Kucing tampil berani untuk selamatkan 10 orang lelaki yang takutkan tikus. Sekali si bulus ini siap dapat upah lagi.

Haiwan Kehidupan Keluarga kucing

Setiap isi rumah pasti pernah merasakan pengalaman bila terjumpa dengan tikus ataupun serangga perosak. Jadi disebabkan itulah ramai memilih untuk membela kucing, sebab selalunya tikus takut kucing. Baru-baru ini, seekor kucing telah menjadi wira kepada 10 orang lelaki, apabila dia berjaya menangkap seekor tikus yang didiami oleh lelaki-lelaki tersebut.

Tom juga yang boleh harap

Menerusi perkongsian di Twitter oleh salah seorang daripada 10 lelaki tersebut yang dikenali sebagai Syafiq, kucing hebat itu diberi nama Tom. Dalam video tersebut, jelas sekali Syafiq dan rakan-rakan serumahnya sangat geli dengan tikus tiba-tiba muncul di dapur rumah sewa mereka.

Sebagai reward, Tom dapat tidur atas katil

Kecoh satu rumah disebabkan seekor tikus, mujurlah mereka memiliki Tom yang akhirnya berjaya menangkap tikus tersebut dengan mudah sekali. Sebagai balasan, mereka memberi kebenaran kepada Tom untuk tidur di atas katil.

Tom memang handal tangkap tikus

Rupanya, kucing peliharaan mereka yang bernama Tom itu sememangnya handal dalam menangkap tikus, sekejap sahaja dia boleh membunuh tikus.

Video tersebut sehingga kini sudah mendapat satu juta tontonan, rata-rata netizen geli hati melihat 1o orang jejaka itu yang mengharapkan Tom menyelamatkan mereka.

Sumber : @syfqtominay_

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pak Guard Sanggup Pikul Tanggungjawab Sesuatu Ini Atas Apa Yang Dilakukan Oleh Penghuni Apartment Disini. Posting Yang Tular Itu Memberi Kesan Positif Kepada Si Bulus Ini.

Lima ekor kucing yang ditempatkan di dalam sangkar di pondok pengawal sebuah apartment. Seekor kucing yang menemui pemilik baharu. Tindakan seorang pemuda yang mahu menaiki kenderaan e-hailing berbanding memandu sendiri pada satu hari mempertemukannya dengan sekumpulan anak kucing terbiar.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, pemuda berkenaan memuat naik gambar anak-anak kucing yang baru berusia beberapa minggu di dalam sangkar kucing.

“Sekiranya ada sesiapa yang mahu membelanya, sila maklumkan saya. Buat masa sekarang, pengawal keselamatan di apartment saya menjaga kucing-kucing ini,” tulisnya. Pemuda berkenaan, Dinesh Dharma berkata, dia menyedari sebuah sangkar kucing ketika melalui pondok pengawal untuk pulang ke rumahnya di Pandan Perdana, Kuala Lumpur.

Perkongsian Dinesh menjadi tular.

Menurut Dinesh, dia tergerak hati untuk bertanyakan kepada pengawal keselamatan berkenaan dan dimaklumkan kesemua kucing tersebut dihantar oleh seorang penduduk apartment.

“Ada lima ekor anak kucing jantan. Pengawal kata kucing-kucing ini baru lahir dan penduduk apartment itu tak nak jaga sebab dah banyak. Kenapa tuannya biarkan kucing-kucing dia di pondok pengawal? Dia sepatutnya mencari sesiapa yang berminat untuk membela dengan membuat posting seperti saya. Bagi saya, ia satu tindakan tidak bertanggungjawab,” kata pemuda berusia 31 tahun itu.

Anak-anak kucing yang dijaga oleh sekumpulan pengawal keselamatan di sebuah apartment.

Walaupun menyukai kucing, Dinesh bagaimanapun tidak dapat membela anak-anak kucing berkenaan kerana dia tinggal menyewa di rumah sebuah keluarga di apartment tersebut.

“Saya tinggal dengan tuan rumah yang sudah bekeluarga, jadi saya perlu hormat mereka dengan tidak bawa masuk haiwan sesuka hati. Sebelum ini pun kalau nampak ada kucing jalanan, saya akan bagi makan. Kalau saya tinggal sendiri, sudah tentu saya akan bela kucing-kucing ini,” ujarnya yang berasal dari George Town, Pulau Pinang.

Baki tiga daripada lima kucing sebelum seekor anak kucing ditemui pengawal keselamatan.

Sejak Khamis lalu, sangkar kucing itu diletakkan di luar pondok pengawal di sebelah siang sebagai usaha mencari pemilik baharu, dan disimpan di dalam pondok pada waktu malam. Menurut Dinesh, makanan kucing disediakan oleh orang awam termasuk pengawal keselamatan, dan sepanjang tempoh itu mereka menjaga kebajikan haiwan itu.

Ramai yang kutuk segelintir pengawal keselamatan biadab, tapi sebenarnya ramai yang baik hati. Nak buat baik ni sesiapa pun boleh

“Gaji pengawal keselamatan mungkin tak banyak, dan menjaga kucing bukan tugas mereka tapi mereka ada kemampuan dan perikemanusiaan untuk melakukannya. Sangkar kucing pun dibawa masuk ke dalam pondok pengawal bila dah lewat malam sebab tak nak bagi anak-anak kucing ni kesejukan,” katanya sambil menambah beberapa pengawal di apartmentnya terdiri daripada warga tempatan dan warga asing.

Anak-anak kucing yang menunggu pemilik baharu.

Pengurus di sebuah syarikat di Kuala Lumpur itu memberitahu, setakat Sabtu malam, dua ekor anak kucing telah menemui pemilik baharu, susulan postingnya menjadi tular. Dalam pada itu, katanya, seekor kucing jalanan lain ditemui seorang pengawal keselamatan di kawasan sekitar dan menempatkan haiwan itu di dalam sangkar yang sama.

“Lihatlah, pengawal keselamatan juga ada hati dan perasaan tak mahu biarkan kucing-kucing ini begitu saja, apa yang mereka lakukan itu sudah cukup terbaik. Sebelum ini ramai yang kutuk segelintir pengawal keselamatan kerana bersikap biadab, tapi sebenarnya ramai lagi yang baik hati. Nak berbuat baik ni sesiapa pun boleh,” katanya sambil menambah bahawa baki empat kucing yang baru dijumpai oleh pengawal keselamatan telah menemui pemilik baharu pada pagi Isnin.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Muncul Pula Seekor Kucing Yang Bewarna Hijau Yang Jadi Tanda Tanya Orang Ramai. Rupanya Ini Puncanya.

Kelibat seekor kucing berwarna hijau yang muncul di kawasan pantai Bulgaria mencetuskan tanda tanya kepada peminat haiwan peliharaan. Malah ia turut menjadi tanda tanya sama ada kucing tersebut merupakan baka baharu kerana hampir keseluruhan bulunya berwarna hijau, berbelang kelabu.

Terdapat pihak mendakwa bulu kucing tersebut menjadi kehijauan kerana kesan radioaktif dari kawasan kilang berhampiran. Bagaimanapun banyak pihak percaya haiwan peliharaan itu telah menjadi m4ngs4 der44n – terdapat individu telah mengecat bulunya.

Namun begitu, pengguna internet kagum dengan warna tersebut kerana ia kelihatan cantik dan manja. Berikutan itu juga, terdapat peminat kucing di negara tersebut kini mula memburu haiwan berkenaan untuk dipelihara.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *