Pasti ramai yang terkesan akan bau kucing di kediaman anda. Sekali wanita ini tampil ajar rahsia untuk anda atasi bau si bulus anda.

Info kucing tips

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sering mendapat perhatian setiap pecintanya. Pasti setiap daripada anda ada pengalaman masing-masing dalam menjaga kucing. Namun ada beberapa perkara yang merisaukan apabila memelihara kucing ini apabila satu rumah berbau najis kucing.

Bau yang tidak ‘enak’ ini semestinya menganggu emosi seseorang dan ada juga boleh sampai stres pada seseorang itu. Malah tidak dinafikan juga najis kucing akan membuatkan satu rumah berbau busuk. Bau ini membuatkan tuan rumah kurang selesa.

Jadi, perkongsian daripada Ain Mn menerusi Grup Stray Cats Seluruh Malaysia ini akan menjaminkan keadaan rumah anda sentiasa bersih dan paling penting tidak berbau busuk. Saya nak share idea “ventilated cat litter box” ni. Moga bermanfaat untuk semua cat owner especially yang duduk rumah condo atau apartment yang takde yard dan balcony. Yang ada laman, balcony & yard tapi nak extra wangi rumah pon boleh jugak apply idea ni.

Maaf ye, post maybe panjang sikit. Mana-mana cat owner yang still ada problem rumah bau kucing walaupun dah bersihkan litter box 2 kali sehari setiap hari, dah tukar pasir, dah pakai air purifier but still, bau kucing dari litter box tu kuat sangat, boleh la try cara ni.

Cara ni sangat membantu anda untuk dapatkan environment rumah yang segar dan bersih walaupun ada litter box dalam rumah. Untuk rumah yang takde yard atau balcony, boleh la guna idea sorok litter box dalam cabinet and then tebuk sikit lubang dekat cabinet untuk pasang ventilation fan ni dan halakan hose ke luar tingkap.

“Tapi janganlah terus hala ke tingkap jiran rumah sebelah pulak ya…”

Bau yang kurang menyenangkan dalam litter box akan disedut keluar melalui ventilation fan yang dipasang tadi. Tapi janganlah terus hala ke tingkap jiran rumah sebelah pulak ya. Halakan la ke kawasan yang tak mengganggu ketenangan sape2.

InsyaAllah memang dijamin takde bau. Kalau nak lagi best, boleh pasang carbon filter dulu (and pleaseee bersihkan litter box hari-hari ya walaupun dah pakai ventilation fan ni). Saya dah buat ventilated litter cabinet ni untuk kucing-kucing saya dan saya letak di balkoni. Sebelum ni letak di balkoni juga tapi takde ventilation fan, so bau kucing tu still menusuk ke dalam rumah especially masa bangun pagi dari tidur or kalau kita keluar pagi balik petang ponn sama.

“Masuk-masuk je bau haruum (sapa ade problem yang sama?)…”

Sekarang since dah guna cara ni alhamdulillah dah takde masalah bau litter box satu rumah dah. Dekat gambar bawah ni saya ada kongsi contoh ventilated cat litter box yang saya ambil dari google & yang saya dah buat untuk kucing2 saya juga.

Contoh 1

Contoh 2

Antara idea untuk sorok litter tray.

Saya guna cara ni dan pasang ventilation fan. Cuma saya tak letak cabinet dalam rumah, tapi letak di balcony. Kalau nak letak dalam rumah, make sure install pet door tu ya untuk mengelakkan pasir bertaburan dalam rumah dan maximise sedutan bau busuk dalam cabinet tu. Sebab dalam rumah kan, kena lah extra bersih. Boleh beli di Mr Diy. Shopee dan Lazada pon banyak.

Ini yang litter cabinet yang saya sendiri buat.

1. PC fan. Kalau boleh beli yg 12V ye.

Saya beli size 12cm sebab size kipas tu sesuai dengan capacity cabinet saya tu.

2. Contoh hose yang sesuai

3. Pet door ni saya beli di Mr Diy.

Ada promo dapat rm6.50 je. Tapi ada satu size ni je. Kalau kucing gemok atau mainecoon confirm tak muat.

4. Macam ni lah bila dah tebuk lubang ikut size PC fan tadi.

Make sure pasang kipas ni betul-betul ya. Yang berangin belah luar. Lepas tu jangan lupa pasang jaring ni dekat belah dalam untuk elakkan kucing anda main dengan kipas ni. Bahagian luar tu cantum dan sambungkan dengan hose. By the way, dont worry kipas ni senyap sangat.

Kat sini saya senaraikan barangan untuk buat ventilation fan ni. Gambar boleh rujuk di bawah.

1. Litter box bertutup @ cabinet

2. PC fan 12v (saya beli size 12cm dan dah siap ada usb. Kipas ni senyapp sangat kucing tak takut pon)

3. Usb adaptor 12v (pakai adaptor hp pon lepas)

4. Vacuum hose/aircond hose (beli size lubang yang muat untuk cover pc fan tadi)

5. Alatan untuk tebuk lubang kipas (dan pet door jika perlu untuk cabinet)

6. Pet door (saya beli dekat mr diy je).

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Bau Kucing Terlalu Kuat Di Dalam Rumah. Berikut 4 Cara Mudah Untuk Kurangkan Kucing Di Rumah

Hai semua! Admin nak tanya untuk pencinta kucing, adakah anda rasa seperti rumah anda berbau seperti busuk dan hncing seakan kedai jual haiwan? YA bau ini mungkin disebabkan oleh najis kucing anda dan ditambah pula dengan bulu mereka yang ada melekat di peabit dan karpet lalu menjadikan rumah tidak selesa dihuni.

Tak kisahlah sayang bagaimanpun anda kepada kucing, mesti ada yang tak sanggup tinggal di rumah berbau dan kotor. Haa korang mesti tertanya tanya bagaimana nak hilangkan bau tak menyenangkan ini tanpa memberi kucing anda kepada orang lain.

Pertama, anda boleh kurangkan bau busuk dengan meletakkan litter box kucing anda di tempat terbuka dan jauh dari awasan berkumpul. Terutama sekali pastikan anda mengekalkan kebersihan di rumah dan kebersihan si comel agar udara di kediaman anda sentiasa segar dan bebas dari bau kucing.

Kedua, tempat makanan kucing juga perlu diberi perhatian agar ia tidak mengeluarkan bau busuk. Bukan hanya tempat najis si bulus, makanannya juga boleh mengeluarkan bau busuk dan boleh membuatkan kita berasa tidak selesa dalam rumah sendiri.Oleh itu, pemilik kucing juga perlu memberi tumpuan kepada tempat makanannya apatah lagi jika anda meletakkannya di dalam rumah.

Ianya bukan sahaja mengeluarkan bau busuk tetapi ia juga boleh menyebarkan bakteria dan mungkin menjangkiti kucing kesayangan anda. Sebenarnya ada empat cara yang paling berkesan untuk hilangkan bau makanan haiwan peliharaan kesayangan anda.

Yang pertama, anda boleh gunakan surat khabar lama. Surat khabar boleh menyerap pelbagai bau termasuk makanan. Ianya mudah,anda hanya letakkan surat khabar di sekeliling makanan haiwan peliharaan anda dan ia juga menyerap bau dengan baik.

Seterusnya, baking soda atau serbuk kopi. Untuk kedua dua bahan ini juga boleh digunakan untuk mencuci tempat makanan kucing dan menghilangkan baunya. Selain mencuci,campuran baking soda,serbuk kopi dan minyak essensial boleh dijadikan sebagai penyegar ruang tempat makan kucing.

Ketiga,anda boleh gunakan bekas simpanan. Pertama sekali pindahkan makanan kucing berbentuk kering ke dalam bekas simpanan dan pastikan tutup rapat selepas memberikan kucing makan. Elakkan biarkan ia terbuka kerana baunya dapat tersebar ke seluruh rumah.

Akhir sekali, anda juga boleh letakkan di luar rumah. Ini antara cara paling mudah untuk anda aplikasikan. Tak dinafikan ,cara ini memudahkan anda untuk menjaga kebersihan tempat makanannya selain baunya tak menguasai di dalam rumah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Kesayangan Anda Sentiasa Mengiau. Ini Antara 4 Sebab Kenapa Ianya Sentiasa Mengiau.

Ada pelbagai sebab mengapa kucing mengiau kepada anda. Setiap kali kucing mengeluarkan bunyi atau mengiau, pasti ramai daripada kita menyangka si bulus lapar dan mahukan makanan daripada tuannya. Tahukah anda, sebab kucing mengiau ini juga bergantung kepada jenis dan usianya – dan bukanlah semata-mata ia mahukan makanan.

Adakalanya, si bulus mengeluarkan suaranya sebagai bentuk komunikasi sesama mereka ataupun dengan manusia. Bagaimanapun terdapat sesetengah kucing seperti kucing siam yang dikenali sebagai kucing yang cerewet akan lebih kerap mengiau. Namun, perkara yang harus anda perhatikan adalah apabila kesayangan anda itu mengiau tanpa henti. Berikut adalah empat sebab mengapa ia mengiau tanpa henti;

Kucing mengiau kerana mahukan perhatian.

1. Penyakit

Jika anda mendapati kucing anda mengiau tanpa henti, sebaik-baiknya bawa ia berjumpa doktor haiwan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Ia mungkin disebabkan ia sakit atau terlalu lapar dan haus yang membuatkan perutnya sakit.

2. Mahukan perhatian

Kebiasaannya, kucing tidak suka bersendirian, ia akan cuba melakukan sesuatu untuk menarik perhatian orang lain atau tuannya. Kucing juga akan mengiau untuk ajak bermain, berkomunikasi, bermanja dan sebagainya. Jadi jika anda tidak mahu ia berbuat bising, sila respons dan penuhi permintaannya.

3. Tertekan

Bukan sahaja manusia tetapi si bulus juga boleh berasa tertekan terutamanya jika berlaku perubahan dalam hidupnya seperti mempunyai tuan baru, kehadiran kucing lain atau merasakan persekitarannya tidak selamat. Cara kucing mengurangkan stres adalah dengan mengiau. Cara paling mudah adalah dengan berikan perhatian kepadanya dan cuba membelainya agar ia tenang.

4. Menegur

Pasti anda pernah melihat kucing yang lalu tiba-tiba mengiau kepada anda dan terus berlalu pergi, bukan? Sebenarnya tindakannya itu adalah untuk menegur anda dan ia adalah tanda mesra yang ingin disampaikan kepada orang yang baharu ditemuinya atau tuannya.

Tuan Siap Kena Tunggu Turn Masuk Tandas. Video Kucing Ini Raih Perhatianramai Gara Gara Pandai Guna Tandas Dan Sampai Ada Yang Sanggup Minta Tips

Bagi pemilik kucing, sudah tentu korang mengalami kesukaran untuk melatih Si Bulus untuk membuang najis di tempat yang telah dikhaskan bukan?Walaupun terpaksa berhabis duit untuk membeli segala peralatan khusus untuk kucing ‘membuang’ seperti pasir kucing, tray, penyodok pasir dan sebagainya, namun kucing korang masih juga suka ‘menabur’ merata-rata.

Kadang-kadang, pasu bunga juga menjadi pilihan untuk mereka ‘membuang’ sehingga boleh bikin owner kucing pening dengan ‘peelnya’.Namun, tular baru-baru ini sebuah klip video yang menunjukkan aksi Si Bulus yang cerdik menggunakan jamban duduk untuk membuang air!

Buang air kecil dalam toilet.Meraih sehingga sejuta views, video yang telah dimuat naik di aplikasi TikTok milik @koricolleen ini menunjukkan situasi ‘rare’ dimana seekor kucing berwarna coklat yang ‘selamba’ membuang air kecil di dalam toilet.Kucing miliknya itu dilihat cerdik mencangkung di bucu tandas duduk itu sambil melepaskan ‘hajat’ tepat masuk ke dalam lubang tandas persis manusia.

Menurut pemiliknya, dia mempunyai empat ekor kucing peliharaan.Apa yang lebih menakjubkan, kesemua kucingnya itu menggunakan kaedah yang sama iaitu bijak menggunakan tandas untuk membuang air.Tambah @koricolleen lagi, meskipun kadang-kadang dia berasa agak janggal gara-gara terpaksa menunggu ‘turn’ untuk menggunakan tandas, namun dia tidak kisah untuk berkongsi tandas dengan kucing-kucing kesayangannya itu.

Klip video yang tular itu berjaya menarik perhatian WARGANET yang rata-rasa berasa ‘takjub’ dengan kecerdikan Si Bulus itu menggunakan tandas.Tidak ketinggalan, ada juga yang meminta tips untuk melatih kucing peliharaan mereka supaya turut ‘membuang’ di dalam tandas gara-gara harga pasir kucing yang agak mahal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *