Kucing ini sampai menangis hanya sebabkan Tuannya lakukan ini. Rupanya ini yang tuannya lakukan.

Haiwan kucing Viral

Seekor kucing peliharaan di China tular setelah rakaman CCTV menunjukkan ia menangis ketika ditinggalkan sendirian di rumah. Kucing baka British Shorthair yang diberi nama Fu Fu itu menangis ketika mendengar pemiliknya memanggil namanya melalui monitor rumah.

Menurut Daily Mail, pemiliknya, Meng, mengatakan bahawa dia sedang memeriksa kucingnya itu melalui aplikasi pengawasan di telefonnya dan terlihat momen menyentuh hati itu. Ia dirakam pada malam 8 Februari di Xuzhou, China timur setelah Meng pulang ke rumah ibu bapanya di sebuah bandar berdekatan untuk meraikan Tahun Baru Cina.

Video berdurasi 17 saat itu telah mendapat sebanyak 8 juta tanda suka dan Fu Fu mendapat jolokan sebagai ‘kucing yang ditinggalkan’. Meng juga memberitahu kepada MailOnline bahawa dia memutuskan untuk meninggalkan Fu Fu di rumah kerana takut haiwan itu tidak terbiasa dengan rumah ibu bapanya.

Tambahnya lagi, Fu Fu juga dianggap olehnya sebagai seekor kucing yang pemalu dan clingy. Dia juga telah menyediakan makanan dan minuman yang secukupnya untuk Fu Fu sebelum tinggalkan rumahnya dan sentiasa menonton rakaman pengawasan.

Menerusi video itu, dapat dilihat air mata Fu Fu jatuh berjuraian setelah pemiliknya memanggil namanya melalui monitor. Semasa terdengar suara Meng, Fu Fu dilihat menoleh ke belakang dan melihat ke arah pintu sebelum berpusing semula untuk menyentuh kamera dengan kaki. “Saya merasa sedih ketika melihat momen itu,” kata Meng.Disebabkan itu juga, dia telah pulang ke rumah empat hari lebih awal daripada rancangan asalnya.

Sumber: Daily Mail

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sewaktu Musim Pandemik Ini Ada Yang Berhasrat Untuk Bela Kucing Atas Sebab Ini. Sekali Ada Pihak Yang Tampil Jelaskan Isu Ini.

Tidak dinafikan kehadiran haiwan peliharaan seperti kucing di rumah membuatkan kita berasa selesa terutamanya pada situasi sukar seperti sekarang. Mana tidaknya, sudah lebih sebulan kita duduk di rumah ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu bagi mengekang penularan Covid-19.

Memandangkan tempoh PKP dilanjutkan sehingga 12 Mei ini dan tidak mustahil ia berlarutan lebih lama, ramai mula berkira-kira untuk membela kucing sebagai peneman di rumah. Hendak pula golongan bujang yang tinggal seorang diri – kononnya sebagai teman kesunyian ketika Covid-19.

Wajarkah membela kucing hanya sebagai teman di kala bosan? Pakar kesihatan haiwan mengingatkan agar individu yang tinggal seorang diri dan terfikir untuk membela haiwan sebagai jalan keluar daripada rasa sunyi agar tidak berbuat demikian. Melainkan jika seseorang itu benar-benar mampu dan bersedia untuk memikul tanggungjawab jangka panjang kerana memelihara haiwan adalah komitmen besar.

Tanggungjawab membela kucing sangat besar.

Sekiranya anda tidak terfikir untuk membela kucing buat selama-lamanya, anda dinasihatkan agar tidak membela haiwan ketika ini.

“Apa akan jadi selepas tempoh berkurung tamat? Anda lepaskan tanggungjawab menjaga dan buang ia ke tepi jalan? Haiwan bukan ‘benda’ untuk disimpan ketika anda bosan tetapi ia juga makhluk hidup yang perlu anda bertanggungjawab apabila membawanya pulang ke rumah,” kata Hester Pommerening yang juga aktivis kebajikan haiwan.

Sebaik-baiknya kata Hester, tunggu sehingga perintah kawalan pergerakan sebelum membuat keputusan membela haiwan di rumah. Ini kerana apabila kehidupan kembali kepada rutin normal, barulah kita boleh membuat pertimbangan wajar agar tidak menganiaya haiwan tersebut.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kenalpasti Tanda Kucing Anda Perlukan Bantuan. Ini Merupakan Tanda Kucing Anda Sakit.

Hi pencinta kucing semua! Ada tak diantara anda semua perasan kadangkala terdapat perubahan pelik pada perangai atau habit kucing anda? Tiba-tiba sahaja kucing anda suka bersembunyi, tidak menggunakan litter box atau kencing merata-rata? Sebenarnya, perubahan sikap tersebut menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena pada mereka. Mungkin sahaja kucing anda mengalami kegelisahan atau juga sedang sakit.

Kebanyakkan kucing akan mengalami jenis penyakit dan simptom yang lebih kurang sama tidak kiralah baka apa pun. Namanya pun sedang sakit sudah pastilah kucing anda akan menunjukkan reaksi dan karakter yang berbeza dari masa sihatnya. Disebabkan mereka ini tidak boleh hendak ‘memberitahu’ tuannya tentang masalah mereka, perubahan sikap dan karakter mereka adalah salah satu cara mereka untuk memberitahu kita yang mereka menghadapi masalah dan memerlukan bantuan.

1) Kerap bersembunyi

Kucing yang bersembunyi apabila ada orang yang tidak dikenali datang ke rumah adalah sesuatu yang normal. Bila adanya kehadiran orang yang tidak dikenali, deria kucing akan merasakan adanya bahaya dan mereka akan bersembunyi.

Jika kucing anda lebih kerap bersembunyi dari biasa ianya menunjukkan berkemungkinan mereka sedang sakit atau tekanan yang melampau. Perlu diambil perhatian kerana kadangkala ada penyakit kucing yang tidak kelihatan.

2) Tidak menggunakan litter box

Jika kucing tidak menggunakan bekas liiter yang disediakan dan kencing atau membuang merata-rata diluar tempat yang disediakan ianya menandakan kucing anda tidak sihat (don’t feel well). Perkara biasa yang berlaku berkemungkinan kucing anda mengalami masalah urinary tract disorders seperti Urinary Tract Infections (UTIs/UTI), masalah buah pinggang atau pundi kencing (bladders stone).

3) Tidak membersihkan diri dari kebiasaan

Kucing yang sihat akan sentiasa menjaga kebersihan sebab kucing memang sejenis haiwan yang pembersih. Cuba kalau litter box penuh, mahunya dia membuang di luar kotak. Kucing akan sentiasa menjilat diri mereka untuk membersihkan bulu dan kotoran yang ada.

Jika kucing mengabaikan penjagaan diri, tidak menjilat bulu, ada kotoran/najis selepas membuang najis menandakan kucing mengalami sakit yang mengakibatkan kegelisahan (ailment that cause fatique). Isu tersebut membuatkan kucing akan kurang atau langsung tidak mengemas diri. Menjilat diri/membersihkan bulu mereka adalah satu cara menenangkan diri bagi kucing apabila mereka berasa gelisah. Kucing yang menjilat diri/bulu secara berlebihan juga adalah satu tanda yang jelas kucing tersebut sedang mengalami kegelisahan dan boleh menyebabkan bulu gugur dan sebahagian kulit menjadi botak.

4) Gusi berubah warna

Gusi kucing yang sihat sepatutnya berwarna merah jambu (deep pink). Untuk pastikan, anda boleh tekan bahagian gusi kucing dengan jari dan gusi akan cepat menjadi pink semula setelah jari diangkat. Masalah pergigian kucing juga akan menyebabkan perubahan warna pada gusi kucing.

  • Gusi Pucat – kurang/kehilangan darah, peredaran darah yang lemah
  • Gusi berwarna biru – kekurangan oksigen
  • Gusi berwarna merah – toxicity issue, overheating
  • Dental issue

5) Mulut berbau

Bukan sahaja manusia yang dihantui masalah bau mulut, kucing juga tidak terkecuali. Selalunya bau busuk dalam mulut disebabkan oleh pengumpulan bakteria disebabkan terdapatnya sisa makanan melekat celah gigi atau mengalami penyakit gusi atau kerosakan gigi. Pemilik kucing bolehlah berikan catmint, atau menggosok gigi kucing dan buat pemeriksaan gigi kucing di vet.

6) Minum air berlebihan

Kucing yang normal akan minum lebih kurang 2 1/2 cawan sehari dan memang ada kucing yang jarang minum. Kucing juga kadangkala akan lebih minum bergantung kepada makanan mereka. Ada beberapa jenis penyakit yang akan menyebabkan kucing anda cepat dahaga jika mengalami maslah endokrin seperti diabetis (Kencing Manis), hyperthyroid disease (Kelenjar Tiroid) dan masalah buah pinggang.

Sebaiknya sediakan banyak bekas minuman dan sentiasa bekalkan kucing anda dengan air yang tidak berklorin (air paip).

7) Selera makan mendadak

Peningkatan selera makan yang mendadak juga mungkin menunjukkan kucing mengalami masalah kesihatan seperti diabetis, hyperthyroidism atau masalah nutrien makanan tidak diserap dengan baik.

8) Berbunyi secara berlebihan

Kucing yang tiba-tiba bising dan mengeow secara berlebihan (crowling or yowling) dan menjauhkan diri semasa kita ingin memegangnya (petting) menandakan mereka gelisah atau juga dalam kesakitan.

9) Kerap muntah

Kucing muntah adalah perkara biasa kerana ingin mengeluarkan gumpulan bulu (hairball). Jika terlalu kerap muntah mungkin sahaja kucing sedang sakit. Kucing yang menghadapi masalah penyakit serius seperti FLUTD, jaundice, pyometra akan muntah berwarna.

Diantara penyebab kucing muntah seperti:

  • Gumpalan bulu. (Hairball)
  • Makan terlalu cepat/gopoh
  • Makan benda yang tidak boleh dihadam
  • Kerapkali menukar diet/jenis makannannya
  • Alergic makanan atau bahan-bahan didalam makanan
  • Infeksi/ Jangkitan penyakit
  • Parasit/Kutu
  • Racun

10) Agresif meningkat

Sekiranya kucing anda mula bertindak agresif terhadap anda atau kucing yang lain di dalam rumah dengan perlakuan sering menggigit, mencakar atau berbunyi hiss, mungkin terdapat sesuatu yang menyebabkan kucing tertekan/stress.

11) Bulu gugur, kulit badan berkerak

Jika bulu kucing gugur dengan banyak dan mengalami kulit/badan berkerak seperti kudis menandakan kucing mengalami masalah kulit, kurang vitamin, mengalami alahan atau sedag stress. Jika terdapan kesan botak dengan kulit kasar dalam betuk bulat menandakan kucing mengalami masalah ringworm (kurap).

12) Perubahan berat badan mendadak

Kucing yang mengalami kenaikan atau penurunan berat badan secara mendadak juga menandakan kucing sedang sakit. Berat berlebihan adalah kerana obesiti dan penurunan berat menunjukkan mereka menghidap penyakit yang serius/kronik/fatal. Untuk info kadar penurunan berat badan kucing:manusia adalah 1 pound : 10 pound manusia (1lb=0.453kg).
Diantara penyakit yang menyebabkan penurunan mendadak berat badan kucing adalah:

  • Parasit/Kutu
  • Virus Leukemia Kucing (Feline Leukemia Virus Disease Complex – FELV)
  • Penyakit Usus (Inflammatory Bowel Disease – IBC)
  • Penyakit Hati (Liver Disease)
  • Kencing Manis (Diabetes)
  • Penyakit buah pinggang (Kidney Disease)
  • Stress

13) Hilang/kurang selera makan

Kucing yang tidak mahu makan atau pun makan terlalu sikit dari selalu menandakan kucing mungking mengalami masalah jangkitan serius, demam, masalah buah pinggang atau juga kanser. Kucing juga boleh mengalami Anorexia yang mengakibatkan kucing anda hilang selera makan. Kucing sihat hilang selera makan ada beberapa sebab:

  • Jemu dengan makanan yang sama
  • Rindu makanan kegemarannya
  • Makan yang diberi sudah rosak
  • Ada kucing lain yang menganggunya makan
  • Tidak suka kedudukan tempat makannya
  • Tidak dapat mengawan

Hilang selera makan dan susah hendak makan ialah suatu perkara yang berbeza. Kucing yang susah hendak makan bukan kerana kurang selera makan tetapi mungkin kucing mengalami sakit di bahagian mulut, gigi atau gusi. 

14) Kucing kurang / lebih bergerak

Kucing yang sukar bergerak (limping) atau kurang bergerak juga menunjukkan kucing mungkin mengalami atritis (bagi kucing tua). Kucing yang kurang berehat pula akan sering mundar mandir dan kelihatan tidak normal disebabkan mengalami kegelisahan.

15) Perubahan corak tidur

Secara puratanya kucing boleh tidur selama 16 sehingga 17 jam sehari. Kucing yang tidak sihat akan menghabiskan banyak masa tidur di waktu siangnya dan ada yang terlalu aktif dan bising pada waktu malam.

16) Batuk

Kucing batuk mungkin mengalami masalah alahan, selsema, asma atau tersekat hairball. Terdapat juga kes penyakit yang serius seperti masalah jantung, paru-paru atau penyakit berbahaya yang lain berkaitan pernafasan. Jika kucing batul lebih dari sehari perlulah mengunjungi vet.

17) Mata dan hidung berair

Kucing yang mengalami bersin, berhingus, demam, batuk menandakan kucing mengalami masalah Feline Upper Respiritory Tract disease. Jika terdapat discaj berwarna kuning atau hijau menunjukkan berlakunya jangkitan kuman.

Mata kucing berair boleh disebabkan kerana selsema dan masalah jangkitan pada mata kucing atau saluran air mata tersumbat. Jika mata kucing merah (bahagian eyelid) dan berair adalah disebabkan konjungtivitis kucing dan juga kerana jangkitan kuman, alahan atau juga penyakit feline herpes.

18) Air kencing atau najis keluarkan cecair merah

Jika terdapat darah pada urine, najis dan muntah kucing merupakan tanda yang tidak baik untuk kucing. Kencing berdarah adalah disebabkan oleh Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD)/batu karang atau jangkitan bakteria/parasit.

19) Mula menggunakan bilik air

Kucing yang biasanya kencing di dalam litter box tetapi kemudiannya cuba untuk memasuki tandas menunjukkan ada yang tidak kena. Mungkin kucing mengalami kesukaran untuk kencing disebabkan masalah-masalah berkaitan Feline Lower Urinary Tract.

Kencing yang terlalu sedikit dan kerap berulang-alik ke dalam litter box juga menunjukkan tanda kucing mengalami kesukaran kencing disebabkan FLUTD atau bladder stone.

20) Sentiasa ingin bersama tuannya

Sama seperti anjing, kucing juga boleh mengalami kegelisahan. Jika kucing anda secara tiba-tiba tidak sentiasa mengekori anda kemana sahaja, kucing anda mungkin mengalami kegelisahan anxiety).

Demikianlah diantara tanda-tanda yang boleh anda kenal pasti sebagai tanda kucing anda mengalami masalah dan memerlukan bantuan dan perhatian anda. Jika terdpat tanda di atas yang kronik seperti kencing berdarah, penurunan berat badan drastik atau muntah yang berwarna perlulah segera dibawa ke veterinar.
Kucing yang ada tanda kencing yang sedikit, sukar kencing perlu dibawa segera untuk rawatan kerana dalam masa kurang 48 jam tanpa rawatan akan mengakibatkan kucing kehilangan nyawanya. Semoga kucing anda sihat semuanya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *