Pasti susah untuk anda kenal pasti kesihatan si bulus anda. Kini baca tips mudah untuk membantu anda.

Haiwan kucing tips

Kucing adalah haiwan peliharaan yang sangat istimewa. Kadangkala mereka senang untuk difahami, tapi selalunya tingkah laku mereka diselubungi ‘misteri’. Ini kerana kucing merupakan haiwan yang kuat serta bijak menyembunyikan masalah kesihatan.

Sebagai penjaga dan pencinta kucing, pasti korang ingin tahu cara menilai kesihatan ‘si bulus’ kesayangan korang. Jadi, untuk mengetahui sama ada kucing korang sihat atau tidak, korang kena peka dan perhatikan tanda-tanda di bawah ini terlebih dahulu.

Teruja bila tiba waktu makan

Kucing yang sihat akan sentiasa bersemangat saat tiba waktu makan. Cara mengenalinya adalah bila kucing menggeserkan badan pada kaki korang dan membawa korang ke arah tempat makanan biasa dihidangkan. Sementara itu, kucing yang tidak sihat hilang selera makan dan tidak membuang air besar seperti biasa.

Sistem pencernaan yang baik

Kucing sihat mempunyai sistem pencernaan yang baik. Macam mana nak tahu? Hah, ia boleh dikenalpasti melalui najis si bulus korang! Bentuk ideal najis kucing adalah kecil, padat dan lonjong. Dari segi warna dan tekstur pula, najis sihat berwarna coklat gelap dan kelihatan pejal tetapi tidak keras. Najis kecil dan tidak berbau menandakan segala nutrisi dalam makanannya diserap dengan baik dan menunjukkan bahawa usus kucing korang sihat.

Rancak & aktif ketika bermain

Biarpun tabiat kucing mungkin akan berubah seiring usia, kucing yang sihat kekal aktif dan suka bermain. Tak kiralah mengejar mainan atau melompat dan berlari kesana-sini. Sebaliknya pula jika si manja korang tidak sihat, ia cenderung menunjukkan simptom tidak bermaya atau tidak berminat dengan sebarang aktiviti yang biasa dilakukan oleh seekor kucing seperti berlari dan bermain.

Bulu berkilau bak bintang, mata bersinar seperti permata

Salah satu tanda paling mudah untuk kenal pasti kucing korang sihat adalah dengan melihat penampilan bulu pada badannya. Biasanya, kucing yang sihat memiliki bulu yang bersinar dan bersih. Selain itu, matanya juga kelihatan cantik dan bersinar!

Kalau nak si manja korang sihat, benda paling utama yang perlu dititikberatkan adalah kandungan nutrisi yang disajikan dalam makanannya. Namun, masih ramai yang ambil mudah berkenaan perkara ini dan tidak kisah tentang pemakanan kucing mereka. Asalkan makanan kucing, semua boleh. Jangan macam tu!

Makanan berkualiti untuk si manja tersayang!

Tanggapan sebegitu bukan sahaja boleh membahayakan kesihatan kucing korang, malah makanan tidak berzat atau mengandungi banyak pengawet mungkin akan menyebabkan penyakit kronik terhadap kucing seperti batu karang dan sebagainya. Sebab itulah pentingnya pemilihan makanan yang berkualiti tinggi buat meow korang.

Tapi disebabkan terlalu banyak pilihan makanan kucing di pasaran, korang mesti pernah mengalami masalah ini: susah nak cari makanan yang selamat dan bernutrisi buat kucing kesayangan korang, betul tak? Jangan risau, nah kami share makanan yang terbaik untuk kucing korang!

Purina ONE, pilihan terbaik untuk si bulus yang sihat dan cergas

Diperkaya dengan bahan berkualiti tinggi, PURINA ONE adalah makanan kucing premium yang dijamin lazat serta memenuhi keperluan nutrisi kucing korang supaya kekal sihat sepanjang masa! Dengan makanan PURINA ONE, korang boleh lihat perbezaan ketara dengan kucing korang ni seawal 3 minggu saja tau!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Persoalan Bekerja Ditemani Kucing Kesayangan. Pakar Ini Dedahkan Kajian Yang Dia Buat

Terbaru, pakar ps1kologi telah mendedahkan bahawa bekerja dari rumah ditemani haiwan peliharaan boleh membantu menigkatkan tahap kesihatan seseorang untuk jadi lebih baik. Jo Hemmings yang merupakan pakar hal berikut telah bekerjasama dengan pakar pemakanan haiwan kesayangan iaitu Purina dalam menentukan kelemahan dan faedah bekerja bersama dengan haiwan peliharaan

Ujarnya “Ia mewujudkan rasa normal dan suasana terasa lebih ‘hidup’. Salah satu perkara unik mengenai haiwan peliharaan adalah bahawa bagi mereka setiap hari adalah hari yang lain.“Ada satu aura misteri tentang haiwan yang membantu menghilangkan perkara-perkara yang mungkin memberi tekanan kepada kita semua,”

Berdasarkan laporan Dailystar, Jo Hemmings menyatakan haiwan peliharaan lebih suka dan bahagia bila tuannya bekerja banyak di rumah berbanding di tempat kerja. Dia juga mendedahkan dia memiliki seekor kucing yang suka duduk berdekatam tatakala dia bekerja dan berehat di sofa miliknya untuk sesi kaunseling. Dia juga menyatakan yng dia percaya ada sesuatu pada hubungan yang sangat istimewa antara seseorang dengan haiwan peliharaan ini

Terangnya, “Haiwan peliharaan mengurangkan kadar kortisol dan adrenalin dalam aliran darh anda, membantu mengawal kegelisahan dan menjadikan keadaan lebih tenang,” Bagi sesiapa yang mempunyai anjing atau kucing yang sering mengganggu panggilan menerusi aplikasi penstriman langsung seperti Zoom, perlu diketahui bahawa haiwan peliharaan adalah permulaan perbualan yang hebat dan sering menjadi pencetus perbualan ketika berjumpa dengan orang yang tidak dikenali.

Pemuda Ini Sanggup Habiskan Wang Gajinya Sebanyak RM780 Sebulan Hanya Untuk Kucingnya Sebanyak Ini. Rupanya Ini Pekerjaan Pemuda Tersebut.

Abu Zarin dan isterinya menganggap kucing-kucing yang dibela mereka seperti anak sendiri. Biarpun gajinya sebagai seorang jurupam stesen minyak hanya RM1,100 sebulan, namun Abu Zarin Sanny tidak pernah lokek untuk berkongsi rezeki dengan 80 ekor kucing peliharaannya.

Lelaki berusia 60 tahun itu menghabiskan kira-kira RM780 sebulan, lebih separuh daripada gajinya untuk membeli makanan haiwan tersebut. Menerusi posting yang dikongsikan oleh laman Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia pada Isnin, Abu Zarin dikatakan sanggup mengikat perut demi memastikan kucing-kucingnya dapat makan.

“Saya ni muka sahaja nampak garang, tapi hati saya penyayang. Saya hanya tinggal berdua je dengan isteri, saya anggap kucing-kucing ni macam anak sendiri. Saya lebih utamakan kucing-kucing, saya tak kisah kalau makan ala kadar je. Tapi, tak pernah tak cukup makan, pandailah bajet-bajet,” katanya .

Abu Zarin (kiri) terpaksa meletakkan kucing-kucing di dalam sangkar agar ia tidak berkeliaran. – Kredit gambar Abu Zarin/Norashikin Ahmad

Kata Abu Zarin, dia sudah menganggap kucing-kucing itu sebagai anaknya kerana tidak dikurniakan cahaya mata sejak mendirikan rumah tangga 15 tahun lalu. Tambah lelaki itu, hatinya mudah tersentuh apabila melihat tiada siapa yang peduli dengan kucing jalanan.

“Saya memang jenis sayang kucing… kalau kucing saya telah pergi, saya memang akan menangis. Saya tak suka binatang diapa-apakan oleh manusia seperti ini. Saya memang pantang kalau tengok manusia yang tak berhati perut buat macam tu pada haiwan. Janganlah buat macam tu dengan binatang walaupun pada seekor anjing. Kalau tak suka pun, halau jelah, tapi jangan apa-apakannya,” ujarnya dalam nada sayu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *