Pak guard sanggup pikul tanggungjawab sesuatu ini atas apa yang dilakukan oleh penghuni apartment disini. Posting yang tular itu memberi kesan positif kepada si bulus ini.

Haiwan Kehidupan kucing Viral

Lima ekor kucing yang ditempatkan di dalam sangkar di pondok pengawal sebuah apartment. Seekor kucing yang menemui pemilik baharu. Tindakan seorang pemuda yang mahu menaiki kenderaan e-hailing berbanding memandu sendiri pada satu hari mempertemukannya dengan sekumpulan anak kucing terbiar.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, pemuda berkenaan memuat naik gambar anak-anak kucing yang baru berusia beberapa minggu di dalam sangkar kucing.

“Sekiranya ada sesiapa yang mahu membelanya, sila maklumkan saya. Buat masa sekarang, pengawal keselamatan di apartment saya menjaga kucing-kucing ini,” tulisnya. Pemuda berkenaan, Dinesh Dharma berkata, dia menyedari sebuah sangkar kucing ketika melalui pondok pengawal untuk pulang ke rumahnya di Pandan Perdana, Kuala Lumpur.

Perkongsian Dinesh menjadi tular.

Menurut Dinesh, dia tergerak hati untuk bertanyakan kepada pengawal keselamatan berkenaan dan dimaklumkan kesemua kucing tersebut dihantar oleh seorang penduduk apartment.

“Ada lima ekor anak kucing jantan. Pengawal kata kucing-kucing ini baru lahir dan penduduk apartment itu tak nak jaga sebab dah banyak. Kenapa tuannya biarkan kucing-kucing dia di pondok pengawal? Dia sepatutnya mencari sesiapa yang berminat untuk membela dengan membuat posting seperti saya. Bagi saya, ia satu tindakan tidak bertanggungjawab,” kata pemuda berusia 31 tahun itu.

Anak-anak kucing yang dijaga oleh sekumpulan pengawal keselamatan di sebuah apartment.

Walaupun menyukai kucing, Dinesh bagaimanapun tidak dapat membela anak-anak kucing berkenaan kerana dia tinggal menyewa di rumah sebuah keluarga di apartment tersebut.

“Saya tinggal dengan tuan rumah yang sudah bekeluarga, jadi saya perlu hormat mereka dengan tidak bawa masuk haiwan sesuka hati. Sebelum ini pun kalau nampak ada kucing jalanan, saya akan bagi makan. Kalau saya tinggal sendiri, sudah tentu saya akan bela kucing-kucing ini,” ujarnya yang berasal dari George Town, Pulau Pinang.

Baki tiga daripada lima kucing sebelum seekor anak kucing ditemui pengawal keselamatan.

Sejak Khamis lalu, sangkar kucing itu diletakkan di luar pondok pengawal di sebelah siang sebagai usaha mencari pemilik baharu, dan disimpan di dalam pondok pada waktu malam. Menurut Dinesh, makanan kucing disediakan oleh orang awam termasuk pengawal keselamatan, dan sepanjang tempoh itu mereka menjaga kebajikan haiwan itu.

Ramai yang kutuk segelintir pengawal keselamatan biadab, tapi sebenarnya ramai yang baik hati. Nak buat baik ni sesiapa pun boleh

“Gaji pengawal keselamatan mungkin tak banyak, dan menjaga kucing bukan tugas mereka tapi mereka ada kemampuan dan perikemanusiaan untuk melakukannya. Sangkar kucing pun dibawa masuk ke dalam pondok pengawal bila dah lewat malam sebab tak nak bagi anak-anak kucing ni kesejukan,” katanya sambil menambah beberapa pengawal di apartmentnya terdiri daripada warga tempatan dan warga asing.

Anak-anak kucing yang menunggu pemilik baharu.

Pengurus di sebuah syarikat di Kuala Lumpur itu memberitahu, setakat Sabtu malam, dua ekor anak kucing telah menemui pemilik baharu, susulan postingnya menjadi tular. Dalam pada itu, katanya, seekor kucing jalanan lain ditemui seorang pengawal keselamatan di kawasan sekitar dan menempatkan haiwan itu di dalam sangkar yang sama.

“Lihatlah, pengawal keselamatan juga ada hati dan perasaan tak mahu biarkan kucing-kucing ini begitu saja, apa yang mereka lakukan itu sudah cukup terbaik. Sebelum ini ramai yang kutuk segelintir pengawal keselamatan kerana bersikap biadab, tapi sebenarnya ramai lagi yang baik hati. Nak berbuat baik ni sesiapa pun boleh,” katanya sambil menambah bahawa baki empat kucing yang baru dijumpai oleh pengawal keselamatan telah menemui pemilik baharu pada pagi Isnin.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Muncul Pula Seekor Kucing Yang Bewarna Hijau Yang Jadi Tanda Tanya Orang Ramai. Rupanya Ini Puncanya.

Kelibat seekor kucing berwarna hijau yang muncul di kawasan pantai Bulgaria mencetuskan tanda tanya kepada peminat haiwan peliharaan. Malah ia turut menjadi tanda tanya sama ada kucing tersebut merupakan baka baharu kerana hampir keseluruhan bulunya berwarna hijau, berbelang kelabu.

Terdapat pihak mendakwa bulu kucing tersebut menjadi kehijauan kerana kesan radioaktif dari kawasan kilang berhampiran. Bagaimanapun banyak pihak percaya haiwan peliharaan itu telah menjadi m4ngs4 der44n – terdapat individu telah mengecat bulunya.

Namun begitu, pengguna internet kagum dengan warna tersebut kerana ia kelihatan cantik dan manja. Berikutan itu juga, terdapat peminat kucing di negara tersebut kini mula memburu haiwan berkenaan untuk dipelihara.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pelbagai Baka Kucing Yang Akan Mencuit Hati Anda Semua. Rupanya Ada 10 Baka Kucing Yang Paling Cantik Dalam Dunia.

Tahukah anda membela kucing di rumah merupakan salah satu cara untuk atasi tekanan yang melampau dan ianya juga mampu untuk menurunkan tekanan darah seseorang. Kucing yang berbulu lebat,manja dan amat comel mampu menarik perhatian ramai pecinta kucing. Setiap orang pasti akan sentiasa gembira dan tertawa apabila melihat kerenahnya. Banyak baka kucing yang cantik dan memukau mata yang memandang, namun kami ingin kongsikan 10 baka kucing yang paling cantik (dan antara yang paling mahal) dalam dunia:

10. Ragdoll

Ragdoll terkenal dengan badan berotot dan mata biru yang sangat cantik. Lapisan bulu luarnya memerlukan penjagaan rapi kerana ia halus bak sutera. Baka yang dikembangkan oleh warga Amerika ini sesuai dijaga dalam suhu yang tenang. Kucing ragdoll sangat mesra bermain dengan kanak-kanak dan mudah ramah dengan keluarga yang membelanya. Disebabkan tingkah laku yang agak sosial, ia sering dikenali sebagai kucing yang bersifat seperti seekor anjing. Tambahan pula, ia sering mengekori ke mana sahaja tuannya pergi seperti seekor anjing.

9. Nebelung

Nebelung yang berasal dari Jerman merupakan baka kucing yang sangat cantik dan memikat serta jarang ditemui. Baka istimewa ini mempunyai mata berwarna hijau dan bulu kelabu kebiruan. Telinganya yang tajam dan mata bulat kelihatan seperti anak patung yang boleh dimainkan. Bulu pada bahagian ekor agak panjang berbanding di bahagian lain. Walaupun ia sukar menyesuaikan diri dengan perubahan, kucing ini senang bersosial dengan ahli keluarga. Ia gemar mengekori orang kegemarannya dan suka duduk di atas riba.

8. Munchkin

Dalam senarai ini, Munchkin adalah satu-satunya baka kucing dengan kaki yang sangat pendek. Walaupun ia dikategorikan sebagai baka yang agak baru, terdapat banyak kontroversi yang terjadi semasa ia mula diiktiraf oleh Persatuan Kucing Antarabangsa pada tahun 1995. Dilaporkan sebagai paling cantik dari segi rupa paras, Munchkin adalah kucing yang sangat periang dan pintar. Dengan berat sekitar 3-4kg, warna bulu Munchkin berada dalam kategori hitam dan cokelat. Disebabkan kakinya yang pendek, ia tidak dapat melompat dan menyelinap.

7. Kucing Siberia

Kucing Siberia adalah kucing yang mudah dibela sebagai haiwan peliharaan. Baka ini datang dari Rusia dan dianggap sebagai kucing kebangsaan negara itu. Kucing Siberia amat jarang didapati di luar Eropah dan mula popular sejak 1990 selepas diimport oleh Amerika Syarikat. Mula dikenali selepas disebut dalam sebuah buku oleh Harrison Wier yang kemudian semakin berkembang menjadi salah satu kucing tercantik dalam dunia. Ia mempunyai tekstur bulu berkilau yang unik, tidak seperti kucing-kucing yang lain dan tidak mempunyai belang atau bintik yang khusus.

6. Scottish Fold

Mutasi gen dominan menyebabkan telinga kucing ini terlipat dan bengkok ke depan. Dari situlah ia mendapat nama “Scottish Fold”. Rupanya seakan-akan patung mainan kucing dengan mata kuning yang sangat luar biasa. Baka kucing ini adalah antara yang termahal jika dibandingkan dengan baka-baka lain. Mereka amat gemar duduk dalam “Posisi Buddha” kerana cenderung untuk meregangkan kaki dan berehat di atas perut seperti seorang sami.

5. Turkish Van Cat

Kucing Turkish Van yang mempunyai bulu putih cantik ini mula dikembangkan di United Kingdom. Baka ini sangat jarang ditemui di mana kepaladan ekornya mempunyai corak yang mudah dikenali dengan badan yang berwarna putih sepenuhnya. Bulunya adalah sederhana panjang dan memberikan penampilan yang licin dan kemas. Memandikan kucing ini boleh menjadi satu cabaran sukar kerana bulu yang menyerap air sepenuhnya. Walaupun begitu, mengeringkan bulu adalah agak mudah namun memerlukan penjagaan rapi. Dengan berat sekitar 7kg, kucing baka ini agak nakal dan suka melompat-lompat di rumah.

4. Kucing Parsi

Kucing comel dan gebu ini boleh kelihatan seperti permaisuri jika dikahwinkan dengan baka yang sama. Pada tahun 2015, kucing ini diiktiraf sebagai kucing kedua paling popular di Amerika Syarikat. Baka yang berasal dari Iran (Parsi) seawal tahun 1620 ini juga digelar “Parsi Bulu Panjang”. Ia sangat sesuai dijadikan haiwan peliharaan kanak-kanak kerana ia sangat jinak dan mengharapkan perhatian. Kucing  Parsi mempunyai pilihan sebanyak 80 kombinasi warna bulu dan sentiasa kelihatan cantik menawan.

3. Kucing Bengal

Kucing ini diberi nama Bengal kerana rupanya yang seakan-akan seekor harimau bintang. Walaupun kelihatan seperti kucing liar, kucing bengal adalah ialah baka domestik yang kebiasaannya dijumpai di Amerika Syarikat. Ia mempunyai berat sekitar 4.6kg, berbulu jingga dan mempunyai corak rambang di seluruh badan seperti harimau bintang. Kucing berekor panjang ini mempunyai bahagian perut yang berwarna putih. Mata mereka biasanya berwarna biru atau hijau dan agak besar saiznya. 

2. Kucing Birman

Baka Birman pertama kali dikenali di Perancis dan namanya bermakna “Burma” yang diambil daripada perkataan Perancis iaitu “Birmanie”. Penampilannya agak unik dengan wajah berwarna cokelat dan mata bundar berwarna biru. Kucing ini kelihatan seolah-olah memakai sarung kaki berwarna terang dan boleh membuatkan ramai orang terpesona melihatnya. Ia bersifat sangat nakal dan mudah bersosial dengan manusia.

1. Maine Coon

Maine Coon adalah kucing tercantik dalam dunia dengan fizikal unik dan kebolehan memburu yang sangat hebat. Seperti namanya, kucing ini merupakan penduduk asal Maine dari Amerika Utara. Ia dianggap baka kucing domestik paling besar dan mempunyai bulu lebat di seluruh tubuh. Pada kurun ke-19, Maine Coon sering diketengahkan dalam pertunjukan kucing dan sekali gus telah memberikan impak besar dalam kecantikan baka kucing. Hari ini, Maine Coon telah mencuri hati jutaan pencinta kucing ditambah pula dengan karakternya yang mempunyai sedikit persamaan dengan anjing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *