Ada juga yang sanggup pilih kasih terhadap si bulus ini. Sekali gadis ini dedahkan sesuatu.

Haiwan kucing

Perkongsian di Twitter mengenai topik itu ternyata menarik perhatian ramai warganet. Bercerita mengenai topik pilih kasih, ia biasanya berlaku dalam kalangan adik-beradik.

Namun anda jangan terkejut, haiwan comel seperti kucing pun turut menjadi pilih kasih. Di Twitter misalnya, satu posting mengenai topik itu ternyata menarik perhatian ramai, khususnya dalam kalangan pencinta kucing.

“Sembang diri cat lovers tapi nak bela kucing bulu lebat je,” tulis satu pesanan di Twitter. Ia ditulis atas kotak sebagaimana trend popular masa kini itu turut disertakan dengan tanda pagar #kucingkampung. Menurut seorang guru tuisyen yang juga pemilik kucing, Siti Suraya Jamil, hal itu sememangnya wujud dalam dunia hari ini.

Posting yang tular di Twitter.

“Kalau kita tengok di jalanan banyaknya kucing yang kurus dan berbulu pendek. Jarang kita lihat kucing bulu lebat dan gemuk dibiarkan di pasar atau di kedai makan. Kalau ada pun, mesti orang ambik untuk bela. Walhal kucing kampung atau jalanan ni sifatnya tahan lasak dan suka bermain. Kalau boleh, kita seimbangkan mereka. Jangan memilih. Kucing kampung dan jalanan juga nak kasih sayang kita,” ujarnya.

Buruk macam mana pun, si kucing tak minta jadi macam tu. Kalau boleh bantu, bantulah bagi makan.

Menurut gadis berusia 22 tahun itu lagi, dia berbesar hati apabila topik itu menjadi perhatian ramai di Twitter. Jelasnya, ia memberi gambaran bahawa masih ramai lagi rakyat Malaysia yang peka dan mempunyai belas ihsan terhadap haiwan. Menetap di Shah Alam, dia turut memiliki 12 ekor kucing di kediamannya, merangkumi pelbagai jenis baka serta yang menjadi haiwan tak bersalah dan buangan orang.

Siti Suraya bersama salah seekor kucing belaannya.

“Ada yang orang buang kat rumah saya. Ada yang saya bela kucing jalanan. Saya bela dua-dua, yang bulu panjang dan kucing kampung atau jalanan. Saya harap orang ramai bawa makanan kucing spare dalam beg untuk bagi kucing jalanan makan sebab ini salah satu punca kita dimurahkan rezeki selalu. Jangan pilih kasih antara kucing berbulu lebat dan kucing yang biasa kerana masing-masing perlukan kasih sayang kita. Buruk macam mana pun, si kucing tak minta jadi macam tu. Kalau boleh bantu, bantulah bagi makan,” katanya lagi.

Antara kucing peliharaan Siti Suraya.

Tambahnya lagi, semua kucing sama sahaja malah kehadiran si bulus itu banyak memberi kegembiraan tatkala dia di ambang kesedihan. Dalam pada itu, posting tular di Twitter @MisteriJam830 yang dikongsi semula oleh Siti Suraya sehingga menjadi tular turut menerima lebih 26,000 ulang kicau (Retweet).

Pesanan yang tular di Twitter.

Malah, ia turut dihujani dengan pelbagai komen warganet. “Ya weh aku menyampah betul acah sayang kucing tapi jumpa kucing comot bukan main jijik lepas tu jumpa kucing cantik acah-acah buat story. Kucing jalanan ni kalau kita bela dari kecik boleh je nak kasi bulu dia lebat tapi bergantung pada makanan harian juga. Mengaku cat lovers tapi tengok kucing jalanan nampak jijik, rasis sangat,” tulis beberapa pelayar Twitter.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemuda Ini Akui Dia Bukanlah Pecinta Kucing Tapi Sanggup Lakukan Ini. Rupanya Tak Semudah Yang Kita Sangka.

Amie ketika menyelamatkan kucing ketika banjir pada 2014 dan minggu lalu. Keadaan banjir di beberapa negeri masih belum berakhir meskipun jumlah individu tersebut yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan semakin berkurangan. Bukan sahaja manusia dan harta benda yang perlu diselamatkan, malah haiwan juga menjadi individu yang terlibat dengan bencana ini dan perlu diberikan perhatian. Menerusi video yang tular di media sosial sejak minggu lalu, seorang lelaki dilihat mendayung perahu bagi menyelamatkan beberapa ekor kucing yang terkandas akibat banjir.

Keadaan banjir di rumah ibunya.

Pemuda berkenaan, Mohd Amiruddin Mohamad Yusof berkata, kejadian berlaku pada minggu lalu ketika hari kedua banjir di kawasan tempat tinggalnya di Kampung Paloh Hinai, Pekan, Pahang. Pemuda berusia 37 tahun itu memberitahu, kucing-kucing yang diselamatkan merupakan kucing terbiar di sekitar kediaman ibunya.

“Hari pertama banjir iaitu pada Isnin saya mengemas rumah dan meletak barang di tempat tinggi. Masa tu kucing-kucing ni semua dah naik atas bumbung sebab air dah keliling rumah. Ketika ini, ibu dan adik saya dah saya pindahkan ke pusat pemindahan. Hari kedua air makin naik. Masa inilah saya ambil keputusan nak selamatkan atau lebih tepat lagi pindahkan kucing ke tempat yang lebih selamat,” katanya.

Memasuki hari kedua banjir, dia yang lebih mesra disapa Amie berkata, limpahan air di halaman rumah mencecah paras pinggang, manakala di dalam rumah sudah di paras paha.

Sebahagian kucing yang diselamatkan dan dibawa ke tempat selamat dengan perahu.

“Kucing-kucing tu dah mencari tempat tinggi macam atas almari, palang-palang dan ada yang atas siling rumah. Masing-masing ketakutan. Saya umpan kucing-kucing tu dengan makanan dan ambil seekor-seekor masuk dalam bot. Kali pertama saya dapat bawa 10 ekor sahaja sebab lagi tiga ekor lari naik atas bumbung.

Kasihan kat kucing-kucing tu. Setakat banjir kali ni, saya tak nampak lagi bangkai-bangkai kucing yang tak dapat diselamatkan.

“Kali kedua masa saya nak ambil barang, saya dapat ‘pancing’ lagi tiga ekor. Agak mencabar nak mengumpulkan kesemua kucing ni sebab mereka ketakutan. Ada yang nak terjun. Dalam rakaman video boleh lihat seekor kucing hitam basah sebab terjun dari bot. Nasib baik saya dapat tangkap,” ujarnya yang berasal dari Pekan.

Mohd Amiruddin Mohamad Yusof.

Menurut Amie, sebanyak 13 ekor kucing yang berjaya dipindahkan ke tempat lebih selamat berdekatan dengan pusat pemindahan agar mudah untuk dipantau dari segi makanan.

Mengakui bukan pencinta kucing, namun bapa dua anak itu mempunyai rasa tanggungjawab untuk memindahkan kucing-kucing terbiar ke tempat lebih selamat.

Pernah menyelamatkan kucing ketika banjir berlaku pada 2014.

“Nak kata pencinta kucing tak juga. Cuma rasa tanggungjawab nak selamatkan kucing-kucing tu dan bawa ke tempat selamat, sebab saya dapat jangka air memang akan naik seperti banjir tahun 2014 iaitu paras dada dalam rumah. Kasihan kat kucing-kucing tu takut kat air yang dah memenuhi lantai rumah. Setakat banjir kali ni, saya tak nampak lagi bangkai-bangkai kucing yang tak dapat diselamatkan,” ujarnya sambil menambah kediaman ibunya masih dilanda banjir ke paras pinggang setakat Selasa.

Amie yang merupakan kerani bank itu menasihatkan kepada mana-mana individu yang membela kucing di kediaman yang mudah terlibat dengan banjir agar sentiasa berwaspada. “Jangan dilupakan nasib binatang tu. Kalau nampak binatang-binatang peliharaan yang terkandas akibat banjir, harap ia dapat diselamatkan,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Ini Pernah Raih Perhatian Ramai Sejak Jadi Penjaga Masjid. Admin Kucing Tersebut Dedah Gli Hembuskan Nafas Di Usia 16 Tahun

Jika sebelum ini pernah tular berkenaan seekor kucing menjadi penjaga monumen bersejarah iaitu Hagia Sophia di Istanbul.. Kucing tersebut yang dikenali sebagai Gli telah berjaya raih perhatian warganet selepas Hagia Sophia diisytiharkan sebagai masjid pada Julai tahun lalu.

Tak lama kemudian. Dikhabarkan admin kepada IG kucing Gli itu memaklumkan bahawa kucing tersebut sudah hembuskan nafas terakhir. Untuk pengetahuan, kucing yang berusia 16 tahun ini disahkan hembuskan nafas teakhir di sebuah klinik veterinar selepas mendapat rawatan disebabkan sakit tua.

Perkara ini dikhabarkan oleh Datuk Bandar Istanbul Ali Yerlikaya di Twitter. Makluman, Gli telah dirawat di salah sebuah klinik veterinar swasta sejak 24 September 2020 sebaik sahaja Gli mengalami kemerosotan kesihatan.

Namun begitu, Gli tak dapat diselamatkan dan hembuskan nafas terakhir selepas 16 tahun bergelar penghuni masjid itu. Malahan pemergian Gli turut dikenang oleh Datuk Bandar Istanbul dengan menyatakan tak akan lupakan kucing yang tekah tinggal lebih sedekad di Masjid Hagia Sophia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *