Aksi si bulus salam atuk ini nampak macam anak beranak pula. Sekali warganet kritik pula atas sebab ini.

Haiwan Keluarga kucing

Seorang datuk bersama kucing kesayangannya menjadi perhatian di media sosial. Ibarat seorang anak bersama bapanya, seekor kucing begitu jinak ‘bersalam’ dengan warga emas lelaki apabila diminta berbuat demikian. Warga emas itu kemudian mencium dahi kucing berkenaan sebelum disambut ‘ciuman’ si bulus itu di dagunya.

“Salam nak, salam nak. Sayang… hmmm muah!” warga emas itu menerusi video yang dimuat naik oleh cucu perempuannya di laman Twitter sehingga diulang kicau lebih 24,000 kali dan menerima lebih 31,000 tanda suka. Cucunya, Intan Nurshahira Saridan memberitahu, video tersebut dirakam ketika menziarahi datuknya yang berusia 70-an dan nenek di kampung di Klebang Kecil, Melaka.

Gelagat Pak Salleh (kanan) dan kucingnya yang mencuit hati.

Gadis berusia 21 tahun itu memberitahu, kucing jantan yang dipanggil ‘Belang’ itu dibela datuknya sejak haiwan itu masih kecil lagi. “Atuk (panggilan datuk) sebenarnya bela banyak kucing. Di kampung, ada lebih 40 ekor kucing yang dibela dalam beberapa sangkar dan dilepaskan di dalam rumah. Tapi dalam banyak-banyak tu, Belang yang berusia hampir dua tahun paling manja dengan Atuk. Kucing ni jenis mendengar kata orang,” katanya. Intan yang menetap bersama keluarga di Klang, Selangor bagaimanapun berkata, kucing tersebut hanya mendengar kata datuknya yang dikenali sebagai Pak Salleh di kampung.

‘Belang’ merupakan antara lebih 40 ekor yang dibela Pak Salleh.

“Dengan atuk je, kalau orang lain dia (Belang) sombong. Kucing ni jenis berkepit dengan atuk. Suka je menyendeng kat kaki atuk, sampai tidur pun dengan atuk. Dia macam faham apa yang atuk cakap. Alhamdulillah, mungkin itu kelebihan yang dikurniakan kepada atuk,” ujarnya sambil menambah bahawa datuknya mempunyai seorang anak dan dua cucu.

Dia macam faham apa yang atuk cakap. Alhamdulillah, mungkin itu kelebihan yang dikurniakan kepada atuk

Menurut anak bongsu daripada dua beradik itu, datuknya mula membela kucing sejak di zaman muda, malah sebelum mendirikan rumah tangga. “Atuk bukan sahaja pencinta kucing, malah bermurah hati membantu penduduk setempat atau rakan-rakan yang kehilangan kucing untuk membantu mencari. Kalau orang hilang kucing, mereka minta tolong atuk untuk cari. Alhamdulillah ada yang atuk dapat jumpa, naluri atuk kuat,” katanya sambil menambah bahawa datuknya merupakan bekas peniaga lemang.

Intan berkongsi kisah datuknya yang merupakan pencinta kucing.

Dalam pada itu, Intan tidak terkecuali menerima kritikan daripada segelintir warganet berikutan satu lagi video yang dimuat naiknya di laman sosial, memperlihatkan seolah-olah datuknya menampar kucing berkenaan.

“Sebenarnya itu bukan tampar, tapi gurauan manja atuk dengan kucing tu. Bukannya tamparan kuat yang disalah sangka sesetengah warganet. Takkanlah saya nak kongsi video tu kalau betul atuk saya ni pukul kucing tu. Tak baik salah sangka. Atuk saya sebenarnya seorang pencinta kucing, berpuluh-puluh kucing dia bela. Atuk dan nenek tinggal berdua, tapi mereka tak pernah bosan sebab ditemani kucing-kucing. Orang yang ada kucing saja tahu betapa akrabnya seseorang itu dengan kucing dan itu sekadar gurauan manja atuk,” katanya yang meminta supaya warganet menghentikan kritikan terhadap datuknya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Pun Boleh Ada Kad Pengenalan Dan Passport. Wanita Ini Kongsikan Cara Untuk Dapatkan

Bagi pencinta kucing, tahukah anda haiwan peliharaan anda juga perlu ada passport untuk mereka sendiri. Menarik sekali, haiwan peliharaan anda juga boleh mohon kad pengenalan warganegara Malaysia. Cara nak mohon passport atau kad pengenalan ni mudah je.

Anda boleh lakukannya di mana mana klinik veterinar atau hospital haiwan. Maklumat ini telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter iaitu Shaz Ghaf yang berkongsikan mengenai cara untuk memohon kad pengenalan buat kucing kesayangannya iaitu Floof Boi. Buat pengetahuan anda juga, hanya empat jenis haiwan peliharaan sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar termasuk kucing, anjing, arnab dan kuda.

Jelasnya orang ramai yang juga ingin memohon kad pengenalan peliharaan berwarna biru itu kepada haiwan masing-masing, diminta untuk ke mana-mana klinik Veterinar. Nanti, haiwan peliharaan akan mendapat kad pengenalan selepas diberikan mirocip.

Tujuan mirocip adalah bertujuan untuk senang dijumpai sekiranya haiwan kesayangan hilang atau diambil orang. Dengan mirocip tersebut pemilik boleh semak semula sama ada haiwan djumpai atau sebaliknya.

Tempat Khas Buat Pencinta Kucing. Berikut 8 Tempat Yang Menempatkan Kucing Sehingga Menjadi Tarikan Pelancong

Sudah semestinya setiap negara mempunyai tarikan tersendiri untuk pelancong datang kemari. elbih menarik sekali, bagi kaki travel yang juga pecinta kucing, pastinya anda tidak akan ketinggalan untuk menambah pengalaman atau ‘berkenalan’ dengan si manja yang terdapat di negara lain.

Pertama, Aoshima Island, Jepun. Ia merupakan pulau keempat terbesar di Jepun yang dinamakan Cat Island. Pada mulanya, hanya beberapa ekor kucing sahaja ditempatkan di situ tapi makin lama makin bertambah dari masa ke semasa.

Kedua, Mann Cat Santuary. Untuk penetahuan, is menjadi salah satu lokasi tumpuan di Santon, ISle Of Mann yang ditemui pada tahun 1996. Jika anda datng sini, anda akan dapat lihat kucing kucing yang terbiar atau kurang upaya di sini. Menarik sekali, walaupun tak bertuan, mereka dijaga dengan baik dan unik sekali lokasi mereka seluas 6 ekar .

Ketiga, KattenKabinet, Amsterdam.Diasaskan pada tahun 1990 apabila seorang lelaki kaya mahu menjadikan tempat ini sebagai memori buat kucingnya bernama Tom. Muzium ini dipenuhi dengan gambar kucing, poster, lukisan dan koleksi kucing sebenar. Di sini juga terdapat kedai-kedai cenderamata untuk peminat si bulus.

Seterusnya, Largo di Torre Argentina, Rom.Dataran kuno Rom telah menjadi rumah bagi banyak kucing liar, yang bertindak sebagai tempat perlindungan tempatan yang dikendalikan oleh sukarelawan.

Kelima, Ernest Hemingway Home and Meseum, Florida. Khas buat peminat sastera dan sejarah tiba di Old Town Key West untuk mengetahui tentang kehidupan Ernest Hemingway, tetapi anda juga dapat menggunakannya sebagai peluang untuk bertemu dengan beberapa kucing yang suka dipeluk!

Sekadar penegetahuan lokasi ini mempunyai sekitar 50 kucing dan semuanya mempunyai enam jari kaki! Sebenarnya, Hemingway adalah nama seekor kucing berkaki enam, berwarna putih yang digelar seorang kapten kapal yang berlabuh di sini malah terdapat juga beberapa ekor kucing yang tinggal di perkarangan muzium adalah keturunan kucing asli itu, bernama Snow White.

Enam, Kafe Kucing, Jepun. Menarik sekali Jepun mempunyai lebih dari 150 kafe kucing di seluruh bandar. Kafe-kafe ini, yang disebut kafe Neko, adalah kedai kopi biasa dan boleh menikmatinya bersama sekeping kek di samping kucing-kucing yang melepak di situ.Kebanyakan lokasi utamaya di Tokyo atau Kyoto, dan selalunya anda perlu menempah lebih awal kerana terlalu ramai pengunjung.

Seterusnya Lady Dinah Cat Emporium, London.Kafe Lady Dinah Cat Emporium perlu berada dalam senarai anda. Dalam masa sama anda boleh berinteraksi dengan kucing-kucing yang ada di situ sambil menjamu selera dengan pemandangan ruang teh menarik gaya Alice in Wonderland.

Akhir sekali The Greek Island of Syros.Kepulauan Yunani ini berfungsi sebagai tempat perlindungan untuk kira-kira 65 kucing dijaga oleh penduduk tempatan. Kucing itu sendiri juga bersedia sekiranya anda berminat untuk menjadikan mereka ‘anak angkat’. Pun begitu percayalah mereka lebih selesa tinggal di situ kerana mempunyai ruang yang luas dan bebas berkeliaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *