Wanita ini dedahkan semua kucingnya terus berubah seperti ini setelah perkara ini berlaku. Sekali dia dedahkan perangai sebenar adiknya yang ini.

Haiwan Kehidupan Keluarga kucing

Rosaleeza memberitahu tuannya seorang yang penyayang dan sangat sukakan kucing. Siapa sangka, kucing yang dipelihara dan dibelai setiap hari tiba-tiba seperti mengalami tekanan dan kurang aktif, tidak seperti kebiasaannya. Namun, selepas difikirkan, rupa-rupanya ia menjadi petanda keluarga itu bakal kehilangan insan tersayang.

Sukar untuk dipercayai, namun itu yang dialami seorang wanita, Rosaleeza Mohd Yakub yang kehilangan adik perempuannya, Rosizanie Amira, selepas terlibat dengan kejadian yang tak diingini di jalan raya kira-kira pukul 12.30 malam, Selasa lalu. Menurut Rosaleeza, kucing yang dibela adiknya itu kelihatan sugul seolah-olah tahu nasib yang bakal menimpa tuan mereka yang berusia 23 tahun itu.

“Sebelum kami dimaklumkan adik terbabit dalam kejadian tersebut, kami perasan kucing dia hanya diam saja. Sebelum ini kucing-kucing dia kalau nampak ada orang keluar rumah, mereka akan bising. Tapi malam itu kami keluar, kucing-kucing itu masih berjaga tetapi hanya diam dan pandang kami, seolah-olah turut bersedih dan tahu tuan mereka sudah tiada, ujarnya.

Setiap hari sebelum ke tempat kerja Rosizanie akan menghabiskan masa selama 3 jam membersihkan 20 kucingnya. Rosaleeza memberitahu adiknya itu ada memaklumkan kepada ibu, dia hendak keluar berjumpa rakannya untuk membuat rawatan bekam namun tidak sangka terbabit kejadian tersebut ketika perjalanan pulang malam itu. Bercerita lanjut, wanita berusia 26 tahun itu berkata, adiknya yang bekerja sebagai jurujual itu seorang yang penyayang dan sangat sukakan haiwan.

“Daripada sekolah menengah lagi dia memang seorang yang sangat sayangkan haiwan tak kira haiwan tu kucing atau anjing. Kalau dia nampak anjing sakit atau tak makan, dia sanggup berhenti tepi jalan dan beri ia makan. Dia ada bela kucing nak dekat 20 ekor macam tu. Semuanya yang dipungut dan dibawa balik untuk di jaga. Kalau ke kedai dia nampak anak kucing tak bertuan, dia akan bawa balik kucing itu untuk dibela. Boleh dikatakan gaji dia setiap bulan hanya tinggal suku sahaja untuk belanja dia. Selebihnya semua dibelanjakan untuk beli makan dan ubat kucing-kucing itu. Kami tahu sifat dia begitu jadi kami tak nak cakap apa sebab tahu sifat penyayangnya terhadap haiwan memang tinggi,” ujarnya dengan nada sebak.

Mengimbau kembali kenangan manis bersama adiknya itu, Rosaleeza berkata Rosiazanie akan menghabiskan masa selama beberapa jam membersihkan kesemua kucing-kucingnya itu sebelum ke tempat kerja.

Kisah Rosizanie mendapat perhatian ramai selepas sepupunya memuat naik status Selasa lalu.

“Setiap hari dia akan bangun pagi-pagi untuk kemas sangkar kucing dan akan habiskan masa selama tiga jam untuk belek serta bersihkan kucing satu per satu sebelum ke tempat kerja. Namun selepas adik dah tiada, saya yang mengambil alih tugas adik menjaga dan membersihkan kucing. Bagaimana adik jaga mereka, saya cuba jaga mereka begitu juga. Ia serba sedikit dapat mengurangkan rasa rindu kepada adik. Saya bercakap dengan kucing-kucing dia yang tuan mereka sudah tiada namun mereka seolah-olah faham dan masuk sendiri ke dalam sangkar. Betullah orang cakap, kucing juga ada perasaan,” katanya.

Kisah pemergian Rosizanie menghadap ilahi selepas terbabit dengan kejadian yang tak diingini di Melaka Sentral, Selasa lalu mendapat perhatian ramai apabila sepupunya dengan Tweethandle @ntshrazi memuat naik status meminta bantuan ramai mencari individu lain yang turut terlibat dalam kejadian yang sama. Perkongsian itu meraih perhatian ramai yang ingin membantu dengan lebih 12,000 ulang kicau dan lebih 4,000 tanda suka di laman Twitter.

“Malam tu ramai yang mengatakan ia kes lari. Tapi selepas meneliti CCTV di lokasi kejadian, pihak polis menyatakan ia bukan kes lari dan masih dalam siasatan pihak polis. Individu terbabit juga sudah memberi kenyataan kelmarin. Kami serahkan kepada polis untuk lakukan siasatan, katanya.

Jenazah Rosizanie diuruskan di Tanah Persemadian Kg Padang, Melaka pada Rabu.

Bercerita mengenai perwatakan adiknya itu, Rosaleeza sebagai ahli keluarga yang paling rapat dengan adik memberitahu adiknya itu seorang yang periang dan suka menyakat adik-beradik lain.

“Saya antara yang paling rapat dengan adik dalam rumah ni. Saya boleh katakan adik seorang yang periang, gila-gila, dia suka sakat adik-beradik lain dan anak buah. Memang dialah yang akan meriuhkan rumah ni. Bila dia sudah tiada, saya sangat-sangat terasa. Mak sukar untuk terima kerana dia asyik teringat adik sebab dia seorang yang sangat periang di rumah. Mak beritahu dia terbayang-bayangkan adik. Sudah ajal, Allah lebih sayangkan dia jadi kami reda,” jelasnya. Urusan Rosizanie selamat disembahyangkan di Masjid Ul-Ukhuwah, Kg Padang, Melaka dan diuruskan di Tanah Persemadian Kg Padang, Melaka, Rabu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Sebuah Gambar Pemuda Ini Yang Membawa Kucingnya Naiki Motor Dengan Cara Ini. Rupanya Dah Pernah Bawa Sampai Ke Tempat Ini.

Seekor kucing dibawa menaiki motosikal pemiliknya ke beberapa negeri lain, malah ke luar negara. Fluffy, kucing baka Parsi milik Afiq Shazwan On, 27, pernah dibawa ke Thailand, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Afiq berkata Fluffy sejak kecil dilatih bertenggek di bahu ketika beliau menaiki motosikal pada kelajuan 40km hingga 50km/jam dan 120km/jam jika berjalan jauh.

Beliau berkata Fluffy, berusia dua tahun dua bulan tidak suka duduk dalam bakul motosikal atau dipakaikan abah-abah. “Kalau berjalan jauh saya akan berhenti di setiap kawasan R&R (rehat dan rawat) untuk pastikan Fluffy OK,” kata juruteknik itu.

Tidak memiliki kereta, beliau berkata tabiat Fluffy bertenggek di bahu bermula apabila bakul motosikalnya penuh dengan barangan. Memiliki dua lagi kucing, Baby dan Adik tetapi kedua-duanya tidak suka menaiki motosikal, perbuatan Afiq menerima reaksi pelbagai termasuk kritikan. Apatah lagi, beliau membangunkan akuan Fluffy yang mempunyai lebih 50,000 pengikut Facebook sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ini Yang Bakal Berlaku Sekiranya Si Bulus Anda Terkena Flu. Usah Panik Dan Terus Ikut Tips Ini.

Usah panik saat kucing sedang flu dan ikut dengan tips berikut. Kesihatan kucing kesayangan jadi prioritas setiap cat owner. Nah, jika mengamati tanda-tanda kucing yang sering bersin, hidung berlendir, dan mata merah atau berair, ianya boleh berlaku kucing peliharaanmu sedang terserang flu. Jangan panik, lakukan dulu 5 tips perawatan di rumah berikut ini.

Jaga mata dan hidung tetap bersih

Meskipun pemberian antibiotik bisa mengatasi komplikasi tertentu, saat ini belum ditemukan ubat yang tepat untuk menyembuhkan flu pada kucing. Namun, cat owner boleh membantu kucing merasa lebih nyaman dengan merawatnya di rumah. Pertama, usahakan untuk menjaga mata dan hidung tetap bersih dengan membersihkan kotoran menggunakan kapas yang sudah dicelupkan ke dalam larutan garam.

Hindari memandikannya

Menjaga kucing tetap bersih memang penting, tapi sebaiknya tunda jadual memandikannya. Harus terjaga tetap hangat, sebaiknya bersihkan badan kucing dengan menggunakan kain lap yang direndam dalam air hangat. Usapkan dengan lembut ke seluruh tubuhnya untuk menghilangkan kuman-kuman dan mempercepat penyembuhannya.

Jemur kucing setiap pagi

Jangan lupa jemur kucing setiap pagi untuk menjaganya tetap hangat dan kering. Selain itu, sinar matahari pagi juga membantu mengatasi kuman-kuman penyakit dan meningkatkan kekebalan tubuhnya. tak perlu terlalu lama, kucing cukup berjemur sekitar 10-15 menit pada pukul 8-9 pagi.

Sediakan ruang isolasi

Bukan hanya manusia saja, kucing juga perlukan rehat yang secukupnya dengan lebih baik dalam ruang isolasi. Pilih kawasan di rumah yang cukup tenang dan jauh dari lalu lalang penghuni rumah lainnya atau kendaraan. Tempatkan miliknya dengan litter box yang berada di dekatnya. Tak ketinggalan bekas makanan dan air minum yang mudah dijangkau oleh kucing kesayanganmu.

Berikan makanan yang bernutrisi

Kebanyakan kucing yang mengalami flu akan kehilangan nafsu makannya karena sukar menghidu bau aroma makanan atau tekaknya yang sakit untuk menelan. Berikan makanan dengan aroma yang lebih kuat dan jangan lupa menyuruh kucing untuk sering minum. Tawarkan cat food dengan aroma yang disukai kucing seperti Muezza yang punya 4 varian lazat seperti Ocean Fish, Mackerel, Salmon dan Tuna. Mengandungi protein, asam lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral, cat food berkualiti ini dibuat dari bahan-bahan alami. Tanpa penambahan bahan sintetis, Muezza diolah dengan proses moden untuk menjaga kualiti nutrisinya.

Kucing pun terjamin lebih sehat berkat sertifikasi halal dari The Central Islamic Committee of Thailand yang juga bakal bikin pemelihara kucing jadi lebih tenang. Mulai dari membelai kucing, memberikan makanan secara langsung, membersihkan wadah makan di tempat cuci piring, hingga menyimpannya di dalam rumah.

Selalu sediakan stok Muezza di rumah dengan membelinya secara online di marketplace seperti Tokopedia dan Shopee. Semoga si bulus anda cepat sembuh dari flu, ya!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Merupakan Haiwan Yang Boleh Jaga Diri Mereka Sendiri. Kini Ketahui Rupanya Sakit Ini Juga Merupakan Perkara Biasa Untuk Spesiesnya.

Lima penyakit ini merupakan penyakit yang biasa dialami oleh kucing kesayangan anda. Kucing juga dikenali sebagai salah satu haiwan yang mampu untuk menjaga dirinya sendiri dari sebarang penyakit. Namun, sekiranya anda pemilik kucing pasti anda tidak mahu apa-apa terjadi pada kucing anda. Jadi, anda juga perlu menitikberatkan sebarang hal kemungkinan yang bakal berlaku pada si bulus kesayangan anda. Hal ini disebabkan, ada beberapa kes yang umumnya terjadi pada kucing kesayangan anda dan ianya juga tidak boleh dianggap hal yang remeh-temeh. Pasti anda tertanya-tanya apa yang sering dialami oleh spesies kucing anda.

1. Muntah

Muntah adalah masalah kesihatan paling biasa terjadi pada seekor kucing. Penyebabnya juga pelbagai seperti makanan yang boleh membawa sebarang masalah, jangkitan kuman serta petanda ia mengalami masalah pundi kencing atau penghadaman. Sekiranya kucing anda muntah dan melelehkan air liur serta bernafas laju, segeralah bawanya berjumpa doktor. Lebih baik jika ambil sedikit sampel muntahnya kerana ia boleh memberi jawapan mengapa ia muntah.

2. Pundi kencing

Penyakit berkaitan pundi kencing atau Feline Lower Urinary Tract Diseases (FLUTD) juga antara perkara biasa dalam kalangan kucing. Ia biasanya berlaku pada kucing yang mempunyai lebihan berat badan serta sering makan makanan kering. Tekanan disebabkan sering terkurung di dalam rumah boleh meningkatkan risiko FLUTD dan gejala jelas kucing minum lebih banyak, sukar membuang air kecil, air kencing yang mengeluarkan cecair merah dan menangis ketika membuang air kecil.

3. Kutu

Kutu juga adalah masalah biasa dalam kalangan kucing namun ia boleh ditangani dengan mudah. Cara mengenal kucing yang mengalami masalah kutu adalah ia sering menggaru, menjilat serta mengalami jangkitan pada kulitnya. Mesikpun ia boleh dirawat namun sekiranya ia dibiarkan si bulus berisiko mengalami masalah anemia. Jadi pastikan masalah kutu pada kucing segera dicegah.

4. Cacing pita

Cacing pita hidup di dalam usus kecil kucing dan boleh membesar sehingga 60 sentimeter. Gejalanya tidak ketara namun kucing mungkin akan mengalami muntah serta mengalami penurunan berat badan. Cara paling mudah untuk mengetahui sama ada kucing anda mempunyai cacing pita adalah dengan melihat najisnya dan memeriksa bahagian duburnya. Biasanya, cacing pita akan keluar ketika ia sedang tidur. Jika anda melihat ada benda aneh berbentuk seperti beras atau biji bijan, kemungkinan ia adalah cacing pita.

5. Cirit birit

Banyak perkara boleh menyebabkan kucing anda cirit birit termasuk kehadiran parasit, makan makanan basi, elergi, jangkitan kuman, penyakit hati, k4nser dan sebagainya. Najisnya juga berbentuk cecair dan bergantung kepada penyebabnya, masalah cirit birit pada kucing boleh berlaku selama seminggu atau berbulan-bulan. Jika kucing mengalami cirit birit, berikan ia minum untuk mencegah dehidrasi dan segera membawanya berjumpa doktor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *