Tular sikap penyayang Imam terhadap seekor kucing ini. Sampai sanggup lakukan ini hanya untuk kucing tersebut.

Haiwan kucing Pengetahuan

IMAM Mustafa membenarkan kucing tinggal di dalam kawasan masjid. Dalam satu paparan akhbar tempatan pada 18 Januari 2016 dahulu ada satu laporan yang pastinya bagi sesetengah kalangan kita masih teringat akan sikap penyayang seorang imam di sebuah masjid di Turki.

Menurut laporan itu, imam yang dikenali sebagai Mustafa Efe menunjukkan sikap belas ihsan terhadap kucing sehingga beliau membenarkan kucing tinggal di dalam kawasan masjid. Tindakan beliau menjadi viral di laman sosial dan menjadi tumpuan penggunaan Internet. Sifat prihatin Imam Masjid Hudayi Aziz Mahmud di Turki itu, menjadikan beliau terkenal di laman sosial. Beliau sebelum ini pun sememangnya dikenali ramai sebagai seorang yang amat menyayangi kucing.

Dimuatkan juga laporan imam itu membuka pintu masjid untuk menempatkan kucing yang terbiar, agar haiwan itu boleh berlindung daripada cuaca sejuk. Itu kisah di Turki dan cerita yang serupa juga itu sebenarnya berlaku juga di dalam negara kita. Masih ramai kalangan anggota masyarakat khususnya kaum Muslim yang sanggup meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit menjaga dan memelihara haiwan kesayangan Abu Hurairah itu.

Antaranya, Imam Muslim memetik riwayat yang diberitahu oleh Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah SAW melarang lakukan perkara buruk pada binatang dengan diikat lantas dipanah. Manakala Imam Abu Daud pula mengambil riwayat yang dibawa oleh Ibnu Mas’ud. Kata Ibnu Mas’ud,

“Tatkala kami bersama Rasulullah SAW dalam suatu perjalanan, lalu Baginda menjauh untuk suatu urusan. Tiba-tiba kami melihat seekor burung dengan kedua-dua anaknya. Maka kami mengambil kedua-dua anak burung itu. Seketika kemudian datanglah si ibu burung itu dengan aksi berpusing-pusing. Kejadian itu sempat dilihat Baginda SAW, lantas Baginda pun bertanya, ‘Siapakah yang mempermainkan burung dengan mengambil kedua-dua anaknya itu? Kembalikanlah anak-anak burung kepada ibunya.’

Ibnu Mas’ud menyambung kisahnya dengan memberitahu ketika Rasulullah SAW melihat ada sarang semut yang kami bakar, maka Baginda SAW akan segera bertanya kami, ‘Siapa yang membakar sarang ini?’ Kami secara serentak menjawab, ‘Kami yang membakarnya Wahai Rasulullah.’ Apabila mendengar sahabatnya secara jujur mengaku akan perbuatan itu, lalu Baginda memberikan nasihatnya, “Sesungguhnya tidak seorang pun yang dibolehkan menyeksa dengan api, kecuali pemilik api itu sendiri (Allah).”

Jelas kisah yang diceritakan Ibnu Mas’ud itu menunjukkan apa sahaja tindakan secara zalim dan kekerasan terhadap haiwan ditegah oleh Islam. Baginda SAW memberikan amaran kerasnya dengan bersabda: “Sesiapa yang memisahkan antara induk haiwan dengan anaknya, maka Allah akan memisahkan antara dia dengan orang yang dicintainya pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Imam At-Tirmizi) Sentiasalah ingatkan diri untuk jauhi daripada sikap buruk terhadap haiwan kerana haiwan juga adalah makhluk ciptaan Allah yang perlu disayangi dan diprihatinkan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Gunakan Kotak Samsung Sahaja. Terkini Anda Boleh Buat Rumah Kucing Gunakan Benda Ini

Terdiri daripada banyak faktor yang meyebabkan pencemaran alam mula berlaku. Salah satu faktornya ialah manusia tak amalkan konsep kitar semula. Selalunya lepas beli barangan, kita akan buang sampah tersebut ke dalam tong sampah.

Susulan hal ini, syarikat Samsung yang merupakan syarikat elektronik Korea Selatan telah tampil dengan rekaan terbaru kotak televisyen yang mesra alam dan mesra pengguna. Rekaan terbaru ini membolehkan pembeli boleh mengitar semula kotak tv dengan ubahnya menjadi seakan rumah kucing, rak buku dan meja kecil.

Bagi memudahkan pelanggan, kotak tersebut akan dicetak dengan garisan putus putus untuk memudahkan proses pmotongan. TAmbahan pula, setiap kotak juga akan disertakan dengan arahan manual berkenaan cara untuk membina perabot DIY. Pengguna hanya perlu imbas kod QR pada kotak untuk mengakses arahan manual yang telah diberikan.

Buat pengetahuan, Samsung juga telah bekerjasama dengan Dezeen, sebuah majalah gaya hidup, dan akan memberi hadiah lumayan kepada pelanggan yang kreatif dalam mereka perabot menggunakan kotak mesra alam itu.Lebih mengujakan, pemenang berpeluang memenangi hadiah sejumlah $20,000 dan rekaan yang dipilih akan diletakkan dalam arahan manual pelanggan untuk tatapan pengguna lain.Idea ini dilihat sebagai sesuatu yang menarik dan merupakan satu langkah bijak untuk memelihara alam sekitar.

Kira Kira RM7000 Buat Banglo Khas Untuk Kucing Kesayangan. Wanita Ini Dedah Punca Dia Bina Tempat Khas Itu

Setelah sekian lama mempunyai impian Deena untuk tempatkan kesemua kucing di sebuah banglo akhirnya sudah tercapai. Lazimlah kucing menjadi haiwan pilihan untuk dijaga kerana telatah dan kecomelannya. Selalunya pemilik haiwan akan jaga kucing di dalam rmag atau ditempatkan di tempat khas

Jelas Deena, dia telah memilih untuk tempatkan anak anak kucingnya di dalam sebuah banglo khas demi keselesaan haiwan berkenaan. Sebelum ini, perkongsiannya di FB tentang banglo khas buat anak anaknya mnejadi perhatian warganet

Ujarnya,”Alhamdulillah, rezeki dari Allah… akhirnya anak-anak bulus dapat duduk dalam ‘banglo’. Sponsored by my mother and monitored by my dad. Tolong doakan ibu ayah murah rezeki dan sihat selalu,” demikian tulisnya pada perkongsian tersebut.

Kata Deena , idea asal untuk bina rumah khas untuk kucing peliharaannya dicetskan oleh dirinya sendiri. Kalau nak tahu, Deena memiliki sebanyak 16 ekor kucing yang sebelum ini dutempatkan di ruamh kedua orang tuanya.”Haiwan ini merupakan ‘anak-anak’ saya… memandangkan ada ruang di dalam kawasan rumah, saya minta izin daripada suami terlebih dahulu.

Tambah Deena lagi”Saya mahu haiwan-haiwan ini selesa dan berada dalam keadaan yang bersih. Sebelum ini mereka ditempatkan di dalam sangkar tapi agak sempit, susah pula nak bersihkan. Bila ada tempat yang luas sikit, senang kerja nak bersihkan.”Kebersihan tu perkara penting… kena pastikan supaya bersih dan tidak mengganggu jiran-jiran sekeliling,”

Deena yang memiliki sebuah syarikat berkaitan pembinaan dan juga ejen pelancongan berkata, ‘banglo’ itu mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan.”Saya yang bertanggungjawab membuat lakaran (design). ‘Banglo’ ini ada dua partition (ruang) berasingan, siap dengan tempat bersantai dan juga dipasang jubin.

“Untuk siapkannya, ia menelan kos kira-kira RM7,000. Alhamdulillah, rezeki haiwan-haiwan ini apabila ibu saya yang mahu sponsor kosnya.”Saya rasa terharu sangat sebab Sebelum ini ibu bukanlah seorang pencinta kucing. Ingat lagi dulu masa saya kecil, langsung tak benarkan saya bela.

“Tapi selepas saya mula memelihara dua ekor kucing tiga tahun lalu, ibu bertukar menjadi penyayang kepada haiwan-haiwan ini. Sehinggalah kucing-kucing kami pernah mencecah 30 ekor. Namun kini hanya tinggal 16 saja selepas yang lain sudah tiada akibat sakit,” cerita anak jati Sungai Petani, Kedah ini.

“Alhamdulillah, ada yang terinspirasi selepas saya kongsikan di Facebook. Ada yang tagged pasangan masing-masing. Bagi saya, jika pelihara haiwan, tiada salahnya untuk melabur sedikit untuk mereka.”Kucing bukan saja haiwan peliharaan tetapi dah macam ahli keluarga juga. Kalau ada rezeki lebih, mungkin boleh buat tempat khas untuk kucing mengikut bajet dan kemampuan masing-masing,” sebelum mengakhiri perbualan

Kucing Merupakan Haiwan Yang Sering Menjadi Pilihan Untuk Dibela. Tapi Tahukah Anda Ada 6 Masalah Umum Kesihatan Yang Kerap Dialaminya.

Kucing merupakan salah satu haiwan yang banyak menjadi pilihan manusia untuk dijadikan haiwan peliharaan mereka. Binatang berbulu ini sering mempunyai ragamnya yang akan menarik perhatian setiap pecintanya. Namun, tahukah anda setiap kucing juga boleh mengalami masalah kesihatan tanpa kita sedari. Ini antara beberapa masalah kesihatan yang biasanya dihadapi oleh si bulus anda :

1. Muntah

Muntah merupakan masalah kesihatan yang kerap terjadi pada kucing. Adapun penyebabnya boleh beraneka rupa mulai dari makan makanan yang bahan yang membahayakan, benda yang seharusnya tak dimakan, gangguan saluran kemih, maupun diabetes. Kucing yang terus-terusan muntah bisa mengalami dehidrasi. Jika ia terus muntah serta menunjukkan perilaku tampak gelisah , sebaiknya segera hubungi doktor haiwan Anda.

2. Penyakit saluran kemih bagian bawah

Sebanyak 3 peratus kucing yang ditemui doktor mengalami penyakit saluran kemih bagian bawah atau kerap disebut dengan Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD). Ianya tidak mengenali jantina mahupun kucing jantan ataupun betina. Ianya tetap boleh mengalami penyakit ini. Selain itu, kerap terjadi pada kucing dengan berat badan yang berlebih.

Selain itu keadaan kucing yang mengalami tekanan yang teruk juga boleh mengalami sakit ini. Beberapa gejala FLUTD pada kucing meliputi urin yang mengeluarkan cecair merah, buang air kecil di tempat yang tidak biasa, kurang nafsu makan, muntah, sering menjilati area untuk berkemih,susah mengeluarkan urin , dan terlihat mengalami tekanan yang teruk.

Jika itu terjadi, perkara ini boleh menjadi lebih serious. Segera konsultasikan dengan doktor haiwan jika anda curiga dengan keadaan kucing Anda mengalami FLUTD.

3. Kutu

Kucing berkutu merupakan masalah kesehatan kucing yang paling sering terjadi. Tanda-tanda kucing kutuan diantaranya adalah adanya kotoran kutu di kulit yang terlihat seperti titik-titik hitam kecil. Selain itu, ia berkali-kali menggaru tubuhnya secara terus menerus. Sering menjilat, kulit merah atau teriritasi, bulunya yang gugur dan timbulnya infeksi kulit. Kucing yang mengalami kutuan berisiko anemia jika masalahnya tidak ditangani dengan serius. Malah ianya harus dipandang serious dan teruk berjumpa dengan doktor haiwan untu mengambil ubat yang betul untuk menghilanga kutu di badannya. Secara amnya, perawatan untuk menghilangkan kutu ini adalah denga menggunakan ubat oral mahupun ubat luar

4. Cacing pita

Masalah kesihatan lain pada kucing adalah cacingan. Cacing pita boleh hidup di usus kecil kucing dan kadang tumbuh hingga 2 kaki. Gejala yang boleh dilihat pada kucing yang menderita cacingan adalah muntah dan terjadinya penurunan berat badan. Anda juga boleh melihat pada anus maupun kotorannya. Biasanya cacing pita keluar dari anus saat kucing sedang tidur atau bersantai. Jika Anda melihat cacing putih kecil seperti parutan kelapa maka kemungkinan besar kucing Anda menderita cacingan. Pilihan ubat umumnya merupakan suntikan, oral mahupun topikal (obat luar). Tapi kerana cacingan yang diderita kucing akibat menelan kutu, maka sebaiknya selesaikan dulu masalah kutu pada kucing Anda.

5. Diare

Kucing bisa mengalami diare layaknya manusia. Beberapa penyebab diare pada kucing diantaranya adalah akibat parasite usus, makanan busuk, alergi, infeksi, penyakit hati, kanker, dan masih banyak lagi. Keadaan diare pada kucing boleh berlangsung selama sehari, seminggu hingga berbulan-bulan. Apabila kucing mengalami diare maka berikan ia air tawar segar dan bersih untuk mencegah terjadinya dehidrasi. Serta ganti makanan kucing jangan lebih dari 12 hingga 24 jam. Bawalah kucing ke doktor ketika kucing mengalami diare disertai muntah, tinja yang mengeluarkan cecair bewarna merah atau berwana gelap, demam, lesu, kehilangan nafsu makan mahupun diare berkepanjangan.

6. Masalah mata

Beberapa masalah mata yang muncul pada kucing umumnya adalah konjugtivitis, ulkus kornea, katarak, glaucoma, trauma, virus peradangan dan penyakit retina. Beberapa gejala kucing Anda mengalami penyakit pada matanya adalah mata berair, bulu mata tampak berair, mata keruh, lapisan kelopak mata merah atau putih, bercak di sudut-sudut mata, menyepitkan mata, terus-terusan menggosok mata mahupun munculnya kelopak mata ketiga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *