Wanita ini sanggup risikokan nyawa sendiri hanya untuk selamatkan kucing kesayangannya. Rupanya ini yang terjadi padanya.

Haiwan Kehidupan Keluarga kucing

Rozza sempat berkongsikan kisah sedihnya mengenai kucing kesayangan miliknya yang digelar Belang. Setiap pecinta kucing pasti sudahpun menganggap haiwan peliharaannya sebagai ahli keluarganya sendiri. Malah, ada yang sanggup membahayakan nyawa sendiri hanya untuk menyelamatkan haiwan kesayangannya.

Golongan ini tidak kisah berhabis wang demi kucingnya, asalkan haiwan peliharaan mereka sentiasa sihat. Jangankan berhabis wang, malah ada juga yang sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi menyelamatkan si bulus kesayangan sebagaimana kisah yang dikongsikan wanita ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Kucing Sepahkan Apa Hari Ini, wanita bernama Rozza Zainal berkongsi kisahnya pernah ‘bergelut’ dengan seekor ular sawa yang cuba membaham salah seekor kucing kesayangannya, Belang. Perkongsian tersebut nyata mengundang rasa sebak dan terharu warganet yang kagum dengan kasih sayang antara manusia dan haiwan. Menurut Rozza Zainal, sungguhpun kisah berkenaan sudah hampir lima tahun berlalu, namun ia tetap segar dalam ingatannya kerana ia antara detik-detik paling ngeri yang pernah dialaminya.

Rozza mencoretkan kisah kucing kesayangannya bernama Belang di Facebook.

“Ketika itu saya baru je balik kerja. Selepas bagi tujuh ekor kucing makan termasuk Belang, saya pun ke dapur untuk memasak. Sedang memasak, tiba-tiba saya terdengar Belang mengiau cukup kuat. Biasanya kalau macam tu, mesti dia bergaduh dengan seekor lagi kucing, Uteh. Saya pun pergi jenguk dari mana datangnya suara tu, tiba-tiba nampak Uteh berlari masuk. Peliklah, siapa yang bergaduh dengan Belang? Makin lama makin perlahan bunyi hinggalah ke belakang rumah, mata saya terpaku lihat Belang sedang dibelit seekor ular sawa. Lemah lutut saya dibuatnya. Masa tu saya tinggal seorang saja jadi memang panik. Dalam kalut, saya hampiri ular tu dan ketuk dengan sudip yang ada dekat tangan tapi tak berjaya. Masa tu air mata pun mengalir laju sambil panggil nama Belang. Lihat matanya berkedip-kedip buat air mata makin laju. Tak berjaya pukul dengan sudip, saya berlari ambil parang, ketuk dengan gayung, siram dengan air… semua tak berjaya,” kata wanita berusia 30an ini kepada mStar.

Entah dari mana keberaniannya datang, Rozza berkata dia akhirnya nekad menarik badan ular sawa berkenaan sekuat hati sambil mencari-mencari kepala ular berkenaan untuk diketuk dengan parang.

Dialah satu-satunya kucing yang saya pertaruhkan nyawa… memang takkan saya lupakan.

“Dengan lafaz Bismillah saya ketuk kepala ular sawa tu. Berganjak ke belakang ular tu… sekali lagi dia tegakkan kepala. Saya ketuk kuat lagi, bukan ketuk dengan mata parang, tapi ketuk dengan belakang parang. Niat saya cuma nak dia lepaskan Belang, bukan untuk cederakan dia. Saya hayunkan sekali lagi parang lebih kuat. Ular sawa tu terus menunduk, perlahan dia menyelinap masuk dalam lubang tandas tu. Terus saya berlari dapatkan Belang saya sambil memeluknya. Syukut Belang selamat,” katanya yang menetap di kawasan perkampungan di Bukit Gambir, Johor.

Cerita wanita ini lagi, apabila peristiwa berkenaan terimbas di mindanya, dia sendiri tidak dapat menjelaskan bagaimana dirinya memperoleh kekuatan dan keberanian untuk berdepan dengan seekor haiwan yang berbahaya.

Antara kucing jalanan yang dipelihara Rozza ketika ini.

“Saya pun tak boleh nak cerita… apa yang saya tahu, saya nak selamatkan ‘anak’ saya saja. Tapi sebenarnya selepas kejadian itu, saya termuntah beberapa kali kerana terbayang lagi geli geleman masa pegang ular sawa tu. Saya sekadar kongsi group Kucing Sepahkan Apa Hari Ini kerana tiba-tiba teringatkan Belang. Tiga tahun lepas kejadian tu, Belang hilang. Saya balik kerja, panggil nak beri makan tapi Belang tak ada. Dari petang membawa ke malam saya cari keliling rumah, tapi tak jumpa. Selama dua minggu saya cari Belang… akhirnya saya reda walaupun sedih sangat. Tak tahu sama ada dia dah tiada atau apa nasibnya. Bila ke pasar atau pergi mana-mana, kalau nampak kucing iras Belang, mesti saya pergi belek untuk pastikan tapi hampa… saya cam Belang sebab ekornya bengkok,” ujarnya lagi.

Meskipun dia ada memelihara kucing baharu selepas kehilangan Belang, namun si bulus kesayangannya itu tetap di hati dan tiada pengganti kedua.

“Belang saya pelihara dari kecil. Sanggup saya ambil dia dari longkang di pekan, masuk pasar raya beli tuala untuk balut dia sebelum bawa pulang. Tambahan pula dialah satu-satunya kucing yang saya pertaruhkan nyawa… memang takkan saya lupakan. Bagi pencinta kucing, jagalah si bulus dengan penuh kasih sayang… jangan memilih antara kucing jalanan atau kucing baka. Layanlah sama rata,” katanya lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kini Ketahui Personaliti Kucing Anda Mengikut Warna Bulunya Sahaja. Tak Sangka Ianya Tepat.

Bolehkah kita mengenali keperibadian kucing dari segi warna bulunya sahaja ? Jawapannya boleh. Setelah dilakukan kajian bersama genetik kucing, pecinta kucing, doktor haiwan dan ahli perilaku haiwan dan pemilik kucing semuanya bersetuju dengan personaliti yang dikatakan mengikut warna bulunya tersendiri. Berikut sifat dan kepribadian kucing dilihat dari warna bulu mereka.

1. Kucing belang Tortoiseshell/tortie

Kucing Tortoishell/tortie adalah kucing yang istimewa dan mempunyai perwatakan yang unik. Mereka cenderung berkelakuan keras, agak pemarah, dan mereka boleh berkelakuan sangat posesif terhadap pemiliknya. Mereka sangat berdikari, penuh semangat dan tak terduga. Mereka biasanya sangat cerewet dan ingin kehadirannya disedari melalui bunyi atau suara dengkurannya yang keras.

2. Kucing hitam

Bagi sebahagian orang, kucing hitam dianggap pembawa mal4ng. Tapi tidak untuk pecinta kucing sejati yamg malah menganggap kucing hitam sebagai pembawa rezeki. Kucing hitam sangat pandai dan cerdas walaupun terkadang mereka menyendiri di beberapa kesempatan. Mereka sangat aktif dan pandai berburu. Kucing hitam sangat mudah untuk dijinakkan, mereka lebih ramah dibanding kucing berwarna lain. Oleh kerana itu, kucing hitam yang dipelihara biasanya menjadi sangat manja dan sangat menyayangi pemiliknya.

3. Kucing putih

Walaupun tidak semua, kucing putih yang bermata biru dan odd-eyes (mata yang berlainan warna kuning-biru) berisiko terkena gangguan congenital deafness alias tuli. Sebagian dari mereka juga mempunyai penglihatan yang buruk. Maka dari itu biasanya kucing putih bersifat pemalu dan sering mengalami gelisah. Di sisi lain, kucing putih sangat manja dan senang berada di dekat pemiliknya.

4. Kucing calico/belang tiga (kuning,putih,hitam)

99,99% kucing calico atau belang tiga adalah kucing yang berjantina betina. Meskipun ada yang berjantina jantan, tetapi boleh dikira dengan jari. Calico betina memiliki keperibadian yang cukup tenang dan santai. Mereka sangat manis serta penuh kasih sayang, baik terhadap sesama kucing mahupun kepada manusia.

5. KUCING ABU-ABU

Mereka sangat suka bermain dan mempunyai rasa sunyi yang sangat tinggi terhadap sesuatu. Walaupun terkadang terlihat tenang dan dewasa, kucing abu-abu suka sekali mengganggu kucing/peliharaan lain dengan tingkah lakunya yang nakal dan atraktif.

6. Kucing coklat

Kucing berwarna coklat sangat jarang ditemui. Mereka cerdas, menyenangkan dan juga sangat ramah. Jika dipelihara, kucing berwarna coklat ini akan lebih sering menggunakan bunyi meow nya dan paws nya untuk mendapatkan perhatian pemiliknya.

7. Kucing hitam putih dan abu-abu putih

Kucing berwarna ini adalah kucing yang sangat aktif dan pandai. Meskipun sedikit pemalu dan penakut, mereka pandai membuat banyak kawan terhadap sesama kucing dan juga manusia. Mereka adalah kucing yang tidak akan membuang waktu mereka hanya untuk bergaduh dengan kucing lainnya.

8. Kucing kuning/oren

Jantannya bersifat tegas, agresif, mudah marah dan memiliki meow yang cukup keras. Lain pula dari betinanya yang jauh lebih tenang. Mereka suka dibelai tetapi tidak suka dipeluk/digendong. Kucing oren disebut kucing pemalas kerana mereka kurang minat dalam hal berburu.

9. Kucing “Seal points”/Siam

Kucing ini biasa disebut kucing siamese/siam. Kucing dengan spot gelap di seputaran wajah, kaki dan ekor ini sering digambarkan seperti anjing. Mereka semangat, pintar, penuh kasih sayang dan boleh diajak berjalan-jalan seperti anjing.

10. Kucing tabby

Kucing tabby adalah kucing yang memiliki pola bulu warna belang atau garis-garis seperti harimau. Mereka lucu, pintar, penuh kasih sayang dan boleh menjadi sahabat yang baik bagi manusia. Kucing ini biasanya cukup penyendiri dan memiliki kecenderungan untuk bermain agresif. Mereka menikmati berburu haiwan mereka di luar. Oleh kerana itu, cukup sulit menjaga kucing tabby ini tetap berada di dalam rumah/ruangan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *