Isteri terkedu bila doktor beritahu keadaan tangan suami selepas digigit kucing. Tak sangka gigitan kucing boleh terjadi perkara ini.

Keluarga kucing Uncategorized Viral

Kucing sememangnya terkenal dengan sifat suka bermanja-manja dengan manusia dan disebabkan itu jugalah ramai menjadikannya sebagai haiwan peliharaan. Namun ramai tidak tahu bahawa kesan gigitan kucing yang mempunyai sifat semulajadi manja dengan menggigit dan mencakar boleh membawa padah. Menerusi perkongsian seorang wanita, dia berkongsi pengalaman buruk dilalui suaminya akibat gigitan si bulus jalanan yang dibela mereka sejak dua bulan lalu.

Menurut Anis Khalidi, suaminya, Syahmi Rabani mula rasa tidak sedap badan dan tangan kiri mula berdenyut selepas digigit kucing peliharaan mereka yang berusia enam bulan pada Ahad lalu.

K3san gigitan kucing pada tangan suami Anis.

“Suami saya main dengan kucing tu. Biasanya kucing tu dia bermanja dengan cara menggigit dan mencakar. Gigitan tu memang dalam tapi tak ada kesan yang sampai keluarkan cecair merah. Keesokan harinya (Isnin) suami saya dah start lemah badan. Dia senyap je satu hari tu. Malam tu dah mula rasa tangan dia berdenyut,” katanya.

Tidak sedap hati dengan keadaan itu, Anis membawa suaminya mendapatkan rawatan awal di sebuah klinik kesihatan pada keesokan harinya (Selasa). Namun wanita berusia 30 tahun itu berkata keadaan tangan suaminya menjadi semakin teruk menyebabkan mereka pergi ke Hospital Selayang untuk rawatan susulan pada Khamis. “Keadaan tangan tu bengkak jadi purple, kebas dan makin berdenyut. Suami dapat rasa kuman dah merebak sampai ke pergelangan tangan.

Doktor beritahu kalau lambat dirawat boleh pergi buat selamanya dan putus tangan. Memang tak sangka gigitan kucing sangat berbahaya walaupun tidak berd4rah

“Jadi kami terus pergi ke Jabatan Kecemasan Hospital Selayang. Bila doktor tengok keadaan tangan tu, suami pun terus warded pukul 4 pagi Jumaat. Pagi doktor pakar datang check confirm memang ada infection. Sabtu malam, doktor buat X-Ray dua kali sebab nak tengok sama ada kvman tu masuk tulang ke tak. Alhamdulillah tak ada,” katanya.

Selepas itu, Anis berkata suaminya menjalani operasi untuk mengeluarkan tisu lembut pada tangan kiri yang terkena jangk1tan kuman daripada air liur si bulus peliharaan mereka.

Suami Anis sedia untuk menjalani pemb3dahan pada tangan kirinya.

“Pukul 1 pagi doktor buat operation. Isnin pagi doktor buka memang saya terkejut. Saya tak expect kesan luka tu besar sangat. Doktor jumpa banyak soft tissue dah tiada disebabkan jangk1tan kvman tu. Jadi luka tu dibiarkan terbuka sebab kena cuci selang dua hari,” katanya. Namun Anis lega kerana keadaan suaminya beransur pulih selepas operasi dilakukan.

“Alhamdulillah kesihatan suami semakin baik. Bengkak macam belon warna purple tu pun dah kurang. Memang lega sangat-sangat. Doktor beritahu kalau lambat dirawat boleh pergi buat selamanya dan putus tangan. Memang tak sangka gigitan kucing sangat berbahaya walaupun tidak berd4rah,” katanya. Mengenai postingnya yang tular, Anis berkata dia sekadar mahu berkongsi dengan orang ramai mengenai bahaya gigitan si bulus tanpa kita sedari.

K3san luka pada tangan suami Anis selepas operasi amat besar.

“Saya hanya ingin berkongsi pengalaman ngeri dilalui suami saya tapi tak sangka tweet tu tiba-tiba blow up. Saya ingin nasihatkan orang ramai supaya sentiasa basuh tangan selepas pegang kucing tak kiralah kucing tu dah vaksin ke tak. Kalau kena gigitan kucing manja ke tidak, terus jumpa doktor walaupun tak berdarah sebab bakteria pada air liur kucing boleh membawa padah,” katanya.

Selepas insiden itu, Anis berkata dia tidak lagi membela anak kucing tersebut kerana masih lagi ketakutan. “Kucing tu kami dah letak bawah apartmen. Kami dah paranoid sejak kejadian tu. Bila kucing tu buka mulut je kami dah jadi takut.

“Doktor veterinar pun dah terangkan kalau vaksin pun tak guna juga sebab bakteria dah ada dalam badan kucing tu,” katanya. Beberapa individu turut berkongsi pengalaman sama pernah dilalui mereka.

“Dulu abah pernah kena camni. Gurau-gurau dengan dengan kucing yang tengah tidur. Geletek-geletek perut. Memang kami bela kucing tu. Agaknya dia ngantuk sangat diajak gurau, digigitnya tapak tangan abah. Mula-mula tak rasa apa, sakit biasa je. Lama-lama berdenyut. Pergi klinik, ambil injection. Air liur kucing memang bahaya,” kata seorang warganet. Sumber:Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Siapa Sangka Kucing Mengurut Badan Tuannya Ini Merupakan Satu Tabiat. Tapi Rupanya Maksud Di Sebaliknya.

Pasti pemilik kucing pernah nampak atau merasa gelagat si bulus ini. Siapa sangka si bulus ni suka akan menggerakkan tangan mereka seolah-olah sedang mengurut badan kita. Tapi percayakah anda sebenarnya gelagat itu merupakan mempunyai maksud dan sebabnya yang tersendiri. Pasti ramai antara pemilik kucing yang pernah melihat gelagat si comel menggerakkan tangan seakan mengurut. Kadang-kadang urut tuannya, kadang-kadang urut kucing lain. Tahukah anda, sebenarnya gerakan itu mempunyai maksud dan sebab tersendiri.

Antara sebab kucing berbuat sedemikian ialah kerana naluri haiwan tersebut semenjak mereka kecil. Ketika kecil, anak kucing akan menekan-nekan badan si ibu ketika menyusu bagi menggalakkan pengaliran susu. Malah, sebahagian kucing juga akan menghisap bantal, selimut atau baju sehingga mereka dewasa.

Selain itu, gerakan itu juga dikatakan ‘diwarisi’ daripada nenek moyang mereka yang liar. Kucing liar akan menekan-nekan tapak tangan mereka di atas dedaun atau rumput panjang bagi menjadikan sarang untuk mereka berehat. Tindakan itu dipercayai bagi memeriksa seandainya terdapat bahaya yang bersembunyi di dalam timbunan tersebut. Oleh itu, tindakan kucing peliharaan mengurut anda mungkin sebahagian daripada kebiasaan spesies itu yang diwarisi daripada nenek moyangnya yang liar.

Di samping itu, perbuatan kucing ‘mengurut’ turut dikatakan dengan cara mereka menandakan kawasan. Hal ini kerana terdapat kelenjar yang melepaskan feromon pada tapak kaki mereka. Oleh itu, jika ia mengurut anda, mungkin itu adalah amaran buat kucing lain bagi menjauhi anda. Selain itu, ia juga menandakan kucing anda gembira, selesa dan rasa selamat ketika berada dengan anda, seakan bersama ibu mereka. Sumber: Purina.co.uk

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sanggup Bawa Nasi Digaul Ikan Atau Daging Untuk Sembilan Ekor Kucing. Lelaki Ini Kongsi Cerita

Kelihatan lelaki yang dikenali sebagai Baharudin Ahmad memberi makan kepada kucing terbiar di tempat dia bekerja menjaga tandas di Alai, Melaka. Katanya ” Setiap kali saya sampai semua kucing terbiar itu sudah menunggu seperti anak kecil menanti kepulangan ayah,” ujar Baharudin Ahmad,70, yang merupakan penjaga tandas awam di kawasan Ikan Bakar Alai di sini.

Jelasnya, selain membersihkan kemudahan berkenaan, aktiviti memberi makan kucing terbiar itu sudah menjadi rutin hariannya sejak empat tahun lalu.Katanya, sebelum keluar bertugas dia akan memastikan membawa nasi digaul ikan atau daging rebus untuk sembilan ekor kucing jalanan di situ.

Tambahnya lagi, kebiasaan dia bertugas sekitar jam 5 petang dan hanya pulang kira kira 1 pagi mengikut situasi untuk menambah pendapatan harian.”Namun apa yang penting saya dapat berbakti kepada kucing terbiar itu yang setia menanti kehadiran saya.

“Terdapat kira-kira sembilan ekor kucing dan ada ketikanya jumlah lebih banyak,” katanya yang tinggal di Kampung Kandang di sini.Bagaimanapun, dia sentiasa menjaga kebersihan tandas dan memastikan kucing itu tidak mengotori kawasan serta mengganggu orang ramai menggunakan kemudahan itu.

Menurutnya, ketika ini banyak kawasan kedai di situ ditutup ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan setiap petang akan menghantar makanan bagi memastikan haiwan itu tidak kelaparan.Katanya, dia ikhlas memberi makanan haiwan itu kerana menganggap ia juga seperti manusia yang memerlukan perhatian, kasih sayang dan makanan untuk hidup.

Dua Kucing Selalu Mengiau Setiap Jam 3 Pagi. Lepas Jumpa Doktor Dan Jemput Ayah Baru Tahu Punca

Pelik tapi benar. Kucing Sofeah akan mengiau taip kali jam 3 pagi. Bahkan setiap hari lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, Puan Sofeah dan suaminya akan terjaga gara gara dua ekor kucing mereka akan mengiau tak henti hneti.

Jelas wanita berusia 35 tahun ini, dia dan suaminya sebelum ini menetap di Kuantan, namun terpaksa berpindah ke Selangor kerana tuntutan kerja. Kata Sofeah dia bertuah kerana perpindahannya berjalan lancar dan mereka menyewa rumah teres dua tingkat di Puncak Alam.Jelas wanita yang baharu mendirikan rumah tangga Disember lalu, dia dan suaminya turut membawa dua ekor kucing kesayangan ke rumah baharu itu.

“Dua ekor kucing ni (Tommy dan Tuti) memang sudah lama saya bela, sebelum berkahwin lagi. Mereka berdua ni dah macam anak saya sendiri.”Jadi bila nak pindah tu, kami bawa la sekali. Mana boleh tinggal di sana (Kuantan).”Sepanjang minggu pertama kami berada di rumah baru, memang tidak ada kejadian pelik yang berlaku. Namun masuk malam kelapan saya dan suami menjadi ‘huru-hara’ sewaktu tidur.

“Setiap malam, lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, kami terjaga disebabkan bunyi bising kucing mengiau-ngiau.”Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap salah satu sudut ruang tamu di rumah,” Jelas Sofeah, jenuh dia memanggil dua ekor kucingnya itu masuk bilik tidur, namun kedua-duanya tetap berbuat bising dengan terus mengiau seperti berada dalam kesakitan.

“Keesokannya saya membawa mereka ke klinik veterinar, namun doktor memberitahu kedua-dua kucing ni sihat sahaja.”Pada malam seterusnya, sebelum tidur saya membawa mereka masuk bilik tidur bersama. Peliknya pada waktu yang sama, mereka tetap mengiau-giau,”

Berikutan kejadian pelik itu berterusan Sofeah memutuskan untuk panggil ayahnya dari kampung agar datang ke rumah.”Sebaik sahaja sampai, ayah terus melakukan solat sunat di rumah. Pada malamnya kami membuat sedikit majlis doa selamat dan menjemput jiran-jiran berdekatan.

“Selepas sahaja majlis tamat, ada seorang pakcik ni datang berborak dengan suami dan ayah saya.”Pakcik ni jiran selang empat rumah dari kediaman kami. Dia ada beritahu rumah yang saya tinggal itu sudah lama kosong dan tidak pernah ada yang kekal lama di sini.

“Katanya ada sahaja benda pelik berlaku dan pakcik tu cakap pernah dengar wanita mengilai di tengah malam.”Kadang-kadang terdengar bunyi bising walaupun ketika itu tidak ada penghuni,” cerita Sofeah.Selepas berborak panjang dengan jirannya itu, Sofeah dan keluarga mengambil keputusan untuk mencari rumah lain.

“Saya tidak sanggup untuk terus berjaga malam. Kucing-kucing saya pun tidak aktif seperti dulu. Tommy dan Tuti kelihatan takut sepanjang masa.”Saya memberitahu tuan rumah mengenai perancangan kami untuk tamatkan kontrak sewa lebih awal, dan dia bersetuju malah memulangkan semula wang deposit sewa rumah.”Mungkin dia faham situasi yang kami hadapi ini. Peliknya dia tidak bercerita panjang,” akhiri Sofeah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *