Si cilik ini berangan ingin menjadi cikgu. Sekali warganet terhibur dengan anak muridnya.

Haiwan Kehidupan Keluarga kucing

Siapa di sini masa kecil suka main cikgu? Tipulah kalau tak pernah. Biasalah ketika kecil, itulah usia untuk kita berimaginasi dan berangan menjadi dengan pelbagai karakter. Seperti video yang tular baru-baru ini, memaparkan seorang kanak-kanak perempuan sedang bermain ‘cikgu-cikgu’ bersama dengan tiga ekor kucing.

Kucing jadi anak murid

Video tersebut difahamkan telah dimuat naik oleh ibu kanak-kanak tersebut di Facebook, kini telah mendapat sebanyak 4.6 ribu perkongsian.

Cikgu dengan murid sama comel

Mana tidaknya, dengan hanya menggunakan dinding rumah sebagai papan hitam, ‘cikgu kecil’ itu tekun mengajar tiga orang ekor kucing yang begitu baik sekali, tidak bergerak kemana-mana dan hanya duduk di kerusi.

Alaa comelnya cikgu pakai pampers

Memang mencuit hati, gelagat kanak-kanak tersebut telah membuatkan ramai yang terhibur. Lebih-lebih lagi melihat tiga ekor ‘anak murid’ yang sangat comel.

Baguslah anak murid ni duduk diam jer

Elok pulak 3 ekor kucing tu diam

Bakal pendidik masa depan

Semoga, bila adik ini sudah besar dia mampu menjadi seorang guru yang dihormati oleh para pelajar, sebagaiman kucing-kucing itu sangat tekun melihat dia mengajar. Sumber : Shuhaida Shamsudin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Si Cilik Ini Meraung Bila Dapat Tahu Ini Yang Menimpa Si Bulus Kesayangannya. Sekali Jiran Tampil Cuba Bantu Dirinya Tapi Ini Pula Responnya.

Qaisara menangisi kehilangan Tuah pada Jumaat lalu. “Meraung kami dua beranak,” luah seorang wanita mengenai kisah duka dia dan anaknya kehilangan haiwan kesayangan mereka pada Jumaat lalu.

Kisah itu bertambah pilu apabila Rohainor Muzamir, 30, memuat naik foto anak bongsunya, Sayangku Qaisara Muhammad Nazaruddin, 4, yang sedang memangku bangkai haiwan berkenaan sambil menangis. Rohainor mengakui dia sekeluarga cukup terkesan dengan kehilangan kucing yang diberi nama Tuah itu.

Keakraban Qaisara dengan Tuah.

“Seminggu sebelum kehilangan, kami bawa Tuah operate buang mata kanan. Mata dia rosak sebab terlibat dengan kejadian yang tak diingini. Patutnya hari Jumaat tu nak pergi buka jahitan, tapi pagi tu juga dia kena sekali lagi kat depan rumah. Lalu, pergi buat selamanya depan mata saya,” ujarnya sewaktu dihubungi.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, Qaisara sememangnya rapat dengan Tuah sejak ia dibela sekitar penghujung tahun lepas. Malah, dia menyifatkan haiwan itu sebagai penyeri keluarganya dan tidak pernah membawa sebarang masalah untuk mereka.

Ada orang dalam Facebook, dalam lima ke enam orang nak bagi kucing. Kami dah dapat seekor, hampir-hampir sama dengan Tuah.

Rohainor sekeluarga.

“Setiap petang mereka naik basikal berdua, Qaisara akan bawa Tuah dalam bakul, jalan-jalan. Tidur sekali, berdua. Setiap malam mereka tidur bersama. Bila tengok dia menangis pangku Tuah masa nak tanam, saya pun memangis. Meraung kami dua beranak. Kami tanam kat kawasan depan rumah. Nak tanam pun dia macam tak bagi. Dia tanya, bila Tuah nak bangun? Setiap hari anak saya pergi tengok kubur Tuah, siram air,” ujarnya lagi.

Aksi comel Qaisara bersama Tuah.

Dalam pada itu, penularan kisah sedih Qaisara yang kehilangan kucing kesayangannya turut menarik perhatian ramai warganet. Malah, beberapa individu turut menghubungi Rohainor untuk memberi kucing secara percuma sebagai ganti kepada Tuah.

Kata Rohainor, Tuah sering menemaninya bersengkang mata dalam menyiapkan kuih-muih jualannya.

“Ada orang dalam Facebook, dalam lima ke enam orang nak bagi kucing. Kami dah dapat seekor, hampir-hampir sama dengan Tuah. Tapi anak saya tetap nak Tuah, dia kata rindu Tuah. Kucing kami memang baik. Dia selalu teman saya buat roti. Malam-malam kalau saya tak tidur buat roti, dia pun tak tidur juga,” jelasnya lagi.

Rozainor merupakan pengusaha makanan. Selain roti, dia yang menetap di Kota Tinggi, Johor turut menghasilkan pelbagai jenis kuih termasuklah pau sambal yang laris menerima sekitar 500 biji tempahan setiap hari.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemuda Ini Sanggup Berkongsi Rezeki Dengan Kucing Jalanan. Sekali Pandang Macam Sedang Lakukan Sesuatu Ini.

Setiap rezeki yang kita perolehi itu bukanlah semuanya milik kita. Pasti ada juga bahagian orang lain. Setiap apa yang kita dapat, kita mesti memberi sedikit pada orang lain. Setiap kebaikan yang kita lakukan itu, akan kembali pada kita dengan pelbagai bentuk kebaikan dimana kadang-kala kita sendiri tidak sedar akan perkara tersebut.Seperti sebuah posting di Facebook, seorang pemuda bernama Kamarul Arifin Ahmad telah berkongsi beberapa fotonya ketika memberi makan kepada kucing-kucing jalanan.

Bisnes laku keras!

Kamarul menyediakan makanan kucing di bahagian bonet keretanya, sekali pandang memang seperti sedang berjual beli sebaliknya dia sekadar berkongsi rezeki dengan si comel berkenaan. “Alhamdullilah hari ini saya buka bisnes car booth laku keras walaupun tiada keuntungan tapi saya percaya suatu masa nanti ada ganjarannya…”

Kongsi rezeki dengan kucing

Menjengah ke beberapa posting lain, rupa-rupanya pemuda itu memang seorang pencinta haiwan tersebut dan telah banyak kucing yang berjaya diselamatkan.

Ada keuntungan di akhirat nanti

Di ruangan komen, rata-rata warganet terharu melihat tindakan murni Kamarul selain mendoakan agar pemuda ini sentiasa dimurahkan rezeki.

Terima kasih bagi depa makan

Semoga mendapat ganjaran pahala

Sumber: Kamarul Arifin Ahmad

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Berbagai Barang Aneh Yang Kita Boleh Jumpa Di Online Shop. Kini Tak Sangka Pula Ada Yang Jual Kostum Ini Untuk Si Bulus Mereka.

Kucing merupakan satu haiwan yang sangat comel dan menjadi kesayangan ramai orang. Pada pemilik kucing yang dan obses, pasti sanggup untuk keluarkan beribu ringgit hanya untuk kebaikan si bulusnya. Namun, kini sudah jadi satu trend untuk menyediakan kostumbuat si kucing milik mereka. Kalau korang suka pakaikan kostum pada si bulus, mungkin boleh kali ni boleh cuba sedikit kelainan yang ditawarkan sebuah online shop dari seberang ni. Pernah dengar orang jual hijab untuk kucing?

Menurut Liputan 6, perkara ini pada mulanya dikongsikan oleh pengguna Twitter @txtdarionlshop yang seringkali memuat naik produk-produk lucu yang dijual dalam talian. Sebelum ia mula mendapat perhatian warganet lain. Lain daripada yang lain kan? Belum pernah lagi rasanya orang jual pakaian patuh syariah khusus untuk kucing. Tapi kelainan yang ditawarkan itulah yang membuatkan pengguna media sosial tertarik dan terhibur. Mesti ada yang dah masukkan item dalam cart nak beli untuk bulus masing-masing kan? Harap diorang istiqomah la ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *