Gadis ini dedah kisah 2 ekor kucing oyen miliknya ini. Tak sangka walaupun dua dua jantan tapi boleh pula untuk nak lakukan ini.

Haiwan Kehidupan kucing

Dua oyen ini yang diberi nama sebagai Keding dan Ricky. Ricky merupakan abang kepada Keding. Mereka dibela oleh seorang pelajar di Ipoh, Perak. Sejak zaman PKP ini, nama oyen sering disebut-sebut di sosial media atas kenakalannya. Tanpa kita sedari, kenakalan oyen ini menjadi salah satu penghibur buat peminat kucing. Setiap hari pasti ada sahaja kisah lucu dan kerenahnya yang bakal dikongsi bersama sehingga tular.

Terbaharu, seekor lagi kucing berwarna oren yang dikenali sebagai ‘Keding’ oleh pemiliknya turut mencuri tumpuan ramai. Menurut Asrar Maryam Aqlima, 23, dia pada minggu lalu terkejut melihat kaki kucingnya tiba-tiba menjadi bengkak sebelum berkongsi hal itu di Twitter.

Kisah Oyen menjadi tular di laman Twitter.

“Tak tahu kena sengat apa. Tiba-tiba jadi besar dan bengkak. Tapi Keding macam tak sakit pun. Mula-mula tak perasan, sebab tak besar. Keding pun nampak relax. Kalau nak pegang kaki, Keding macam nak elak… tak bagi pegang. Baru perasan kaki membengkak. Mungkin kena gigit semut kot. Memang agak risau. Kalau berterusan nak bawa ke klinik haiwan tapi bengkak dah surut pada malamnya,” ujar gadis itu.

Mesra disapa Maryam, dia memiliki lima ekor kucing yang mana semuanya berwarna oren. Namun katanya, Keding tidaklah terlalu nakal jika hendak dibandingkan dengan ‘abangnya’ yang dikenali sebagai Ricky.

Ricky dengan Keding, dua-dua jantan tapi nak mengawan sesama mereka. Yang si Ricky kejar Keding, nak gigit.

Keding mengalami bengkak kaki secara tiba-tiba pada minggu lalu.

“Dia agak nakal. Keding pernah tangkap lalat, lepas tu dia makan. Tapi tak semua kucing warna oren ni nakal. Kalau kira, abang Keding iaitu Ricky lagi nakal,” ujarnya dalam nada berseloroh.

Antara kisah lucu lain dikongsikan Maryam termasuklah sikap ganjil Ricky yang seolah-olah mahu mengawan dengan Keding sedangkan mereka berdua merupakan kucing jantan.

Maryam mengakui kehadiran kucing-kucing peliharaan menjadi penghibur dalam keluarganya.

“Mak kucing tu dah tak ada. Ricky dan Keding adik beradik, dengan seekor lagi kucing betina. Kemudian saya ada dua ekor lagi kucing. Ricky dengan Keding, dua-dua jantan tapi nak mengawan sesama mereka. Yang si Ricky kejar Keding, nak gigit,” ujarnya yang menetap di Ipoh, Perak.

Kata pelajar Universiti Tekonolgi Petronas (UTP) dalam bidang Kimia Gunaan itu, kehadiran kucing dianggap sebagai penghibur dan pelengkap dalam keluarganya. Tambahnya lagi, dia juga sama sekali tidak menyangka posting mengenai haiwan peliharaannya itu boleh menjadi tular di laman Twitter.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Oyen Kini Mendapat Perhatian Sewaktu Pandemik Ini. Siap Disediakan Sesuatu Ini Untuk Pemilik Oyen.

Kini kucing oyen sering menarik perhatian warganet dengan ragamnya yang sentiasa menghiburkan hati warganet. Malah, kucing tersebut siap digelarkan oyen untuk menunjukkan kucing bewarna oren yang sering menunjukkan perangai peliknya itu.

Mungkin tidak tahu nak buat apa lagi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, terus keluar satu group di Facebook yang khusus untuk pecinta oyen ini.

Halaman ‘Oyen Buat Hal Apa Hari Ni?’ menjadi tempat pemilik Oyen berkongsikan perangai kucing mereka kepada pengguna media sosial yang lain. Lucunya di sini, banyak hantaran dan perkongsian yang dimuat naik oleh warganet tentang telatah Oyen mereka. Ada yang perangai bossy, bergaduh dengan ekor sendiri, dan ada juga yang tolong kambuskan tahi kucing lain. Macam-macam hal! Berikut adalah beberapa perkongsian berkenaan Oyen dalam halaman ini:

Rata-rata pengguna media sosial yang turut serta dalam halaman ini adalah pencinta kucing. Jika sebelum ini anda melayari YouTube untuk memenatkan mata sebelum tidur, sekarang group Facebook ini boleh dijadikan sebagai pilihan! Korang ada Oyen dekat rumah? Join group ni cepat!

Pasti Setiap Pemilik Kucing Pelik Ketika Kucing Anda Berubah Jadi Agresif Atau Marah. Ini Sebabnya Yang Tak Dijangka.

Ada pelbagai sebab yang menyebabkan kucing kesayangan anda dalam ‘bad mood’. Perwatakan kucing yang berubah-ubah kadang kala susah untuk dikenal pasti apakah sebabnya. Tahukah anda adalah penting untuk pencinta haiwan atau pemilik si bulus untuk mengenal pasti tingkah laku haiwan kesayangan mereka terlebih dahulu agar mudah untuk mengesan perubahannya.Namun, kebiasaannya perubahan yang berlaku pada si bulus adalah daripada mesra, manja tiba-tiba mereka akan menjadi agresif dan mengeluarkan suara berbentuk komunikasi tidak normal atau erti kata lain sedang marah, berasa tidak selesa atau sebagainya.

Kajian daripada seorang doktor haiwan iaitu Katrina Warren mendapati terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan si bulus tiba-tiba menjadi pemarah. Antara empat sebab si bulus boleh bertukar menjadi pemarah adalah:

1. Masalah kesihatan

Umumnya, kecendurungan paling tinggi si bulus marah adalah disebabkan mempunyai simptom-simptom tidak sihat seperti mempunyai virus atau kurap, keguguran bulu dan sebagainya. Daripada menahan kesakitan ini si bulus akan mengalami beberapa perubahan antaranya menjadi garang atau pemarah, berkelakuan agresif dan ada kalanya mereka bersembunyi. Jika anda rasa ini adalah puncanya, cepatlah bawa berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

2. Perubahan situasi

Selain itu, kucing juga kurang senang apabila ditukarkan daripada satu tempat ke tempat lain. Erti kata lain mereka sukar untuk menyesuaikan diri dengan tempat baharu. Oleh itu, mereka akan bertindak agresif, mengeluarkan bunyi bising ataupun ada juga perbuatan mencakar untuk menunjukkan tanda tidak selesa. Apa yang perlu anda lakukan jika berdepan situasi ini adalah sediakan tempat yang selesa buatnya dan sering memberi perhatian lebih kepada haiwan kesayangan anda itu.

3. Kehadiran haiwan lain

Seperti yang kita sedia maklum si bulus mudah berasa terancam apabila berdepan dengan haiwan lain terutamanya kucing juga. Terdapat beberapa kajian mendapati bahawa mereka ini akan mempunyai perasaan takut tempat mereka diserang oleh kucing lain. Hal ini akan menyebabkan si bulus marah dan timbulnya pergaduhan antara kucing.

4. Personaliti

Bagaimanapun, ada juga si bulus yang sememangnya mempunyai perilaku yang cepat marah gara-gara tidak suka disentuh atau dibelai. Kebanyakkan kucing seperti ini mereka kurang manja dengan manusia sejak dari kecil. Mereka ini suka buat hal sendiri dan selesa dengan cara begitu. Cara mudah anda ingin membentuknya menjadi lebih baik adalah banyakkan bermain dengannya bagi mewujudkan kemesraan dan membangunkan kepercayaan diri mereka.

Kucing Kesayangan Acap Kalli Gerakkan Telinga. Ternyata Ini Maksud Tersirat Di Sebalik Pergerakan Itu

Mesti korang pelik kan tiba tiba sahaja kucing kesayangan anda gerakkan telinga. Untuk pengetahuan anda,kucing adalah antara salah satu haiwan yang bijak meluahkan perasaan melalui komunikasi dan bukan lisan. Namun begitu,tak ramai yang menyedarinya.

Percaya atau tidak memelihara kucing akan memberikan anda pengalaman bagi memahami emosi dan perasaan kucing itu dengan lebih mendalam. Besar kemungkinan ramai yang perasan kucing suka untuk gerakkan telinganya dan ramai yang tak memahami maksud tersirat oleh haiwan ini.

Pertama, menunjukkan perasaan ingin tahu. Buat pengetahuan anda, apabila seekor kucing gerakkan telinganya ke hadapan, ia menunjukka satu daya tarikan. Ia juga sebagai sumber mencari suara yang menarik perhatian kucing selain mengumpulkan informasi

Kedua, perasaan gelisah. Sekiranya kucing anda berasa rasa terancm, kucing anda kaan gerakkan telinganya ke bahagian tepi. Sekiranya kucing anda berbuat sedemikian, ia bermaksud kucing anda sedang menahan suara yang menganggunya.

Ketiga, ia merasa terganggu. Terkadang telinga kucig kesayangan anda bergerak gerak bermaksud mereka terasa terganggu. Sekiranya ia menggetarkan telinganya, ia bermaksud ia sedang berhadapan dengan stimulasi yang tinggi dan ia boleh menyebabkan kucing anda menyerng kucing atau orang lain.

Terakhir sekali, berasa takut. Ada juga yang mengatakan bahawa pergerakan telinga dekat arah kepala membawa maksud mereka ketakutan atau marah. Malahan ada yang berpendapat bahawa mereka sudah bersedia untuk diserng oleh kucing lain

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *