Rider ini tinggalkan nota setelah tidak sengaja lakukan ini pada kucing mereka. Namun ini reaksi pemilik kucing tersebut sehinggakan mengalir air mata.

Dunia Haiwan kucing Viral

Pemilik kucing bernama Ntah terharu dan sebak apabila menemui nota yang ditinggalkan di dalam peti surat di rumahnya. Kucing seringkali dijadikan sebagai haiwan peliharaan kerana gelagatnya yang lincah dan manja. Wajahnya yang comel serta aksinya yang lincah sering membuatkan manusia ‘cair’.

Malah kehadirannya juga mampu menceriakan suasana serta menghilangkan tekanan pemiliknya selepas penat bekerja seharian. Justeru tidak hairanlah haiwan peliharaan ini dianggap sebagai sebahagian daripada ahli keluarga, dan hanya pencinta kucing sahaja yang tahu betapa peritnya rasa apabila kehilangan haiwan tersebut.

Nota yang ditinggalkan oleh seorang rider benar-benar membuatkan Rosliza sebak dan terharu.

Sungguh pun yang ‘pergi’ itu hanya seekor kucing, namun ia tetap memberikan kesan mendalam buat pemiliknya, sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang wanita. Menerusi satu perkongsian di Facebook, Rosliza Saad berkongsi kesedihannya yang baru sahaja kehilangan salah seekor kucing yang dipelihara sejak dua tahun lalu. Dalam perkongsian tersebut, Rosliza menceritakan bahawa kucing bernama Ntah itu menghembuskan nafas terakhir selepas beberapa jam tak sedarkan diri, pada Ahad lalu.

“Ntah ni seekor kucing kampung. Baru-baru ini, kami masukkannya dalam sangkar sebab sekarang ni kebanyakan kucing diserang virus Feline Parvo. Kalau keluarkan pun, kami pasti akan pantau. Sehari sebelum dia pergi, Ntah ada bawak balik tikus tapi ia tak makan, cuma main-main. Pada Ahad lalu, saya dan suami keluar tapi letakkannya dalam rumah. Bila pulang lewat malam tu, nampak Ntah dekat tepi pagar.

Gambar kenangan bersama Ntah ketika Aidilfitri baru-baru ini.

“Masa itu mulutnya berbuih dan ia masih bernyawa. Kami pun flush supaya ia muntah, bimbang sebab dia termakan racun dari tikus. Kami bercadang nak bawa pergi klinik esok pagi. Setiap beberapa jam, saya dan suami akan jenguk dia dan usap minta ia bertahan sebelum ke klinik,” katanya. Namun belum sempat dibawa ke klinik, Ntah mati awal pagi Isnin.

Daripada apa yang ditulis, antaranya dia minta moga Tuhan tak tarik rezeki dia sebab terlanggar kucing, buatkan kami terharu. Jadi kami sekeluarga nak dia tahu, yang kami tak marah langsung, demi Allah

“Kali terakhir kami jenguk pukul 4.30 pagi, Ntah masih bernyawa. Tapi masa bangun nak solat Subuh, suami tiba-tiba meluru sambil berair mata dan beritahu Ntah dah tak ada. Sedih sangat-sangat sebab Ntah ni kucing pertama yang kami pelihara sebab anak lelaki suka. Sebelum ni saya langsung tak suka kucing, tapi ia kemudian berubah menjadi sayang,” ujar wanita berusia 38 tahun ini.

Di kala wanita ini dan keluarganya reda dengan kehilangan Ntah, namun mereka sekeluarga sama sekali tidak menyangka apabila mendapat tahu kisah sebenar mengenai kehilangan kucing kesayangan, dua hari kemudian. Rosliza berkata segala-galanya terbongkar apabila dia menemui sehelai nota yang ditinggalkan di dalam peti surat kediamannya pada Selasa lalu.

Gelagat lucu Ntah yang dirakam sebelum ini menjadi pengubat rindu Rosliza terhadap kucing kesayangannya itu.

Nota itu ditulis oleh seorang penghantar makanan (rider) yang memohon maaf kerana tidak sengaja terlanggar kucing milik Rosliza.

“Bila terbaca nota tu, terus gugur air mata saya. Adik rider ni mengaku dia terlanggar Ntah. Apa yang buat saya terharu adalah kejujurannya. Zaman sekarang susah nak cari orang yang jujur. Daripada apa yang ditulis, antaranya dia minta moga Tuhan tak tarik rezeki dia sebab terlanggar kucing, buatkan kami terharu. Jadi kami sekeluarga nak dia tahu, yang kami tak marah langsung, demi Allah. Malah kami berterima kasih sebab dia alih dan letakkan Ntah di tempat selamat. Kalau diberi peluang, kami nak sangat jumpa adik rider ni,” ujar wanita ini.

Antara kucing baka kacukan yang turut dipelihara oleh Rosliza.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Rosliza berkata dia berharap agar warganet tidak mengkritik atau menyalahkan rider berkenaan.

“Saya muat naik dan tag kawan-kawan saja sebab mahu posting ni sampai ke pengetahuan rider tersebut sebab kalau boleh nak bertemu dengan insan jujur ni. Ada yang komen kata dia bawa laju dan sebagainya. Jangan salahkan atau kritik dia. Apa yang dilakukannya ini menunjukkan hatinya sangat baik,” ujarnya.

Sumber :Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tindakan Rider Grabfood Pada Kucing Ini Mengejutkan Orang Ramai. Rupanya Ini Niat Dia Untuk Lakukan Itu.

Sikap prihatin rider ini menerima pujian ramai di laman sosial. Aksi seorang rider penghantar makanan yang menyelamatkan seekor kucing di sebuah jalan di Cheras, Selangor pada Khamis menerima pujian ramai di media sosial.

Menurut Nur Amira Rasyidah Ruslan, 18, dia pada waktu itu berada di dalam kereta bersama keluarganya dan sempat merakam tindakan lelaki tersebut sebelum ia dikongsi di laman Twitter. Mesra disapa Amira, dia mengakui terpegun dengan sikap prihatin yang ditunjukkan biarpun lelaki itu terpaksa membahayakan nyawanya sendiri.

“Kejadian berlaku pada waktu petang, kami dalam perjalanan pulang ke rumah. Masa tu lampu isyarat masih merah. Tiba-tiba nampak seekor anak kucing warna oren lari masuk bawah kereta. Saya tengok rider tu berhenti motor, dengan beg yang digalas dia cari kucing tu di bawah kereta-kereta yang ada, akhirnya dia dapat tangkap,” ujarnya.

Sewaktu kejadian, Amira berada di dalam sebuah kereta bersama keluarganya.

Menurut Amira lagi, dia juga sempat memberikan sepaket makanan kucing kepada lelaki tersebut. “Mak dengan ayah memang sentiasa standby makanan kucing. Kalau pergi mana-mana, mereka akan bagi je jika ternampak kucing jalanan. Masa tu lampu isyarat dah bertukar hijau, takkan kami nak berhenti sebab ada banyak kereta. Saya panggil abang tu dan terpaksa campak makanan dalam paket tu. Dia pun sempat ambil,” katanya lagi. Menurut Amira, dia sama sekali tidak menyangka video itu akan menjadi perhatian ramai.

Dia ibarat satu dalam sejuta. Tak semua orang ada hati perut macam dia, apatah lagi kepada binatang.

Tindakan tangkas rider itu berjaya menyelamatkan anak kucing berkenan,

Namun katanya, dia sekadar berkongsi kerana mahu rider tersebut menerima pujian sewajarnya atas tindakan yang dilakukan. “Saya kongsi sebab nak bagi spotlight pada abang tu. Saya nak cakap terima kasih pada dia. Dia ibarat satu dalam sejuta. Tak semua orang ada hati perut macam dia, apatah lagi kepada binatang. Saya nak ucap tahniah dan semoga rezeki dia bertambah… teruskan sikap mulia itu,” ujarnya. Sehingga kini, video berkenan menerima lebih 160,000 tontonan di Twitter.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sanggup Bawa Nasi Digaul Ikan Atau Daging Untuk Sembilan Ekor Kucing. Lelaki Ini Kongsi Cerita

Kelihatan lelaki yang dikenali sebagai Baharudin Ahmad memberi makan kepada kucing terbiar di tempat dia bekerja menjaga tandas di Alai, Melaka. Katanya ” Setiap kali saya sampai semua kucing terbiar itu sudah menunggu seperti anak kecil menanti kepulangan ayah,” ujar Baharudin Ahmad,70, yang merupakan penjaga tandas awam di kawasan Ikan Bakar Alai di sini.

Jelasnya, selain membersihkan kemudahan berkenaan, aktiviti memberi makan kucing terbiar itu sudah menjadi rutin hariannya sejak empat tahun lalu.Katanya, sebelum keluar bertugas dia akan memastikan membawa nasi digaul ikan atau daging rebus untuk sembilan ekor kucing jalanan di situ.

Tambahnya lagi, kebiasaan dia bertugas sekitar jam 5 petang dan hanya pulang kira kira 1 pagi mengikut situasi untuk menambah pendapatan harian.”Namun apa yang penting saya dapat berbakti kepada kucing terbiar itu yang setia menanti kehadiran saya.

“Terdapat kira-kira sembilan ekor kucing dan ada ketikanya jumlah lebih banyak,” katanya yang tinggal di Kampung Kandang di sini.Bagaimanapun, dia sentiasa menjaga kebersihan tandas dan memastikan kucing itu tidak mengotori kawasan serta mengganggu orang ramai menggunakan kemudahan itu.

Menurutnya, ketika ini banyak kawasan kedai di situ ditutup ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan setiap petang akan menghantar makanan bagi memastikan haiwan itu tidak kelaparan.Katanya, dia ikhlas memberi makanan haiwan itu kerana menganggap ia juga seperti manusia yang memerlukan perhatian, kasih sayang dan makanan untuk hidup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *