Rupanya ada sebab kenapa kucing betina ada 3 warna. Ini sebabnya kenapa ia jadi begitu.

Haiwan kucing tips

Hampir semua kelahiran kucing dengan tiga belang warna adalah betina. Kucing dilahirkan dengan pelbagai warna dan salah satunya adalah berbelang tiga iaitu campuran warna putih, kelabu, hitam dan jingga.

Namun ada pandangan bahawa kucing belang tiga atau calico biasanya betina dan faktanya, hampir semua kelahiran kucing dengan tiga belang warna adalah betina. Kenapa kucing dengan tiga warna biasanya betina? Pet Helpful melaporkan ia disebabkan oleh genetik warna.

Kucing jantan kebanyakannya memiliki kromosom XY, sementara betina memiliki kromosom XX. Maksudnya, kucing betina memiliki ‘kaki’ tambahan untuk menyimpan maklumat. Kucing betina, sebahagian daripada gen warnanya terdapat pada ‘kaki’ X tambahan kedua. Ini bermaksud kucing jantan dengan warna yang sama akan berwarna hitam atau pun jingga.

Ada pihak yang mengambil kesempatan menjual kucing jantan dengan berbelang tiga pada harga tinggi.

Namun ia tidak boleh menjadi kedua-duanya, kerana gen warna kedua-duanya tidak dapat ditemukan pada ‘kaki’ tambahan yang hilang. Wujudkah kucing jantan berbelang tiga? Jawapannya ada, tetapi ia sangat jarang terjadi. Boleh dikatakan, biasanya kucing jantan dilahirkan sama ada satu warna atau campuran warna lain.

Sekiranya kucing jantan yang dilahirkan memiliki tiga warna pada bulunya, ia menandakan sesuatu yang aneh berlaku melibatkan DNA mereka. Ia adalah mutasi yang ekstrim tetapi kebiasaannya jinak. Ada sebilangan pula mempunyai perwatakan jantan tetapi sebenarnya terdapat kromosom betina dalam DNA kucing tersebut.

Ia juga boleh menjadi kucing yang dipanggil hermafrodit, iaitu berkongsi kualiti kedua-dua jantina, baik pada peringkat awal atau pun perubahannya boleh dilihat ketika ia membesar. Disebabkan ia jarang berlaku, ada pihak yang mengambil kesempatan menjual kucing jantan berbelang tiga pada harga tinggi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Digelar Spidercat Sebab Mempunyai Kebolehan Luar Biasa. Kucing Ini Terima Banyak Pujian Warganet

Dikhabarkan seekor kucing baka British shorthair di China telah mendapat jolokan Spidercat atas sebab memiliki kebolehan memanjat seperti adiwira Spiderman. Kucing yang bernama Qiqi itu dirakam memanjat dinding rumah tuannya di bandar Leshan, wilayah Sichuan.

Pemilik kucing itu, Luo menjelaskan Qiqi yang berusia 3 tahun dan memang gemar memanjat untuk sampai ke tempat lebih tinggi seperti dinding rumah. Ternyata haiwan tersebut kerap bermian dan melompat ke sana sini.

Jelas Luo, dia seringkali perhatikan Qiqi apabila menyedari hobi memanjat dinding tersebut kerana bimbang haiwan kesayangannya terjatuh ke lantai. Tak lama kemudian , Qiqi berjaya meyakinkan Luo dengan kecekapannya. Luo juga mula berkongsi video Qiqi memanjat di platform Douyin.

Aksi memanjat dinding Qiqi menerima pujian warganet yang kagum dengan kehandalan haiwan comel itu.“Adakah ini Spiderman versi kucing? Inikah yang dikatakan Spidercat?” komen seorang pengguna media sosial.“Saya rasa seperti sedang melihat cicak melekap di dinding dan bukannya seekor ku­cing,” tulis seorang lagi.

Pelik Kucing Selalu Tidur Kat Bahagian Kaki. Ternyata Ini Punca Kucing Lebih Suka Tidur Di Bahagian Kaki

Admin nak tanya kepada pencinta kucing yang tengah baca ni. Korang mesti perasan kan kucing peliharaan korang ada perangai pelik yangs ebenarnya dah lam korang perhatikan.

Antaranya ada yang suka bergumpal dalam pakaian tuannya, ada yang suka menunggu di hadapan pintu bilik mandi dan sebagainya.Namun, satu persamaan kucing-kucing ini adalah banyak antara mereka gemar tidur bersama tuannya di atas katil, terutamanya berhampiran kaki.

Menurut kenyataan Vets Explain Pets, kucing cenderung berada berhampiran dengan orang yang menjaganya. Sebagai contoh, ia akan suka ‘menempel’ dengan individu yang memberi makan serta memenuhi keperluan lain bagi dirinya.Pun begitu, soalnya, kenapa ia memilih untuk tidur pada bahagian kaki dan bukan lebih dekat seperti badan anda?

Hal ini kerana ia dipercayai mengelak daripada ‘terprangkap’ sama ada dari pelukan pemilik mahupun timbunan selimut atau bantal yang mungkin mengganggu pergerakannya.Tambah portal itu, tidur pada bahagian kaki memberi kucing ruang untuk bergerak bebas serta berada dalam keadaan sedia. Ia juga dipercayai bagi memudahkan kucing untuk melihat sesiapa yang keluar atau masuk ke bilik sebagai langkah melindungi pemiliknya.

Seterusnya, tidur berhampiran manusia pada waktu malam juga dapat memberi kehangatan pada kucing, membuatkan ia lebih selesa.Anda mungkin berfikir, kucing anda manja dan suka berdampingan dengan anda. Namun jangan lupa, sebagai haiwan territ0rial, mereka mungkin berfikir anda yang menumpang katilnya.

Kucing Ini Sering Mengiau Pukul 3 Pagi Dan Ganggu Pemiliknya Tidur. Sekali Ada Yang Cuba Dia Nak Sampaikan.

Kucing Sofeah akan mengiau setiap kali pukul 3 pagi. Setiap hari lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, Sofeah Razak dan suaminya akan terjaga kerana dua ekor kucing mereka akan mengiau-ngiau tak henti-henti.

Menurut wanita berusia 35 tahun ini, dia dan suaminya sebelum ini menetap di Kuantan, namun terpaksa berpindah ke Selangor kerana tuntutan kerja. Jelas Sofeah, dia bertuah kerana perpindahannya berjalan lancar dan mereka menyewa rumah teres dua tingkat di Puncak Alam.

Dua minggu bertahan

Jelas wanita yang baharu mendirikan rumah tangga Disember lalu, dia dan suaminya turut membawa dua ekor kucing kesayangan ke rumah baharu itu. “Dua ekor kucing ni (Tommy dan Tuti) memang sudah lama saya bela, sebelum berkahwin lagi. Mereka berdua ni dah macam anak saya sendiri. Jadi bila nak pindah tu, kami bawa la sekali. Mana boleh tinggal di sana (Kuantan).”

“Sepanjang minggu pertama kami berada di rumah baru, memang tidak ada kejadian pelik yang berlaku. Namun masuk malam kelapan saya dan suami menjadi ‘huru-hara’ sewaktu tidur. Setiap malam, lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, kami terjaga disebabkan bunyi bising kucing mengiau-ngiau. Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap salah satu sudut ruang tamu di rumah,” kongsinya.

Jelas Sofeah, jenuh dia memanggil dua ekor kucingnya itu masuk bilik tidur, namun kedua-duanya tetap berbuat bising dengan terus mengiau seperti berada dalam kesakitan.

Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap sudut ruang tamu di rumah.

“Keesokannya saya membawa mereka ke klinik veterinar, namun doktor memberitahu kedua-dua kucing ni sihat sahaja. Pada malam seterusnya, sebelum tidur saya membawa mereka masuk bilik tidur bersama. Peliknya pada waktu yang sama, mereka tetap mengiau-giau,” ujar Sofeah.

Panggil ayah

Susulan kejadian pelik itu berterusan Sofeah memutuskan untuk panggil ayahnya dari kampung agar datang ke rumah. “Sebaik sahaja sampai, ayah terus melakukan solat sunat di rumah. Pada malamnya kami membuat sedikit majlis doa selamat dan menjemput jiran-jiran berdekatan. Selepas sahaja majlis tamat, ada seorang pakcik ni datang berborak dengan suami dan ayah saya.

“Pakcik ni jiran selang empat rumah dari kediaman kami. Dia ada beritahu rumah yang saya tinggal itu sudah lama kosong dan tidak pernah ada yang kekal lama di sini. Katanya ada sahaja benda pelik berlaku dan pakcik tu cakap pernah dengar wanita mengilai di tengah malam. Kadang-kadang terdengar bunyi bising walaupun ketika itu tidak ada penghuni,” cerita Sofeah.

Pindah rumah

Selepas berborak panjang dengan jirannya itu, Sofeah dan keluarga mengambil keputusan untuk mencari rumah lain. “Saya tidak sanggup untuk terus berjaga malam. Kucing-kucing saya pun tidak aktif seperti dulu. Tommy dan Tuti kelihatan takut sepanjang masa. Saya memberitahu tuan rumah mengenai perancangan kami untuk tamatkan kontrak sewa lebih awal, dan dia bersetuju malah memulangkan semula wang deposit sewa rumah. Mungkin dia faham situasi yang kami hadapi ini. Peliknya dia tidak bercerita panjang,” akhiri Sofeah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *