Wanita ini sebak bila dikatakan seperti ini oleh makcik makcik hanya kerana membela kucing. Sekali dia dedahkan apa yang dikatakan oleh makcik ini.

Haiwan Kehidupan Keluarga kucing

Seorang wanita berkongsi kisahnya dimomokkan dengan petua yang mengaitkan situasinya yang belum dikurniakan zuriat dengan kucing. Setiap pasangan yang berumahtangga pasti menginginkan untuk dikurniakan zuriat sebagai penyeri keluarga dan penyambung keturunan.

Namun rezeki setiap pasangan tidak sama, ada yang tidak perlu menunggu lama namun ada pula yang terpaksa bersabar sehingga bertahun-tahun lamanya sebelum dikurniakan cahaya mata. Dalam situasi yang kedua itu, sudah semestinya si isteri yang paling terkesan kerana sering menjadi sasaran pertanyaan daripada pihak yang kurang sensitif kononnya ‘mengambil berat’ dengan apa sedang dialami.

Selain bertanyakan soalan cepumas, tidak kurang juga ada yang memberikan petua tertentu mengaitkan sesuatu perkara dengan kesukaran mendapatkan zuriat sebagaimana perkongsian seorang pelayar ini di Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia. Menurut pelayar berkenaan, dia sudah mendirikan rumah tangga namun sehingga kini masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Perkongsian seorang pelayar mengenai kisahnya yang belum mendapat zuriat.

“Saya memang minat kucing jadi saya ambil keputusan untuk membela dua ekor kucing. Seekor saya kutip, seekor lagi saya beli dekat kawan. Sejak saya bela kucing, adalah seorang dua makcik kata kepada saya. Katanya, kalau dah kahwin, tapi belum ada anak, tak boleh bela kucing. Nanti susah nak lekat anak dalam perut. Seorang lagi pula kata, kalau boleh selagi belum ada anak ni, tak payah bela kucing. Pantang orang-orang Jawa kata kalau bela kucing sewaktu kita belum dapat anak ni nanti susah nak dapat zuriat,” demikian tulis pelayar berkenaan.

Segelintir masyarakat mengaitkan kesukaran pasangan mendapat zuriat dengan hobi memelihara kucing. Gambar hiasan.

Berkongsi situasi yang dihadapinya itu, pelayar tersebut bagaimanapun berkata dia enggan mempercayai ‘nasihat’ yang pernah diberikan kepadanya sebaliknya memilih untuk menyerahkan urusan rezeki kepada Yang Maha Esa.

“Saya percaya pada rezeki Tuhan. Saya tak tahu kenapa boleh kaitkan kucing dengan tak boleh mengandung. Ada tak sesiapa pernah kena tegur macam saya ni?” luahnya sambil meminta pendapat daripada ahli kumpulan berkenaan. Perkongisan tersebut mengundang perhatian dengan menyaksikannya dihujani ribuan komen warganet.

Bidaah betul la makcik-makcik ni. Tu semua rezeki Allah. Kalau bela kucing tapi tak ada anak, habis tu kalau yang bela kucing tapi beranak setiap tahun macam mana pula.

Bukan sahaja berkongsi pengalaman yang sama dengan pelayar berkenaan, malah ramai yang sependapat dengannya bahawa urusan rezeki ditentukan oleh Allah, dan tiada kena mengena dengan hobi memelihara kucing.

“Bidaah betul la makcik-makcik ni. Tu semua rezeki Allah. Kalau bela kucing tapi tak ada anak, habis tu kalau yang bela kucing tapi beranak setiap tahun macam mana pula ceritanya,” kata seorang warganet. “Sama macam saya, belum ada anak tapi saya jaga anak bulus seekor sahaja. Pedulikan orang kata yang penting suami, saya dan anak bulus gembira,” komen seorang warganet lain.

Antara komen warganet yang turut berkongsi pandangan dan pengalaman masing-masing.

“Saya tak ada zuriat…. bela kucing buat hilangkan bosan. Bela dari baru lahir sampai besar. Bila besar, saya beli lagi seekor buat penemannya, lepas itu kucing bunting. Cik meow bunting, tuan dia pun mengandung. Rezeki ulang tahun perkahwinan kelima, lahirlah anak pertama kami,” demikian warganet lain berkongsi cerita. Dalam masa yang sama, rata-rata warganet juga mendoakan pelayar wanita berkenaan dan pasangannya akan dikurniakan rezeki cahaya mata suatu hari kelak.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Wanita Hamil Tidak Galakkan Membela Kucing Kerana Boleh Sampai Tahap Kehilangan Anak Dalam Kandungan. Sekali Doktor Ini Tampil Jelaskan.

Pasti anda pernah mendengar petua-petua orang tua yang perempuan mengandung tidak digalakkan untuk menjaga seekor kucing. Tapi tidak semuanya yang mudah percaya petua tersebut. Ada yang menafikan perkara tersebut. Sekali Dr Imelda tampil dan jelaskan isu pantang larang yang mengaitkan wanita hamil dan kucing. Setiap perempuan mengandung pasti mengharapkan dan ingin lakukan yang terbaik buat anaknya yang bakal lahir tersebut. Malah, bukan ibu mengandung sahaja, kadang-kadang orang sekeliling kita turut lebih prihatin dalam menjaga wanita yang hamil.

Justeru, banyak juga lah ptng larang dan petua yang diaplikasikan dalam rutin harian wanita hamil. Percaya atau tidak, salah satu pntng larang yang popular adalah ibu hamil tak digalakkan untuk pelihara kucing di rumah mereka kerana ia dikatakan membahayakan bakal ibu serta kandungannya.

Oleh hal demikian, ini kebenaran pntang larng dari sudut klinikal dan perubatan. Bagi memberi keterangan lanjut, doktor sakit puan dan doktor perbidanan iaitu Dr Imelda Balchin membuat perkongsian berkaitan

Terpanggil untuk memberikan ulasan, doktor perbidanan dan pakar sakit puan, Dr Imelda Balchin turut membuat perkongsian mengenai perkara tersebut menerusi Facebook.Menurut Dr Imelda, tiada masalah untuk para ibu hamil untuk memelihara kucing selagi mana mereka tiada alahan kepada haiwan tersebut.

Namun tegas doktor ini, wanita hamil dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja membuang najis-najis haiwan berkenaan.”Minta orang lain tolong buang najis kucing, supaya ibu yang hamil boleh mengelakkan kemungkinan mendapat jangkitan toxoplasmosis dari najis kucing,” tulisnya pada perkongsian tersebut.

Menerangkan lebih lanjut, Dr Imelda berkata kucing hanya boleh mendapat toxoplasmosis sekiranya diberi makan daging mentah, memakan tikus atau binatang liar kecil.”Jika kucing dapat toxoplasmosis, parasit ini akan berada di dalam usus kucing dan keluar dengan najis kucing selama lebih kurang dua minggu. Kita tak boleh dapat toxoplasmosis jika kita pegang kucing. Tetapi kita boleh dapat toxoplasmosis jika kita buang najis kucing dan tersentuh najis yang ada parasit toxoplasma kemudian kita tak basuh tangan betul-betul sebelum makan. Jadi kebersihan tangan itu penting untuk semua ibu hamil, semoga tidak dapat ker4cun4n makanan dari toxoplasma yang boleh menyebabkan kegvgvran atau memudaratkan kesihatan janin di dalam kandungan,” ulasnya panjang lebar,

Bagaimanapun ujar Dr Imelda, sekiranya kucing peliharaan agak cerewet dalam bab makanan, kebarangkalian untuk haiwan itu mendapat toxoplasma adalah sangat rendah.”Jika kucing kesayangan anda memang pun hanya duduk di dalam rumah, tidak keluar rumah, sangat cerewet hanya nak makan biskut kucing, canned food, makanan yang anda masakkan betul-betul, dan kucing anda membuang najis dalam cat liter tray yang anda sediakan, maka InsyaAllah kucing yang cerewet itu tiada jangkitan parasit toxoplasma dan kita tak perlu bimbang.

“Tak payah laaa buang kucing kesayangan anda bila hamil, selagi anda menjaga kebersihan tangan sebelum makan dan elakkan najis kucing.”Kalau kena buang najis kucing sendiri, mohon anda pakai sarung tangan dan kemudian cuci tangan anda betul-betul.Ada hikmahnya juga jika kucing anda cerewet nak makan makanan yang best best saja,” tulisnya.Sehingga kini posting tersebut meraih 788 shares di Facebook.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Rupanya Tak Semua Benda Yang Kucing Dan Anjing Boleh Makan. Ini Yang Berlaku Setelah Ada Yang Beri Coklat Kepada Haiwan Tersebut.

Mesti ada antara kita yang teruja sekiranya haiwan peliharaan anda sedang asyik makan makanan yang selain daripada makanannya. Setiap orang pasti akan terfikir bahawa anjing dan kucing boleh sahaja makan semua yang dia mahukan. Tapi rupa-rupanya perkara itu salah sama sekali.

Menurut perkongsian @The_UglyOrgan di Twitter, ada seekor anjing ni dah muntah-muntah lepas termakan biskut coklat yang diberikan oleh sekumpulan kanak-kanak. Budak-budak tu tak salah pun, cuma kita kena awasi dorang supaya benda yang sama takkan berlaku. 

Difahamkan, perkara tersebut telah dikongsikan di Facebook Malaysia Independent Animal Rescue. Menurut doktor haiwan yang merawat anjing terbabit, bahan dalam coklat mengandungi kafein di mana bahan tersebut tak sesuai dengan sistem pencernaan haiwan.

Kalau terambil dalam kuantiti yang berlebihan, haiwan boleh kena sawan! Kesian haiwan tu, ia tak tahu apa-apa.  Selain itu, lelaki yang dikenali sebagai @AtukNature di Twitter juga menasihati orang ramai yang memelihara kucing atau anjing untuk elakkan bagi makanan yang berasaskan coklat.

Doktor Helmi juga ada kongsikan 20 jenis makanan yang bahaya untuk haiwan peliharaan kita menerusi Twitter.So, lepas ni kena lebih berhati-hati lah supaya kesihatan haiwan kesayangan kita pun terjaga.

Ramai Ingat Kucing Boleh Makan Semua Makanan. Doktor Ini Dedahkan Satu Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Kucing

Bagi pencinta kucing sudah tentu mengetahui ada makanan yang tidak boleh diberi sebarangan kepada kucing kesayangan. Dan pasti ada antara daripada korang terfikir yang kucing boleh makan apa sahaja kan. Namun begitu,tanggapan anda salah. Berdasarkan perkongsian Di Twitter,ada seekor anjing yang mula mnth lepas termakan biskut coklat yang diberikan oleh kanak kanak.

Nak salah kan budak pun tak boleh juga. Jadi kita sebagai orang dewasa haruslah mengawasi anak anak supaya perkara yang sama tidak berlaku. Difahamkan doktor yang telah meraw4t anjing itu mengatakan bahan dalam coklat mengalami kafein di mana bahan tersebut tak sesuai dengan sistem pencernaan haiwan

Jika terambil dalam kuantiti yang berlebihan, haiwan itu boleh terkena saw4n. Alahai kesian haiwan tu tau. Seterusnya, lelaki yang dikenali sebagai ATukNature sempat menasihati orang ramai yang memelihara kucing atau anjing untuk elakkan beri coklat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *