Kucing mula buat sesuatu lepas nampak pemiliknya buat sesuatu ini. Anda perlu tahu ini punca dia bersikap sedemikian

kucing

Percaya atau tidak,kucing anda juga boleh menunjukkan perasaan cemburu. Kebiasaannya sifat ini boleh dilihat dengan jelas seperti menggeram, mendesis dan menmpar sesuatu objek. Perasaan cemburu mereka juga boleh ditunjukkan bila dia ingin duduk di pangkuan anda tatkala anda sedang bermain dengan haiwan lain. Terkadang, anda kendong bayi pun mereka cemburu tau.

Untuk pengetahuan, kucing yang cemburu juga boleh menunjukkan sifat seperti menggaru-garu objek dan menggigit malah, boleh merosakkan peralatan rumah.Salah satu perangai buruknya akibat cemburu ialah dengan membuang air kecil di luar bekas pasir atau di tempat tidur haiwan lain. Ini adalah salah satu masalah yang perlu anda ambil perhatian.

Pemilik memberi perhatian kepada haiwan lain atau anggota keluarga baru. Ini selalunya penyebab utama yang memungkinkan ia cemburu. Kehadiran bayi baru juga boleh menyebabkan ia cemburu kerana waktumu akan jadi berkurangan dengannya.Kurangnya aktiviti sosial semasa kucingmu kecil akan membuatkan dia sentiasa bergntung kepada anda dan dia akan menunjukkan rasa cemburu jika ada kesempatan.Perubahan rutin harian termasuk jadual makan.Kurang ruang peribadi seperti tempat tidur atau barangan miliknya diberikan kepada haiwan peliharaan lain.Rasa terncam dengan kehadiran haiwan lain atau anggota keluarga baru.

Susah juga nak menghadapi kucing yang cemburu tetapi ada beberapa cara yang boleh diikuti untuk kurangkan cemburunya. Pertama, mencari penyebab.Jika sudah tahu penyebabnya, maka anda boleh mencari penyelesainya. Tanyakan pada diri, apakah perubahan yang terjadi di rumah, seperti:Apakah ada seseorang yang baru pindah?Apakah ada kehadiran bayi atau haiwan peliharaan baru?Apakah anda menghabiskan banyak masa untuk sesuatu yang tidak anda lakukan sebelum ini?Apakah tempat kegemaran kucingmu terganggu?

Kedua, Memberikan lebih banyak waktu.Cara termudah untuk mengurangkan rasa cemburu kucingmu adalah dengan meluangkan lebih banyak masa untuknya. Dengan memberi lebih perhatian biasanya dapat mengubati perangai buruk kucing dan ada beberapa cara yang boleh kamu lakukan:Memberikan mainan interaktif untuk bermain dengan kucing, seperti laser atau tongkat bulu.Memberi makan kepada mereka apabila mempunyai waktu terluang.Bermain dengan kucingmu dan memberikan perhatian penuh kepadanya selama beberapa minit.Tawarkan kucingmu hadiah jika mereka berperangai baik.

Akhir sekali, beri kucingmu ruang peribadi.Kebanyakan kucing sukakan ruang peribadi. Apabila anda memperkenalkan anggota keluarga baharu tidak kira manusia atau haiwan lain, anda mungkin telah meragut ruang itu darinya. Ini akan menjadikan ia cemburu.Cuba berikan ia ruang peribadi samada dengan memindahkan tempat makannya ke suatu tempat yang khusus untuknya atau memberi ruang agar ia tidak diganggu oleh haiwan peliharaan lain.Jangan pula beri mainan kegemarannya kepada haiwan lain. Letak mainan kegemarannya di ruang peribadinya.

Kucing Merupakan Haiwan Yang Boleh Jaga Diri Mereka Sendiri. Kini Ketahui Rupanya Sakit Ini Juga Merupakan Perkara Biasa Untuk Spesiesnya.

Lima penyakit ini merupakan penyakit yang biasa dialami oleh kucing kesayangan anda. Kucing juga dikenali sebagai salah satu haiwan yang mampu untuk menjaga dirinya sendiri dari sebarang penyakit. Namun, sekiranya anda pemilik kucing pasti anda tidak mahu apa-apa terjadi pada kucing anda. Jadi, anda juga perlu menitikberatkan sebarang hal kemungkinan yang bakal berlaku pada si bulus kesayangan anda. Hal ini disebabkan, ada beberapa kes yang umumnya terjadi pada kucing kesayangan anda dan ianya juga tidak boleh dianggap hal yang remeh-temeh. Pasti anda tertanya-tanya apa yang sering dialami oleh spesies kucing anda.

1. Muntah

Muntah adalah masalah kesihatan paling biasa terjadi pada seekor kucing. Penyebabnya juga pelbagai seperti makanan yang boleh membawa sebarang masalah, jangkitan kuman serta petanda ia mengalami masalah pundi kencing atau penghadaman. Sekiranya kucing anda muntah dan melelehkan air liur serta bernafas laju, segeralah bawanya berjumpa doktor. Lebih baik jika ambil sedikit sampel muntahnya kerana ia boleh memberi jawapan mengapa ia muntah.

2. Pundi kencing

Penyakit berkaitan pundi kencing atau Feline Lower Urinary Tract Diseases (FLUTD) juga antara perkara biasa dalam kalangan kucing. Ia biasanya berlaku pada kucing yang mempunyai lebihan berat badan serta sering makan makanan kering. Tekanan disebabkan sering terkurung di dalam rumah boleh meningkatkan risiko FLUTD dan gejala jelas kucing minum lebih banyak, sukar membuang air kecil, air kencing yang mengeluarkan cecair merah dan menangis ketika membuang air kecil.

3. Kutu

Kutu juga adalah masalah biasa dalam kalangan kucing namun ia boleh ditangani dengan mudah. Cara mengenal kucing yang mengalami masalah kutu adalah ia sering menggaru, menjilat serta mengalami jangkitan pada kulitnya. Mesikpun ia boleh dirawat namun sekiranya ia dibiarkan si bulus berisiko mengalami masalah anemia. Jadi pastikan masalah kutu pada kucing segera dicegah.

4. Cacing pita

Cacing pita hidup di dalam usus kecil kucing dan boleh membesar sehingga 60 sentimeter. Gejalanya tidak ketara namun kucing mungkin akan mengalami muntah serta mengalami penurunan berat badan. Cara paling mudah untuk mengetahui sama ada kucing anda mempunyai cacing pita adalah dengan melihat najisnya dan memeriksa bahagian duburnya. Biasanya, cacing pita akan keluar ketika ia sedang tidur. Jika anda melihat ada benda aneh berbentuk seperti beras atau biji bijan, kemungkinan ia adalah cacing pita.

5. Cirit birit

Banyak perkara boleh menyebabkan kucing anda cirit birit termasuk kehadiran parasit, makan makanan basi, elergi, jangkitan kuman, penyakit hati, k4nser dan sebagainya. Najisnya juga berbentuk cecair dan bergantung kepada penyebabnya, masalah cirit birit pada kucing boleh berlaku selama seminggu atau berbulan-bulan. Jika kucing mengalami cirit birit, berikan ia minum untuk mencegah dehidrasi dan segera membawanya berjumpa doktor.

Pasti Setiap Pemilik Kucing Pelik Ketika Kucing Anda Berubah Jadi Agresif Atau Marah. Ini Sebabnya Yang Tak Dijangka.

Ada pelbagai sebab yang menyebabkan kucing kesayangan anda dalam ‘bad mood’. Perwatakan kucing yang berubah-ubah kadang kala susah untuk dikenal pasti apakah sebabnya. Tahukah anda adalah penting untuk pencinta haiwan atau pemilik si bulus untuk mengenal pasti tingkah laku haiwan kesayangan mereka terlebih dahulu agar mudah untuk mengesan perubahannya.Namun, kebiasaannya perubahan yang berlaku pada si bulus adalah daripada mesra, manja tiba-tiba mereka akan menjadi agresif dan mengeluarkan suara berbentuk komunikasi tidak normal atau erti kata lain sedang marah, berasa tidak selesa atau sebagainya.

Kajian daripada seorang doktor haiwan iaitu Katrina Warren mendapati terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan si bulus tiba-tiba menjadi pemarah. Antara empat sebab si bulus boleh bertukar menjadi pemarah adalah:

1. Masalah kesihatan

Umumnya, kecendurungan paling tinggi si bulus marah adalah disebabkan mempunyai simptom-simptom tidak sihat seperti mempunyai virus atau kurap, keguguran bulu dan sebagainya. Daripada menahan kesakitan ini si bulus akan mengalami beberapa perubahan antaranya menjadi garang atau pemarah, berkelakuan agresif dan ada kalanya mereka bersembunyi. Jika anda rasa ini adalah puncanya, cepatlah bawa berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

2. Perubahan situasi

Selain itu, kucing juga kurang senang apabila ditukarkan daripada satu tempat ke tempat lain. Erti kata lain mereka sukar untuk menyesuaikan diri dengan tempat baharu. Oleh itu, mereka akan bertindak agresif, mengeluarkan bunyi bising ataupun ada juga perbuatan mencakar untuk menunjukkan tanda tidak selesa. Apa yang perlu anda lakukan jika berdepan situasi ini adalah sediakan tempat yang selesa buatnya dan sering memberi perhatian lebih kepada haiwan kesayangan anda itu.

3. Kehadiran haiwan lain

Seperti yang kita sedia maklum si bulus mudah berasa terancam apabila berdepan dengan haiwan lain terutamanya kucing juga. Terdapat beberapa kajian mendapati bahawa mereka ini akan mempunyai perasaan takut tempat mereka diserang oleh kucing lain. Hal ini akan menyebabkan si bulus marah dan timbulnya pergaduhan antara kucing.

4. Personaliti

Bagaimanapun, ada juga si bulus yang sememangnya mempunyai perilaku yang cepat marah gara-gara tidak suka disentuh atau dibelai. Kebanyakkan kucing seperti ini mereka kurang manja dengan manusia sejak dari kecil. Mereka ini suka buat hal sendiri dan selesa dengan cara begitu. Cara mudah anda ingin membentuknya menjadi lebih baik adalah banyakkan bermain dengannya bagi mewujudkan kemesraan dan membangunkan kepercayaan diri mereka.

Kucing Kesayangan Acap Kalli Gerakkan Telinga. Ternyata Ini Maksud Tersirat Di Sebalik Pergerakan Itu

Mesti korang pelik kan tiba tiba sahaja kucing kesayangan anda gerakkan telinga. Untuk pengetahuan anda,kucing adalah antara salah satu haiwan yang bijak meluahkan perasaan melalui komunikasi dan bukan lisan. Namun begitu,tak ramai yang menyedarinya.

Percaya atau tidak memelihara kucing akan memberikan anda pengalaman bagi memahami emosi dan perasaan kucing itu dengan lebih mendalam. Besar kemungkinan ramai yang perasan kucing suka untuk gerakkan telinganya dan ramai yang tak memahami maksud tersirat oleh haiwan ini.

Pertama, menunjukkan perasaan ingin tahu. Buat pengetahuan anda, apabila seekor kucing gerakkan telinganya ke hadapan, ia menunjukka satu daya tarikan. Ia juga sebagai sumber mencari suara yang menarik perhatian kucing selain mengumpulkan informasi

Kedua, perasaan gelisah. Sekiranya kucing anda berasa rasa terancm, kucing anda kaan gerakkan telinganya ke bahagian tepi. Sekiranya kucing anda berbuat sedemikian, ia bermaksud kucing anda sedang menahan suara yang menganggunya.

Ketiga, ia merasa terganggu. Terkadang telinga kucig kesayangan anda bergerak gerak bermaksud mereka terasa terganggu. Sekiranya ia menggetarkan telinganya, ia bermaksud ia sedang berhadapan dengan stimulasi yang tinggi dan ia boleh menyebabkan kucing anda menyerng kucing atau orang lain.

Terakhir sekali, berasa takut. Ada juga yang mengatakan bahawa pergerakan telinga dekat arah kepala membawa maksud mereka ketakutan atau marah. Malahan ada yang berpendapat bahawa mereka sudah bersedia untuk diserng oleh kucing lain

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *