Pasti si bulus anda pernah mencakar perabot ataupun barang peribadi anda. Namun ini tips untuk anda hentikan perbuatannya itu.

Haiwan kucing tips

Tidak kira anak kucing mahupun kucing dewasa memang sangat gemar mencakar perabot-perabot di rumah dari sofa, karpet dan kasut hingga membuat barang-barang tersebut menjadi rosak. Tapi, sebelum bertindak lebih lanjut, ketahuilah bahawa tabiat tersebut ternyata memiliki sebab khasnya. Pakar tingkah laku haiwan dan duta Purina One, Dr Jo Righetti menjelaskan beberapa sebab seperti yang disiarkan dalam Better Homes and Gardens. Di antaranya:

  • Peregangan: kucing yang mencakar berkemungkinan sedang meregangkan serta memperkuat otot dan sendi di seluruh tubuhnya.
  • Menjaga kesihatan kuku: mencakar akan menghilangkan kulit kuku bahagian luar dan menjaga kesihatan kuku kucing.
  • Tanda kawasan: kuku kucing mengandungi kelenjar bau dan cakaran membantu mereka menanda kawasannya dan merupakan metod komunikasi semula jadi untuk kucing. Menandai kawasannya membuat kucing lebih rileks dan mengurangkan keinginan untuk melakukan perilaku yang tidak diingini di rumah.
  • Mendapatkan perhatian: ada kucing dengan cepat mengetahui bahawa mencakar sesuatu akan membuat tuannya berinteraksi dengan mereka. Bahkan interaksi negatif pun sepadan untuk beberapa kucing yang mencintai perhatian.

Untuk mencegah kucing merosakkan barang, terdapat beberapa cara yang boleh diterapkan untuk mencegah kucing-kucing mencakar barang di rumah, antaranya ialah:

1. Menyediakan sesuatu untuk dicakar

Mencakar adalah kebiasaan yang sihat untuk kucing. Untuk mencegah kucing mencakar sembarangan, anda boleh menyediakan sesuatu yang khusus untuk kucing mencakar. Sebagai contoh, tiang pencakar kucing atau mainan kucing interaktif. Pastikan tiang cakaran tersebut kuat, kukuh, tinggi dan tertutup dari bahan yang suka dicakar kucing. “Beberapa kucing pasti menyukai tali, kotak atau karpet, jadi anda mungkin perlu membuat sedikit kajian untuk menemukan apa yang disukai kucing,” katanya. Menempatkan tiang cakaran pada berbagai sudut dapat mendorong kucing untuk mempunyai alternatif sudut untuk mencakar.

Sebabnya, beberapa kucing menyukai goresan horizontal dan beberapa menyukai goresan vertikal. “Saya juga menyarankan untuk menempatkan catnip atau honeysuckle untuk mencetus minat kucing pada tiang cakaran yang baru serta rutin akan membawanya ke situ ketika mereka bangun dan pada waktu biasanya mereka mencakar,” ujar Righetti.

2. Letakkan tiang mencakar di kawasan strategik

Letakkan tiang mencakar di tempat yang disukai kucingmu, seperti di ruang tamu atau dekat jendela, untuk mendorong mereka menggunakan tiang tersebut. Kamu juga bisa menempatkannya di dekat area tidur mereka. “Sama seperti kita, kucing suka melakukan peregangan saat bangun. Jadi, menempatkan tiang secara strategis di dekat area tidur kucing adalah idea bagus,” ujar dia. Jika kucing gemar menggaruk sofa atau perabot lainnya, letakkan tiang di depan area tersebut untuk memberi mereka tujuan baru untuk menggaruk. “Ketika mereka mulai menyelidiki tiang garukan tersebut, berilah penghargaan dengan memujinya atau memberi camilan,” sambung Righetti.

3. Buat barang-barang tidak menarik untuk dicakar

Ada beberapa kaedah lain yang boleh dilakukan untuk melindungi perabot dari cakaran kucing, termasuk: Semburkan pada  permukaan barang dengan semburan beraroma lemon kerana kucing secara semula jadi tidak menggemari bau limau. Selitkan selembar kain di sekitar kawasan yang tergores sehingga kucing tidak dapat terus mencakarnya. Menggunakan penutup sofa juga boleh jadi salah satu alternatif dan menggunakan double tape atau aluminium foil pada perabot untuk jangka waktu tertentu yang membuat kucing merasa tidak selesa.

4. Buat jadual waktu bermain

Menurut Righetti, jika kucing bosan atau tidak mampu untuk menghilangkan tekanan yang dialaminya mereka menjadi lebih terdedah dengan rasa untuk mencakar barang. Jadi, cubalah menjadualkan waktu setiap hari untuk bermain dengan kucing dan memperkenalkan mainan baru yang menarik untuk mencegah kebiasaan tersebut.

5. Potong kuku kucing secara berkala

Righetti mengatakan, memotong kuku kucing secara rutin bukan hanya aspek penting untuk menjaga kesihatannya  tetapi juga salah satu cara paling efektif untuk mengurangkan kerosakan akibat cakaran kuku pada perabot. Gunakan pemotong kuku yang khas untuk kucing dan berkualiti dari doktor haiwan, pegang sedikit tapak kakinya dengan lembut untuk mengeluarkan kukunya. Jika kucing menolak, cubalah mengikat dengan kain lembut untuk pengendalian yang agak lebih mudah. “Ada banyak produk yang juga untuk membantu ketika pemotongan, tetapi jika kucing anda sangat sukar untuk dipotong kukunya pergi ke doktor haiwan mungkin lebih baik,” kata dia. Sumber- Kompas.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pelik Kucing Selalu Tidur Kat Bahagian Kaki. Ternyata Ini Punca Kucing Lebih Suka Tidur Di Bahagian Kaki

Admin nak tanya kepada pencinta kucing yang tengah baca ni. Korang mesti perasan kan kucing peliharaan korang ada perangai pelik yangs ebenarnya dah lam korang perhatikan.

Antaranya ada yang suka bergumpal dalam pakaian tuannya, ada yang suka menunggu di hadapan pintu bilik mandi dan sebagainya.Namun, satu persamaan kucing-kucing ini adalah banyak antara mereka gemar tidur bersama tuannya di atas katil, terutamanya berhampiran kaki.

Menurut kenyataan Vets Explain Pets, kucing cenderung berada berhampiran dengan orang yang menjaganya. Sebagai contoh, ia akan suka ‘menempel’ dengan individu yang memberi makan serta memenuhi keperluan lain bagi dirinya.Pun begitu, soalnya, kenapa ia memilih untuk tidur pada bahagian kaki dan bukan lebih dekat seperti badan anda?

Hal ini kerana ia dipercayai mengelak daripada ‘terprangkap’ sama ada dari pelukan pemilik mahupun timbunan selimut atau bantal yang mungkin mengganggu pergerakannya.Tambah portal itu, tidur pada bahagian kaki memberi kucing ruang untuk bergerak bebas serta berada dalam keadaan sedia. Ia juga dipercayai bagi memudahkan kucing untuk melihat sesiapa yang keluar atau masuk ke bilik sebagai langkah melindungi pemiliknya.

Seterusnya, tidur berhampiran manusia pada waktu malam juga dapat memberi kehangatan pada kucing, membuatkan ia lebih selesa.Anda mungkin berfikir, kucing anda manja dan suka berdampingan dengan anda. Namun jangan lupa, sebagai haiwan territ0rial, mereka mungkin berfikir anda yang menumpang katilnya.

Kucing Ini Sering Mengiau Pukul 3 Pagi Dan Ganggu Pemiliknya Tidur. Sekali Ada Yang Cuba Dia Nak Sampaikan.

Kucing Sofeah akan mengiau setiap kali pukul 3 pagi. Setiap hari lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, Sofeah Razak dan suaminya akan terjaga kerana dua ekor kucing mereka akan mengiau-ngiau tak henti-henti.

Menurut wanita berusia 35 tahun ini, dia dan suaminya sebelum ini menetap di Kuantan, namun terpaksa berpindah ke Selangor kerana tuntutan kerja. Jelas Sofeah, dia bertuah kerana perpindahannya berjalan lancar dan mereka menyewa rumah teres dua tingkat di Puncak Alam.

Dua minggu bertahan

Jelas wanita yang baharu mendirikan rumah tangga Disember lalu, dia dan suaminya turut membawa dua ekor kucing kesayangan ke rumah baharu itu. “Dua ekor kucing ni (Tommy dan Tuti) memang sudah lama saya bela, sebelum berkahwin lagi. Mereka berdua ni dah macam anak saya sendiri. Jadi bila nak pindah tu, kami bawa la sekali. Mana boleh tinggal di sana (Kuantan).”

“Sepanjang minggu pertama kami berada di rumah baru, memang tidak ada kejadian pelik yang berlaku. Namun masuk malam kelapan saya dan suami menjadi ‘huru-hara’ sewaktu tidur. Setiap malam, lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, kami terjaga disebabkan bunyi bising kucing mengiau-ngiau. Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap salah satu sudut ruang tamu di rumah,” kongsinya.

Jelas Sofeah, jenuh dia memanggil dua ekor kucingnya itu masuk bilik tidur, namun kedua-duanya tetap berbuat bising dengan terus mengiau seperti berada dalam kesakitan.

Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap sudut ruang tamu di rumah.

“Keesokannya saya membawa mereka ke klinik veterinar, namun doktor memberitahu kedua-dua kucing ni sihat sahaja. Pada malam seterusnya, sebelum tidur saya membawa mereka masuk bilik tidur bersama. Peliknya pada waktu yang sama, mereka tetap mengiau-giau,” ujar Sofeah.

Panggil ayah

Susulan kejadian pelik itu berterusan Sofeah memutuskan untuk panggil ayahnya dari kampung agar datang ke rumah. “Sebaik sahaja sampai, ayah terus melakukan solat sunat di rumah. Pada malamnya kami membuat sedikit majlis doa selamat dan menjemput jiran-jiran berdekatan. Selepas sahaja majlis tamat, ada seorang pakcik ni datang berborak dengan suami dan ayah saya.

“Pakcik ni jiran selang empat rumah dari kediaman kami. Dia ada beritahu rumah yang saya tinggal itu sudah lama kosong dan tidak pernah ada yang kekal lama di sini. Katanya ada sahaja benda pelik berlaku dan pakcik tu cakap pernah dengar wanita mengilai di tengah malam. Kadang-kadang terdengar bunyi bising walaupun ketika itu tidak ada penghuni,” cerita Sofeah.

Pindah rumah

Selepas berborak panjang dengan jirannya itu, Sofeah dan keluarga mengambil keputusan untuk mencari rumah lain. “Saya tidak sanggup untuk terus berjaga malam. Kucing-kucing saya pun tidak aktif seperti dulu. Tommy dan Tuti kelihatan takut sepanjang masa. Saya memberitahu tuan rumah mengenai perancangan kami untuk tamatkan kontrak sewa lebih awal, dan dia bersetuju malah memulangkan semula wang deposit sewa rumah. Mungkin dia faham situasi yang kami hadapi ini. Peliknya dia tidak bercerita panjang,” akhiri Sofeah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *