Mula mula pasangan ini niat untuk membela seekor kucing parsi dengan harga ini. Sekali tak sangka hajatnya berubah seperti ini pula.

Haiwan kucing Viral

Perniagaan online sudah menjadi satu tabiat pada masa kini. Mudah, pantas dan yang penting barangan tersebut dihantar terus di depan pintu! Jangan tak percaya kalau binatang peliharaan seperti kucing pun ada orang jual secara online. Namun ianya menjadi isu apabila ada sesetengah peniaga online yang tidak bertanggungjawab, menipu si pembeli sehingga terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit. Kini ada sepasang suami isteri ditipu oleh peniaga online.

Mencari kawan untuk kucing

 Syarifah Mazura Syed Mahathar bersama suami merancang untuk memelihara seekor kucing lagi untuk dijadikan kawan kepada kucing mereka. Kami sudah ada seekor kucing dan rancanganya nak cari lagi untuk dijadikan teman yang ada di rumah tu. Tanpa diduga kami terlihat satu iklan di Facebook daripada penjual kucing. Laman itu hanya minta saya tinggalkan nombor telefon untuk dihubungi.

Bukan nombor Malaysia

Tengok pada nombor, bukan dari Malaysia. Tetapi kami tidak berapa mengambil ‘port’ memandangkan tawaran harga seekor anak kucing Parsi sangat murah. Bermula dengan harga RM800, akhirnya kami dapat dengan hanya RM200. Pemilik yang menjual kucing itu bernama ‘Bayuandikasitinjak’ telah menghubungi kami dan memberitahu ‘update’ proses menghantar anak kucing itu ke alamat yang diberikan.

Suatu hari seseorang menghubungi dari ‘Badan Kerantina Pertanian’, Batam mengatakan saya perlu membayar cukai untuk penghantaran ke Lapangan Terbang Senai menerusi penerbangan AirAsia. Katanya kalau tidak membuat pembayaran deposit sebanyak RM1,500, kucing itu akan ditahan. Katanya lagi, pihaknya hanya mengambil bayaran sebanyak RM50 daripada jumlah itu dan akan dikembalikan bakinya.

Jadi kami tanpa berfikir, suami terus membuat transaksi pembayaran ke sebuah bank Indonesia. Selepas itu kami sekali lagi menerima panggilan telefon mengatakan dari Jabatan Perhilitan Kuala Lumpur memberitahu saya perlu membayar deposit perlindungan sekali lagi sebanyak RM1,500 untuk jenis kucing itu dan akan mendapat balik RM1,450 seperti bayaran di Batam.

Kucing tak dapat, duit deposit lesap

Menurut beliau, mereka di paksa untuk datang ke Ibu Negara untuk mengambil kucing tersebut. Saya terus menelefon perhilitan dan mendapat tahu apa yang diperkatakan itu adalah tidak benar. Apabila diberitahu kepada pemanggil itu, dia cuma cakap saya tidak akan terima kucing itu jika tidak membuat bayaran. Malah saya juga dipaksa untuk datang ke Kuala Lumpur mengambil kucing.

Kami bertegas tidak mahu ke KL kerana sibuk dengan kerja masing-masing dan dia berjanji akan hantar ke rumah. Dan wang deposit sebanyak RM3,000 akan dikembalikan pada hari berikutnya. Namun selepas beberapa hari menunggu, kami sedar sudah ditipu.

Saya cuba menghubungi penjual kucing itu, dan dia seperti berlakon terkejut apabila mengetahui kucing belum sampai. Saya yakin dia dan pemanggil dari Batam dan Perhilitan itu adalah ‘geng’ mereka

Buat laporan polis

Selepas kejadian tersebut beliau dan suami membuat laporan polis. Tambahnya lagi, beliau berasa serik dan akan hanya berurusan dengan peniaga tempatan sahaja. Terlalu mudah percaya dengan tawaran murah, kami ditipu. Walhal suami saya seorang yang berhati-hati dalam bab ini.

Saya berharap pengguna Facebook tidak mudah percaya dengan apa sahaja yang dijual dari luar negara. Lebih baik berurusan dengan penjual-penjual tempatan kerana kalau apa-apa berlaku kita boleh kesan mereka dengan lebih mudah. Serik. Lepas ini saya mahu cari kucing yang di jual dalam negara sahaja. Sumber: Mstar Online

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ada Banyak Kelebihan Dari Segi Kesihatan Kalau Jaga Kucing. Berikut Antara Kebaikan Menjaga Kucing

Percaya atau tidak, ramai sebenarnya tidak mengetahui tentang kebaikan menjaga kucing. Berdasarkan laman FB Public Health Malaysia, ada beberapa kajian yang telah membuktikan bahawa kucing mampu membuktikan kucing mampu memberi manfaat kepada kesihatan manusia.

“Kajian yang yang dilakukan kepada lebih 4000 individu selama tempoh 10 tahun menemui pemilik kucing mempunyai 30 peratus risiko yang lebih rendah untuk mendapat sakit jantung dan str0k berbanding individu yang tidak membela kucing.

“Penjelasan disebalik penemuan kajian ini adalah berkaitan dengan pengurangan gejala stress dan kebimbangan serta kawalan tekanan drah yang lebih baik.”Individu yang membela kucing juga kurang rasa keseorangan dan mempunyai mood yang lebih baik,” kata pengendali akaun tersebut.

Tambahnya, kucing adalah haiwan peliharaan yang setia dan manja”Jika anda tidak mempunyai kucing, menonton video kucing di internet juga telah terbukti dapat meningkatkan tenaga dan menjana emosi yang positif,” katanya.

Pelik Kucing Selalu Tidur Kat Bahagian Kaki. Ternyata Ini Punca Kucing Lebih Suka Tidur Di Bahagian Kaki

Admin nak tanya kepada pencinta kucing yang tengah baca ni. Korang mesti perasan kan kucing peliharaan korang ada perangai pelik yangs ebenarnya dah lam korang perhatikan.

Antaranya ada yang suka bergumpal dalam pakaian tuannya, ada yang suka menunggu di hadapan pintu bilik mandi dan sebagainya.Namun, satu persamaan kucing-kucing ini adalah banyak antara mereka gemar tidur bersama tuannya di atas katil, terutamanya berhampiran kaki.

Menurut kenyataan Vets Explain Pets, kucing cenderung berada berhampiran dengan orang yang menjaganya. Sebagai contoh, ia akan suka ‘menempel’ dengan individu yang memberi makan serta memenuhi keperluan lain bagi dirinya.Pun begitu, soalnya, kenapa ia memilih untuk tidur pada bahagian kaki dan bukan lebih dekat seperti badan anda?

Hal ini kerana ia dipercayai mengelak daripada ‘terprangkap’ sama ada dari pelukan pemilik mahupun timbunan selimut atau bantal yang mungkin mengganggu pergerakannya.Tambah portal itu, tidur pada bahagian kaki memberi kucing ruang untuk bergerak bebas serta berada dalam keadaan sedia. Ia juga dipercayai bagi memudahkan kucing untuk melihat sesiapa yang keluar atau masuk ke bilik sebagai langkah melindungi pemiliknya.

Seterusnya, tidur berhampiran manusia pada waktu malam juga dapat memberi kehangatan pada kucing, membuatkan ia lebih selesa.Anda mungkin berfikir, kucing anda manja dan suka berdampingan dengan anda. Namun jangan lupa, sebagai haiwan territ0rial, mereka mungkin berfikir anda yang menumpang katilnya.

Kucing Ini Sering Mengiau Pukul 3 Pagi Dan Ganggu Pemiliknya Tidur. Sekali Ada Yang Cuba Dia Nak Sampaikan.

Kucing Sofeah akan mengiau setiap kali pukul 3 pagi. Setiap hari lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, Sofeah Razak dan suaminya akan terjaga kerana dua ekor kucing mereka akan mengiau-ngiau tak henti-henti.

Menurut wanita berusia 35 tahun ini, dia dan suaminya sebelum ini menetap di Kuantan, namun terpaksa berpindah ke Selangor kerana tuntutan kerja. Jelas Sofeah, dia bertuah kerana perpindahannya berjalan lancar dan mereka menyewa rumah teres dua tingkat di Puncak Alam.

Dua minggu bertahan

Jelas wanita yang baharu mendirikan rumah tangga Disember lalu, dia dan suaminya turut membawa dua ekor kucing kesayangan ke rumah baharu itu. “Dua ekor kucing ni (Tommy dan Tuti) memang sudah lama saya bela, sebelum berkahwin lagi. Mereka berdua ni dah macam anak saya sendiri. Jadi bila nak pindah tu, kami bawa la sekali. Mana boleh tinggal di sana (Kuantan).”

“Sepanjang minggu pertama kami berada di rumah baru, memang tidak ada kejadian pelik yang berlaku. Namun masuk malam kelapan saya dan suami menjadi ‘huru-hara’ sewaktu tidur. Setiap malam, lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, kami terjaga disebabkan bunyi bising kucing mengiau-ngiau. Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap salah satu sudut ruang tamu di rumah,” kongsinya.

Jelas Sofeah, jenuh dia memanggil dua ekor kucingnya itu masuk bilik tidur, namun kedua-duanya tetap berbuat bising dengan terus mengiau seperti berada dalam kesakitan.

Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap sudut ruang tamu di rumah.

“Keesokannya saya membawa mereka ke klinik veterinar, namun doktor memberitahu kedua-dua kucing ni sihat sahaja. Pada malam seterusnya, sebelum tidur saya membawa mereka masuk bilik tidur bersama. Peliknya pada waktu yang sama, mereka tetap mengiau-giau,” ujar Sofeah.

Panggil ayah

Susulan kejadian pelik itu berterusan Sofeah memutuskan untuk panggil ayahnya dari kampung agar datang ke rumah. “Sebaik sahaja sampai, ayah terus melakukan solat sunat di rumah. Pada malamnya kami membuat sedikit majlis doa selamat dan menjemput jiran-jiran berdekatan. Selepas sahaja majlis tamat, ada seorang pakcik ni datang berborak dengan suami dan ayah saya.

“Pakcik ni jiran selang empat rumah dari kediaman kami. Dia ada beritahu rumah yang saya tinggal itu sudah lama kosong dan tidak pernah ada yang kekal lama di sini. Katanya ada sahaja benda pelik berlaku dan pakcik tu cakap pernah dengar wanita mengilai di tengah malam. Kadang-kadang terdengar bunyi bising walaupun ketika itu tidak ada penghuni,” cerita Sofeah.

Pindah rumah

Selepas berborak panjang dengan jirannya itu, Sofeah dan keluarga mengambil keputusan untuk mencari rumah lain. “Saya tidak sanggup untuk terus berjaga malam. Kucing-kucing saya pun tidak aktif seperti dulu. Tommy dan Tuti kelihatan takut sepanjang masa. Saya memberitahu tuan rumah mengenai perancangan kami untuk tamatkan kontrak sewa lebih awal, dan dia bersetuju malah memulangkan semula wang deposit sewa rumah. Mungkin dia faham situasi yang kami hadapi ini. Peliknya dia tidak bercerita panjang,” akhiri Sofeah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *