Tular ibu kucing bawa semua anaknya ke tempat ini. Sekali ini rupanya sebab kenapa sekeluarga si bulus ini datang.

Haiwan kucing Viral

Seorang wanita bernama Lisianne dari Quebec, Kanada ternampak seekor kucing terbiar yang kelihatan kelaparan lalu dia memutuskan untuk memberi makanan dan minuman kepada kucing tersebut. Dia menamakan kucing tersebut sebagai Usagi bahkan memberi makanan dan minuman sudah menjadi rutin harian baginya. Lama-kelamaan dia memperoleh kepercayaan daripada kucing terbiar tersebut.

Beberapa minggu berlalu, Usagi memutuskan untuk memperkenalkan Lisianne kepada keluarga kecilnya. Kucing tersebut membawa anaknya satu persatu sehingga keenam-enam mereka berbaris di beranda rumah Lisianne. Anak kucing berusia 6 minggu itu tidak tumpah seperti versi mini Usagi, dan sangat jelas kelihatan bahawa keluarga kecil itu memerlukan pertolongan.

Lisianne memujuk ibu dan anak-anaknya memasuki ke dalam rumahnya. Lisianne memutuskan untuk memberikan merawat di sebuah klinik haiwan berdekatan. Doktor haiwan mengesahkan bahawa anak-anak kucing tersebut menghidapi kesukaran pernafasan dan ia mungkin menjadi asbab Usagi membawa anaknya kepada Lisianne. Kini, kesemuanya telah pulih dan bersedia berjumpa dengan tuan baru tidak lama lagi untuk menjalani sisa hidup mereka dengan selesa.

Sumber: The Dodo

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemuda Ini Tak Sangka Dikejar Oleh Si Bulus Peliharaannya Selepas Ambil Sesuatu Ini. Sekali Sebabkan Ini Abang Tak Boleh Maju Ke Depan.

Muhammad Amirul menjadi perhatian selepas videonya berlari dikejar kucing menjadi tular. Fuh! Berdesup laju. Seperti acara lumba lari di balapan, seorang pemuda dirakam sedang berlari membuat pusingan di halaman rumah yang luas. Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, selain kepantasan larian pemuda berkenaan, turut dapat dilihat beberapa ekor kucing yang mengejarnya. “Jap, ni abang you takut kucing ke atau dia ada pegang makanan kucing yang kucing tu kejar macam tu?” komen warganet.

Muhammad Amirul membela empat ekor kucing di kampungnya.

Pengguna akaun Twitter yang memuat naik video tersebut di laman sosial, Nur Fazera Natasha Kamaluddin berkata, pemuda dalam rakaman itu adalah abangnya, Muhammad Amirul Hanis yang berusia 16 tahun. Remaja berusia 15 tahun itu memberitahu, aksi abangnya bersama empat ekor kucing itu dirakamkan oleh ibu saudara mereka di sebuah kampung di Johol, Negeri Sembilan.

“Abang bukan takut kucing, tapi sebenarnya dia adalah pencinta kucing. Kucing-kucing yang kejar itu peliharaan abang, dia tinggal dengan nenek di kampung. Masa tu abang bawa lari makanan kucing, tapi saya pun tak sangka pula kucing-kucing tu gigih kejar dia sampai macam tu sekali,” katanya.

Nur Fareza berkongsi video mengenai abangnya.

Nur Fazera berkata, abangnya yang merupakan anak sulung daripada empat beradik itu berlari membuat pusingan kerana halaman rumah nenek yang luas.

“Abang tak boleh terus lari ke depan sebab ada kebun dan kawasan hutan. Jadi, abang terpaksa pusing balik untuk kembali kepada kucing-kucing dia dan bagi makan.

Abang tak boleh terus lari ke depan sebab ada kebun dan kawasan hutan. Jadi, abang terpaksa pusing balik.

“Sebab abang lari laju sangat, dia sendiri tak perasan yang kucing-kucing tu kejar dia dari belakang,” katanya yang menetap bersama keluarga di Seremban. Siapa sangka di sebalik kelincahan pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Undang Abdul Manap itu, dia rupa-rupanya bergiat aktif dalam sukan olahraga.

Begitu jinak kucing-kucingnya.

Menurut Nur Fazera, abangnya mula terlibat dalam sukan terutama acara olahraga sejak di sekolah rendah dan pernah merangkul gelaran beberapa kali.

“Abang pernah dapat johan dalam acara merentas desa darjah 5, naib johan merentas desa (darjah 4), naib johan bagi larian 5 x 50 meter (darjah 3). Di sekolah menengah pula abang menyertai acara larian 100 meter, pernah dapat johan. Kali terakhir abang sertai sukan semasa Hari Sukan di sekolah pada awal tahun sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Tapi ketika itu, abang tergelincir semasa acara 1,500 meter. Kaki abang sampai terseliuh dan dia terpaksa berehat buat sementara waktu,” tambahnya.

Walaupun keadaan kaki abangnya kembali pulih, remaja itu memberitahu, abangnya kini tidak lagi bergiat aktif dalam acara sukan. “Sekarang ni abang lebih ‘sibuk’ dengan permainan video dia. Selalu main video game PUBG. Tapi dia tetap pencinta haiwan terutama kucing-kucing dia, sayang sangat,” ujar Nur Fareza.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sekelip Mata Je Kehidupan Berubah. Kucing Ni Dilantik Menjadi Peguam Di Sebuah Syarikat. Rupanya Ini Yang Berlaku Sampai Dia Boleh Jadi Peguam.

Kucing yang mempunyai tuan, dipelihara dengan penuh kasih sayang dan cukup segala keperluan memang bertuah. Namun jika kucing yang tidak bertuan dan hanya mampu tinggal berpeleseran di jalanan, memang kesian melihatnya.

Makan pun kadang-kadang perlu ‘mengemis’ pada manusia. Kalau jumpa yang baik hati untunglah boleh tumpang rezeki, tapi kalau nasib tidak menyebelahinya jumpa yang tidak suka dengan kucing…Alahai. Namun berbeza dengan nasib kucing jalanan ini.

Pada asalnya kehadiran kucing ini yang sering berkeliaran di depan pintu firma guaman di Brazil menjadi satu isu kepada orang ramai yang berurusan di situ. Selepas menerima banyak aduan, pemilik firma itu tidak menghalau atau membuang kucing ini jauh dari pejabat itu, tapi melantiknya menjadi ‘pekerja’ di situ.

Wow, nasib baik kucing yang diberi nama ‘Leon’ ini berjumpa dengan orang yang baik hati. Difahamkan Leon datang ke firma tersebut pada awal Februari lalu ketika itu hujang sering turun di Brazil, jadi ia tumpang berteduh di situ.

Sepanjang seminggu Leon tumpang berteduh, kakitangan di firma berkenaan sangat prihatin kepadanya. Mereka menyediakan kotak untuk ia berlindung dan memberikannya makanan.

Bagaimanapun semua itu tidak kekal lama. Orang awam yang berurusan dengan syarikat itu mula mengadu tidak senang dengan kewujudan Leon di situ. Pihak firma kemudiannya bertindak melantik Leon sebagai ‘peguam’ dan diberikan tag nama syarikat tersebut.

Leon kini menjadi terkenal di sosial media selepas kisahnya tular. Malah Leon turut memiliki akaun Instagram miliknya sendiri dan meraih lebih dari 90,000 pengikut sehingga ke hari ini.

Sumber: Bored Panda / Instagram

Kini Ketahui Personaliti Kucing Anda Mengikut Warna Bulunya Sahaja. Tak Sangka Ianya Tepat.

Bolehkah kita mengenali keperibadian kucing dari segi warna bulunya sahaja ? Jawapannya boleh. Setelah dilakukan kajian bersama genetik kucing, pecinta kucing, doktor haiwan dan ahli perilaku haiwan dan pemilik kucing semuanya bersetuju dengan personaliti yang dikatakan mengikut warna bulunya tersendiri. Berikut sifat dan kepribadian kucing dilihat dari warna bulu mereka.

1. Kucing belang Tortoiseshell/tortie

Kucing Tortoishell/tortie adalah kucing yang istimewa dan mempunyai perwatakan yang unik. Mereka cenderung berkelakuan keras, agak pemarah, dan mereka boleh berkelakuan sangat posesif terhadap pemiliknya. Mereka sangat berdikari, penuh semangat dan tak terduga. Mereka biasanya sangat cerewet dan ingin kehadirannya disedari melalui bunyi atau suara dengkurannya yang keras.

2. Kucing hitam

Bagi sebahagian orang, kucing hitam dianggap pembawa mal4ng. Tapi tidak untuk pecinta kucing sejati yamg malah menganggap kucing hitam sebagai pembawa rezeki. Kucing hitam sangat pandai dan cerdas walaupun terkadang mereka menyendiri di beberapa kesempatan. Mereka sangat aktif dan pandai berburu. Kucing hitam sangat mudah untuk dijinakkan, mereka lebih ramah dibanding kucing berwarna lain. Oleh kerana itu, kucing hitam yang dipelihara biasanya menjadi sangat manja dan sangat menyayangi pemiliknya.

3. Kucing putih

Walaupun tidak semua, kucing putih yang bermata biru dan odd-eyes (mata yang berlainan warna kuning-biru) berisiko terkena gangguan congenital deafness alias tuli. Sebagian dari mereka juga mempunyai penglihatan yang buruk. Maka dari itu biasanya kucing putih bersifat pemalu dan sering mengalami gelisah. Di sisi lain, kucing putih sangat manja dan senang berada di dekat pemiliknya.

4. Kucing calico/belang tiga (kuning,putih,hitam)

99,99% kucing calico atau belang tiga adalah kucing yang berjantina betina. Meskipun ada yang berjantina jantan, tetapi boleh dikira dengan jari. Calico betina memiliki keperibadian yang cukup tenang dan santai. Mereka sangat manis serta penuh kasih sayang, baik terhadap sesama kucing mahupun kepada manusia.

5. KUCING ABU-ABU

Mereka sangat suka bermain dan mempunyai rasa sunyi yang sangat tinggi terhadap sesuatu. Walaupun terkadang terlihat tenang dan dewasa, kucing abu-abu suka sekali mengganggu kucing/peliharaan lain dengan tingkah lakunya yang nakal dan atraktif.

6. Kucing coklat

Kucing berwarna coklat sangat jarang ditemui. Mereka cerdas, menyenangkan dan juga sangat ramah. Jika dipelihara, kucing berwarna coklat ini akan lebih sering menggunakan bunyi meow nya dan paws nya untuk mendapatkan perhatian pemiliknya.

7. Kucing hitam putih dan abu-abu putih

Kucing berwarna ini adalah kucing yang sangat aktif dan pandai. Meskipun sedikit pemalu dan penakut, mereka pandai membuat banyak kawan terhadap sesama kucing dan juga manusia. Mereka adalah kucing yang tidak akan membuang waktu mereka hanya untuk bergaduh dengan kucing lainnya.

8. Kucing kuning/oren

Jantannya bersifat tegas, agresif, mudah marah dan memiliki meow yang cukup keras. Lain pula dari betinanya yang jauh lebih tenang. Mereka suka dibelai tetapi tidak suka dipeluk/digendong. Kucing oren disebut kucing pemalas kerana mereka kurang minat dalam hal berburu.

9. Kucing “Seal points”/Siam

Kucing ini biasa disebut kucing siamese/siam. Kucing dengan spot gelap di seputaran wajah, kaki dan ekor ini sering digambarkan seperti anjing. Mereka semangat, pintar, penuh kasih sayang dan boleh diajak berjalan-jalan seperti anjing.

10. Kucing tabby

Kucing tabby adalah kucing yang memiliki pola bulu warna belang atau garis-garis seperti harimau. Mereka lucu, pintar, penuh kasih sayang dan boleh menjadi sahabat yang baik bagi manusia. Kucing ini biasanya cukup penyendiri dan memiliki kecenderungan untuk bermain agresif. Mereka menikmati berburu haiwan mereka di luar. Oleh kerana itu, cukup sulit menjaga kucing tabby ini tetap berada di dalam rumah/ruangan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *