Gadis ini kecewa bila dilihat perubahan drastik pada si bulusnya selepas dihantar di hotel ini. Bila ditanya pihak sana ini pula jawapannya.

Haiwan kucing Viral

Seorang gadis berkongsi kisah di mana dia ‘kehilangan’ seekor anak kucing selepas beberapa hari dihantar ke sebuah hotel haiwan baru-baru ini. Siapa yang tidak sedih apabila kucing peliharaan yang dibelai penuh kasih sayang, pergi di depan mata.

Demikian kisah gadis ini yang mana kucingnya mati selepas beberapa hari dihantar untuk boarding di hotel atau tempat penginapan binatang peliharaan. Gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Atirah ini berkata, pada mulanya dia menghantar lima kucingnya ke hotel haiwan yang terletak di Dengkil, Selangor kerana mahu pulang ke Pulau Pinang untuk beberapa hari.

Perkongsian Atirah mengenai pengalamannya menghantar kucing ke sebuah hotel haiwan menjadi tular di Twitter.

“Saya hantar lima kucing iaitu seekor ibu dan empat anaknya yang berusia 10 minggu ke hotel berkenaan selama lima hari. Ketika saya hantar, kesemuanya dalam keadaan elok dan terurus. Namun selepas mengambil kucing-kucingnya sekembali dari Pulau Pinang, keadaan mereka sangat lemah terutama empat anak-anak kucing itu. Ketika mengambil mereka, saya tak perasan perbezaannya lagi memandangkan badan mereka basah seperti dicuci. Biasalah, kalau basah memang nampak kecil sedikit tapi tak syak apa-apa langsung, tambahan pula ambil pada waktu malam. Setibanya di rumah, baru nampak keadaan sebenar kucing-kucing ini. Mereka langsung tak keluar dari sangkar walau dibuka, malah tidak mengeluarkan suara. Saya terpaksa angkat untuk keluarkan, dan ketika itu barulah nampak keadaan mereka. Ada yang sakit mata dan ada yang selesema,” ujarnya dalam nada terkilan.

Keadaan empat ekor anak kucing Atirah sebelum dihantar ke hotel tersebut. 

Bercerita lebih lanjut kata Atirah, keadaan salah seekor anak kucingnya makin teruk apabila kelihatan lemah dan enggan menyentuh sebarang makanan mahupun minuman.

“Saya tak hantar pergi ke klinik sebaliknya merawat sendiri dengan memberi makan ubat demam dan menyapukan ubat mata. Namun dua hari kemudian, anak kucing tersebut nazak dan akhirnya mati di pangkuan saya. Sedih tu tak payah ceritalah,” ujarnya.

Tambah gadis berusia 22 tahun ini, dia kemudian memuat naik kisah tersebut di laman sosial, namun ia bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak sebaliknya lebih kepada berkongsi pengalaman sedihnya.

Keadaan dua ekor anak kucing Atirah yang lemah, di mana salah seekornya mati beberapa hari selepas diambil dari hotel tersebut. 

“Saya tak berniat langsung nak aibkan pihak di sana (hotel). Tapi ramai yang bersimpati dan minta saya dedahkan nama hotel tersebut untuk peringatan bersama. Saya tak mahu tutup periuk nasi orang sebab mereka pun berniaga. Tapi pihak sana dapat tahu selepas ramai yang kongsi tweet saya ini. Mereka pertahankan diri dengan berkata, mereka dah maklumkan keadaan seekor kucing saya yang selesema ketika hari kedua di sana. Memang ada mereka maklumkan kepada saya ketika itu. Baik, mungkin silap saya sebab tak perasan kucing saya selesema sebelum hantar. Tapi sepatutnya dia asingkan. Kalau betul cara penjagaannya, takkan  sampai empat ekor sakit. Saya ada bertanya, macam mana cara mereka jaga kucing namun hingga hari ini tak dapat jawapan,” katanya sambil menambah, kesemua kucingnya divaksin.

Mungkin silap saya sebab tak perasan kucing saya selesema sebelum hantar. Tapi sepatutnya dia asingkan. Kalau betul cara penjagaannya, takkan  sampai empat ekor sakit.

Namun menurut Atirah, ini merupakan kali kedua sejak kucing keluarga mereka dihantar ke hotel yang sama. “Dua tahun lalu, kakak saya ada hantar kucing mereka di hotel tersebut. Namun, kucing itu pergi buat selamanya beberapa hari kemudian. Tapi saya tak syak apa-apa pun sebab perkara itu sudah lama. Namun tak sangka, kejadian yang sama berulang kepada anak kucing saya pula,” luahnya. Kata Atirah, kini seekor lagi anak kucingnya mengalami simptom yang sama dengan kucing yang pergi baru-baru ini.

“Yang seekor itu masih lemah dan struggle untuk hidup. Apa yang terjadi kini membuatkan saya serik dan tak mahu lagi hantar kucing ke hotel. Walaupun terkilan, tapi saya enggan menyalahkan pihak di sana seratus peratus. Mungkin silap juga sebab saya tidak meneliti betul-betul sebelum memilih untuk menghantar kucing ke situ. Kepada pemilik kucing, saya sarankan agar anda membaca review pelanggan lain terlebih dahulu sebelum menghantar kucing ke mana-mana hotel, dibimbangi akan mengalami nasib seperti saya,” ujarnya mengakhiri bicara.

Sumber :Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pelik Ada Kulit Dan Lemak Bawah Perut Kucing. Ternyata Ini Fungsi Kantung Tersebut

Bagi pencinta kucing, jika anda perhatikan betul betul pasti ada kucing yang mempunyai perut menggeleber dan berhayun hayun ketika mereka berjalan. Ya,mungkin ada yang beranggapan ia merupakan masalah obesiti tetapi sebenarnya kantung ini mempuyai fungsinya tersendiri

Jelas Sepicat, Ternyata organ itu adalah kantung promordial yang kebiasaannya muncul ketika kucing sudah menginjak dewasa. Walaupun ia didapati dalam baka kucing, sebahagian daripada baka kucing tidak mempunyai kantung itu.

Menurut portal itu lagi, kucing lebih fleksibel untuk regangkan badan selain memberi perlindungan pada bahaggian abdomen jika kucing terlibat dalam perbalahan. Bahagian itu juga berfungsi untuk menyimpan makanan dan perlindungan serta memudahkan pergerakan kucing

Difahaman ia Dipercayai kerana evolusi, sebahagian kucing mempunyai kantung primordial yang lebih jelas pada baka asli berbanding baka lain. Antaranya ialah kucing Bengal, Japanese Bobtail, Pixie Bob dan Egyptian Mau. Malah kongsi laman Sepicat, kantung ini lebih kerap didapati pada kucing jantan berbanding betina.

Ramai Ingat Kucing Boleh Makan Semua Makanan. Doktor Ini Dedahkan Satu Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Kucing

Bagi pencinta kucing sudah tentu mengetahui ada makanan yang tidak boleh diberi sebarangan kepada kucing kesayangan. Dan pasti ada antara daripada korang terfikir yang kucing boleh makan apa sahaja kan. Namun begitu,tanggapan anda salah. Berdasarkan perkongsian Di Twitter,ada seekor anjing yang mula mnth lepas termakan biskut coklat yang diberikan oleh kanak kanak.

Nak salah kan budak pun tak boleh juga. Jadi kita sebagai orang dewasa haruslah mengawasi anak anak supaya perkara yang sama tidak berlaku. Difahamkan doktor yang telah meraw4t anjing itu mengatakan bahan dalam coklat mengalami kafein di mana bahan tersebut tak sesuai dengan sistem pencernaan haiwan

Jika terambil dalam kuantiti yang berlebihan, haiwan itu boleh terkena saw4n. Alahai kesian haiwan tu tau. Seterusnya, lelaki yang dikenali sebagai ATukNature sempat menasihati orang ramai yang memelihara kucing atau anjing untuk elakkan beri coklat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Buntu Nak Hilangkan Bau Busuk Disebabkan Makanan Kucing. Berikut Antara 4 Cara Untuk Atasi Masalah Tersebut

MEMBELA kucing turut datang dengan pelbagai cabaran seperti perlu sentiasa membersihkan rumah bagi membuang bulunya selain tempat najisnya kerana ia boleh mendatangkan bau kurang menyenangkan.Tidak hanya tempat najis si bulus, makanannya juga boleh mengeluarkan bau busuk dan boleh membuatkan kita berasa tidak selesa dalam rumah sendiri.

Atas sebab itu, pemilik kucing juga perlu memberi tumpuan kepada tempat makanannya apatah lagi jika anda meletakkannya di dalam rumah.Bukan sahaja berbau busuk tetapi ia boleh menyebarkan bakteria dan mungkin menjangkiti kucing kesayangan anda.Terdapat empat cara berkesan untuk menghilangkan bau makanan haiwan peliharaan kesayangan anda;

1. Surat khabar lama.Antara benda yang menyerap pelbagai bau termasuk makanan adalah dengan menggunakan surat khabar lama.Caranya mudah, letakkan surat khabar di sekeliling makanan haiwan peliharaan anda. Ia dapat menyerap bau dengan baik.

2. Baking soda, serbuk kopi.Kedua-dua bahan ini juga boleh digunakan untuk mencuci tempat makanan kucing dan menghilangkan baunya.Selain mencuci, campuran baking soda, serbuk kopi dan minyak essensial boleh dijadikan sebagai penyegar ruang tempat makan kucing.

3. Guna bekas simpanan.Pindahkan makanan kucing berbentuk kering ke dalam bekas simpanan dan tutup rapat selepas memberikan kucing anda makan.Jangan biarkan ia terbuka kerana baunya dapat bertebaran ke seluruh rumah.

4. Letakkan di luar rumah.Antara cara lain adalah meletakkan makanan haiwan peliharaan anda di luar rumah. Ini akan memudahkan anda untuk menjaga kebersihan tempat makanannya selain baunya tidak mencemari ke dalam rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *