Si cilik ini meraung bila dapat tahu ini yang menimpa si bulus kesayangannya. Sekali jiran tampil cuba bantu dirinya tapi ini pula responnya.

Keluarga kucing Viral

Qaisara menangisi kehilangan Tuah pada Jumaat lalu. “Meraung kami dua beranak,” luah seorang wanita mengenai kisah duka dia dan anaknya kehilangan haiwan kesayangan mereka pada Jumaat lalu.

Kisah itu bertambah pilu apabila Rohainor Muzamir, 30, memuat naik foto anak bongsunya, Sayangku Qaisara Muhammad Nazaruddin, 4, yang sedang memangku bangkai haiwan berkenaan sambil menangis. Rohainor mengakui dia sekeluarga cukup terkesan dengan kehilangan kucing yang diberi nama Tuah itu.

Keakraban Qaisara dengan Tuah.

“Seminggu sebelum kehilangan, kami bawa Tuah operate buang mata kanan. Mata dia rosak sebab terlibat dengan kejadian yang tak diingini. Patutnya hari Jumaat tu nak pergi buka jahitan, tapi pagi tu juga dia kena sekali lagi kat depan rumah. Lalu, pergi buat selamanya depan mata saya,” ujarnya sewaktu dihubungi.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, Qaisara sememangnya rapat dengan Tuah sejak ia dibela sekitar penghujung tahun lepas. Malah, dia menyifatkan haiwan itu sebagai penyeri keluarganya dan tidak pernah membawa sebarang masalah untuk mereka.

Ada orang dalam Facebook, dalam lima ke enam orang nak bagi kucing. Kami dah dapat seekor, hampir-hampir sama dengan Tuah.

Rohainor sekeluarga.

“Setiap petang mereka naik basikal berdua, Qaisara akan bawa Tuah dalam bakul, jalan-jalan. Tidur sekali, berdua. Setiap malam mereka tidur bersama. Bila tengok dia menangis pangku Tuah masa nak tanam, saya pun memangis. Meraung kami dua beranak. Kami tanam kat kawasan depan rumah. Nak tanam pun dia macam tak bagi. Dia tanya, bila Tuah nak bangun? Setiap hari anak saya pergi tengok kubur Tuah, siram air,” ujarnya lagi.

Aksi comel Qaisara bersama Tuah.

Dalam pada itu, penularan kisah sedih Qaisara yang kehilangan kucing kesayangannya turut menarik perhatian ramai warganet. Malah, beberapa individu turut menghubungi Rohainor untuk memberi kucing secara percuma sebagai ganti kepada Tuah.

Kata Rohainor, Tuah sering menemaninya bersengkang mata dalam menyiapkan kuih-muih jualannya.

“Ada orang dalam Facebook, dalam lima ke enam orang nak bagi kucing. Kami dah dapat seekor, hampir-hampir sama dengan Tuah. Tapi anak saya tetap nak Tuah, dia kata rindu Tuah. Kucing kami memang baik. Dia selalu teman saya buat roti. Malam-malam kalau saya tak tidur buat roti, dia pun tak tidur juga,” jelasnya lagi.

Rozainor merupakan pengusaha makanan. Selain roti, dia yang menetap di Kota Tinggi, Johor turut menghasilkan pelbagai jenis kuih termasuklah pau sambal yang laris menerima sekitar 500 biji tempahan setiap hari.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemuda Ini Sanggup Berkongsi Rezeki Dengan Kucing Jalanan. Sekali Pandang Macam Sedang Lakukan Sesuatu Ini.

Setiap rezeki yang kita perolehi itu bukanlah semuanya milik kita. Pasti ada juga bahagian orang lain. Setiap apa yang kita dapat, kita mesti memberi sedikit pada orang lain. Setiap kebaikan yang kita lakukan itu, akan kembali pada kita dengan pelbagai bentuk kebaikan dimana kadang-kala kita sendiri tidak sedar akan perkara tersebut.Seperti sebuah posting di Facebook, seorang pemuda bernama Kamarul Arifin Ahmad telah berkongsi beberapa fotonya ketika memberi makan kepada kucing-kucing jalanan.

Bisnes laku keras!

Kamarul menyediakan makanan kucing di bahagian bonet keretanya, sekali pandang memang seperti sedang berjual beli sebaliknya dia sekadar berkongsi rezeki dengan si comel berkenaan. “Alhamdullilah hari ini saya buka bisnes car booth laku keras walaupun tiada keuntungan tapi saya percaya suatu masa nanti ada ganjarannya…”

Kongsi rezeki dengan kucing

Menjengah ke beberapa posting lain, rupa-rupanya pemuda itu memang seorang pencinta haiwan tersebut dan telah banyak kucing yang berjaya diselamatkan.

Ada keuntungan di akhirat nanti

Di ruangan komen, rata-rata warganet terharu melihat tindakan murni Kamarul selain mendoakan agar pemuda ini sentiasa dimurahkan rezeki.

Terima kasih bagi depa makan

Semoga mendapat ganjaran pahala

Sumber: Kamarul Arifin Ahmad

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Berbagai Barang Aneh Yang Kita Boleh Jumpa Di Online Shop. Kini Tak Sangka Pula Ada Yang Jual Kostum Ini Untuk Si Bulus Mereka.

Kucing merupakan satu haiwan yang sangat comel dan menjadi kesayangan ramai orang. Pada pemilik kucing yang dan obses, pasti sanggup untuk keluarkan beribu ringgit hanya untuk kebaikan si bulusnya. Namun, kini sudah jadi satu trend untuk menyediakan kostumbuat si kucing milik mereka. Kalau korang suka pakaikan kostum pada si bulus, mungkin boleh kali ni boleh cuba sedikit kelainan yang ditawarkan sebuah online shop dari seberang ni. Pernah dengar orang jual hijab untuk kucing?

Menurut Liputan 6, perkara ini pada mulanya dikongsikan oleh pengguna Twitter @txtdarionlshop yang seringkali memuat naik produk-produk lucu yang dijual dalam talian. Sebelum ia mula mendapat perhatian warganet lain. Lain daripada yang lain kan? Belum pernah lagi rasanya orang jual pakaian patuh syariah khusus untuk kucing. Tapi kelainan yang ditawarkan itulah yang membuatkan pengguna media sosial tertarik dan terhibur. Mesti ada yang dah masukkan item dalam cart nak beli untuk bulus masing-masing kan? Harap diorang istiqomah la ye.

Siap Guna Sudip Yang Ada Dekat Tangan Tapi Tak Berjaya. Wanita Ini Cerita Tentang Dia Dan Kucingnya Berhadapan Dengan Seekor Ular

Buat sesiapa yang sememangnya pencinta kucing, haiwan tersebut bukan sahaja dianggap sebagai haiwan peliharaan semata mata malah sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri. Tambahanpula,golongan ini tidak kisah menghabiskan wang demi haiwan peliharaan mereka kekal sihat.

Bukan sahaja menghabiskan wang,ada juga yang mempertruhkan nyawa sendiri demi selamatkan kesayangan. Demikianlah perkongsian oleh wanita ini di FB Kucing Sepahkan Apa Hari Ini. Wanita tersebut,rozza Zainal sempat berkongsi kisahnya pernah berglut dengan seekor ular sawa yang cuba makan salah seekor kucing peliharaannya,Belang.

Ternyata prrkongsian tersebut nyata mengundang rasa sebak dan terharu warganet yang kagum dengan kasih sayang antara manusia dan haiwan.Menurut Rozza Zainal, sungguhpun kisah berkenaan sudah hampir lima tahun berlalu, namun ia tetap segar dalam ingatannya kerana ia antara detik-detik paling teruk yang pernah dialaminya.

“Ketika itu saya baru je balik kerja. Selepas bagi tujuh ekor kucing makan termasuk Belang, saya pun ke dapur untuk memasak. Sedang memasak, tiba-tiba saya terdengar Belang mengiau cukup kuat. Biasanya kalau macam tu, mesti dia berbalah dengan seekor lagi kucing, Uteh.

“Saya pun pergi jenguk dari mana datangnya suara tu, tiba-tiba nampak Uteh berlari masuk. Peliklah, siapa yang berbalah dengan Belang? Makin lama makin perlahan bunyi hinggalah ke belakang rumah, mata saya terpaku lihat Belang sedang diblit seekor ular sawa.”Lemah lutut saya dibuatnya. Masa tu saya tinggal seorang saja jadi memang panik. Dalam kalut, saya hampiri ular tu dan ketuk dengan sudip yang ada dekat tangan tapi tak berjaya.

“Masa tu air mata pun mengalir laju sambil panggil nama Belang. Lihat matanya berkedip-kedip buat air mata makin laju. Tak berjaya pukul dengan sudip, saya berlari ambil parang, ketuk dengan gayung, siram dengan air… semua tak berjaya,” kata wanita berusia 30an ini kepada mStar.Entah dari mana keberaniannya datang, Rozza berkata dia akhirnya nekad menarik badan ular sawa berkenaan sekuat hati sambil mencari-mencari kepala ular berkenaan untuk diketuk dengan parang.

“Dengan lafaz Bismillah saya ketuk kepala ular sawa tu. Berganjak ke belakang ular tu… sekali lagi dia tegakkan kepala. Saya ketuk kuat lagi, bukan ketuk dengan mata parang, tapi ketuk dengan belakang parang. Niat saya cuma nak dia lepaskan Belang, bukan untuk cederakan dia.

“Saya hayunkan sekali lagi parang lebih kuat. Ular sawa tu terus menunduk, perlahan dia menyelinap masuk dalam lubang tandas tu. Terus saya berlari dapatkan Belang saya sambil memeluknya. Syukut Belang selamat,” katanya yang menetap di kawasan perkampungan di Bukit Gambir, Johor.

Tambanya lagi, apabila peristiwa berkenaan terimbas di mindanya, dia sendiri tidak dapat menjelaskan bagaimana dirinya memperoleh kekuatan dan keberanian untuk berdepan dengan seekor haiwan yang berbahaya.”Saya pun tak boleh nak cerita… apa yang saya tahu, saya nak selamatkan ‘anak’ saya saja. Tapi sebenarnya selepas kejadian itu, saya termuntah beberapa kali kerana terbayang lagi geli geleman masa pegang ular sawa tu.

“Saya sekadar kongsi group Kucing Sepahkan Apa Hari Ini kerana tiba-tiba teringatkan Belang. Tiga tahun lepas kejadian tu, Belang hilang. Saya balik kerja, panggil nak beri makan tapi Belang tak ada. Dari petang membawa ke malam saya cari keliling rumah, tapi tak jumpa.”Selama dua minggu saya cari Belang… akhirnya saya reda walaupun sedih sangat. Tak tahu sama ada dia mati atau apa nasibnya. Bila ke pasar atau pergi mana-mana, kalau nampak kucing iras Belang, mesti saya pergi belek untuk pastikan tapi hampa… saya cam Belang sebab ekornya bengkok,” ujarnya lagi.

Walaupun dia ada memelihara kucing baharu selepas kehilangan Belang, namun si bulus kesayangannya itu tetap di hati dan tiada pengganti kedua.”Belang saya pelihara dari kecil. Sanggup saya ambil dia dari longkang di pekan, masuk pasar raya beli tuala untuk balut dia sebelum bawa pulang. Tambahan pula dialah satu-satunya kucing yang saya pertaruhkan nyawa… memang takkan saya lupakan.”Bagi pencinta kucing, jagalah si bulus dengan penuh kasih sayang… jangan memilih antara kucing jalanan atau kucing baka. Layanlah sama rata,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *