Dikenali sebagai Oyen. Ternyata ini beberapa fakta menarik tentang Oyen yang ramai tak tahu

kucing

Macam yang kita semua tahu, kucing yang berwarna oren atau lebih dikenali dengan gelaran si oyen terkenal dengan sifatnya yang suka buat hal dan secara tak langsung raih perhatian ramai. Mungkin bagi pencinta kucing, sudah mengetahui beberapa fakta tentang si oyen dan ada sesetengah yang masih belum tahu sepenuhnya. Oleh itu, ini antara fakta yang anda perlu tahu

Pertama, satu daripada lima kucing berwaran oren adalah betina.Berdasarkan portal litter robot, para saintis dangat yakin bahawa waran oren itu muncul daripada gen yang berkaitan dengan jantina,, dengan kromosom X bertanggungjawab bagi pewarnaan oren. Demikanlah kerana betina memiliki dua X manakala jantan memiliki XY, kucing jantan hanya perlukan gen oren daripada ibunya untuk jadi warna oren

Kedua, Tabby oren bukan keturunan. Bahkan pencinta kucing sendiri tidak tahu bahawa “tabby” merujuk kepada tanda corak tertentu, bukan jenis (dan tanpa mengira warna). Menurut litter-robot, perkataan itu sendiri diambil dari fabrik sutera yang dibuat berhampiran Baghdad. Kucing tabby mempunyai jalur kerana gen agouti. Semua kucing oren adalah tabby, tetapi tidak semua tabby berwarna oren.

Ketiga, warna oren lebih cenderung dijumpai pada baka kucing tertentu.Menurut litter-robot, warna oren pada kucing biasanya terdapat pada baka kucing parsi, Munchkin, American Bobtail, British Shorthair, Bengal, Maine Coon, Abyssinian, dan Egyptian Mau.

Terakhir sekali. ia cenderung mempunyai bintik hitam. Berdasarkan litter-robot, bintik-bintik ini akan tumbuh di sepanjang muka tabby, terutamanya di sekitar gusi, bibir atau hidung. Mereka kebiasannya tidak berbahaya, namun jika terdapat sebarang perubahan pigmentasi haruslah dibawa periksa oleh doktor haiwan anda.

Oyen Kini Mendapat Perhatian Sewaktu Pandemik Ini. Siap Disediakan Sesuatu Ini Untuk Pemilik Oyen.

Kini kucing oyen sering menarik perhatian warganet dengan ragamnya yang sentiasa menghiburkan hati warganet. Malah, kucing tersebut siap digelarkan oyen untuk menunjukkan kucing bewarna oren yang sering menunjukkan perangai peliknya itu.

Mungkin tidak tahu nak buat apa lagi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, terus keluar satu group di Facebook yang khusus untuk pecinta oyen ini.

Halaman ‘Oyen Buat Hal Apa Hari Ni?’ menjadi tempat pemilik Oyen berkongsikan perangai kucing mereka kepada pengguna media sosial yang lain. Lucunya di sini, banyak hantaran dan perkongsian yang dimuat naik oleh warganet tentang telatah Oyen mereka. Ada yang perangai bossy, bergaduh dengan ekor sendiri, dan ada juga yang tolong kambuskan tahi kucing lain. Macam-macam hal! Berikut adalah beberapa perkongsian berkenaan Oyen dalam halaman ini:

Rata-rata pengguna media sosial yang turut serta dalam halaman ini adalah pencinta kucing. Jika sebelum ini anda melayari YouTube untuk memenatkan mata sebelum tidur, sekarang group Facebook ini boleh dijadikan sebagai pilihan! Korang ada Oyen dekat rumah? Join group ni cepat!

Pasti Setiap Pemilik Kucing Pelik Ketika Kucing Anda Berubah Jadi Agresif Atau Marah. Ini Sebabnya Yang Tak Dijangka.

Ada pelbagai sebab yang menyebabkan kucing kesayangan anda dalam ‘bad mood’. Perwatakan kucing yang berubah-ubah kadang kala susah untuk dikenal pasti apakah sebabnya. Tahukah anda adalah penting untuk pencinta haiwan atau pemilik si bulus untuk mengenal pasti tingkah laku haiwan kesayangan mereka terlebih dahulu agar mudah untuk mengesan perubahannya.Namun, kebiasaannya perubahan yang berlaku pada si bulus adalah daripada mesra, manja tiba-tiba mereka akan menjadi agresif dan mengeluarkan suara berbentuk komunikasi tidak normal atau erti kata lain sedang marah, berasa tidak selesa atau sebagainya.

Kajian daripada seorang doktor haiwan iaitu Katrina Warren mendapati terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan si bulus tiba-tiba menjadi pemarah. Antara empat sebab si bulus boleh bertukar menjadi pemarah adalah:

1. Masalah kesihatan

Umumnya, kecendurungan paling tinggi si bulus marah adalah disebabkan mempunyai simptom-simptom tidak sihat seperti mempunyai virus atau kurap, keguguran bulu dan sebagainya. Daripada menahan kesakitan ini si bulus akan mengalami beberapa perubahan antaranya menjadi garang atau pemarah, berkelakuan agresif dan ada kalanya mereka bersembunyi. Jika anda rasa ini adalah puncanya, cepatlah bawa berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

2. Perubahan situasi

Selain itu, kucing juga kurang senang apabila ditukarkan daripada satu tempat ke tempat lain. Erti kata lain mereka sukar untuk menyesuaikan diri dengan tempat baharu. Oleh itu, mereka akan bertindak agresif, mengeluarkan bunyi bising ataupun ada juga perbuatan mencakar untuk menunjukkan tanda tidak selesa. Apa yang perlu anda lakukan jika berdepan situasi ini adalah sediakan tempat yang selesa buatnya dan sering memberi perhatian lebih kepada haiwan kesayangan anda itu.

3. Kehadiran haiwan lain

Seperti yang kita sedia maklum si bulus mudah berasa terancam apabila berdepan dengan haiwan lain terutamanya kucing juga. Terdapat beberapa kajian mendapati bahawa mereka ini akan mempunyai perasaan takut tempat mereka diserang oleh kucing lain. Hal ini akan menyebabkan si bulus marah dan timbulnya pergaduhan antara kucing.

4. Personaliti

Bagaimanapun, ada juga si bulus yang sememangnya mempunyai perilaku yang cepat marah gara-gara tidak suka disentuh atau dibelai. Kebanyakkan kucing seperti ini mereka kurang manja dengan manusia sejak dari kecil. Mereka ini suka buat hal sendiri dan selesa dengan cara begitu. Cara mudah anda ingin membentuknya menjadi lebih baik adalah banyakkan bermain dengannya bagi mewujudkan kemesraan dan membangunkan kepercayaan diri mereka.

Kucing Kesayangan Acap Kalli Gerakkan Telinga. Ternyata Ini Maksud Tersirat Di Sebalik Pergerakan Itu

Mesti korang pelik kan tiba tiba sahaja kucing kesayangan anda gerakkan telinga. Untuk pengetahuan anda,kucing adalah antara salah satu haiwan yang bijak meluahkan perasaan melalui komunikasi dan bukan lisan. Namun begitu,tak ramai yang menyedarinya.

Percaya atau tidak memelihara kucing akan memberikan anda pengalaman bagi memahami emosi dan perasaan kucing itu dengan lebih mendalam. Besar kemungkinan ramai yang perasan kucing suka untuk gerakkan telinganya dan ramai yang tak memahami maksud tersirat oleh haiwan ini.

Pertama, menunjukkan perasaan ingin tahu. Buat pengetahuan anda, apabila seekor kucing gerakkan telinganya ke hadapan, ia menunjukka satu daya tarikan. Ia juga sebagai sumber mencari suara yang menarik perhatian kucing selain mengumpulkan informasi

Kedua, perasaan gelisah. Sekiranya kucing anda berasa rasa terancm, kucing anda kaan gerakkan telinganya ke bahagian tepi. Sekiranya kucing anda berbuat sedemikian, ia bermaksud kucing anda sedang menahan suara yang menganggunya.

Ketiga, ia merasa terganggu. Terkadang telinga kucig kesayangan anda bergerak gerak bermaksud mereka terasa terganggu. Sekiranya ia menggetarkan telinganya, ia bermaksud ia sedang berhadapan dengan stimulasi yang tinggi dan ia boleh menyebabkan kucing anda menyerng kucing atau orang lain.

Terakhir sekali, berasa takut. Ada juga yang mengatakan bahawa pergerakan telinga dekat arah kepala membawa maksud mereka ketakutan atau marah. Malahan ada yang berpendapat bahawa mereka sudah bersedia untuk diserng oleh kucing lain

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *