Disebabkan tindakan warga emas ini. Tiba tiba kucing ini dibawa untuk dijadikan saksi pula.

Dunia Haiwan kucing

Kehadiran seekor kucing yang diberi nama ‘Baby’ di mahkamah Pulau Pinang semalam telah menarik perhatian ramai kerana ia dipanggil sebagai saksi dalam satu kes. Kes ini melibatkan seorang pesara guru yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mencederakan seekor kucing betina menggunakan sebatang besi pada November tahun lalu. 

Tertuduh, Cosmos Chong Say Hun, 79, didakwa secara tak munasabah membaling sebatang besi tajam sepanjang 3.5 kaki hingga menyebabkan penderitaan yang tak sepatutnya kepada seekor kucing betina tempatan yang berwarna tompok hitam putih.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di halaman rumahnya bernombor 16, Lengkok Tembaga, Island Park kira-kira pukul 6.40 petang pada 15 November 2020.

Cosmos dituduh melakukan kesalahan tersebut mengikut Subseksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda antara RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya.Kucing bernama ‘Baby’ yang didakwa dicederakan warga emas itu telah dibawa ke mahkamah dan difahamkan kini berada dalam keadaan lumpuh.

“Comeynya awak sayang… sampai hati orang sanggup aniaya” 

Berita mengenai kucing tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata bersimpati dengan nasib kucing itu dan berharap pelaku kesalahan terbabit dapat hukuman yang setimpal dengannya.

Tak baik aniaya kucing tu. Nasib baiklah ada orang berhati mulia nak bela nasib dia. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ada Individu Kongsi Kaedah Untuk Jadikan Kucing Lebih Berisi. Tetapi Ini Respon Seorang Doktor Tentang Hal Itu

Kepada pencinta haiwan, sudah semestinya anda mahu kucing kesayangan anda untuk lebih berisi dan sedikit montel. Terbaru tular satu kaedah untuk jadikan kucing kesayangan lebih berisi dan montel. Berdasarkan tips yang dikongsi, pencinta kucing hanya perlu gaul roti dengan ikan sebelum diberikan kepada kucing.

Difahamkan kaedah itu dikatakan bakal menjadikan kucing lebih berisi dan sihat. Namun hal itu tidak dipersetujui oleh seorang doktor di Twitter.Menerusi satu postingnya semalam, doktor tersebut memberitahu tindakan itu sebenarnya tidak tepat.“Miau (kucing) ni dah obesiti dah ni.“Miau kalau obes, mudah dapat kncing manis, keradangan sendi, sakit jantung, masalah hati dan lain-lain. Kasihan miau”

Tambahnya lagi“Kucing adalah haiwan ‘obligate crnivore’, maksudnya fisiologi hakiki dia, adalah pemakan daging.“Ia tak patut makan karbo (roti/nasi) sebab dia tak ada enzim amilase dalam air liur dia. Jadi ia sukar hadam karbo,” katanya.Jelasnya, sekiranya kerap mengambil karbo, ia akan jejaskan kesihatan kucing.

“Sikit-sikit tak apalah. Dia kena makan protein! Itu makanan ruji hakiki seekor kucing.“Apapun, jangan jadikan kucing peliharaan kita obes!“Kita nak kucing yang tegap dan aktif! Bukan montel dan malas,” katanya. Dan rata-rata warganet kelihatan agak terkejut dengan pendedahhan tersebut.

Teringin Nak Buat Makanan Kucing Yang Boleh Jimatkan Wang. Ternyata Ini Cara Mudah

Buat pencinta kucing dan pemilik kucing, anda sudah semestinya inginkan yang terbaik buat kucing peliharaan mereka. Macam yang kita tahu, kucing kita perlu diberikan perhatian. Terutama sekali harus diberi makanan secukupnya dan makanan yang sihat bagi elak sakit perut atau jatuh sakit.

Kalau nak tahu, makanan kucing sebenarnya boleh buat sendiri dengan gunakan ikan sardin, lobak merah dan sayur bayam. Malah ia lebih menjimatkan. Berikut adalah cara cara yang anda boleh guna.

Mula mula, rebus sardin yang telah dibersihkan dan simpan air rebusan itu. Kemudian, rebus lobak merah dan bayam bersama air rebusan tadi. Selepas itu, masukkan semua bahan rebusan tadi dan k1sar. Jangan lupa letak lebih.

Seterusnya, letakkan kesemua bahan yang telah dikisar ke dalam plastik ikut kuantiti yang anda mahukan untuk diberikan kepada kucing anda. Kalau nak tahu makanan kucing homemade bukan sahaja mempunyai khasiat tetapi dapat berjimat.

Buntu Nak Hilangkan Bau Busuk Disebabkan Makanan Kucing. Berikut Antara 4 Cara Untuk Atasi Masalah Tersebut

MEMBELA kucing turut datang dengan pelbagai cabaran seperti perlu sentiasa membersihkan rumah bagi membuang bulunya selain tempat najisnya kerana ia boleh mendatangkan bau kurang menyenangkan.Tidak hanya tempat najis si bulus, makanannya juga boleh mengeluarkan bau busuk dan boleh membuatkan kita berasa tidak selesa dalam rumah sendiri.

Atas sebab itu, pemilik kucing juga perlu memberi tumpuan kepada tempat makanannya apatah lagi jika anda meletakkannya di dalam rumah.Bukan sahaja berbau busuk tetapi ia boleh menyebarkan bakteria dan mungkin menjangkiti kucing kesayangan anda.Terdapat empat cara berkesan untuk menghilangkan bau makanan haiwan peliharaan kesayangan anda;

1. Surat khabar lama.Antara benda yang menyerap pelbagai bau termasuk makanan adalah dengan menggunakan surat khabar lama.Caranya mudah, letakkan surat khabar di sekeliling makanan haiwan peliharaan anda. Ia dapat menyerap bau dengan baik.

2. Baking soda, serbuk kopi.Kedua-dua bahan ini juga boleh digunakan untuk mencuci tempat makanan kucing dan menghilangkan baunya.Selain mencuci, campuran baking soda, serbuk kopi dan minyak essensial boleh dijadikan sebagai penyegar ruang tempat makan kucing.

3. Guna bekas simpanan.Pindahkan makanan kucing berbentuk kering ke dalam bekas simpanan dan tutup rapat selepas memberikan kucing anda makan.Jangan biarkan ia terbuka kerana baunya dapat bertebaran ke seluruh rumah.

4. Letakkan di luar rumah.Antara cara lain adalah meletakkan makanan haiwan peliharaan anda di luar rumah. Ini akan memudahkan anda untuk menjaga kebersihan tempat makanannya selain baunya tidak mencemari ke dalam rumah.

Jualan Kurang Dapat Sambutan Semasa Awal Perniagaan. Wanita Ini Daripada Bukan Peminat Kucing Terus Jadi Ibu Angkat Kepada Si Bulus Jalanan

Wanita bernama Siti Rabiyatul tidak pernah lokek menjamu kucing jalanan dengan sup ayam, setiap hari.BUKAN seorang peminat atau pencinta kucing pada awalnya, namun siapa sangka wanita ini akhirnya menjadi ‘ibu angkat’ kepada berbelas-belas ekor anak bulus jalanan.

Malah, wanita ini juga langsung tidak lokek atau merasa rugi mengeluarkan belanja bagi menyediakan makanan untuk si bulus setiap hari.Sebagaimana perkongsian yang dimuat naik di Facebook, wanita ini berkongsi rutinnya menyediakan hidangan istimewa berupa sup ayam buat haiwan berkenaan setiap hari sebelum keluar berniaga.

“Rutin seorang mak angkat kucing, setiap hari sebelum pergi niaga Bubur Ayam Malique mesti mak bersilat dekat dapur dulu buatkan sup anak-anak untuk pastikan anak-anak dalam dan belakang rumah tak kelaparan,” demikian tulisnya pada perkongsian yang dimuat naik di halaman Kucing Sepahkan Apa Hari Ini.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang dikenali sebagai Siti Rabiyatul berkata, dia mula ‘konsisten’ menyediakan hidangan buat kucing jalanan di sekitar rumahnya sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lalu.”Saya mula konsisten bagi mereka makan sup ayam semenjak saya mulakan perniagaan makanan ketika awal PKP. Awalnya saya hanya beri sisa makanan dan biskut.

“Semenjak niaga saya merasakan satu kerugian untuk saya buang segala sisa selepas mencuci ayam. Jadi saya rebus organ dalaman ayam dan berikan kepada stray cat di belakang rumah,” katanya kepada mStar.Siti Rabiyatul akan menyediakan sup ayam untuk ‘anak-anak angkatnya’ sebelum dia keluar berniaga.

Bermula dengan hanya beberapa ekor kucing, lama kelamaan jumlah haiwan itu makin bertambah dan kini Siti Rabiyatul sudah menjadi ‘ibu angkat’ kepada 16 ekor anak bulus jalanan.”Portion makanan yang saya hidangkan juga bertambah dari satu kilogram hingga empat kilogram organ ayam termasuk hati, kaki, pedal, leher, perut, jantung serta satu kilogram isi ayam.

“Sup ayam direbus kosong dengan tambahan seketul kiub ayam sahaja. Mereka sangat gemar dengan kuah sup tersebut. Kucing kucing itu akan berkumpul di belakang rumah seawal 10 pagi, kalau lambat semua tenung macam nak telan,” katanya berseloroh.Mengusahakan perniagaan Bubur Ayam Malique di Kebayan Taman Cendana, Pasir Gudang, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata rutin yang dilakukan sejak sembilan bulan lalu itu ternyata memberikannya kepuasan kerana dapat berkongsi rezeki sesama makhluk.

Kucing-kucing jalanan ini akan menunggu di rumah Siti Rabiyatul seawal pukul 10 pagi setiap hari.“Semasa awal perniagaan, jualan saya agak kurang sambutan. Saya selalu berikan sisa ayam goreng yang tak terjual kepada kucing dan anjing jalanan.

“Dari situ perniagaan saya mula mendapat sambutan dan mampu bertahan sehingga kini. Alhamdulillah, saya yakin rezeki yang saya terima, ada terselit rezeki untuk mereka juga,” katanya.Menurut wanita berusia 26 tahun ini, dia bukanlah seorang peminat kucing namun ia bertukar sebaliknya sejak melahirkan anak pertama.

“Waktu saya mengandungkan anak pertama pada 2015, saya mula minat dengan kucing. Saya mula bagi makan dan bermain dengan kucing.”Sehingga sekarang, anak saya dah berusia empat tahun dan dia sentiasa ada bekalan makanan kucing seperti biskut. Ke mana mana saja kami pergi, anak saya akan bagi makan pada setiap kucing jalanan yang dia jumpa.

“Sekarang kami ada 10 ekor kucing belaan berbaka British Short Hair dan Domestic Long Hair. Sejak mula berniaga, saya hantar pulang ke kampung untuk jaga kualiti dan kebersihan dalam pengurusan makanan yang saya jual.Siti Rabiyatul meniaga bubur ayam dan ayam goreng sejak PKP, Mac lalu.“Sehingga sekarang hanya ada dua ekor saja kucing belaan di rumah iaitu kucing kesayangan anak saya,” katanya.

Tidak menyangka mendapat reaksi dan maklum balas positif warganet sejak memuat naik perkongsian berkenaan, Siti Rabiyatul turut menitipkan nasihat kepada masyarakat agar tidak lupa berbagi rezeki sesama mahkluk.”Bersedekahlah kepada manusia mahupun haiwan mengikut kemampuan. Mungkin takkan kaya tapi InsyaAllah rezeki itu akan sentiasa ada untuk kita,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *