Tular perkongsian si bulus ini yang tidak kekok makan dengan gunakan ini. Sekali pemilik buka cerita soal si bulusnya selama ini.

Haiwan Info kucing

Keletah Kecik membuatkan Hidayah sekeluarga terhibur di pagi ini. “Nampaknya bukan umat Islam sahaja yang teruja untuk menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan, tetapi ada juga haiwan menunjukkan keterujaan yang sama.

Itulah yang berlaku kepada kucing milik Nur Hidayah Kamsani, 27, selepas haiwan peliharaan kesayangan keluarganya itu berjaya memikat hati warganet menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter pada awal Ramadan ini. Menerusi video berdurasi 10 saat itu, kucing comel yang dinamakan Kecik itu dilihat spontan menggunakan tangan kanannya menjamah makanan bersama Nur Hidayah dan keluarganya yang ketika itu sedang bersahur.

“Ini kali pertama Kecik berpuasa bersama kami sekeluarga sebab sebelum ini ‘dia’ tinggal dengan kakak. Sekarang kakak saya dah tinggal bersama kami sekeluarga.

Kecik yang berusia 2 tahun menjadi kucing kesayangan Hidayah sekeluarga.

“Ketika waktu sahur pertama, Kecik awal-awal pagi lagi dah bangun, mungkin nak makan bersama kami sekeluarga. Saya pun terus letakkan Friskies di lantai sebelah meja tapi ‘dia’ tak nak makan. Mula-mula pelik juga, jadi saya cuba letakkan mangkuk makanannya atas meja, terus ‘dia’ lompat dan makan. Lebih terkejut lagi bila kami tengok Kecik makan guna tangan kanan. Apa lagi, kami semua terus ketawa melihat keletahnya,” ujar Hidayah, warga Singapura dan bertugas sebagai jururawat di salah sebuah hospital di sana.Selain makan guna tangan, perangai Kecik sama sahaja macam kucing-kucing lain, cuma ‘dia’ hanya manja dengan kami sekeluarga, dengan orang luar ‘dia’ tak biasa.

Melihat keletah lucu Kecik, Hidayah dengan pantas terus mencapai telefon bimbitnya dan merakam aksi kucing comel yang berusia dua tahun itu. Hidayah mengakui kelakuan si comel itu secara tidak langsung memeriahkan sambutan Ramadan untuk dirinya dan keluarga pada tahun ini.

Kecik sangat manja dengan Hidayah.

Menceritakan tentang kelakuan unik kucing milik keluarganya itu, Hidayah memberitahu itu bukan kali pertama Kecik makan menggunakan tangan kanannya.

“Pernahlah satu atau dua kali saya ternampak dia makan dan minum menggunakan tangan kanannya tetapi saya tak sempat nak rakam. Kebetulan pula waktu sahur tu, telefon saya dah ada di sebelah. Tanpa teragak-agak, saya terus rakam kelakuan Kecik bersahur. Selain makan guna tangan, perangai Kecik sama sahaja macam kucing-kucing lain, cuma ‘dia’ hanya manja dengan kami sekeluarga, dengan orang luar ‘dia’ tak biasa,” kata anak bongsu daripada tiga beradik ini.

Bagaimanapun, kisah Kecik bangun sahur tidak terhenti setakat itu sahaja kerana si bulus itu turut ‘berpuasa’ separuh hari. “Selepas bangun sahur, Kecik dah tak makan atau minum pada waktu pagi seperti kebiasaannya. Tapi menjelang tengah hari kami nampak ‘dia’ mula minum,” katanya.

Bebepara pengguna Twitter turut berkongsi gambar kucing mereka pada waktu sahur di ruangan komen Twitter.

Dalam pada itu, perkongsian video yang dimuat naik Hidayah di Twitter sejak 5 Mei lalu mendapat kira-kira 440,000 tontonan dan 42,000 ulang kicau serta 29,000 tanda suka. Menurut Hidayah dia betul-betul tidak menyangka video itu akan tular. 

Rata-rata warganet terhibur melihat keletah comel kucing tersebut, malah ada yang turut berkongsi pengalaman dan aksi kucing masing-masing.

“Nasib tak minta sudu garfu,” komen salah seorang pengguna Twitter @zira1302. “Alahai comelnya. Dia pun nak sahur juga,” kata @norazaurus. “Makan pakai tangan itu yang tak boleh nak brain itu. Alahai kucing,” tulis @AngryPandaaaaa.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemuda Ini Akui Dia Bukanlah Pecinta Kucing Tapi Sanggup Lakukan Ini. Rupanya Tak Semudah Yang Kita Sangka.

Amie ketika menyelamatkan kucing ketika banjir pada 2014 dan minggu lalu. Keadaan banjir di beberapa negeri masih belum berakhir meskipun jumlah individu tersebut yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan semakin berkurangan. Bukan sahaja manusia dan harta benda yang perlu diselamatkan, malah haiwan juga menjadi individu yang terlibat dengan bencana ini dan perlu diberikan perhatian. Menerusi video yang tular di media sosial sejak minggu lalu, seorang lelaki dilihat mendayung perahu bagi menyelamatkan beberapa ekor kucing yang terkandas akibat banjir.

Keadaan banjir di rumah ibunya.

Pemuda berkenaan, Mohd Amiruddin Mohamad Yusof berkata, kejadian berlaku pada minggu lalu ketika hari kedua banjir di kawasan tempat tinggalnya di Kampung Paloh Hinai, Pekan, Pahang. Pemuda berusia 37 tahun itu memberitahu, kucing-kucing yang diselamatkan merupakan kucing terbiar di sekitar kediaman ibunya.

“Hari pertama banjir iaitu pada Isnin saya mengemas rumah dan meletak barang di tempat tinggi. Masa tu kucing-kucing ni semua dah naik atas bumbung sebab air dah keliling rumah. Ketika ini, ibu dan adik saya dah saya pindahkan ke pusat pemindahan. Hari kedua air makin naik. Masa inilah saya ambil keputusan nak selamatkan atau lebih tepat lagi pindahkan kucing ke tempat yang lebih selamat,” katanya.

Memasuki hari kedua banjir, dia yang lebih mesra disapa Amie berkata, limpahan air di halaman rumah mencecah paras pinggang, manakala di dalam rumah sudah di paras paha.

Sebahagian kucing yang diselamatkan dan dibawa ke tempat selamat dengan perahu.

“Kucing-kucing tu dah mencari tempat tinggi macam atas almari, palang-palang dan ada yang atas siling rumah. Masing-masing ketakutan. Saya umpan kucing-kucing tu dengan makanan dan ambil seekor-seekor masuk dalam bot. Kali pertama saya dapat bawa 10 ekor sahaja sebab lagi tiga ekor lari naik atas bumbung.

Kasihan kat kucing-kucing tu. Setakat banjir kali ni, saya tak nampak lagi bangkai-bangkai kucing yang tak dapat diselamatkan.

“Kali kedua masa saya nak ambil barang, saya dapat ‘pancing’ lagi tiga ekor. Agak mencabar nak mengumpulkan kesemua kucing ni sebab mereka ketakutan. Ada yang nak terjun. Dalam rakaman video boleh lihat seekor kucing hitam basah sebab terjun dari bot. Nasib baik saya dapat tangkap,” ujarnya yang berasal dari Pekan.

Mohd Amiruddin Mohamad Yusof.

Menurut Amie, sebanyak 13 ekor kucing yang berjaya dipindahkan ke tempat lebih selamat berdekatan dengan pusat pemindahan agar mudah untuk dipantau dari segi makanan.

Mengakui bukan pencinta kucing, namun bapa dua anak itu mempunyai rasa tanggungjawab untuk memindahkan kucing-kucing terbiar ke tempat lebih selamat.

Pernah menyelamatkan kucing ketika banjir berlaku pada 2014.

“Nak kata pencinta kucing tak juga. Cuma rasa tanggungjawab nak selamatkan kucing-kucing tu dan bawa ke tempat selamat, sebab saya dapat jangka air memang akan naik seperti banjir tahun 2014 iaitu paras dada dalam rumah. Kasihan kat kucing-kucing tu takut kat air yang dah memenuhi lantai rumah. Setakat banjir kali ni, saya tak nampak lagi bangkai-bangkai kucing yang tak dapat diselamatkan,” ujarnya sambil menambah kediaman ibunya masih dilanda banjir ke paras pinggang setakat Selasa.

Amie yang merupakan kerani bank itu menasihatkan kepada mana-mana individu yang membela kucing di kediaman yang mudah terlibat dengan banjir agar sentiasa berwaspada. “Jangan dilupakan nasib binatang tu. Kalau nampak binatang-binatang peliharaan yang terkandas akibat banjir, harap ia dapat diselamatkan,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Ini Pernah Raih Perhatian Ramai Sejak Jadi Penjaga Masjid. Admin Kucing Tersebut Dedah Gli Hembuskan Nafas Di Usia 16 Tahun

Jika sebelum ini pernah tular berkenaan seekor kucing menjadi penjaga monumen bersejarah iaitu Hagia Sophia di Istanbul.. Kucing tersebut yang dikenali sebagai Gli telah berjaya raih perhatian warganet selepas Hagia Sophia diisytiharkan sebagai masjid pada Julai tahun lalu.

Tak lama kemudian. Dikhabarkan admin kepada IG kucing Gli itu memaklumkan bahawa kucing tersebut sudah hembuskan nafas terakhir. Untuk pengetahuan, kucing yang berusia 16 tahun ini disahkan hembuskan nafas teakhir di sebuah klinik veterinar selepas mendapat rawatan disebabkan sakit tua.

Perkara ini dikhabarkan oleh Datuk Bandar Istanbul Ali Yerlikaya di Twitter. Makluman, Gli telah dirawat di salah sebuah klinik veterinar swasta sejak 24 September 2020 sebaik sahaja Gli mengalami kemerosotan kesihatan.

Namun begitu, Gli tak dapat diselamatkan dan hembuskan nafas terakhir selepas 16 tahun bergelar penghuni masjid itu. Malahan pemergian Gli turut dikenang oleh Datuk Bandar Istanbul dengan menyatakan tak akan lupakan kucing yang tekah tinggal lebih sedekad di Masjid Hagia Sophia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *