Siapa sangka dulu anak bulus yang menumpang boleh pindah ke rumah ini. Tak sangka kosnya sebanyak ini dihabiskan.

Haiwan Kehidupan kucing

Impian Deena untuk menempatkan kesemua kucing peliharaannya di sebuah ‘banglo’ akhirnya tercapai. Kucing sering dijadikan sebagai haiwan peliharaan kerana kecomelan dan keletahnya yang manja.

Kebiasaannya, pemilik haiwan memelihara haiwan bulus ini di dalam rumah atau ditempatkan di dalam sangkar khas. Bagi Deena Khalil, dia memilih untuk menempatkan anak-anak bulus peliharaannya di dalam sebuah ‘banglo’ demi keselesaan haiwan berkenaan. Terdahulu, perkongsiannya di Facebook mengenai ‘banglo’ anak-anak bulusnya menjadi tular dan mendapat perhatian warganet.

“Alhamdulillah, rezeki dari Allah… akhirnya anak-anak bulus dapat duduk dalam ‘banglo’. Sponsored by my mother and monitored by my dad. Tolong doakan ibu ayah murah rezeki dan sihat selalu,” demikian tulisnya pada perkongsian tersebut.

Wanita yang senang disapa Deena ini berkata idea asal untuk membina sebuah rumah khas untuk kucing peliharaan dicetuskan oleh dirinya sendiri.

Posting Deena di Facebook mengundang perhatian warganet.

Ini kerana dia memiliki 16 ekor kucing yang sebelum ini ditempatkan sementara di rumah kedua orang tuanya.

Deena sendiri yang membuat lakaran banglo anak-anak bulus miliknya.

“Haiwan ini merupakan ‘anak-anak’ saya… memandangkan ada ruang di dalam kawasan rumah, saya minta izin daripada suami terlebih dahulu. Saya mahu haiwan-haiwan ini selesa dan berada dalam keadaan yang bersih. Sebelum ini mereka ditempatkan di dalam sangkar tapi agak sempit, susah pula nak bersihkan. Bila ada tempat yang luas sikit, senang kerja nak bersihkan. Kebersihan tu perkara penting… kena pastikan supaya bersih dan tidak mengganggu jiran-jiran sekeliling,” ujar wanita berusia 33 tahun ini.

Bercerita lebih lanjut, Deena yang memiliki sebuah syarikat berkaitan pembinaan dan juga ejen pelancongan berkata, ‘banglo’ itu mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan.

“Saya yang bertanggungjawab membuat lakaran (design). ‘Banglo’ ini ada dua partition (ruang) berasingan, siap dengan tempat bersantai dan juga dipasang jubin.

Kucing bukan saja haiwan peliharaan tetapi dah macam ahli keluarga juga. Kalau ada rezeki lebih, mungkin boleh buat tempat khas untuk kucing mengikut bajet dan kemampuan masing-masing.

‘Banglo’ ini dibina dengan konsep santai di mana kucing peliharaan Deena mempunyai ruang luas untuk bersantai.

“Untuk siapkannya, ia menelan kos kira-kira RM7,000. Alhamdulillah, rezeki haiwan-haiwan ini apabila ibu saya yang mahu sponsor kosnya. Saya rasa terharu sangat sebab ibu sebelum ini bukanlah seorang pencinta kucing. Ingat lagi dulu masa saya kecil, langsung tak benarkan saya bela. Tapi selepas saya mula memelihara dua ekor kucing tiga tahun lalu, ibu bertukar menjadi penyayang kepada haiwan-haiwan ini. Sehinggalah kucing-kucing kami pernah mencecah 30 ekor. Namun kini hanya tinggal 16 saja selepas yang lain mati akibat penyakit,” cerita anak jati Sungai Petani, Kedah ini.

Tidak menyangka perkongsiannya mengundang perhatian warganet, Deena dalam masa yang sama melahirkan rasa syukur dan terharu dengan sokongan dan maklum balas yang diberikan.

“Alhamdulillah, ada yang terinspirasi selepas saya kongsikan di Facebook. Ada yang tagged pasangan masing-masing. Bagi saya, jika pelihara haiwan, tiada salahnya untuk melabur sedikit untuk mereka. Kucing bukan saja haiwan peliharaan tetapi dah macam ahli keluarga juga. Kalau ada rezeki lebih, mungkin boleh buat tempat khas untuk kucing mengikut bajet dan kemampuan masing-masing,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Si Bulusnya Ini Sanggup Tidur Macam Ni Hanya Kerana Ingin Temankan Tuannya Bekerja. Tak Sangka Si Bulus Lakukan Ini Untuk Tuannya.

Untuk membentuk perhubungan yang rapat dengan haiwan, seseorang hanya perlukan sedikit masa untuk memberikan perhatian dan belaian kepada haiwan tersebut. Hal ini kerana bukan hanya manusia yang mampu merasai kasih sayang tetapi juga makhluk ciptaan Tuhan yang lain.

Menurut Katie Moore, timbalan presiden Animal Rescue di Dana Antarabangsa untuk Kebajikan Haiwan (IFAW), “Kebanyakan spesies haiwan telah menjalinkan hubungan dengan manusia sejak bertahun-tahun lamanya. Menurut sejarah, haiwan telah dibiakkan untuk tujuan tertentu sekali gus membentuk pertalian dengan manusia”.

Antara haiwan yang cenderung untuk ‘berkomunikasi’ dan membentuk perhubungan yang akrab dengan manusia.Malah, ramai manusia yang merasakan emosi mereka menjadi lebih ceria dan segala tekanan seolah-olah hilang sebaik sahaja melihat haiwan peliharaan mereka.

Seperti perkongsian seorang pengguna Twitter dari Jepun ini yang telah menceritakan mengenai gelagat kucing kesayangannya. Menurut perkongsian @yusai00 di Twitter, kucing peliharaannya menjadi perhatian ramai setelah dia memuat naik video haiwan itu yang tertidur sambil menemani tuannya menyiapkan tugasan.

Apa yang melucukan adalah cara kucing comel ini tidur dalam keadaan berdiri dengan kepalanya diletakkan di atas komputer riba.“Saya sedang membuat kerja lewat malam dan ini yang kucing saya lakukan”.Comel sungguh! Walaupun penat dan mengantuk, si comel setia menemani tuan tersayang dan enggan berganjak untuk tidur di tempat lain yang lebih selesa.

Video berdurasi 12 saat itu sehingga kini meraih 82,399 ulang kicau dan 329,026 tanda suka sejak ianya dimuat naik pada 25 Disember lalu.Penularan video ini turut mengundang pengguna Twitter lain untuk berkongsi aksi-aksi haiwan peliharaan masing-masing yang comel-comel belaka!Manjanya dia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Bukanlah Seorang Penggemar Kucing Tapi Sanggup Lakukan Ini Untuk Kucing Jalanan. Ini Rutinnya Setiap Hari Untuk Mereka.

Wanita bernama Siti Rabiyatul tidak pernah lokek menjamu kucing jalanan dengan sup ayam, setiap hari. Bukan seorang peminat atau pencinta kucing pada awalnya, namun siapa sangka wanita ini akhirnya menjadi ‘ibu angkat’ kepada berbelas-belas ekor anak bulus jalanan.

Malah, wanita ini juga langsung tidak lokek atau merasa rugi mengeluarkan belanja bagi menyediakan makanan untuk si bulus setiap hari. Sebagaimana perkongsian yang dimuat naik di Facebook, wanita ini berkongsi rutinnya menyediakan hidangan istimewa berupa sup ayam buat haiwan berkenaan setiap hari sebelum keluar berniaga.

“Rutin seorang mak angkat kucing, setiap hari sebelum pergi niaga Bubur Ayam Malique mesti mak bersilat dekat dapur dulu buatkan sup anak-anak untuk pastikan anak-anak dalam dan belakang rumah tak kelaparan,” demikian tulisnya pada perkongsian yang dimuat naik di halaman Kucing Sepahkan Apa Hari Ini.

Wanita yang dikenali sebagai Siti Rabiyatul berkata, dia mula ‘konsisten’ menyediakan hidangan buat kucing jalanan di sekitar rumahnya sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lalu.

“Saya mula konsisten bagi mereka makan sup ayam semenjak saya mulakan perniagaan makanan ketika awal PKP. Awalnya saya hanya beri sisa makanan dan biskut. Semenjak niaga saya merasakan satu kerugian untuk saya buang segala sisa selepas mencuci ayam. Jadi saya rebus organ dalaman ayam dan berikan kepada stray cat di belakang rumah,” katanya.

Siti Rabiyatul akan menyediakan sup ayam untuk ‘anak-anak angkatnya’ sebelum dia keluar berniaga.

Bermula dengan hanya beberapa ekor kucing, lama kelamaan jumlah haiwan itu makin bertambah dan kini Siti Rabiyatul sudah menjadi ‘ibu angkat’ kepada 16 ekor anak bulus jalanan.

“Portion makanan yang saya hidangkan juga bertambah dari satu kilogram hingga empat kilogram organ ayam termasuk hati, kaki, pedal, leher, perut, jantung serta satu kilogram isi ayam. Sup ayam direbus kosong dengan tambahan seketul kiub ayam sahaja. Mereka sangat gemar dengan kuah sup tersebut. Kucing itu akan berkumpul di belakang rumah seawal 10 pagi, kalau lambat semua tenung macam nak telan,” katanya berseloroh.

Mengusahakan perniagaan Bubur Ayam Malique di Kebayan Taman Cendana, Pasir Gudang, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata rutin yang dilakukan sejak sembilan bulan lalu itu ternyata memberikannya kepuasan kerana dapat berkongsi rezeki sesama makhluk.

Kucing-kucing jalanan ini akan menunggu di rumah Siti Rabiyatul seawal pukul 10 pagi setiap hari.

“Semasa awal perniagaan, jualan saya agak kurang sambutan. Saya selalu berikan sisa ayam goreng yang tak terjual kepada kucing dan anjing jalanan. Dari situ perniagaan saya mula mendapat sambutan dan mampu bertahan sehingga kini. Alhamdulillah, saya yakin rezeki yang saya terima, ada terselit rezeki untuk mereka juga,” katanya. Menurut wanita berusia 26 tahun ini, dia bukanlah seorang peminat kucing namun ia bertukar sebaliknya sejak melahirkan anak pertama.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Portion makanan yang saya hidangkan juga bertambah dari satu kilogram hingga empat kilogram organ ayam termasuk hati, kaki, pedal, leher, perut, jantung serta satu kilogram isi ayam.

“Waktu saya mengandungkan anak pertama pada 2015, saya mula minat dengan kucing. Saya mula bagi makan dan bermain dengan kucing. Sehingga sekarang, anak saya dah berusia empat tahun dan dia sentiasa ada bekalan makanan kucing seperti biskut. Ke mana mana saja kami pergi, anak saya akan bagi makan pada setiap kucing jalanan yang dia jumpa. Sekarang kami ada 10 ekor kucing belaan berbaka British Short Hair dan Domestic Long Hair. Sejak mula berniaga, saya hantar pulang ke kampung untuk jaga kualiti dan kebersihan dalam pengurusan makanan yang saya jual. Sehingga sekarang hanya ada dua ekor saja kucing belaan di rumah iaitu kucing kesayangan anak saya,” katanya.

Tidak menyangka mendapat reaksi dan maklum balas positif netizen sejak memuat naik perkongsian berkenaan, Siti Rabiyatul turut menitipkan nasihat kepada masyarakat agar tidak lupa berbagi rezeki sesama mahkluk. “Bersedekahlah kepada manusia mahupun haiwan mengikut kemampuan. Mungkin takkan kaya tapi InsyaAllah rezeki itu akan sentiasa ada untuk kita,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *