Pemuda ini berani tampil letakkan sesuatu ini pada leher kucing. Rupanya ini hajatnya sehinggakan ada warganet yang mengajar taktik lain pula.

Haiwan kucing

Setiap orang pasti ada cara tersendiri untuk menawan hati seseorang yang disukai untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat. Tetapi cara yang digunakan seorang jejaka misteri ini sememangnya lain dari yang lain sehinggakan ianya menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Sebuah perkongsian daripada seorang wanita tular di Facebook menceritakan bagaimana seorang lelaki yang tidak dikenali menggunakan taktik yang kreatif untuk berkenalan dengannya.

Menurut ejen hartanah, Siti Nur Aswani Mohd Khir, pada mulanya dia ternampak ada sesuatu yang terikat di leher kucingnya ketika ia sedang makan pada malam Rabu lalu. Tertanya-tanya, dia kemudian memeriksa dan terjumpa sekeping nota yang diikat pada tali. “Ingatkan dia (kucing) kena ikat ke apa, alih-alih ada surat cinta. Zaman dah moden, orang tak guna merpati dah. Orang guna kucing.”

Aswani kemudian membuka nota itu dan mendapati ianya dari seorang jejaka misteri yang mengaku malu untuk bersemuka tetapi berhasrat untuk berkenalan dengannya. Namun, Aswani turut meragui sama ada surat itu benar-benar ditujukan kepadanya atau rakan serumah yang lain.

“Jangan-jangan bukan untuk saya kerana sebenarnya saya tinggal dengan dua orang lagi rakan serumah. Tapi kawan serumah menolak pendapat itu kerana mereka kata hanya saya yang mempedulikan kucing-kucing ini.”

Perkongsian tentang ‘posmen kucing’ dari wanita berusia 27 tahun itu kemudian menjadi tular dan mendapat perhatian serta reaksi dari netizen. Rata-rata menyatakan rasa kagum mereka dengan cara kreatif digunakan secret admirer tersebut untuk memikat hatinya. Malah, ada yang turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah menerima surat cinta dari seseorang.

“Kreatif la ni caranya nak ngayat. Masih kemelayuan juga kan. Dulu-dulu masa zaman belajar, ada siswa duduk menyewa sebelah rumah tak guna cara gini. Lagi daring mamat tu. Terus cakap depan-depan “aku suka kat kau”. Terkejut, terus tak nak. Bila ingat-ingat balik menyesal pulak tak sahut cinta direct tu. Kalau tak sure #tilljannah.”

Seorang warganet turut memberi idea lain untuk memikat orang yang disukai dengan taktik double park kereta individu berkenaan. Ni pun kreatif juga! “Cara paling mudah nak dapatkan nombor telefon orang yang kita suka, kau block kereta dia lepas tu kau letak nombor telefon kau, nanti mesti dia call suruh alihkan kereta. Simple.” Korang ada minat sesiapa? Cuba lah taktik ni . Lepas tu kongsi dengan kami pengalaman korang. Hehe!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Wanita Hamil Tidak Galakkan Membela Kucing Kerana Boleh Sampai Tahap Kehilangan Anak Dalam Kandungan. Sekali Doktor Ini Tampil Jelaskan.

Pasti anda pernah mendengar petua-petua orang tua yang perempuan mengandung tidak digalakkan untuk menjaga seekor kucing. Tapi tidak semuanya yang mudah percaya petua tersebut. Ada yang menafikan perkara tersebut. Sekali Dr Imelda tampil dan jelaskan isu pantang larang yang mengaitkan wanita hamil dan kucing. Setiap perempuan mengandung pasti mengharapkan dan ingin lakukan yang terbaik buat anaknya yang bakal lahir tersebut. Malah, bukan ibu mengandung sahaja, kadang-kadang orang sekeliling kita turut lebih prihatin dalam menjaga wanita yang hamil.

Justeru, banyak juga lah ptng larang dan petua yang diaplikasikan dalam rutin harian wanita hamil. Percaya atau tidak, salah satu pntng larang yang popular adalah ibu hamil tak digalakkan untuk pelihara kucing di rumah mereka kerana ia dikatakan membahayakan bakal ibu serta kandungannya.

Oleh hal demikian, ini kebenaran pntang larng dari sudut klinikal dan perubatan. Bagi memberi keterangan lanjut, doktor sakit puan dan doktor perbidanan iaitu Dr Imelda Balchin membuat perkongsian berkaitan

Terpanggil untuk memberikan ulasan, doktor perbidanan dan pakar sakit puan, Dr Imelda Balchin turut membuat perkongsian mengenai perkara tersebut menerusi Facebook.Menurut Dr Imelda, tiada masalah untuk para ibu hamil untuk memelihara kucing selagi mana mereka tiada alahan kepada haiwan tersebut.

Namun tegas doktor ini, wanita hamil dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja membuang najis-najis haiwan berkenaan.”Minta orang lain tolong buang najis kucing, supaya ibu yang hamil boleh mengelakkan kemungkinan mendapat jangkitan toxoplasmosis dari najis kucing,” tulisnya pada perkongsian tersebut.

Menerangkan lebih lanjut, Dr Imelda berkata kucing hanya boleh mendapat toxoplasmosis sekiranya diberi makan daging mentah, memakan tikus atau binatang liar kecil.”Jika kucing dapat toxoplasmosis, parasit ini akan berada di dalam usus kucing dan keluar dengan najis kucing selama lebih kurang dua minggu. Kita tak boleh dapat toxoplasmosis jika kita pegang kucing. Tetapi kita boleh dapat toxoplasmosis jika kita buang najis kucing dan tersentuh najis yang ada parasit toxoplasma kemudian kita tak basuh tangan betul-betul sebelum makan. Jadi kebersihan tangan itu penting untuk semua ibu hamil, semoga tidak dapat ker4cun4n makanan dari toxoplasma yang boleh menyebabkan kegvgvran atau memudaratkan kesihatan janin di dalam kandungan,” ulasnya panjang lebar,

Bagaimanapun ujar Dr Imelda, sekiranya kucing peliharaan agak cerewet dalam bab makanan, kebarangkalian untuk haiwan itu mendapat toxoplasma adalah sangat rendah.”Jika kucing kesayangan anda memang pun hanya duduk di dalam rumah, tidak keluar rumah, sangat cerewet hanya nak makan biskut kucing, canned food, makanan yang anda masakkan betul-betul, dan kucing anda membuang najis dalam cat liter tray yang anda sediakan, maka InsyaAllah kucing yang cerewet itu tiada jangkitan parasit toxoplasma dan kita tak perlu bimbang.

“Tak payah laaa buang kucing kesayangan anda bila hamil, selagi anda menjaga kebersihan tangan sebelum makan dan elakkan najis kucing.”Kalau kena buang najis kucing sendiri, mohon anda pakai sarung tangan dan kemudian cuci tangan anda betul-betul.Ada hikmahnya juga jika kucing anda cerewet nak makan makanan yang best best saja,” tulisnya.Sehingga kini posting tersebut meraih 788 shares di Facebook.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Rupanya Tak Semua Benda Yang Kucing Dan Anjing Boleh Makan. Ini Yang Berlaku Setelah Ada Yang Beri Coklat Kepada Haiwan Tersebut.

Mesti ada antara kita yang teruja sekiranya haiwan peliharaan anda sedang asyik makan makanan yang selain daripada makanannya. Setiap orang pasti akan terfikir bahawa anjing dan kucing boleh sahaja makan semua yang dia mahukan. Tapi rupa-rupanya perkara itu salah sama sekali.

Menurut perkongsian @The_UglyOrgan di Twitter, ada seekor anjing ni dah muntah-muntah lepas termakan biskut coklat yang diberikan oleh sekumpulan kanak-kanak. Budak-budak tu tak salah pun, cuma kita kena awasi dorang supaya benda yang sama takkan berlaku. 

Difahamkan, perkara tersebut telah dikongsikan di Facebook Malaysia Independent Animal Rescue. Menurut doktor haiwan yang merawat anjing terbabit, bahan dalam coklat mengandungi kafein di mana bahan tersebut tak sesuai dengan sistem pencernaan haiwan.

Kalau terambil dalam kuantiti yang berlebihan, haiwan boleh kena sawan! Kesian haiwan tu, ia tak tahu apa-apa.  Selain itu, lelaki yang dikenali sebagai @AtukNature di Twitter juga menasihati orang ramai yang memelihara kucing atau anjing untuk elakkan bagi makanan yang berasaskan coklat.

Doktor Helmi juga ada kongsikan 20 jenis makanan yang bahaya untuk haiwan peliharaan kita menerusi Twitter.So, lepas ni kena lebih berhati-hati lah supaya kesihatan haiwan kesayangan kita pun terjaga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *