Pak cik ini bawa 4 kucing naik motor bersama sampaikan pemuda ini ingatkan nak buang. Sekali bila ditanya ini jawapan pak cik ini sampai berasa sebak.

Haiwan kucing Viral

Hijjaz membuat perkongsian di Twitter gara-gara tersentuh dengan seorang lelaki warga emas yang begitu penyayang terhadap haiwan peliharaannya. Apa yang bermain di fikiran anda jika terlihat seseorang membawa kucing menaiki motosikal?

Pasti situasi tersebut menimbulkan 1001 persoalan dan juga tanggapan di minda kerana ia jarang-jarang dibuat orang. Begitulah halnya dengan seorang remaja ini apabila terserempak dengan warga emas lelaki yang membawa kucingnya ‘bersiar-siar’ menaiki motosikal. Bukan seekor tetapi empat semuanya!

Remaja tersebut turut membuat perkongsian di Twitter dan memuat naik gambar kucing-kucing yang dibawa oleh warga emas itu yang diletakkan dalam sangkar yang diikat kemas pada bahagian belakang motosikalnya. Sehingga kini perkongsiannya meraih 10,200 retweet dan 18,900 likes.

Remaja bernama Zulhijjaz Fikri ini berkata dia pada mulanya turut pelik apabila melihat situasi tersebut malah menyangka lelaki warga emas itu mahu membuang kucing-kucingnya.

Posting yang dikongsi oleh Hihhaz menyentuh hati warganet.

“Masa itu motor kami sebelah menyebelah ketika sedang berhenti di lampu isyarat dekat Bukit Gambir, Johor. Mak yang bawa, saya pula membonceng. Bila tengok kucing-kucing ni, saya ingat pakcik tu nak pergi buang. Saya ni pula jenis ramah, jadi saya pun tanya pakcik tu ‘kenapa bawa kucing?’ Tapi jawapan yang diberi terus buatkan saya tersentuh. Dia kata dia saja je bawak sebab bosan duduk seorang dekat rumah. Saya nak tanya lebih lanjut tapi tak sempat sebab lampu dah hijau,” cerita remaja berusia 16 tahun ini.

Hijjaz berhasrat untuk bertemu kembali dengan lelaki warga emas berkenaan.

Terkesan dengan situasi yang dilihatnya itu, remaja yang senang disapa Hijjaz ini berkata dia kemudian membuat perkongsian di Twitter untuk berkongsi cerita dengan pengikutnya. “Apa yang terlintas di hati pada ketika itu adalah merasakan pakcik ini sangat-sangat baik. Dalam masa yang sama, timbul juga perasaan kasihan sebab pakcik ni kata dia tinggal sorang dekat rumah.

Saya hanya doakan agar pakcik ni dikurniakan kesihatan yang baik dan diberkati sebab sifatnya yang sayangkan haiwan.

“Jadi mungkin dia tinggal sebatang kara saja. Tapi lepas perkongsian tu, ada beberapa kawan yang respon cakap mereka pun biasa nampak pakcik ni sekitar Tangkak. Saya hanya doakan agar pakcik ni dikurniakan kesihatan yang baik dan diberkati sebab sifatnya yang sayangkan haiwan. Lagipun kucing ni binatang kesayangan Nabi kita,” ujar anak ketiga daripada empat adik beradik ini.

Antara komen warganet terhadap perkongsian Hijjaz.

Dalam pada itu ujar remaja ini, dia menyimpan keinginan untuk bertemu semula dengan lelaki warga emas berkenaan kerana ingin mencari jawapan bagi beberapa persoalan yang bermain di mindanya.

“Kalau ada peluang berjumpa, pertama sekali saya nak minta maaf sebab muat naik gambarnya tanpa kaburkan apa yang tak sepatutnya. Keduanya, saya teringin sangat nak tahu tentang kisah hidup lelaki yang bersifat penyayang ini,” ujarnya mengakihir bicara.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Kesayangan Mula Marah Tak Tentu Hala. Ini Antara 4 Faktor Yang Ramai Tak Sedar Punca Kucing Kesyanagn Mula Berubah

Hi, Assalamualaikum buat penggemar kucing sekalian. Topik kita harini akan membincangkan sebab sebab yang menyebabkan kucing kesayangan anda berada dalam keadaan yang bad mood. Ya, tak dapat dinafikan perwatakan kucing berubah ubah sehinggakan kadang kala untuk dikenal pasti apakah sebabnya.

Isu ini amatlah penting bagi pencinta haiwan atau pemilik kucing untuk kenalpasti tingkah laku haiwan kesayangan mereka terlebih dahulu agar mudah untuk mengesan perubahannya. Sudah menjadi kebiasaannya perubahan yang berlaku pada si kucing adalah dari manja dan mesra tiba tiba sahaja agr3sif dan tiba tiba mengeluarkan suara berbentuk komunikasi tak normal seperti merasa tidak selesa.

Berdasarkan kajian daripada seorang doktor haiwan iaitu Katrina Warren telah mendapati beberapa punca yang boleh menyebabkan kucing peliharaan anda tiba tiba menjadi pemarah. Ini antara sebab kucing anda bersikap sedemikian.

Pertama, ia mungkin berpunca daripada masalah kesihatan. Kemungkinan kucing kesayangan anda marah disebabkan mempunyai simptom simptom tak sihat seperti virus atau kurap, kehilangan bulu dan lain lain. JAdi sekiranya kucing anda mengalami masalah seperti berikut, segeralah bawa kucing anda berjumpa dengan doktor unutk dapat rwtn lanjut.

Kedua, melibatkan perubahan situasi. Ia juga berkemungkinan kucing peliharaan anda kurang senang apabila ditukarkan daripada satu tempat ke tempat yang lain. Macam manusia, mereka juga mengalami masalah seperti sukar sesuaikan siri dengan tempat baru. Terkadang mereka akan kelurakan bunyi bising menandakan mereka tak selesa. Satu sahaja cara yang anda boleh buat ialah sediakan tempat selesa dan beri perhatian sepenuhnya terhadap kucing kesayangan anda

Ketiga, ia juga mungkin faktor kehadiran haiwan lain. Macam yang kita sedia maklum, kucing sememangnya cepat merasa terancm bila berdepan dengan haiwan lain lagi lagi ianya kucing. Berdasarkan kajian, kucing merasa sedemikian kerana mempunyai perasaan takut tempat mereka diambil kucing lain. JAdi jangan pelik la mereka akan berbalah antara satu sama lain.

Keempat dan terakhir sekali, mungkin ia sememangnya personaliti kucing anda. Ada juga kucing yang tak suka disentuh mahupun dibelai. Majoriti kucing seperti ini mereka kurang manja dengan manusia sejak dari kecil. Kucing yang seperti ini lebih gemar buat hal sendiri dan selesa dengan cara sebegitu. Untuk mengubah sikap kucing anda itu, kalau boleh perbanyakkan bermain dengannya bagi mewujudkan kemesraan antara diri anda dan kucing kesayangan anda.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! MB

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemuda Terpaksa Ambil Keputusan Ini Untuk Kebaikan 27 Ekor Kucingnya. Sekali Tak Sangka Ada Pula Penderma Misteri Yang Tampil Dan Beri Sesuatu Ini Untuknya.

Fairuz masih buntu untuk melepaskan kesemua kucingnya atau tidak. ‘Ditelan kehilangan emak, diluah kehilangan bapa’ perumpamaan ini tepat menggambarkan situasi seorang pemuda yang berat untuk melepaskan kucingnya tetapi terpaksa. Bagi pencinta kucing, bukan mudah mereka ingin melepaskan haiwan kesayangan begitu sahaja apatah lagi sudah hampir sembilan tahun membelanya. Begitulah kisah seorang pemuda yang tidak mampu menanggung 27 ekor bulus selepas tiada kerja tetap sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

“Bismillahirrahmanirrahim, mungkin ada yang akan terkejut tetapi inilah realiti. Dah lebih setahun saya menggangur. Dah tak mampu biaya mereka, keseluruhannya, 27 ekor di kawasan Kuantan. Dengan berat hati saya nak jual RM200 sahaja seekor. Kalau anda boleh tengok semua kucing saya gebu dan sihat, ” tulisnya di akaun Twitter. Perkongsian tersebut sehingga kini meraih hampir 7,000 likes dan 7,000 retweets.

Posting yang tular di laman Twitter.

Mohammad Fairuz Junaidi, yang berusia di awal 30an mengakui walaupun selepas memuat naik tweet tersebut dia masih buntu untuk melepaskan kucing-kucingnya atau tidak. Mesra disapa Fairuz, dia berkata sudah hampir setahun bertahan hinggalah tidak lagi mampu mulai bulan ini kerana ada beberapa kucingnya yang melahirkan gara-gara tidak membawanya ke veterinar untuk dimandulkan kerana kekurangan bajet.

“Sehingga kini saya masih buntu untuk buat keputusan, sampai tidur, mandi pun fikir hal kucing. Berat betul hati ini tetapi kos terlampau tinggi dan kalau saya kerja tak apa. Kucing pula bertambah banyak. Sejak PKP asyik beranak sahaja. Saya pula jenis jaga betul-betul. Pemakanan dan pemeriksaan berjadual di veterinar dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *