Difahamkan tren tergendala lepas dapat tahu ada kucing enggan turun dari bumbung. Sekali ini yang berlaku

kucing

Sebelum ini tular tentang seekor kucing yang membuatkan sebuah pesawat terpaksa buat pendaratan. Almaklumorang yang bela kucing je tahu telatah pelik si kucing ni. Dan kali ini kucing lain pula buat hal sampaikan perjalanan sebuah kereta api di UK terpaksa ditangguhkan selama lebih dua jam.

Menurut portal di sana, kucing itu enggan turun dari bumbung tren tersebut dan difahamkan staf stesen kereta api terpaksa ambil masa yang lama untuk pujuk kucing turun. Dikatakan kejadian tersebut berlaku di stesen kereta api Euston setengah jam sebelum tren dijadualkan berlepas. Tambahan pula tren itu sepatutnya ke Manchester pada jam 9 malam.

Susulan kejadian itu, kesemua penumpang juga dipindahkan ke tren lain untuk teruskan perjalanan ke destinasi masing masing bagi memberi laluan kepada operasi menyelamat. Kata staf, mata kucing itu terbeliak dan nampak takut sebab berasa dekat dengan arus vltn elktrik yang digunakan untuk gerakkan pengangkutan awam tersebut.

Jeelas pengurus stesen, Kami selalu berdepan dengan masalah burung di dalam stesen namun sepanjang saya bekerja di sini, ini lah kali pertama ada masalah kucing,” kata Joe Hendry. Tak lama kemudian, kucing terbabit akhirnya diselamatkan lepas tong sampah diletakkan di tepi gerabak untuk dijadikan tangga oleh haiwan itu.

Tular Abam Bomba Raih Perhatian Warganet Setelah Tampil Selamatkan Kucing Ini. Rupanya Ini Yang Berlaku Pada Kucing Tersebut.

Video melibatkan anggota bomba ini pernah tular pada tahun lalu dan sekali lagi mendapat perhatian dunia. Masih ingatkah anda kisah anggota bomba yang berjaya menyelamatkan seekor kucing selepas terperangkap dalam kebakaran rumah sekitar Ogos tahun lalu?

Kisah itu bukan sahaja tular di Malaysia, malah ia turut mendapat perhatian masyarakat antarabangsa biarpun sudah lama berlalu. Terbaharu, laman pencinta haiwan The Dodo turut berkongsi semula video itu kepada hampir dua juta pengikut mereka di Twitter.

Berdurasi tiga minit dengan suntingan infografik ringkas dan menarik, video yang dimuat naik oleh laman yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu sehingga kini menerima lebih 200,000 tontonan. Malah, posting itu turut dihujani komen-komen pujian dari serata dunia atas kecekapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Posting The Dodo yang menerima perhatian ramai.

“Ia (anak kucing) tak mahu lepaskan penyelamatnya. Terima kasih. Buat saya sedar masih ada hero di dunia ini. Oh tuhan. Kesiannya anak kucing kecil. Gembira ia selamat,” tulis beberapa pelayar Twitter.

Untuk rekod, kejadian itu berlaku di sebuah rumah dekat Taman Sutera Idaman, Sungai Petani Kedah. Dalam video tular itu, seorang pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Muhamad Amirul Arifin tidak berputus asa melakukan bantuan pernafasan (CPR) sehingga haiwan berkenaan mengeluarkan suara.

The Dodo merupakan laman pencinta haiwan yang popular di peringkat global.

Kucing itu dilihat turut dirawat dengan diletakkan ubat serta diselimutkan bagi membantu proses penyembuhan. Dalam kejadian itu, anak kucing berkenaan terperangkap dalam bumbung rumah hingga keadaannya lemah selepas dikeluarkan oleh anggota bomba.

Bagi pengguna media sosial, mereka pastinya sudah terbiasa melihat posting melibatkan pelbagai jenis haiwan di serata dunia oleh The Dodo. Selain Twitter, ia turut memiliki laman web sendiri serta Instagram dengan jumlah pengikut seramai lapan juta.

Pilih Untuk Selamatkan 14 Ekor Ular Berbanding Harta Benda Yang Lain. Perkongsian Wanita Ini Secara Tak Langsung Meraih Perhatian Ramai

Rakyat Malaysia bukan sahaja menghadapi wabak pandemik COVID-19 yang semakin hari semakin meningkat malah masyarakat juga terpaksa berhadapan dengan situasi banjir kilat yang berlaku di beberapa buah negeri. Sudah tentu situasi banjir kilat menyebabkan ramai orang mengalami kerugian yang besar kerana dinaiki air.

Namun lain pula dengan seorang wanita yang telah berkongsi satu gambar di laman Facebook miliknya di mana dirinya memilih untuk menyelamatkan 14 ekor ular yang didakwa miliknya berbanding harta benda yang lain.

Menerusi perkongsian wanita yang bernama Norshiyam Zakaria, ia menunjukkan keadaan rumahnya yang ditnggelami air akibat banjir yang berlaku baru-baru ini. Gambar yang dimuat naik itu membuatkan para warganet yang melihatnya berasa terkejut sehingga menimbul persoalan dan tanda tanya.

Walau bagaimanapun, wanita tersebut mendakwa bahawa ular sawa kelabu berkenaan adalah kegunaan untuk menjaga kebun dan ia merupakan patung mainan semata-mata. Dirinya mengambil keputusan untuk menyelamatkan 14 ekor ular miiknya kerana dikhuatiri akan mengejutkan penduduk kampung.

Difahamkan, patung ular tersebut adalah pembeliannya melalui aplikasi Shopee. Rata-rata warganet yang melihat gambar tersebut tidak melepaskan peluang untuk memberi pandangan dan juga komen mengenai hal itu.

Dua Ekor Sahaja Dapat Diselamatkan Dan Satu Pergi Buat Selamanya. Pakcik Ini Sanggup Lalui Banjir Paras Pinggang Demi Selamatkan 2 Ekor Kucing

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.Kejadian banjir yang melanda di beberapa negeri termasuk di Pahang ini tinggalkan impak yang mendalam kepada penduduk setempat.Kita boleh lihat, selain kerosakan harta benda, kisah haiwan peliharaan yang sudah tiada akibat lems turut menyentuh hati ramai.Berkongsi tentang peristiwa yang menyayat hati ini, seorang pencinta kucing yang dikenali sebagai Abang Aziz Raub berkongsi detik-detik dia berjaya selamatkan kucing kesayangannya.

Namun, katanya hanya dua ekor sahaja berjaya diselamatkan, lagi seekor telah tiada hnyut dek kerana banjir teruk.“Sempat selamat dua ekor jer sekor lagi dibawa arus hnyut, AllahuAkbar”Siapa yang tidak sedih melihat haiwan-haiwan kesayangan pergi kan, pilu rasa hanya Allah saja dapat membalas kebaikan pakcik ini.

Jualan Kurang Dapat Sambutan Semasa Awal Perniagaan. Wanita Ini Daripada Bukan Peminat Kucing Terus Jadi Ibu Angkat Kepada Si Bulus Jalanan

Wanita bernama Siti Rabiyatul tidak pernah lokek menjamu kucing jalanan dengan sup ayam, setiap hari.BUKAN seorang peminat atau pencinta kucing pada awalnya, namun siapa sangka wanita ini akhirnya menjadi ‘ibu angkat’ kepada berbelas-belas ekor anak bulus jalanan.

Malah, wanita ini juga langsung tidak lokek atau merasa rugi mengeluarkan belanja bagi menyediakan makanan untuk si bulus setiap hari.Sebagaimana perkongsian yang dimuat naik di Facebook, wanita ini berkongsi rutinnya menyediakan hidangan istimewa berupa sup ayam buat haiwan berkenaan setiap hari sebelum keluar berniaga.

“Rutin seorang mak angkat kucing, setiap hari sebelum pergi niaga Bubur Ayam Malique mesti mak bersilat dekat dapur dulu buatkan sup anak-anak untuk pastikan anak-anak dalam dan belakang rumah tak kelaparan,” demikian tulisnya pada perkongsian yang dimuat naik di halaman Kucing Sepahkan Apa Hari Ini.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang dikenali sebagai Siti Rabiyatul berkata, dia mula ‘konsisten’ menyediakan hidangan buat kucing jalanan di sekitar rumahnya sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lalu.”Saya mula konsisten bagi mereka makan sup ayam semenjak saya mulakan perniagaan makanan ketika awal PKP. Awalnya saya hanya beri sisa makanan dan biskut.

“Semenjak niaga saya merasakan satu kerugian untuk saya buang segala sisa selepas mencuci ayam. Jadi saya rebus organ dalaman ayam dan berikan kepada stray cat di belakang rumah,” katanya kepada mStar.Siti Rabiyatul akan menyediakan sup ayam untuk ‘anak-anak angkatnya’ sebelum dia keluar berniaga.

Bermula dengan hanya beberapa ekor kucing, lama kelamaan jumlah haiwan itu makin bertambah dan kini Siti Rabiyatul sudah menjadi ‘ibu angkat’ kepada 16 ekor anak bulus jalanan.”Portion makanan yang saya hidangkan juga bertambah dari satu kilogram hingga empat kilogram organ ayam termasuk hati, kaki, pedal, leher, perut, jantung serta satu kilogram isi ayam.

“Sup ayam direbus kosong dengan tambahan seketul kiub ayam sahaja. Mereka sangat gemar dengan kuah sup tersebut. Kucing kucing itu akan berkumpul di belakang rumah seawal 10 pagi, kalau lambat semua tenung macam nak telan,” katanya berseloroh.Mengusahakan perniagaan Bubur Ayam Malique di Kebayan Taman Cendana, Pasir Gudang, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata rutin yang dilakukan sejak sembilan bulan lalu itu ternyata memberikannya kepuasan kerana dapat berkongsi rezeki sesama makhluk.

Kucing-kucing jalanan ini akan menunggu di rumah Siti Rabiyatul seawal pukul 10 pagi setiap hari.“Semasa awal perniagaan, jualan saya agak kurang sambutan. Saya selalu berikan sisa ayam goreng yang tak terjual kepada kucing dan anjing jalanan.

“Dari situ perniagaan saya mula mendapat sambutan dan mampu bertahan sehingga kini. Alhamdulillah, saya yakin rezeki yang saya terima, ada terselit rezeki untuk mereka juga,” katanya.Menurut wanita berusia 26 tahun ini, dia bukanlah seorang peminat kucing namun ia bertukar sebaliknya sejak melahirkan anak pertama.

“Waktu saya mengandungkan anak pertama pada 2015, saya mula minat dengan kucing. Saya mula bagi makan dan bermain dengan kucing.”Sehingga sekarang, anak saya dah berusia empat tahun dan dia sentiasa ada bekalan makanan kucing seperti biskut. Ke mana mana saja kami pergi, anak saya akan bagi makan pada setiap kucing jalanan yang dia jumpa.

“Sekarang kami ada 10 ekor kucing belaan berbaka British Short Hair dan Domestic Long Hair. Sejak mula berniaga, saya hantar pulang ke kampung untuk jaga kualiti dan kebersihan dalam pengurusan makanan yang saya jual.Siti Rabiyatul meniaga bubur ayam dan ayam goreng sejak PKP, Mac lalu.“Sehingga sekarang hanya ada dua ekor saja kucing belaan di rumah iaitu kucing kesayangan anak saya,” katanya.

Tidak menyangka mendapat reaksi dan maklum balas positif warganet sejak memuat naik perkongsian berkenaan, Siti Rabiyatul turut menitipkan nasihat kepada masyarakat agar tidak lupa berbagi rezeki sesama mahkluk.”Bersedekahlah kepada manusia mahupun haiwan mengikut kemampuan. Mungkin takkan kaya tapi InsyaAllah rezeki itu akan sentiasa ada untuk kita,” katanya lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *