Ada kucing pecah rekod dunia menjadi kucing paling tua di dunia. Berikut 5 kucing yang disenaraipendekkan

kucing

Buat pencinta kucing, anda mesti tertanya tanya setakat mana jangka hayat kucing boleh bertahan. Kalau nak tahu, jangka hayat seekor kucing domestik adalah sama seperti tempoh jangka hayat maksimum seseorang boleh hidup iaitu sekitar 30 tahun.

Namun begitu, ini tak bermaksud kucing tersebut boleh hidup selama tempoh itu kerana ia dipengaruhi oleh genetik, persekitaran dan cara hidup selain luka serta sakit. Dan secara puratanya, kucing boleh hidup sehingga 15 tahun. Seperti juga manusia, kucing betina cenderung hidup lebih lama berbanding kucing jantan.

Difahamkan Kucing yang dimndulkan juga berkemungkinan hidup lebih lama manakala kucing baka asli cenderung untuk hidup selagi berlaku penyilangan baka.Berikut adalah 5 kucing tertua di dunia.

1. Creme Puff berusia 38 tahun tiga hari.(3 Ogos 1967 – 6 Ogos 2005).Guinness World Records menyenaraikan Crème Puff, kucing belang campuran sebagai kucing tertua yang pernah hidup. Kucing betina ini dimiliki oleh Jake Perry dari Austin, Texas.

2. Baby berusia 38 tahun.(1970 – Mac 2008).Di tempat kedua ialah kucing domestik bulu pendek berwarna hitam, Baby yang tinggal bersama tuannya di Amerika Syarikat dan berusia 38 tahun.

3. Puss berusia 36 tahun sehari.(28 November 1903 – 29 November 1939).Guinness Book of World Records edisi 1990 menyenaraikan Puss sebagai kucing tertua yang pernah direkodkan. Kucing belang ini dimiliki oleh T Holway dari Devon, England dan ia mati selepas menyambut hari jadi yang ke-36.

4. Ma berusia 34 tahun 5 bulan.(Mei-Jun 1923 – 5 November 1957).alam edisi sama, Guinness menyenaraikan Ma sebagai kucing belang betina dimiliki oleh Alice St George Moore yang juga berasal dari Devon.

5. Granpa Rexs Allen berusia 34 tahun, 2 bulan.Kucing ini juga dimiliki oleh Jake Perry dan ia adalah baka Sphynx-Devon Rex yang pernah hidup sehingga usia 34 tahun. Kata Perry, diet kucingnya adalah rahsia kepada jangka hayat yang panjang iaitu terdiri daripada telur, brocoli, bacon serta kopi dicampur krim.

Buntu Nak Beli Makanan Kucing Terbaik. Ternyata Produk Ini Boleh Membantu Anda

Macam yang kita semua sedia tahu, zaman sekarang kalau nak beli sesuatu hanya perlukan telefon dan membuat pesanan melalui app yang ada. Almaklum beli secara atas talian lebih mudah dan dapat jimatkan masa dan duit.

Lazimnya ramai membeli barang keperluan, pakaian atau barangan elektrik secara tas talian. Tapi tahukah anda, pencinta kucing juga boleh membuat pesanan atas talian berkenaan dengan makanan kucing. YA pasti ada yang ragu ragu tapi ada juga yang kedai yang boleh dipercayai.

Usah risau, korang boleh je buat pesanan kat kedai rasmi atas talian SmartHeart, dan lebih menarik sekali pesanan korang akan dihantar terus dari kilang. Justeru ianya 100 peratus asli dari Smartheart. Tambahan pula Smartheart ini menggunakan perkhidmatan kurier yang boleh dipercayai dan telah didaftarkan.

Ia terkenak dengan produknya yang pelbagai dan untuk pengetahuan pilihan yang ada secara talian sama seperti pilihan yang ada di pasaraya. Tapi lagi mudah dan senang untuk pilih.Ambillah berapa masa yang diperlukan untuk memilih produk yang sesuai untuk Si Comel korang. Bila dah selesai membuat pilihan, boleh terus checkout dan bayar. Dapatlah korang kurangkan masa untuk keluar rumah, lagi-lagi ketika pandemik ni.

Jikalau Si Comel tak suka makan wet food, korang boleh cuba Dry Cat Food atau yang paling digemari oleh Si comel iaitu Creamy Cat Licks. Memang tak senang duduk kucing korang kalau dapat rasa Creamy Cat Licks ni. 

Mudah je dengan gunakan Shopee dan Lazada, korang juga boleh tengok rating dan track bungkusan korang ada di mana. Takdelah korang tertanya-tanya bila bungkusan nak sampai!Jadi, kalau nampak makanan Si Comel dah nak habis boleh la cepat-cepat topup ya! Nanti merajuk pulak Si Comel kesayangan tu.

Jualan Kurang Dapat Sambutan Semasa Awal Perniagaan. Wanita Ini Daripada Bukan Peminat Kucing Terus Jadi Ibu Angkat Kepada Si Bulus Jalanan

Wanita bernama Siti Rabiyatul tidak pernah lokek menjamu kucing jalanan dengan sup ayam, setiap hari.BUKAN seorang peminat atau pencinta kucing pada awalnya, namun siapa sangka wanita ini akhirnya menjadi ‘ibu angkat’ kepada berbelas-belas ekor anak bulus jalanan.

Malah, wanita ini juga langsung tidak lokek atau merasa rugi mengeluarkan belanja bagi menyediakan makanan untuk si bulus setiap hari.Sebagaimana perkongsian yang dimuat naik di Facebook, wanita ini berkongsi rutinnya menyediakan hidangan istimewa berupa sup ayam buat haiwan berkenaan setiap hari sebelum keluar berniaga.

“Rutin seorang mak angkat kucing, setiap hari sebelum pergi niaga Bubur Ayam Malique mesti mak bersilat dekat dapur dulu buatkan sup anak-anak untuk pastikan anak-anak dalam dan belakang rumah tak kelaparan,” demikian tulisnya pada perkongsian yang dimuat naik di halaman Kucing Sepahkan Apa Hari Ini.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang dikenali sebagai Siti Rabiyatul berkata, dia mula ‘konsisten’ menyediakan hidangan buat kucing jalanan di sekitar rumahnya sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lalu.”Saya mula konsisten bagi mereka makan sup ayam semenjak saya mulakan perniagaan makanan ketika awal PKP. Awalnya saya hanya beri sisa makanan dan biskut.

“Semenjak niaga saya merasakan satu kerugian untuk saya buang segala sisa selepas mencuci ayam. Jadi saya rebus organ dalaman ayam dan berikan kepada stray cat di belakang rumah,” katanya kepada mStar.Siti Rabiyatul akan menyediakan sup ayam untuk ‘anak-anak angkatnya’ sebelum dia keluar berniaga.

Bermula dengan hanya beberapa ekor kucing, lama kelamaan jumlah haiwan itu makin bertambah dan kini Siti Rabiyatul sudah menjadi ‘ibu angkat’ kepada 16 ekor anak bulus jalanan.”Portion makanan yang saya hidangkan juga bertambah dari satu kilogram hingga empat kilogram organ ayam termasuk hati, kaki, pedal, leher, perut, jantung serta satu kilogram isi ayam.

“Sup ayam direbus kosong dengan tambahan seketul kiub ayam sahaja. Mereka sangat gemar dengan kuah sup tersebut. Kucing kucing itu akan berkumpul di belakang rumah seawal 10 pagi, kalau lambat semua tenung macam nak telan,” katanya berseloroh.Mengusahakan perniagaan Bubur Ayam Malique di Kebayan Taman Cendana, Pasir Gudang, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata rutin yang dilakukan sejak sembilan bulan lalu itu ternyata memberikannya kepuasan kerana dapat berkongsi rezeki sesama makhluk.

Kucing-kucing jalanan ini akan menunggu di rumah Siti Rabiyatul seawal pukul 10 pagi setiap hari.“Semasa awal perniagaan, jualan saya agak kurang sambutan. Saya selalu berikan sisa ayam goreng yang tak terjual kepada kucing dan anjing jalanan.

“Dari situ perniagaan saya mula mendapat sambutan dan mampu bertahan sehingga kini. Alhamdulillah, saya yakin rezeki yang saya terima, ada terselit rezeki untuk mereka juga,” katanya.Menurut wanita berusia 26 tahun ini, dia bukanlah seorang peminat kucing namun ia bertukar sebaliknya sejak melahirkan anak pertama.

“Waktu saya mengandungkan anak pertama pada 2015, saya mula minat dengan kucing. Saya mula bagi makan dan bermain dengan kucing.”Sehingga sekarang, anak saya dah berusia empat tahun dan dia sentiasa ada bekalan makanan kucing seperti biskut. Ke mana mana saja kami pergi, anak saya akan bagi makan pada setiap kucing jalanan yang dia jumpa.

“Sekarang kami ada 10 ekor kucing belaan berbaka British Short Hair dan Domestic Long Hair. Sejak mula berniaga, saya hantar pulang ke kampung untuk jaga kualiti dan kebersihan dalam pengurusan makanan yang saya jual.Siti Rabiyatul meniaga bubur ayam dan ayam goreng sejak PKP, Mac lalu.“Sehingga sekarang hanya ada dua ekor saja kucing belaan di rumah iaitu kucing kesayangan anak saya,” katanya.

Tidak menyangka mendapat reaksi dan maklum balas positif warganet sejak memuat naik perkongsian berkenaan, Siti Rabiyatul turut menitipkan nasihat kepada masyarakat agar tidak lupa berbagi rezeki sesama mahkluk.”Bersedekahlah kepada manusia mahupun haiwan mengikut kemampuan. Mungkin takkan kaya tapi InsyaAllah rezeki itu akan sentiasa ada untuk kita,” katanya lagi.

Rupanya Ada Sebab Di Sebalik Telatah Kucing Yang Satu Ini. Ini Antara Punca Kucing Kesayangan Suka Tunjuk Punggung Pada Tuannya

Kebanyakan haiwan sering menunjukkan emosi dan kelakuannya melalui ekpresi muka atau pergerakan badannya. Contoh yang paling mudah untuk difahami adalah anjing. Anjing mempunyai emosi yang mudah diketahui dengan melihat ekpresi muka seperti marah, lapar, sedih dan sebagainya. Berbeza pula dengan kucing, haiwan ini sukar untuk mengenal pasti emosinya namun ia memberi petunjuk dengan cara yang lain.

Ada sesetengah mempercayai kucing boleh menunjukkan reaksi seperti anjing. Cuma sukar untuk kita fahami apa sebenarnya yang mereka cuba untuk sampaikan. Kadangkala ada kucing yang sengaja menggerakkan ekornya untuk memberitahu isyarat yang mereka selesa dengan kawasan disekelilingnya.

Begitu sukar untuk mempelajari isyarat yang diberikan oleh kucing. Bagi yang cuba berkomunikasi dengan kucing pasti menantikan reaksi kucing seperti yang diharapkan. Namun ada sesetengah berasa kesal kerana kadangkala boleh salah faham dengan tindakan dan emosi mereka.

Kenapa kucing suka tunjukkan punggungnya?Kucing kebiasaanya memberi komunikasi secara visual  kepada manusia. Setiap daripada pergerakan telinga, ekor, mata dan punggung menunjukkan isyarat yang mudah difahami oleh kucing-kucing lain dan juga manusia.

Pergerakan ekor kucing adalah menjadi satu tindak laku yang normal oleh semua kucing, namun seringkali kucing menunjukkan punggungnya kepada manusia sambil menggeselkan kepala membawa maksud yang tertentu.  Sukar untuk kita tafsirkan kemahuan mereka. Tetapi menurut The Spruce Pets, dalam dunia kucing mereka suka pamerkan punggungnya supaya dapat dilihat dan mengenali sesama kucing yang lain. Hal ini sama seperti dengan manusia ketika berjabat tangan dan ingin berkenalan antara satu sama lain.

Jadi apabila kucing menunjukkan punggungnya kepada kita, mungkin mereka ingin ditegur oleh kita atau sekadar inginkan perhatian daripada kita.Kebanyakan dari mereka yang telah lama pelihara dan menjaga kucing mengaku bahawa kucing yang suka menunjukkan punggungnya akan tinggalkan bau yang kurang menyenangkan. Namun disebabkan perasaan sayang membuatkan pemilik kucing sudah terbiasa dengan keadaan itu.

Pertunjukkan punggung kucing.Bau yang kurang menyenangkan daripada kucing adalah daripada kawasan punggung di bawah ekornya. Selalunya anak kucing menjatuhkan ekornya ke bawah dan tidak mahu dihidu oleh sesiapa. Perkara ini mungkin boleh disamakan dengan seseorang yang malu menyembunyikan mukanya untuk tidak dilihat oleh sesiapa.

Setiap kucing yang mengangkat ekornya adalah bermaksud tiada ancman yang diberikan. Justeru, kucing yang mengangkat ekor sambil menghidu punggungnya adalah disamakan dengan ciuman di pipi antara manusia dengan manusia dan sama seperti memberi salam kepada yang lain.

Namun begitu, adakah kucing yang mengangkat ekornya memberi tanda supaya kita perlu menghidu punggungya? Sudah tentu ianya tidak sama sekali. Kucing sememangnya bijak dan tahu bahawa manusia yang memahaminya akan melihat dari segi isyarat bahasa badan yang ditunjukkan. Mereka melakukan isyarat bahasa badan yang sopan untuk ditunjukkan kepada manusia seperti mengangkat ekor dan menunjukkan punggungnya kepada kita. Selain daripada memberi mereka pujian, kucing juga suka dibelai dan suka untuk menghidu manusia supaya mereka mendapatkan perasaan yang tenang dan selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *