Persoalan tentang ragam kucing. Rupanya ini di sebalik ragam mereka

kucing

Bagi pencinta kucing, mereka sudah menganggap kucing adalah haiwan yang membawakan sumber kebahagiaan dengan gelaagatnya yang comel dam manja. Terkadang, ada sahaja gelagat mereka yang menjadi persoalan di minda kita.

Persoalan yang pertama. Kenapa kucing berlaari laju setelah membuang hajat? Berdasarkan kajian Mntal Floss, ada beberapa sebab saintifik punca kucing berlari selepas membuang najis. Ada juga pakar berpendapat ia merupakan salah satu cara selamatkan diri supaya orang yang mereka tak suka tak dapat jejak njis mereka.

Ada juga berpendapat yang tingkah laku melwn yang dilakukan oleh anak kucing adalah untuk mengelakkan ibu mereka dari membersihkan bahagian dubur mereka selepas membuang njis.

Seterusnya, persoalan kedua. Kenapa kucing merenung anda? Jelas dokor veterinar Dr Patty Khuly , kucing merenung kerana mereka mahukan sesuatu dari anda dan kemungkinan besar adalah makanan dan kemungkinan juga mereka sedang mengawasi diri mereka daripada anda.

Persoalan ketiga ialah kenapa mereka mengendahkan anda secara tiba tiba. Berdasarkan kajian pada tahun 2019 di Universiti Sophia, Jepun, kucing mampu mengenal pasti namanya sendiri. Sekiranya kucing anda buat tidak tahu walaupun anda sudah memanggil beberapa kali, mereka mungkin malas dan penat melayan anda atau mungkin juga anda kedekut melayan mereka.

Persoalan seterusnya ialah kenapa kucing selalu kunyah barang barang seperti wayar dan beg plastik? Terdapat beberapa asbab kenapa kucing lebih gemar mengunyah barang barang.Selalunya, mereka dalam keadaan bimbang dan resah, atau bosan, atau mereka sememangnya sedang sakit. Jika kucing anda berkelakuan begini secara tiba-tiba, mungkin ada baiknya jika anda kenal pasti puncanya.

Ada juga berpendapat yang menyatakan bahawa anak kucing yang ‘putus susu’ dari ibunya terlalu awal akan berkelakuan begini kerana ia mengingatkan mereka ketika mereka masih menyusu.

Persoalan seterusnya iaitu punca kucing tidur lama.Dr. Mike Paul menjelaskan di PetHealthNetwork.com, walaupun kebanyakan kucing mampu tidur sehingga 16 jam sehari, agak sukar untuk mereka tidur lena dengan cepat. Menurutnya, kebanyakan masa kucing hanya berada dalam kondisi ‘light sleep‘. Kucing pada dasarnya sedang merehatkan mata mereka tetapi mereka tidak betul-betul tidur.

Mengapa Kucing Suka Tolak Barang Jatuh?

Akhir sekali, kenapa kucing suka tolak barang jatuh. Ini adalah antara perkara yang merunsingkan pemilik-pemilik kucing. Kadang-kala, barang-barang mahal seperit pasu antik atau gelas kaca menjadi mangsa kucing peliharaan.Perbuatan ini kemungkinan ada kaitan dengan perhatian yang diinginkan. Kucing tahu jika mereka menjatuhkan sesuatu, anda akan memberinya perhatian. Jadi mereka akan menjatuhkan barang jika mereka mahukan perhatian daripada anda, atau mungkin… makanan.

Tren Ini Terpaksa Tergendala Hanya Disebabkan Ragam Kucing Ini. Rupanya Ini Yang Berlaku Pada Si Bulus Tersebut.

Tular satu kisah seekor kucing ini yang memaksa sebuah pesawat ini melakukan pendaratan cemas. Setiap pemilik kucing pasti sudah lali dengan setiap ragam si bulus ini. Tapi kali ini lain pula yang berlaku sehingga menganggu perjalanan sebuah kereta api di United Kingdom ini tergendala selama lebih 2 jam.

Ianya difahamkan kucing tersebut berkeras enggan turun dari bumbung tren tersebut sehinggakan staf stesen kereta api tersebut terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk memanggil kucing tersebut turun.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada Rabu lalu di stesen kereta api Euston setengah jam sebelum tren dijadualkan berlepas. Tren terbabit sepatutnya ke Manchester pada jam 9 malam. Tak pasal-pasal penumpang lambat ke destinasi gara-gara si comel ni.

Difahamkan, kesemua penumpang juga dipindahkan ke tren lain untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing bagi memberi laluan kepada operasi menyelamat. Menurut staf di situ, mata kucing itu terbeliak dan ia nampak takut sebab berada dekat dengan arus voltan elektrik yang digunakan untuk menggerakkan pengangkutan awam itu.

Kami selalu berdepan dengan masalah burung di dalam stesen namun sepanjang saya bekerja di sini, ini lah kali pertama ada masalah kucing,” kata Joe Hendry, pengurus stesen.

Namun, kucing terbabit akhirnya diselamatkan lepas tong sampah diletakkan di tepi gerabak untuk dijadikan tangga oleh haiwan itu. Macam-macam hal betul geng kucing ni, nasib baik comel. 

Banyak Khabar Angin Soal Kucing Hitam. Ini Antara Sebab Yang Perlu Untuk Anda Bela Kucing.

Setiap orang pasti pernah mendengar bahawa sekiranya kita membela atau terserempak dengan kucing yang bewarna hitam. Maka, kita akan ditimpa nasib buruk. Sejauh mana kepastiannya, tidak ada siapa lagi yang boleh pastikan. Sejujurnya, kucing tidaklah membawa nasib yang buruk untuk seseorang itu. Malah ianya membawa banyak rezeki dan manfaat untuk seseorang itu membela kucing. Bukan sahaja si comel ini boleh dijadikan bantal peluk  untuk digomol, malah ia juga adalah makhluk tuhan yang bagus untuk dijadikan pendamping agar kesihatan mental dan fizikal kita dapat terjaga dengan baik.

Kucing adalah haiwan yang istimewa!

Sebenarnya, kucing tidak kira apa warna sekalipun tidak sesekali akan membawa takdir buruk kepada anda. Sebaliknya, haiwan comel ini akan membawa pelbagai manfaat kepada anda termasuklah dari aspek kesihatan. 

Jadi, buat anda yang memang sudah atau ingin membelanya, jangan takut ya. Kecomelan, kegebuan dan kelembutan haiwan berbulu ini sebenarnya akan memberi anda pelbagai kebaikan terutamanya dalam memperbaiki mood anda yang sering swing itu. Berikut merupakan manfaat bergomol dengan kucing: 

#1. Ia membantu anda melupakan kehilangan

Kehilangan seseorang atau sesuatu yang disayangi adalah sangat menyakitkan. Buat anda yang mengalaminya, boleh cuba terapi membela haiwan peliharaan seperti kucing. Ianya disebabkan haiwan peliharaan yang comel ini mampu membantu seseorang itu untuk mengatasi kesedihan yang dialami akibat kehilangan seseorang yang tersayang.

#2. Ia membantu anda tidur lebih lena

Menurut kajian yang dijalankan di UK, kebanyakan orang terutamanya wanita lebih gemar tidur dengan haiwan berbulu ini berbanding pasangan sendiri. Apakah sebabnya? Mayo Clinic Center menegaskan bahawa 41% daripada jumlah individu tersebut mempercayai bahawa mereka akan tidur lebih lena bersama haiwan kesayangan mereka. Tidak salah jika anda cuba, bukan?

#3. Ia membantu anda mencegah alahan

Jika anda sedang dalam penantian untuk kelahiran cahaya mata, ini mungkin masa yang paling sesuai untuk membela kucing. Mengapa? Menurut kajian National Institutes of Health pada 2002, bayi yang terdedah kepada haiwan berbulu ini lebih kurang risiko menghidapi alahan kelak. Cuma pastikan kucing anda itu bersih sebelum bermain bersama si manja anda ya?

Manfaat bela kucing memang ada banyak! 

Kesimpulannya, membela haiwan berbulu ini memang mempunyai banyak manfaat kepada kita, lebih-lebih lagi pada aspek kesihatan! Jadi, buat anda yang takut ditimpa nasib buruk jika terserempak dengan kucing hitam, ubah persepsi anda. Daripada risau tentang tahyul seperti ini, baik anda sedekahkan haiwan comel ini dengan makanan atau belaian yang sudah tentu akan memperbaiki mood anda yang sering swing itu. Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *