Anaknya dedahkan keadaan abahnya kini setelah kehilangan kucing kesayangannya. Rupanya abah pernah sampai ke tahap ini.

Haiwan Kehidupan Keluarga kucing

Muhammad Zaid gagal menahan sebak selepas kucing kesayangannya telah pergi akibat terlibat dengan kejadian yang tak diingini dengan melibatkan kereta pada Sabtu lalu. Setiap kucing pasti mempunyai tempat istimewa di hati tuannya sehingga ada yang berduka apabila sesuatu yang buruk menimpa haiwan tersebut.

Begitulah yang dialami bapa kepada lima anak yang teresak-esak menangis sambil memangku kucing kesayangannya yang sudah tidak bernyawa. Video momen sebak berdurasi dua minit 20 saat itu dikongsi Tasha yang juga anak kepada lelaki tersebut menerusi satu posting di Twitternya sehingga menyentuh hati warganet. Sehingga hari ini, video tersebut mendapat lebih 600,000 tontonan di Twitter dengan 27,400 tanda suka dari warganet. Menurut Tasha, bapanya Muhammad Zaid Zakaria, 55, amat rapat dengan kucing betina bernama Milo yang dijaga sejak enam tahun lalu.

“Abah dengan Milo memang macam kawan baik memang rapat. Dia selalu kejut abah bangun Subuh. Rutin harian memang macam tu. Kalau abah baring mesti Milo akan panjat duduk atas dada. Dia juga tidur bersama dengan abah sejak dari baby lagi,” katanya. Malah anak kedua daripada lima beradik itu turut mendedahkan kucing tersebut ibarat ahli keluarga mereka sendiri.

“Abah selalu gelarkan kucing tu ‘anak abah’. Kiranya dia adik bongsu kami. Milo sangat manja dengan abah. Ni first time saya tengok abah menangis macam tu. Masa saya nikah hari tu pun dia tak nangis sampai macam ni sekali,” katanya. Menurut Tasha, kucing kesayangan bapanya itu pergi akibat terlibat dengan kejadian terebut pada Sabtu lalu.

Antara rutin harian Muhammad Zaid bersama kucing kesayangannya.

“Milo kena langgar kereta. Tapi kami pelik selama ni bila start je enjin kereta dia akan lari. Dia memang takut bunyi kereta. Tapi mungkin hari tu dah takdir dia. Saya rasa terkilan jugalah kenapa dia tak lari macam yang dia selalu buat,” katanya yang menetap di Bangi.

Ni first time saya tengok abah menangis macam tu. Masa saya nikah hari tu pun dia tak nangis sampai macam ni sekali.

Mengimbau kembali insiden menimpa Milo, Tasha pada awalnya menyangka kucing tersebut hanya cedera sebelum terkejut apabila mengetahui keadaannya sebenar.

“Masa mula-mula ummi hantar video tu saya memang rasa tak sedap hati tapi saya belum tengok video tu sampai habis. Saya suruh ummi bawa pergi klinik. Tak lama lepas tu ummi beritahu Milo dah tak ada. Terus saya tengok balik video tu sampai habis. Masa tu memang saya menangis macam mana abah dan ummi menangis dalam video tu,” katanya.

Meskipun Milo sudah tiada, bapanya masih terkesan dengan pemergian kucing kesayangannya itu. “Ummi baru lepas hantar video abah tengah menangis. Dia tengah belek-belek phone dia. Tiap kali abah tengok bekas makanan Milo dia akan menangis. Mungkin dia teringat. Dia sedih sangat rasa macam hilang anak sendiri. Saya ada suruh ummi bawa abah pergi jalan-jalan tapi bawa kereta pun dia nangis. Sayang betul dia kat Milo,” katanya.

Sementara itu, Tasha turut mendedahkan bapanya pernah mengalami tekanan apabila kucing yang pernah dipelihara mereka selama setahun telah pergi sebelum ini.

“Pernah dulu kucing saya pergi. Kami bela dalam setahun tapi abah mengalami tekanan teruk selama seminggu. Sampai kawan dia kat office beritahu dia tak bercakap. Itu baru bela setahun bayangkan Milo enam tahun. Saya tak tahulah berapa lama abah akan bersedih. Mungkin dia perlukan sikit masa untuk lupakan,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Rider Ini Tinggalkan Nota Setelah Tidak Sengaja Lakukan Ini Pada Kucing Mereka. Namun Ini Reaksi Pemilik Kucing Tersebut Sehinggakan Mengalir Air Mata.

Pemilik kucing bernama Ntah terharu dan sebak apabila menemui nota yang ditinggalkan di dalam peti surat di rumahnya. Kucing seringkali dijadikan sebagai haiwan peliharaan kerana gelagatnya yang lincah dan manja. Wajahnya yang comel serta aksinya yang lincah sering membuatkan manusia ‘cair’.

Malah kehadirannya juga mampu menceriakan suasana serta menghilangkan tekanan pemiliknya selepas penat bekerja seharian. Justeru tidak hairanlah haiwan peliharaan ini dianggap sebagai sebahagian daripada ahli keluarga, dan hanya pencinta kucing sahaja yang tahu betapa peritnya rasa apabila kehilangan haiwan tersebut.

Nota yang ditinggalkan oleh seorang rider benar-benar membuatkan Rosliza sebak dan terharu.

Sungguh pun yang ‘pergi’ itu hanya seekor kucing, namun ia tetap memberikan kesan mendalam buat pemiliknya, sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang wanita. Menerusi satu perkongsian di Facebook, Rosliza Saad berkongsi kesedihannya yang baru sahaja kehilangan salah seekor kucing yang dipelihara sejak dua tahun lalu. Dalam perkongsian tersebut, Rosliza menceritakan bahawa kucing bernama Ntah itu menghembuskan nafas terakhir selepas beberapa jam tak sedarkan diri, pada Ahad lalu.

“Ntah ni seekor kucing kampung. Baru-baru ini, kami masukkannya dalam sangkar sebab sekarang ni kebanyakan kucing diserang virus Feline Parvo. Kalau keluarkan pun, kami pasti akan pantau. Sehari sebelum dia pergi, Ntah ada bawak balik tikus tapi ia tak makan, cuma main-main. Pada Ahad lalu, saya dan suami keluar tapi letakkannya dalam rumah. Bila pulang lewat malam tu, nampak Ntah dekat tepi pagar.

Gambar kenangan bersama Ntah ketika Aidilfitri baru-baru ini.

“Masa itu mulutnya berbuih dan ia masih bernyawa. Kami pun flush supaya ia muntah, bimbang sebab dia termakan racun dari tikus. Kami bercadang nak bawa pergi klinik esok pagi. Setiap beberapa jam, saya dan suami akan jenguk dia dan usap minta ia bertahan sebelum ke klinik,” katanya. Namun belum sempat dibawa ke klinik, Ntah mati awal pagi Isnin.

Daripada apa yang ditulis, antaranya dia minta moga Tuhan tak tarik rezeki dia sebab terlanggar kucing, buatkan kami terharu. Jadi kami sekeluarga nak dia tahu, yang kami tak marah langsung, demi Allah

“Kali terakhir kami jenguk pukul 4.30 pagi, Ntah masih bernyawa. Tapi masa bangun nak solat Subuh, suami tiba-tiba meluru sambil berair mata dan beritahu Ntah dah tak ada. Sedih sangat-sangat sebab Ntah ni kucing pertama yang kami pelihara sebab anak lelaki suka. Sebelum ni saya langsung tak suka kucing, tapi ia kemudian berubah menjadi sayang,” ujar wanita berusia 38 tahun ini.

Di kala wanita ini dan keluarganya reda dengan kehilangan Ntah, namun mereka sekeluarga sama sekali tidak menyangka apabila mendapat tahu kisah sebenar mengenai kehilangan kucing kesayangan, dua hari kemudian. Rosliza berkata segala-galanya terbongkar apabila dia menemui sehelai nota yang ditinggalkan di dalam peti surat kediamannya pada Selasa lalu.

Gelagat lucu Ntah yang dirakam sebelum ini menjadi pengubat rindu Rosliza terhadap kucing kesayangannya itu.

Nota itu ditulis oleh seorang penghantar makanan (rider) yang memohon maaf kerana tidak sengaja terlanggar kucing milik Rosliza.

“Bila terbaca nota tu, terus gugur air mata saya. Adik rider ni mengaku dia terlanggar Ntah. Apa yang buat saya terharu adalah kejujurannya. Zaman sekarang susah nak cari orang yang jujur. Daripada apa yang ditulis, antaranya dia minta moga Tuhan tak tarik rezeki dia sebab terlanggar kucing, buatkan kami terharu. Jadi kami sekeluarga nak dia tahu, yang kami tak marah langsung, demi Allah. Malah kami berterima kasih sebab dia alih dan letakkan Ntah di tempat selamat. Kalau diberi peluang, kami nak sangat jumpa adik rider ni,” ujar wanita ini.

Antara kucing baka kacukan yang turut dipelihara oleh Rosliza.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Rosliza berkata dia berharap agar warganet tidak mengkritik atau menyalahkan rider berkenaan.

“Saya muat naik dan tag kawan-kawan saja sebab mahu posting ni sampai ke pengetahuan rider tersebut sebab kalau boleh nak bertemu dengan insan jujur ni. Ada yang komen kata dia bawa laju dan sebagainya. Jangan salahkan atau kritik dia. Apa yang dilakukannya ini menunjukkan hatinya sangat baik,” ujarnya.

Sumber :Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *