39, memberitahu kucing jantannya itu adalah kacukan baka Maine Coon dan kucing kampung yang kini sudah pun berusia empat tahun. Kata Azhan, dia sebelum ini tidak pernah membela kucing namun hatinya tiba-tiba tergerak untuk mencari haiwan peliharaan sehinggalah dia bertemu dengan Jibek yang dibuang berhampiran kediamannya.

Kebiasaannya Jibek akan bertenggek di atas bahu Azhan apabila ia penat untuk berjalan.

“Ketika itu saya memang sedang mencari kucing untuk dipelihara sampai cari dalam laman web jika ada yang ingin jual. Masa saya tengah cari, saya terjumpa Jibek dan adiknya yang dibuang. Saya anggap itu rezeki dan tanpa berfikir panjang saya membawa mereka pulang untuk dibela namun malangnya adik Jibek meninggal dunia,” katanya.

Menariknya cerita Azhan, dia memberikan nama Jibek kerana ketika kecil haiwan itu mempunyai tabiat pelik suka menjilat beg galas kepunyaannya. “Disebabkan tabiatnya itu dapatlah nama Jibek, singkatan daripada jilat beg,” ceritanya.

Reaksi kurang senang tanda jika rasa tidak selamat

Sementara itu, Azhan memberitahu dia berasa kagum dengan kucing kesayangannya itu yang tidak menunjukkan reaksi takut setiap kali mereka mendaki gunung malah akan menunjukkan rasa teruja. Meskipun kebanyakan masanya Jibek akan bertenggek di atas bahunya namun ia akan turun berjalan sendiri apabila melihat sesuatu yang menarik perhatiannya.

Azhan akan memberi Jibek ganjaran setiap kali ia berkelakuan baik atau berjaya melepasi sesuatu halangan ketika menggembara.

“Biasalah kucing, sifat ingin tahunya sangat tinggi sampai adakalanya dia makan rumput, malah dia juga cukup suka berenang jika kami terjumpa sungai. Cumanya dia takut dengan bunyi air terjun dan akan cepat-cepat masuk ke dalam beg galasnya,” ceritanya.

Azhan memberitahu, setiap kali mereka akan pergi mendaki, dia akan menyiapkan semua keperluan Jibek seperti makanan, baju hujan, baju sejuk serta pakaian hariannya terutamanya apabila mereka akan bermalam di sesuatu kawasan. “Paling lama saya bawa Jibek menggembara adalah empat hari tiga malam dan Alhamdulillah setakat ini ia memang jarang buat perangai dan seronok setiap kali kami lakukan aktiviti lasak,” katanya.

Selain mendaki gunung, Jibek juga pernah melakukan aktiviti paragliding.

Antara kelebihan lain Jibek kata Azhan, kucingnya itu akan menunjukkan reaksi kurang senang apabila merasakan sesuatu kawasan dilalui mereka tidak selamat. Azhan memberitahu Jibek boleh menghidu kehadiran haiwan liar selain perkara ghaib yang berlaku di sekeliling mereka. “Saya memandang perkara itu sebagai positif dan membuatkan saya bersama rakan-rakan lain lebih berhati-hati agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Jibek ajar erti kesabaran

Jelas Azhan, kehadiran Jibek dalam setiap penggembaraannya banyak mengajarnya menjadi seorang yang lebih bersabar dan bukannya semata-mata mahu jadi yang pertama tiba di puncak.

Terbaharu, Azhan dan Jibek melakukan aktiviti lasak dan flying fox di Skytrex Sungai Congkak.

“Jujurnya saya bukan seorang yang penyabar tetapi adanya Jibek ia banyak mengajar saya tentang erti kesabaran kerana perlu ikut rentaknya. Saya tak boleh bayangkan ketiadaan dia dalam setiap kembara saya dan InsyaAllah saya akan terus membawanya sebagai teman,” ujarnya.

Bulan lalu, Azhan memberitahu dia membawa Jibek melakukan aktiviti lasak paragliding di Kuala Kubu Bahru dan terkejut kucingnya itu langsung tidak menunjukkan rasa takut ketika terbang di udara. Ditanya impian kembara bersama Jibek selepas ini, Azhan memberitahu dia ingin membawa kucingnya itu mendaki di beberapa gunung popular di Indonesia.

“Sepatutnya tahun ini kami ke sana malah pasportnya pun saya sudah buat tapi malangnya pandemik ketika ini menghalang kami menggembara ke luar negara tetapi InsyaAllah suatu hari nanti impian itu akan terlaksana,” katanya yang turut membuka akaun Facebook dan Instagram untuk Jibek bagi berkongsi foto dan video aktiviti mereka berdua.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Menarik Sekali Kucing Jenis Maine Coon . Berikut 7 Fakta Mengenaik Kucing Ini

Untuk pemilik kucing atau pencinta kucing, anda pasti akan terpikat dengan kucing baka Maine Coon yang oversized ini. Rasanya kalau dapat bela satu pun puas hati rasanya. Siap ada jadikan kucing tersebut sebagai bantal peluk. justeru itu, kami Kucingasm Media ingin berkongsikan tentang kucing baka ini.

Kita teruskan dengan sejarah asal usul mereka. Asal usul MAine Coon ini kekal misteri sehingga sekarang. Kucing yang kedua terbesar di dunia ini banyak bersandarkan kepada teori, dongeng ,fiksyen dan bukannya penemuan saintifik. Malahan kucing ini dipanggil Maine Coon atas sebab mula dikenali di Maine dan ia merupakan kucing rasmi Maine pada tahun 1985.

Kedua, Maine Coon ini juga disenaraikan di kedudukan kedua kucing baka terbesar dunia di antara kucing hutan Norway yang mencapai berat 16 kilogram dan ragdolls dengan berat yang mencecah 20 kilogram. Bahkan berat Maine Coon jantan boleh mencecah 13 kh sehingga 18 kg manakala bagi Maine Coon betina pula mencecah 8 kg sehingga 12 kg. Untuk pengetahuan, Kucing gergasi ini mempunyai badan yang sangat muscular, ekor yang panjang dan corak pada bulunya seakan-akan gegelung cincin yang menyerupai seekor raccoon.Tidak hairanlah ramai yang membuat teori genetik Maine Coon ini berkaitan dengan haiwan Procyon tersebut.Telinga Maine Coon juga lebih kurang sama seperti bentuk telinga Lynx.

Ketiga, ia mempunyai enam jari kaki. Bagi sesetengah Maine Coon juga mempunyai keadaan polydactyl iaitu mempunyai lebih jari kaki disebabkan mutasi genetik, dalam kes ini selalunya 6 jari kaki.Sesetengah pakar menganggarkan bahawa keadaan ini hanya terjadi kepada 40 peratus Maine Coon sahaja.Kekurangan ini sebenarnya adalah satu kelebihan kerana ia berfungsi sebagai kasut salji semula jadi kepada Maine Coon sewaktu musim salji.

Keempat, ia sangat sukakan air. Amatlah jarang bagi kucing sukakan air sebenarnya, tapi bagi Maine Coon lain pula kesnya.Kucing ini sangat teruja apabila terlihat air, pasti mereka akan terjun terus ke dalam air tersebut.Maine Coon merupakan perenang yang mahir dan akan menikmati masa mereka di dalam air sebagaimana yang dilakukan oleh manusia.Keadaan ini disebabkan ketumpatan badan Maine Coon, serta coating badannya yang kalis air berbanding kucing baka lain

Kelima, ia merupakan kucing gergasi berpewatakan lembut. Maine Coon mudah adaptasi keadaan persekitaran dan personaliti, mereka sangat gemar berada dekat dengan tuannya dan mempunyai perangai mengekori kemana sahaja tuan mereka pergi.Sekiranya tuan mereka berada dalam kesibukan, Maine Coon ini hanya akan memerhati tingkah laku tuannya sahaja dan tidak bersifat clingy.Maine Coon juga mempunyai perwatakan yang sangat sabar. Jika tuannya menutup pintu, si Maine Coon ini akan menunggu tuannya membuka semula pintu tersebut.Kucing jenis ini lebih suka duduk di bawah berbanding memanjat tempat yang tinggi.

Yang keenam, mereka sangat mahir dan bijak.Tidak ada seekor pun haiwan roden yang berani muncul sekiranya rumah tersebut didiami oleh Maine Coon ini.Kucing ‘oversize’ ini akan membvru roden seperti tikus untuk menajamkan kemahiran mereka.Sekiranya tiada tikus dirumah, Maine Coon akan kekalkan kecekapan mereka dengan bermainan permainan di rumah seperti mengejar bola kecil.Maine Coon sangat bijak mempelajari helah dan bermain permainan yang mencabar otak mereka

Akhir sekali ia merupakan ‘Frozen’ versi kucing.Bulu Maine Coon sangat panjang dan tebal yang melindungi mereka daripada kesejukan.Kakinya berfungsi sebagai natural snow shoes manakala badannya yang besar sentiasa membuatkan mereka berasa hangat.Maine Coon dikenali sebagai baka yang evolved dalam keadaan sejuk sejak berkurun lamanya membuatkan mereka ini kebal dengan keadaan sejuk.Sesiapa yang membela Maine Coon ini boleh la bawa mereka bermain salji bersama-sama.

Pelik Kucing Selalu Tidur Kat Bahagian Kaki. Ternyata Ini Punca Kucing Lebih Suka Tidur Di Bahagian Kaki

Admin nak tanya kepada pencinta kucing yang tengah baca ni. Korang mesti perasan kan kucing peliharaan korang ada perangai pelik yangs ebenarnya dah lam korang perhatikan.

Antaranya ada yang suka bergumpal dalam pakaian tuannya, ada yang suka menunggu di hadapan pintu bilik mandi dan sebagainya.Namun, satu persamaan kucing-kucing ini adalah banyak antara mereka gemar tidur bersama tuannya di atas katil, terutamanya berhampiran kaki.

Menurut kenyataan Vets Explain Pets, kucing cenderung berada berhampiran dengan orang yang menjaganya. Sebagai contoh, ia akan suka ‘menempel’ dengan individu yang memberi makan serta memenuhi keperluan lain bagi dirinya.Pun begitu, soalnya, kenapa ia memilih untuk tidur pada bahagian kaki dan bukan lebih dekat seperti badan anda?

Hal ini kerana ia dipercayai mengelak daripada ‘terprangkap’ sama ada dari pelukan pemilik mahupun timbunan selimut atau bantal yang mungkin mengganggu pergerakannya.Tambah portal itu, tidur pada bahagian kaki memberi kucing ruang untuk bergerak bebas serta berada dalam keadaan sedia. Ia juga dipercayai bagi memudahkan kucing untuk melihat sesiapa yang keluar atau masuk ke bilik sebagai langkah melindungi pemiliknya.

Seterusnya, tidur berhampiran manusia pada waktu malam juga dapat memberi kehangatan pada kucing, membuatkan ia lebih selesa.Anda mungkin berfikir, kucing anda manja dan suka berdampingan dengan anda. Namun jangan lupa, sebagai haiwan territ0rial, mereka mungkin berfikir anda yang menumpang katilnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *