Kucing ini sanggup jadi hero setelah gajah ini bertindak sebegini. Sekali ini yang kucing itu lakukan.

Haiwan kucing Viral

Seekor kucing peliharaan di Thailand mengejutkan pemiliknya apabila bertindak berani mengejar seekor gajah empat tan yang menceroboh taman di halaman rumah tuannya. Simba yang berusia tiga tahun, menyedari kedatangan gajah berkenaan untuk mencari makanan di Nakhon Nayok, pada Selasa malam.

Namun, Simba yang bertugas sebagai ‘pengawal keselamatan’ di rumah, tidak gentar melihat gajah itu walaupun ukurannya berkali-kali ganda besar dan mampu membunuh manusia hanya dengan satu langkah. Menerusi gambar yang sempat dirakam, gajah liar itu dilihat sedang rakus merosakkan tanaman sebelum berlalu pergi setelah dihampiri oleh Simba dengan posisi ingin menyerang.

Menurut pemilik rumah, kucing peliharaannya memang bersifat agresif dan tidak menggemari kehadiran haiwan lain memasuki wilayahnya. Kata penduduk, gajah berusia 35 tahun bernama Pai Salick tersebut merupakan ‘gangguan’ kepada mereka kerana sering memijak kebun orang untuk mencari makanan. Renjer taman tempatan, Amnat Norasin berkata: ”Gajah tinggal di hutan tetapi dia sering berjalan-jalan di sekitar rumah pada waktu malam untuk mencari makanan. Orang tahu ia merupakan gajah yang sama,” katanya.

Dianggarkan 2,000 gajah tinggal secara liar di Thailand dan jumlah yang sama juga berada dalam kurungan. Mereka berkeliaran di pelusuk hutan dan di taman-taman negara yang dilindungi. Difahamkan, gajah adalah haiwan yang dilindungi di Thailand dan mengapa-apakannya membawa hkuman pnjara maksimum tiga tahun dan dnda 1,000 baht (RM135.57).

Sumber: Daily Mail

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tak Sangka Niat Baik Gadis Ini Ingin Bantu Kucing Dikatakan Seperti Ini Pula. Sampai Ada Yang Ingatkan Peminta Sedekah.

Setiap pecinta kucing pasti sudah biasa dengan perasaan yang sanggup buat apa sahaja walaupun ianya cuma kucing jalanan. Pasti ini merupakan satu perkara biasa buat diri mereka. Tidak mustahil sampai sanggup sediakan makanan hampir tiap hari hanya untuk beri makan buat kucing jalanan. Kotor adalah perkara biasa buat kucing seperti ini. Ianya dilakukan hanya atas rasa kasih sayang dan belas ihsan terhadap haiwan kesayangan Nabi ini makan dan membantu mereka. Namun tahu tak korang, insan yang sering kali dipandang mulia ini pernah dikritik dan dikatakan macam-macam oleh orang sekeliling kerana perkara baik yang mereka lakukan?

Pernah ditegur seorang pakcik, “Buat baik dengan binatang ni tak rugi apa pun. Sebab dia doakan kita.”  Menurut perkongsian pencinta kucing, Nur Aina Syafira, banyak yang dia lalui sepanjang menjadi Pemberi Makan Kucing Terbiar dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ada yang buat dia rasa terharu, ada juga yang buat dia rasa sedih tak terkata. Huhuhu tak sangka wujud manusia perangai macam ni… 

“Saya dijeling oleh orang yang lalu lalang di kawasan tu. Mereka pandang saya macam saya ni jijik sangat. Sedih…” 
“Lepas bagi makan kucing, tekak saya haus dan teringin makan roti canai… pekerjanya nak tak nak je layan saya. Apa tak layakkah saya nak makan?” 
“Banyak lagi cerita… tapi hati tak kuat nak kongsi”

Sebak min baca kisah kakak ni dan kucing-kucing terbiarnya. Betullah kata dia, bila kita terlihat kotor dan miskin, memang tak ada seorang pun nak layan. Malah dikejinya pulak. Tersingkap habis sikap sebenar seorang manusia tu. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Pun Boleh Ada Kad Pengenalan Dan Passport. Wanita Ini Kongsikan Cara Untuk Dapatkan

Bagi pencinta kucing, tahukah anda haiwan peliharaan anda juga perlu ada passport untuk mereka sendiri. Menarik sekali, haiwan peliharaan anda juga boleh mohon kad pengenalan warganegara Malaysia. Cara nak mohon passport atau kad pengenalan ni mudah je.

Anda boleh lakukannya di mana mana klinik veterinar atau hospital haiwan. Maklumat ini telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter iaitu Shaz Ghaf yang berkongsikan mengenai cara untuk memohon kad pengenalan buat kucing kesayangannya iaitu Floof Boi. Buat pengetahuan anda juga, hanya empat jenis haiwan peliharaan sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar termasuk kucing, anjing, arnab dan kuda.

Jelasnya orang ramai yang juga ingin memohon kad pengenalan peliharaan berwarna biru itu kepada haiwan masing-masing, diminta untuk ke mana-mana klinik Veterinar. Nanti, haiwan peliharaan akan mendapat kad pengenalan selepas diberikan mirocip.

Tujuan mirocip adalah bertujuan untuk senang dijumpai sekiranya haiwan kesayangan hilang atau diambil orang. Dengan mirocip tersebut pemilik boleh semak semula sama ada haiwan djumpai atau sebaliknya.

Tempat Khas Buat Pencinta Kucing. Berikut 8 Tempat Yang Menempatkan Kucing Sehingga Menjadi Tarikan Pelancong

Sudah semestinya setiap negara mempunyai tarikan tersendiri untuk pelancong datang kemari. elbih menarik sekali, bagi kaki travel yang juga pecinta kucing, pastinya anda tidak akan ketinggalan untuk menambah pengalaman atau ‘berkenalan’ dengan si manja yang terdapat di negara lain.

Pertama, Aoshima Island, Jepun. Ia merupakan pulau keempat terbesar di Jepun yang dinamakan Cat Island. Pada mulanya, hanya beberapa ekor kucing sahaja ditempatkan di situ tapi makin lama makin bertambah dari masa ke semasa.

Kedua, Mann Cat Santuary. Untuk penetahuan, is menjadi salah satu lokasi tumpuan di Santon, ISle Of Mann yang ditemui pada tahun 1996. Jika anda datng sini, anda akan dapat lihat kucing kucing yang terbiar atau kurang upaya di sini. Menarik sekali, walaupun tak bertuan, mereka dijaga dengan baik dan unik sekali lokasi mereka seluas 6 ekar .

Ketiga, KattenKabinet, Amsterdam.Diasaskan pada tahun 1990 apabila seorang lelaki kaya mahu menjadikan tempat ini sebagai memori buat kucingnya bernama Tom. Muzium ini dipenuhi dengan gambar kucing, poster, lukisan dan koleksi kucing sebenar. Di sini juga terdapat kedai-kedai cenderamata untuk peminat si bulus.

Seterusnya, Largo di Torre Argentina, Rom.Dataran kuno Rom telah menjadi rumah bagi banyak kucing liar, yang bertindak sebagai tempat perlindungan tempatan yang dikendalikan oleh sukarelawan.

Kelima, Ernest Hemingway Home and Meseum, Florida. Khas buat peminat sastera dan sejarah tiba di Old Town Key West untuk mengetahui tentang kehidupan Ernest Hemingway, tetapi anda juga dapat menggunakannya sebagai peluang untuk bertemu dengan beberapa kucing yang suka dipeluk!

Sekadar penegetahuan lokasi ini mempunyai sekitar 50 kucing dan semuanya mempunyai enam jari kaki! Sebenarnya, Hemingway adalah nama seekor kucing berkaki enam, berwarna putih yang digelar seorang kapten kapal yang berlabuh di sini malah terdapat juga beberapa ekor kucing yang tinggal di perkarangan muzium adalah keturunan kucing asli itu, bernama Snow White.

Enam, Kafe Kucing, Jepun. Menarik sekali Jepun mempunyai lebih dari 150 kafe kucing di seluruh bandar. Kafe-kafe ini, yang disebut kafe Neko, adalah kedai kopi biasa dan boleh menikmatinya bersama sekeping kek di samping kucing-kucing yang melepak di situ.Kebanyakan lokasi utamaya di Tokyo atau Kyoto, dan selalunya anda perlu menempah lebih awal kerana terlalu ramai pengunjung.

Seterusnya Lady Dinah Cat Emporium, London.Kafe Lady Dinah Cat Emporium perlu berada dalam senarai anda. Dalam masa sama anda boleh berinteraksi dengan kucing-kucing yang ada di situ sambil menjamu selera dengan pemandangan ruang teh menarik gaya Alice in Wonderland.

Akhir sekali The Greek Island of Syros.Kepulauan Yunani ini berfungsi sebagai tempat perlindungan untuk kira-kira 65 kucing dijaga oleh penduduk tempatan. Kucing itu sendiri juga bersedia sekiranya anda berminat untuk menjadikan mereka ‘anak angkat’. Pun begitu percayalah mereka lebih selesa tinggal di situ kerana mempunyai ruang yang luas dan bebas berkeliaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *