Disebabkan ibu tak benarkan anak darjah 1 bela kucing. Dia sanggup ambil tindakan ini dan sekali ini pula yang terjadi.

Haiwan kucing Viral

Ramai yang memberi respon positif dan ada yang terhibur dengan melihat video berkenaan murid tahun 1 ini. Setiap anak kecil pasti mempunyai berbagai ragamnya yang tanpa kita sedari yang kadang-kadang ianya menghiburkan hari-hari kita. Namun, lain pula ragam si cilik ini yang dikongsikan di media sosial sehinggakan mendapat perhatian warganet.

Terbaharu, tular video comel seorang murid perempuan berusia tujuh tahun yang membawa pulang seekor anak kucing dari sekolahnya. Menurut Nur Hafizah Long, 39, kejadian lucu melibatkan anak keduanya itu, Nur Intan Zahra Othman berlaku sekitar dua minggu lalu.

“Masa tu saya pergi jemput dia di sekolah. Dalam perjalanan pulang, saya dengar bunyi kucing dalam kereta. Saya tertanya-tanya, dari mana bunyi tu. Dia diam sahaja di belakang. Bila tanya, baru dia mengaku. Posting tular mengenai murid itu yang tular di Twitter. “Rupa-rupanya dia bawa anak kucing masuk dalam beg sekolah. Tapi lepas tu kami hantar semula kucing tu ke sekolah,” ujarnya.

Mesra disapa Fiza, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui anaknya seorang pencinta haiwan. Namun, kehadiran bayi menyebabkan dia tidak membenarkan anaknya membela kucing di kediaman mereka yang terletak di Kepala Batas, Alor Star, Kedah. Dia memang minat haiwan, tapi minat tu lebih kepada kucing.

“Saya tanya kenapa bawa balik, dia kata kucing tu menangis. Saya memang terkejut masa tu, terhibur juga. Saya tak bagi bela sebab ada baby kat rumah. Dulu pernah bela, tapi kucing tu dah hilang. Dia memang minat haiwan, tapi minat tu lebih kepada kucing,” ujar wanita itu lagi.

Antara komen warganet di Twitter. Sehingga kini, video melibatkan murid itu menerima lebih 200,000 tontonan selepas ia dimuatnaik di Twitter. Malah, ramai warganet turut meluahkan rasa terhibur mereka, tidak kurang yang berkongsi pengalaman serupa. Hafizah bersama anak perempuannya.

“Adik aku pun pernah letak anak kucing dalam beg sekolah dia senyap-senyap. Lepas tu anak kucing tu mati dalam beg dia. Bila kami tanya dia jawab tu bau busuk karipap basi. Weh sumpah aku pernah buat masa sekolah agama dulu. Kids guys, aku pun pernah sumbat anak ayam dalam beg aku,” tulis beberapa individu.

Sumber: Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dengan Berbekalkan Kos Sekitar RM4 Hingga RM6 Sahaja. Individu Ini Tampil Kongsi Tips Kurangkan Bau

Buat pencinta kucing pasti sudah terbiasa dengan perkara ini. Tak sah la kalau bela kucing rumah tak berbau kan. Sebenarnya jika tidak kena dengan cara pengurusannya, boleh semerbak bau satu rumah. Oleh itu ada juga pencinta kucing yang memilih untuk pelihara kucing di luar rumah.

Tapi lain pula cerita bagi sesiapa yang menghuni apartment atau pun flat. Terbaru, seorang pengguna fb ini kongsi tips untuk atasi masalah bau najis kucing di dalam rumah. Individu yang menggunakan nama pengguna Lembayung Cahya Rabbani,berjaya kurangkan bau tersebut dengan menggunakan arang yang dibeli di kedai hardware.

Kos sekitar RM4 hingga RM6 sahaja, anda sudah boleh mencipta penyerap bau sendiri untuk menghapuskan ‘aroma’ najis kucing peliharaan anda. Mari baca perkongsiannya di bawah.Saya nak berkongsi satu tips yang baru saya buat dua hari lepas. Tips ni bagi mereka yang bela kucing di dalam rumah. Masalah yang sering dihadapi adalah bau najis yang keluar daripada litterbox.

Jikalau nak mengurangkan bau, perkara utama adalah kena rajin cuci litterbox setelah dua atau tiga kali penggunaan kucing kita. Hasilnya bau memang dah kurang, tapi sebolehnya kita nak kurangkan lagi hingga bau tu hampir takdak langsung.

Caranya adalah dengan menggunakan arang. Tak perlu beli arang yang mahal-mahal pun, saya cuma guna arang yang dipakai untuk bakar-bakar lauk ja. Boleh beli kat kedai hardware, satu paket besar sekitar RM4 ke RM6 ja (ikut lokasi masing-masing).

Saya potong separuh botol air besar (lagi besar bekas lagi bagus), tebuk lubang bagi banyak-banyak macam dalam gambar tu, pastu masukkan arang bagi penuh & tutup atasnya dengan kain kasa pembalut lvka (boleh ja guna tisu atau kain biasa).

Selepas siap buat semua tu, boleh la gntung atau letak tepi sangkar betul-betul dekat dengan litterbox. Bagi kucing yang tak duduk dalam sangkar, boleh letak tepi litterbox kucing anda.Saya dah cuba selama dua hari. Memang berkesan.. Sebelum ni ada sikit-sikit bau daripada litterbox kucing saya, tapi sekarang ni dah kurang sangat-sangat.

Cara ni jugak boleh guna untuk letak dalam kereta atau dalam bilik. Kalau dalam bilik punya saya isi arang tu dalam balang besar. Cara penghasilannya sama juga, cuma saiz bekas ja lebih besar. Kalau rajin, hias-hias la sikit bekas tu ikut kreativiti masing-masing.Kucing saya ni dalam proses pemantauan lagi selepas rawatan sakit batu karang. Dah masuk bulan kedua dia duduk dalam sangkar. Dua tiga jam sekali dia akan dikurvng untuk makan minum dan guna litterbox.

Bau Kucing Terlalu Kuat Di Dalam Rumah. Berikut 4 Cara Mudah Untuk Kurangkan Kucing Di Rumah

Hai semua! Admin nak tanya untuk pencinta kucing, adakah anda rasa seperti rumah anda berbau seperti busuk dan hncing seakan kedai jual haiwan? YA bau ini mungkin disebabkan oleh najis kucing anda dan ditambah pula dengan bulu mereka yang ada melekat di peabit dan karpet lalu menjadikan rumah tidak selesa dihuni.

Tak kisahlah sayang bagaimanpun anda kepada kucing, mesti ada yang tak sanggup tinggal di rumah berbau dan kotor. Haa korang mesti tertanya tanya bagaimana nak hilangkan bau tak menyenangkan ini tanpa memberi kucing anda kepada orang lain.

Pertama, anda boleh kurangkan bau busuk dengan meletakkan litter box kucing anda di tempat terbuka dan jauh dari awasan berkumpul. Terutama sekali pastikan anda mengekalkan kebersihan di rumah dan kebersihan si comel agar udara di kediaman anda sentiasa segar dan bebas dari bau kucing.

Kedua, tempat makanan kucing juga perlu diberi perhatian agar ia tidak mengeluarkan bau busuk. Bukan hanya tempat najis si bulus, makanannya juga boleh mengeluarkan bau busuk dan boleh membuatkan kita berasa tidak selesa dalam rumah sendiri.Oleh itu, pemilik kucing juga perlu memberi tumpuan kepada tempat makanannya apatah lagi jika anda meletakkannya di dalam rumah.

Ianya bukan sahaja mengeluarkan bau busuk tetapi ia juga boleh menyebarkan bakteria dan mungkin menjangkiti kucing kesayangan anda. Sebenarnya ada empat cara yang paling berkesan untuk hilangkan bau makanan haiwan peliharaan kesayangan anda.

Yang pertama, anda boleh gunakan surat khabar lama. Surat khabar boleh menyerap pelbagai bau termasuk makanan. Ianya mudah,anda hanya letakkan surat khabar di sekeliling makanan haiwan peliharaan anda dan ia juga menyerap bau dengan baik.

Seterusnya, baking soda atau serbuk kopi. Untuk kedua dua bahan ini juga boleh digunakan untuk mencuci tempat makanan kucing dan menghilangkan baunya. Selain mencuci,campuran baking soda,serbuk kopi dan minyak essensial boleh dijadikan sebagai penyegar ruang tempat makan kucing.

Ketiga,anda boleh gunakan bekas simpanan. Pertama sekali pindahkan makanan kucing berbentuk kering ke dalam bekas simpanan dan pastikan tutup rapat selepas memberikan kucing makan. Elakkan biarkan ia terbuka kerana baunya dapat tersebar ke seluruh rumah.

Akhir sekali, anda juga boleh letakkan di luar rumah. Ini antara cara paling mudah untuk anda aplikasikan. Tak dinafikan ,cara ini memudahkan anda untuk menjaga kebersihan tempat makanannya selain baunya tak menguasai di dalam rumah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Kesayangan Anda Sentiasa Mengiau. Ini Antara 4 Sebab Kenapa Ianya Sentiasa Mengiau.

Ada pelbagai sebab mengapa kucing mengiau kepada anda. Setiap kali kucing mengeluarkan bunyi atau mengiau, pasti ramai daripada kita menyangka si bulus lapar dan mahukan makanan daripada tuannya. Tahukah anda, sebab kucing mengiau ini juga bergantung kepada jenis dan usianya – dan bukanlah semata-mata ia mahukan makanan.

Adakalanya, si bulus mengeluarkan suaranya sebagai bentuk komunikasi sesama mereka ataupun dengan manusia. Bagaimanapun terdapat sesetengah kucing seperti kucing siam yang dikenali sebagai kucing yang cerewet akan lebih kerap mengiau. Namun, perkara yang harus anda perhatikan adalah apabila kesayangan anda itu mengiau tanpa henti. Berikut adalah empat sebab mengapa ia mengiau tanpa henti;

Kucing mengiau kerana mahukan perhatian.

1. Penyakit

Jika anda mendapati kucing anda mengiau tanpa henti, sebaik-baiknya bawa ia berjumpa doktor haiwan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Ia mungkin disebabkan ia sakit atau terlalu lapar dan haus yang membuatkan perutnya sakit.

2. Mahukan perhatian

Kebiasaannya, kucing tidak suka bersendirian, ia akan cuba melakukan sesuatu untuk menarik perhatian orang lain atau tuannya. Kucing juga akan mengiau untuk ajak bermain, berkomunikasi, bermanja dan sebagainya. Jadi jika anda tidak mahu ia berbuat bising, sila respons dan penuhi permintaannya.

3. Tertekan

Bukan sahaja manusia tetapi si bulus juga boleh berasa tertekan terutamanya jika berlaku perubahan dalam hidupnya seperti mempunyai tuan baru, kehadiran kucing lain atau merasakan persekitarannya tidak selamat. Cara kucing mengurangkan stres adalah dengan mengiau. Cara paling mudah adalah dengan berikan perhatian kepadanya dan cuba membelainya agar ia tenang.

4. Menegur

Pasti anda pernah melihat kucing yang lalu tiba-tiba mengiau kepada anda dan terus berlalu pergi, bukan? Sebenarnya tindakannya itu adalah untuk menegur anda dan ia adalah tanda mesra yang ingin disampaikan kepada orang yang baharu ditemuinya atau tuannya.

Tuan Siap Kena Tunggu Turn Masuk Tandas. Video Kucing Ini Raih Perhatianramai Gara Gara Pandai Guna Tandas Dan Sampai Ada Yang Sanggup Minta Tips

Bagi pemilik kucing, sudah tentu korang mengalami kesukaran untuk melatih Si Bulus untuk membuang najis di tempat yang telah dikhaskan bukan?Walaupun terpaksa berhabis duit untuk membeli segala peralatan khusus untuk kucing ‘membuang’ seperti pasir kucing, tray, penyodok pasir dan sebagainya, namun kucing korang masih juga suka ‘menabur’ merata-rata.

Kadang-kadang, pasu bunga juga menjadi pilihan untuk mereka ‘membuang’ sehingga boleh bikin owner kucing pening dengan ‘peelnya’.Namun, tular baru-baru ini sebuah klip video yang menunjukkan aksi Si Bulus yang cerdik menggunakan jamban duduk untuk membuang air!

Buang air kecil dalam toilet.Meraih sehingga sejuta views, video yang telah dimuat naik di aplikasi TikTok milik @koricolleen ini menunjukkan situasi ‘rare’ dimana seekor kucing berwarna coklat yang ‘selamba’ membuang air kecil di dalam toilet.Kucing miliknya itu dilihat cerdik mencangkung di bucu tandas duduk itu sambil melepaskan ‘hajat’ tepat masuk ke dalam lubang tandas persis manusia.

Menurut pemiliknya, dia mempunyai empat ekor kucing peliharaan.Apa yang lebih menakjubkan, kesemua kucingnya itu menggunakan kaedah yang sama iaitu bijak menggunakan tandas untuk membuang air.Tambah @koricolleen lagi, meskipun kadang-kadang dia berasa agak janggal gara-gara terpaksa menunggu ‘turn’ untuk menggunakan tandas, namun dia tidak kisah untuk berkongsi tandas dengan kucing-kucing kesayangannya itu.

Klip video yang tular itu berjaya menarik perhatian WARGANET yang rata-rasa berasa ‘takjub’ dengan kecerdikan Si Bulus itu menggunakan tandas.Tidak ketinggalan, ada juga yang meminta tips untuk melatih kucing peliharaan mereka supaya turut ‘membuang’ di dalam tandas gara-gara harga pasir kucing yang agak mahal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *