Pemuda ini buntu tak tahu mana nak cari kucingnya yang hilang. Sekali tak sangka dengan guna cara ini terus muncul depan rumah.

Haiwan kucing Petua

Hati manusia mana lah yang tak meronta-ronta bila dapat tahu haiwan peliharaannya hilang. Pastinya kita akan terus cari tanpa fikirkan apa-apa, tanya jiran dan minta jasa baik untuk tolong carikan. Masa tu mulalah buat poster tampal mana-mana supaya senang nak jumpa.

Ada yang bertuah dapat jumpa balik, dan ada juga yang tak bernasib baik. Tapi sepanjang usaha pencarian tu, sebenarnya sebarkan poster tu tak cukup. Ada lagi satu taktik lain daripada yang lain tau, ada yang dah cuba buat ianya menjadi! Dua hari tak balik, minta tolong kucing lain, terus ada!

Ia mula digunakan daripada seorang pengguna Twitter dari Jepun @charlie0816. Menurutnya, punca dia melakukan teknik ini sebab rasa macam dah buntu sebab kucing dia dah 2 hari tak balik rumah. Teknik macam mana tu?

” Kucing saya lari dari rumah dah 2 hari dan tak balik-balik lagi. Saya pun berbual dengan kucing -kucing lain di kawasan perumahan tu. sambil bercakap..”Kalau awak jumpa kucing saya, beritahu dia saya suruh dia balik”…Teknik tu memang efektif “

Kemudian dia cuba buat perkara yang sama kepada kucing-kucing liar lain di kawasan kedai-kedai runcit, dan ternyata kucingnya itu memang betul-betul balik rumah keesokan harinya. Dari situ dia mula fikir bahawa teknik ini memang benar-benar berkesan. Tapi ada warganet rasa yang ianya menjadi sebab hanya kebetulan.

Tapi, menerusi World Of Buzz ramai juga warganet yang menjelaskan bahawa mereka dah cuba teknik yang sama dan ia memang berkesan!

“Mak saya dah buat cara yang sama untuk sorang budak ni sebab kucing dia dah hilang 2 hari. Dia ceritakan masalah ni kepada kucing liar dan kucing yang dia bela tu balik esoknya!”

Bukan tu je tau, haiwan peliharaan lain macam anjing pun menjadi.

“Anjing kami hilang jadi saya minta bantuan kucing peliharaan untuk tolong carikan. kemudia beberapa minit kemudian anjing kami balik. Saya terkejut dan tertarik dalam satu masa!”

Hurm, kalau lah betul-betul menjadi mungkin kita boleh dapatkan balik kucing-kucing kita yang dah hilang tu. Tapi rasanya ia berkesan orang-orang yang ada haiwan peliharaan ni je kot sebab boleh faham jiwa penyayang tu ada.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap Pecinta Kucing Pasti Akan Berasa Tenang Bila Melihat Gelagat Si Bulus Ini. Kenali 8 Lokasi Si Bulus Yang Popular Di Seluruh Dunia.

Jika ke Jepun jangan lupa melawat Aoshima Island, Jepun. Setiap negara mempunyai tarikan tersendiri untuk menarik pelancong datang ke lokasi tersebut. Tidak kira pelusuk mana sekali pun, asalkan ada tempat menarik, ia akan dimasukkan dalam ‘bucket list’ untuk dilawati kemudian hari. Bagi kaki travel yang juga pecinta kucing, pastinya anda tidak akan ketinggalan untuk menambah pengalaman atau ‘berkenalan’ dengan si manja yang terdapat di negara lain. Lebih menarik, mereka akan dilayan secara istimewa. Jadi, sekiranya anda pergi ke lokasi-lokasi ini, jangan lupa melawat dan merakam aksi comel si bulus.

1. Aoshima Island, Jepun

Pulau keempat terbesar di Jepun yang dinamakan ‘Cat Island’. Bermula dengan beberapa ekor kucing ditempatkan di situ, akhirnya bertambah dari masa ke semasa. Kucing-kucing yang ada di sini tidak sombong dan kelihatan gembira sekiranya pelancong ingin merakam gambar bersama.

2. Mann Cat Santuary

Menjadi salah satu lokasi tumpuan di Santon, Isle Of Mann yang ditemui pada tahun 1996. Kucing-kucing yang terbiar atau kurang upaya diletakkan disini. Paling menarik biarpun tidak bertuan, mereka dijaga dengan baik dan mempunyai lokasi sendiri seluas 6 ekar untuk mereka tinggal di situ.

3. KattenKabinet, Amsterdam

Diasaskan pada tahun 1990 apabila seorang lelaki kaya mahu menjadikan tempat ini sebagai memori buat kucingnya bernama Tom. Muzium ini dipenuhi dengan gambar kucing, poster, lukisan dan koleksi kucing sebenar. Di sini juga terdapat kedai-kedai cenderamata untuk peminat si bulus.

4. Largo di Torre Argentina, Rom

Dataran kuno Rom telah menjadi rumah bagi banyak kucing liar, yang bertindak sebagai tempat perlindungan tempatan yang dikendalikan oleh sukarelawan.

5.Ernest Hemingway Home and Meseum, Florida

Ramai peminat sastera dan sejarah tiba di Old Town Key West untuk mengetahui tentang kehidupan Ernest Hemingway, tetapi anda juga dapat menggunakannya sebagai peluang untuk bertemu dengan beberapa kucing yang suka dipeluk! Lokasi ini mempunyai sekitar 50 kucing dan semuanya mempunyai enam jari kaki! Sebenarnya, Hemingway adalah nama seekor kucing berkaki enam, berwarna putih yang digelar seorang kapten kapal yang berlabuh di sini malah terdapat juga beberapa ekor kucing yang tinggal di perkarangan muzium adalah keturunan kucing asli itu, bernama Snow White.

6. Kafe Kucing, Jepun

Jepun mempunyai lebih dari 150 kafe kucing di seluruh bandar. Kafe-kafe ini, yang disebut kafe Neko, adalah kedai kopi biasa dan boleh menikmatinya bersama sekeping kek di samping kucing-kucing yang melepak di situ. Kebanyakan lokasi utamanya di Tokyo atau Kyoto, dan selalunya anda perlu menempah lebih awal kerana terlalu ramai pengunjung.

7. Lady Dinah Cat Emporium, London

Kafe Lady Dinah Cat Emporium perlu berada dalam senarai anda. Dalam masa sama anda boleh berinteraksi dengan kucing-kucing yang ada di situ sambil menjamu selera dengan pemandangan ruang teh menarik gaya Alice in Wonderland.

8. The Greek Island of Syros

Kepulauan Yunani ini berfungsi sebagai tempat perlindungan untuk kira-kira 65 kucing dijaga oleh penduduk tempatan. Kucing itu sendiri juga bersedia sekiranya anda berminat untuk menjadikan mereka ‘anak angkat’. Pun begitu percayalah mereka lebih selesa tinggal di situ kerana mempunyai ruang yang luas dan bebas berkeliaran.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Disebabkan Tindakan Warga Emas Ini. Tiba Tiba Kucing Ini Dibawa Untuk Dijadikan Saksi Pula.

Kehadiran seekor kucing yang diberi nama ‘Baby’ di mahkamah Pulau Pinang semalam telah menarik perhatian ramai kerana ia dipanggil sebagai saksi dalam satu kes. Kes ini melibatkan seorang pesara guru yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mencederakan seekor kucing betina menggunakan sebatang besi pada November tahun lalu. 

Tertuduh, Cosmos Chong Say Hun, 79, didakwa secara tak munasabah membaling sebatang besi tajam sepanjang 3.5 kaki hingga menyebabkan penderitaan yang tak sepatutnya kepada seekor kucing betina tempatan yang berwarna tompok hitam putih.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di halaman rumahnya bernombor 16, Lengkok Tembaga, Island Park kira-kira pukul 6.40 petang pada 15 November 2020.

Cosmos dituduh melakukan kesalahan tersebut mengikut Subseksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda antara RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya.Kucing bernama ‘Baby’ yang didakwa dicederakan warga emas itu telah dibawa ke mahkamah dan difahamkan kini berada dalam keadaan lumpuh.

“Comeynya awak sayang… sampai hati orang sanggup aniaya” 

Berita mengenai kucing tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata bersimpati dengan nasib kucing itu dan berharap pelaku kesalahan terbabit dapat hukuman yang setimpal dengannya.

Tak baik aniaya kucing tu. Nasib baiklah ada orang berhati mulia nak bela nasib dia. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *